Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Bersama Madihah, Aktiviti Pertama Taman Buku Puteh.

050820091147.jpg

Anis bawa kawan-kawan ‘lepak’ di Taman Buku Puteh lepas sekolah.

“Kami telah bertolak seawal mungkin tapi tetap sampai lewat, maaf ye adik-adik..” kata saya membuka bicara pada pagi yang bahagia di SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Memang saya dan Nik Nur Madihah @ Madihah bertolak seawal 5 pagi dari Sek 14, Petaling Jaya (rumah sewa) menuju ke LCCT, Sepang. Saya pandu kereta dengan Madihah tersengguk lena di sisi sambil saya bernasyid sekuat hati (kerana membuang rasa mengantuk). Semalam, kami tidur sekitar 2-3 pagi dan bangun jam 4 pagi. Kapal terbang (Air Asia) dijangka berlepas ke Alor Setar jam 7.15 pagi.

090820091151.jpg

Para Pelajar di SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Abah memaklumkan bahawa agenda ceramahnya (tentang novel Julia) telah diubah berikutan abah yang masih demam. Kedatangan Madihah (yang sebenarnya bertujuan nak ziarah keluarga saya sahaja) bertukar acara formal. Dia diminta untuk memberi taujihat kepada para pelajar tingkatan 2-6 di SMK Sultanah Bahiyah dan saya selakuĀ  pemanis bicaranya (berkongsi pengalaman menulis buku Catatan Hati Nik Nur Madihah). Kami turun dari kapal terbang dengan wajah ‘lesu comel’, Madihah sepanjang perjalanan tidur dan saya sempat ‘senyum pada awan’. “Masa sayap kapal membelah bongkah awan, kita teroleng sedikit dan Kak Ummu rasa nak muntah masa tu. Langit utara tak setenang langit Sepang,” kata saya pada Madihah ketika kami keluar langsung ke bilik air Sultan Abdul Halim Airport. “Eh, saya tak sedar pun. Kak Ummu kenapa tak kejutkan saya?” tanya Madihah. “Awak nak tidur, tidurlah dengan aman. Nanti tak cukup segar depan peminat.” Saya hari ini macam PA si genius ini.

Kami sampai ‘lewat’ di SMKSB. Para pelajar (lebih 500 orang) dan guru-guru telah ‘lama menanti’. Ketika saya dan Madihah menuju ke pentas, guru2 meminta para pelajar semua bangun memberi hormat. Masya Allah, terasa diri seperti ahli politik pula, tambahan, saya dan Madihah saja duduk di atas sofa empuk di atas pentas. Penolong Kanan dan guru-guru duduk bersama para pelajar mengadap kami berdua. Ada dua guru lain kemudiannya menemani kami. Saya bercakap dalam hati, keberkatan pelajar cemerlang seperti Madihah telah Allah tunjukkan. Siapa yang berilmu pasti akan dimuliakan oleh Allah. Saya menumpang tuah Madihah saja.

090820091163.jpg

Madihah layan adik-adik di Taman Buku Puteh

Madihah menekankan dua perkara, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia. Semua yang ada mengutip hikmah bicaranya. “Ilmu itu nur, jika kamu buat maksiat, tak solat, tak tutup aurat, bagaimana cahaya ilmu boleh masuk?” Kunci kejayaan yang pertama adalah menjaga solat, wasilah hubungan dengan Allah. Duduk dan menginap di bumiNya tapi buat maksiat padaNya, tak malukah?”

090820091168.jpg

Madihah dan adinda saya Hajar Mardhiah

Panjang lagi pesanan Madihah, banyak berkisar tentang akhlak dan ilmu. Tips2 kejayaannya juga dikaitkan dengan aspek tersebut. Alhamdulillah, jika saya guru2nya (di Maahad Muhammadi Lilbanat), tentu sejuk hati saya melihat pelajar yang mampu ‘memberi banyak’ kepada orang lain untuk dimanfaatkan.

PETANG DI TAMAN BUKU PUTEH

090820091155.jpg

Pakcik Puzi Hadi deklamasikan puisi untuk anak-anak yang ingin berjaya seperti Kak Madihah

“Luaskah pasaran buku di kampung macam ni Kak Ummu?” tanya Madihah sebaik menjejak kaki di laman rumah kami di Kedah. Saya menerangkan bahawa tujuan Taman Buku Puteh itu selain tapaknya percuma (milik abah sendiri) kami merancang untuk adakan aktiviti ilmu dari masa ke semasa. Penjualan buku dan cenderamata dibuat setiap hari dengan pasaran lanjutnya ke sekolah-sekolah (terutama jika diminta untuk abah dan saya berceramah tentang penulisan kreatif). Niat kami mahu memberi altenatif pada remaja dan kanak-kanak kampung untuk datang membaca buku atau ‘lepak ilmu’ di sini. Perancangan tersebut mengambil masa dari masa ke semasa. Dan pada hari ini, ia telah berjaya menarik ‘ramai’ (lebih 20 orang) warga kampung terdiri daripada ibubapa dan anak-anak untuk datang mendengar Madihah bertazkirah.

Program sebeginilah yang kami mahu laksanakan selalu di sini.

090820091154.jpg

Hari ini juga, selain mendengar Madihah memberi nasihat dan pengalamannya (hingga ada antara ibu-ibu mengalirkan air mata), para pengunjung disajikan dendangan puisi tentang kejayaan pasca perjuangan oleh Saudara Puzi Hadi yang tidak asing lagi dalam jagat sastera negeri Kedah. Saya sungguh bersyukur pada Allah kerana Taman Buku Puteh dapat menjadi tapak ilmu, kesedaran dan ukhwah kepada para penduduk Muslim sekitar ini.

090820091164.jpg

Lepas ni, mai la lagi no!

Semoga, Allah SWT memberi keluarga kami ketabahan dan kekuatan untuk melaksanakan lagi program-program pembangunan insan di sini walaupun dalam serba kekurangan. insya Allah.

MAILAH BERKUNJUNG KE TAMAN BUKU PUTEH!

10 Responses to Bersama Madihah, Aktiviti Pertama Taman Buku Puteh.

  1. haslina says:

    Salam

    Kan bagus kalau program begini ada kala saya masih belajar di Sekolah Bahiyah.

    Untunglah budak-budak sekarang.

    :)

  2. Mas says:

    k uMU, THNIAH, moga rmai yg akn mendpt manfaatnya, dan dimudahkan urusan kak umu sekeluarga..=)

  3. laila says:

    slm kak ummu.bahagianya orang tua kalau semua anak baik macam madihah tu kan.mudah2an ALLAH pelihara dia dari manusia2 yg dengki dan berniat jahat dgn kelebihannya tu.kalau ada rezeki dan kelapangan waktu,teringin saya nak ke taman buku puteh tu (dengan tak malunya memberitahu hasrat hatiku hehe).saya minat dengan sajak2 puzi hadi.semoga ALLAH memberkati hidup kak ummu sekeluarga.aminnn

  4. Ummu Hani says:

    Mas dan Laila, amin..terima kasih ye

  5. Faiz Faiza says:

    Ummu yg manis,
    hang dok kg smpai abis raya ka?
    dlu kalu hg xdak, fz lepak2 bc blu @ blk hg…skang segan la nk cross blk imah

  6. Ummu Hani says:

    Faez, rasanya tak sabar dah nak balik az ni. nak bergaduh dengan hang..hahaa

  7. ummuhuraira says:

    melihat, blum menyinggah. sudah terasa rindu untuk mnjejak kaki.

  8. shahkang says:

    salam kak ummu

    apa itu lesu comel? hohoho
    apa-apa pun tahniah saya ucapkan atas usaha kak ummu sekeluarga dan adik madihah juga.

    kalau kak ada apa-apa program atau pertolongan, maklumlah pada saya di kangar ni..

  9. Ummu Hani says:

    Kak Tipah, silalah bertandang. Tentu banyak ide dari akak nanti. Haris apa khabar?

    Shah Kang, kalau mau kodiang tu terus singgah saja ke sini

  10. Rayyan Zilfi says:

    Tahniah kepada semua yg terlibat dgn Taman Buku Puteh, lokasi d mana? Cik Ummu, kenapa ‘Puteh’?

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com