Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

August 28th, 2009

Friday, August 28th, 2009

Pernah Suap Mak Makan?

 ramadan.jpg

Malam itu, usai solat Terawih berjemaah sesama pelajar perempuan, Ustazah Syafrida memanggil saya dan 3, 4 orang rakan. Kami masing-masing berusia 9 tahun.

“Ustazah nak semua daripada anti ni suap ustazah makan,” katanya.  Saya  menggaru-garu kepala kerana pelik dengan permintaan tersebut. Ustazah Syafrida, guru bujang berusia 20-an, bertubuh besar dan tinggi terkenal garang di kalangan para pelajar. Kami menuruti permintaan ustazah.

Lalu, seorang-seorang daripada kami menyuap ustazah makan. Saya ingat, kami menyuapnya nasi. Ustazah menganga mulutnya, saya terus memasukkan nasi dengan berhati-hati agar tangan saya tidak mengena ‘liur’ ustazah.  Kami semua membulati ustazah walaupun selesai menyuapnya. Ustazah menghabiskan kunyahan. Matanya senyum nakal dan ada sedikit perasaan bangga kerana ‘berjaya’ disuap anak-anak muridnya. Ustazah-ustazah lain tidak pernah mengeluarkan ‘arahan’ seperti itu.

“Hem..bukan ustazah saja-saja nak suruh kamu suap ustazah makan. Tapi, ustazah nak tengok, antara kamu siapa yang betul cara menyuapnya,” kata Ustazah Syafrida. Kemudian, ustazah menepuk belakang Atiqah Abu Bakar, teman saya yang juga anak saudara Dato’ Dr Haron Din. “Hanya Atiqah yang ustazah nampak biasa menyuap orang lain makan, betul Atiqah?” Atiqah, teman baik saya mengangguk. Menurutnya, dia sering menyuap emaknya makan di rumah.

“Ketika hendak menyuapkan nasi pada ibu kamu, pastikan sebelah tangan memasukkan makanan, sebelah lagi menadah tangan yang di atas, agar tumpahan makanan tak terjatuh. Suapkan dengan lemah-lembut  dan sedikit-sedikit,” ajar Ustazah Syafrida. Kami semua ambil ilmu itu. “Jangan malu suapkan emak kamu makanan. Masa kecil mak dah suapkan kita makan,” pesan ustazah lagi.

Alhamdulillah, ternyata ilmu yang diajar ustazah itu berkat. Berbelas tahun berlalu, pengalaman menyuap ustazah tidak lekang di fikiran. Apa yang ustazah pesan itu juga saya lakukan walaupun tidak selalu.

Kawan-kawan, mari kita suapkan ibu kita makan nak?

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com