Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Penulis Pemula

Penulisan skrip drama televisyen (sdt) merupakan antara genre sastera yang agak kurang diceburi oleh para penulis sastera dakwah. Berbanding novel, cerpen atau puisi, sdt lebih rumit sekiranya penulis tidak mempunyai pengalaman dalam penerbitan televisyen. Menulis sdt bermaksud penulis juga perlu tahu sedikit sebanyak tentang kehendak penerbit (terutama bajet), pengarahan (dialog dan aksi) dan SYARIAT!

Menulis novel misalnya, penulis lebih ‘bebas’ untuk menggambarkan realiti watak, hakikat anak, ibu, bapa, isteri, suami, jiran dan lain-lain. Anak dan ibu yang saling berpelukan apabila berpisah, bapa yang selalu mencium dahi anak-anak sebelum mereka keluar dari rumah, suami-isteri yang mesra dalam bilik tidur, serta pelbagai gambaran lain yang dialami masyarakat sehari-harian. Dalam cerpen atau puisi juga begitu.

Namun, dalam penulisan skrip drama televisyen, hal ini menjadi satu ‘proses kreatif’ yang baharu kepada penulis kerana, selain mengatur aliran dialog dan aksi, penulis sebenarnya sedang menyusun ‘kumpulan manusia’ dalam otaknya untuk divisualisasikan kepada penonton. Penulislah yang akan menggerakkan pengarah dan pelakon untuk menyelesaikan sesebuah cerita. Sekiranya, penulis tersebut menggariskan cerita yang buruk, klise, emosi, maka pusat cerita akan terbentuk begitu. Drama-drama Islamik di tangan penulis yang berjiwa Islam hasilnya berbeza daripada drama Islamik di tangan penulis yang hanya tahu tentang Islam.

Penulis yang hanya tahu tentang Islam (tanpa menjiwai) tidak merasa ‘apa-apa’ jika dia mengajak penonton untuk bertaubat (melalui lakonan pelakon) tetapi pada masa yang sama turut mempertontonkan adegan dalam bilik tidur, menari dalam kelab malam, berpelukan lelaki wanita, berzina dan lain-lain. Sebenarnya, para penulis mempunyai pilihan untuk memurnikan ceritanya ‘agar tidak berlebih-lebihan’ menggambarkan realiti masyarakat yang rosak. 

Kerjasama antara penulis, penerbit, pengarah dan pelakon memang perlu. Tetapi, sebagai penggerak cerita, penulislah yang perlu menasihati dirinya sendiri untuk berhati-hati mengalurkan dialog dan aksi yang kemudiannya dikembangkan pula oleh pengarah dan pelakon.  Siapakah harus dipersalahkan jika masyarakat mengidentitikan drama Melayu sebagai drama sarat emosi? (misalnya, hal yang remeh temeh seperti cemburu buta, dengki dan bomoh sering diangkat menjadi isu utama) walhal, jika kita membaca novel sastera atau novel sejarah Melayu, sikap orang Melayu ‘sangat jauh berbeza’ daripada yang dipertontonkan di televisyen. Masih banyak nilai dan elemen kesenian, kehalusan budi, ketinggian falsafah Melayu yang dipegangi sebilangan kita di Malaysia ini.

Barangkali kerana ia begitu ‘renyah’ (kerana untuk menghasilkan skrip drama yang baik penulis mesti berilmu) dan terikat dengan autoriti hukum, tidak ramai penulis yang berjiwa Islam dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang Islam menceburkan diri dalam bidang ini.

Ayuhlah kawan, kita sama-sama belajar menghasilkan skrip drama televisyen dakwah.

        

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com