Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Masalah Penulisan Skrip di Malaysia

Ada beberapa masalah penulisan skrip drama televisyen yang boleh kita fikirkan bersama. Berikut yang saya ‘jumpa’ ketika membaca majalah, akhbar dan tesis tentangnya.

Di Malaysia, bidang perfileman ataupun drama berhadapan dengan masalah besar ekoran tidak mempunyai jatidiri kerana lebih meluaskan pengaruh budaya luar terutama dari barat. Bahkan, sebahagian besar para penerbit tempatan gemar mengangkat imej filem atau drama yang negatif serta tidak menguntungkan agama, bangsa dan negara.   Kebanyakan drama atau filem Malaysia dihasilkan mengikut kemahuan penerbit bukan Melayu yang lebih mementingkan keuntungan.  Kesannya, karya-karya ini tidak menaikkan imej Melayu, menyebarkan nilai Islam, menguatkan iman serta merapatkan perpaduan Melayu dan ummah.

Mansor Puteh (2009) dalam kajiannya mengatakan bahawa pada dekad 1970-an, pihak stesen televisyen swasta dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ghairah menyiarkan karya yang dipengaruhi nilai Hong Kong. Hal ini menggalakkan ramai orang yang tidak berkelayakan untuk mejadi pengarah, penulis skrip dan penerbit. Manakala kebanyakan pengkarya Melayu pula adalah ahli perniagaan menjadikan banyak drama yang disiarkan di televisyen tidak berkualiti.  Kini, keghairahan stesen televisyen adalah memaparkan drama yang berbentuk hiburan dan fantasi.  Penolakan kehadiran pakar yang terdidik dalam bidang ini oleh FINAS, RTM dan kerajaan menyebabkan elemen positif tidak dapat diresapkan ke dalam industri filem dan drama televisyen. Malahan, drama dakwah ada yang memaparkan imej lelaki Melayu yang berjubah sebagai perogol atau perkara lain yang mencemarkan Islam.

Selain itu, pertambahan stesen televisyen kerajaan dan swasta telah memberikan ruang kepada penayangan drama-drama berunsur Islam terutama ketika hari sambutan Islam seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah, bulan Ramadan, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban. Kebanyakan drama-drama ini bertemakan kekeluargaan dan ketuhanan misalnya drama Cinta Madinah 1 dan 2 (Drama bersiri, RTM1), Cerekarama Ehsan (Telemovie, TV3), Mencari Khadijah (Telemovie, RTM1), Pesantren Cinta (Drama Bersiri, Astro Oasis), Aqso Madina (Drama Bersiri, TV9), Diari Ramadan Rafik (Drama Bersiri, TV3) dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa drama dakwah turut menjadi medium penyampaian Islam yang popular di negara ini. Walaubagaimanapun, stesen televisyen masih berhadapan dengan masalah penyediaan skrip yang baik. 

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam), industri drama televisyen Malaysia menghadapi masalah mendapatkan skrip yang berkualiti dan bersifat klise. Kelemahan skrip juga adalah pada dialog yang dipertuturkan oleh pelakon.  Presiden Swam, Ismail Ahmad (2009) mengatakan drama tempatan dinilai cetek dan tidak lagi mementingkan aspek bahasa sastera yang indah. Ini memberi kesan untuk melebarkan drama tempatan ke luar negara.  Menurut beliau lagi, ramai penulis skrip bebas yang tidak mengikut format skrip yang betul diambil oleh pihak televisyen. Ia disebabkan masalah pembayaran penerbit kepada penulis skrip yang dikira tidak setimpal dan murah.

Dalam kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 28 Disember 2008, Mahadi J Murat juga mempertikaikan kejayaan FINAS memajukan industri filem negara selama 27 tahun. Beliau berpandangan bahawa filem atau drama yang dihasilkan kini lebih cenderung mengaut keuntungan disamping tidak ada usaha untuk membangunkan golongan karyawan seperti penulis skrip, pengarah, sinematografer, pereka produksi dan editor.   Ketiadaan dana untuk pembangunan skrip menyebabkan filem-filem yang dihasilkan kurang berkualiti dibandingkan dengan filem atau drama dari luar negara.  Hal ini turut memberi kesan negatif kepada penulisan skrip drama dakwah.

Seterusnya, Siti Rugayah binti Hj Tibek dalam kajian kedoktorannya mengatakan bahawa drama dakwah yang disampaikan di TV1 dan TV3 adalah satu usaha yang baik ke arah menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan kepada masyarakat. Beberapa orang penerbit, pengarah dan penulis skrip berminat untuk menghasilkan drama dakwah. Namun begitu, terdapat kelemahan yang perlu diatasi agar drama dakwah terus mantap dan berjaya mencapai hasrat murni di sebaliknya.  Kelemahan tersebut termasuklah pada aspek penulisan skrip.

3 Responses to Masalah Penulisan Skrip di Malaysia

  1. laila says:

    Tapi bagi saya,skrip Kak Ummu tetap best,begitu juga dengan drama-drama terbitan abah Kak Ummu.Mudah-mudahan DIA akan memberi kekuatan penulis seperti kalian utk terus berdakwah menerusi media penyiaran
    .aminnn

  2. ummu hani says:

    Salam Laila, jangan cakap begitu. kak ummu masih banyak kena belajar belum layak terima pujian atau tahniah. Perjuangan dalam bidang ni sangat mencabar dan perlukan pengalaman yang luas.

  3. mohsin says:

    bila drama ni akan di keluarkan??
    sy harap kak ummu dapat beritakan pada saya melalui email..
    rindu sy pada syria kak ummu..
    tak sabar nk melihat drama dakwah nurul iman ini di kaca tv..
    kawan2 saya pasti ramai yg akan muncul..
    hurm.. terima kasih ye kak ummu.

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com