Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Tarian Pendet?

“Ukhti di mana?” tanya Akh Masrur, teman sarjana saya yang berasal dari Republik Indonesia. “Saya perlukan pertolongan ukhti, penting,” katanya tanpa mahu menjelaskan di telefon bimbit. Saya masih termangu, namun memikirkan bulan Ramadan eloklah memudahkan orang lain saya bersetuju untuk berjumpanya di depan Tesco, Kota Damansara (kebetulan saya dalam perjalanan ke Galeri Ilmu).

“Saya mau wawancara ukhti,” kata Masrur sebaik memarkirkan motornya di depan saya. “Hah? isu apa? kalau yang saya tak tahu, saya tak mahu,” kata saya. Saya maklum Masrur adalah wartawan sambilan untuk akhbar Kompas Indonesia. Dan dia selalu meminta pandangan saya berkaitan hal sastera dan budaya.

“Ini isu yang sangat penting. Selepas insiden lagu Rasa Sayang, Manohara dan Siti Hajar, Malaysia terus-terusan di protes rakyat Indonesia. Media di sana terlalu memprovokasikan isu Malaysia-Indonesia,” jelas Masrur yang kemudiannya menceritakan tentang isu Tarian Pendet, iaitu  satu tarian popular di daerah Bali yang telah digunakan oleh syarikat iklan Malaysia untuk menggambarkan salah satu budaya Malaysia.

Sejujurnya,  baru hari itu saya mendengar tentang tarian Pendet. Saya menolak permintaan Masrur. “Nanti saya baca tentangnya dulu baru komen boleh?” kata saya. “Tak bisa ukhti. Sekarang saya bekerja di Metro TV Indonesia, jadi saya mau langsung rakam wawancara ini ukhti,” katanya menunjukkan tag wartawannya. Saya bertambah terkejut.  Setelah dipujuk Masrur, saya bersetuju untuk bercakap dengan niat ianya adalah untuk ‘menjernihkan.’

“Di Malaysia, media kita lebih memfokuskan isu-isu yang lebih besar berlaku sekarang ini misalnya H1N1 dan Bulan Ramadan mulia ini. Jadi, rata-rata masyarakat termasuk saya tidak tahu tentang ‘Tarian Pendet’. Kita mengakui banyak menerima pengaruh budaya terutama dari Indonesia kerana dalam banyak hal, Malaysia belajar dari Indonesia. Bahkan dalam kesusasteraan, kebudayaan dan kemasyarakatan pun, bukan hanya Indonesia, kita juga menerima pengaruh dari India, Arab, Cina dan tamadun lain. Kami rakyat Malaysia tidak pernah mengakui bahawa itu adalah asli Malaysia. Ianya gabungan pengaruh masyarakat yang datang ke sini.”

“Kenapa perlu marah-marah, bukankah rakyat Malaysia pada hari ini adalah celupan dan pendatang dari seluruh dunia termasuk Jawa, Sumatera, Aceh dan lain-lain. Mereka itu membesar dan beranak-pinak di sini. Dari situlah budaya keaslian mereka berkembang di Malaysia.”

“Kitakan serumpun dan senusantara? Kalau orang Melayu tidak memperkembangkan budaya Melayunya, apakah kita mengharapkan orang Eropah membanggakan khazanah kebudayaan Melayu? Lebih-lebih lagi di kala budaya asli kita sendiri makin terhakis dengan anai-anai globalisasi.”

“Eloklah kita mencari ruang untuk mempertautkan bukan mencari lubang untuk dijarakkan.”

Saya memberi komentar seadanya. Tetapi itulah hasrat terpendam sekian lama yang mana sesetengah masyarakat kita suka dengan ‘pepecahan’. Ruang perbincangan didahulukan dengan gertakan bersifat emosi dan nafsu. Dalam hal ini, media Malaysia bersifat baik kerana tidak ‘memperbesarkan’ hal-hal yang menimbulkan ketegangan negara.

Malam tadi, sebelum saya melelapkan mata, tiba-tiba muncul sms dari Imam Mujahid dan isterinya dari Solo, “Wah, Mbak Ummu, kami baru sahaja melihat mbak dalam berita di Metro Tv.”

Hari ini, di kotak FaceBook saya pula, ada rakyat Indonesia yang ‘marah-marah’ pada saya, katanya saya memberi komentar yang tidak tepat. Malaysia memang klaim budaya orang lain itu budayanya.

Saya teringat kata abah yang baru pulang dari Aceh semalam, “Kalau tak tahu kenapa komen?”

Ya Allah, moga keberkatan Ramadan mempertautkan ukhwah Islamiah tanpa mengira bangsa, budaya dan negara. Malam ni kena buka Surah al-Hujurat ayat 13 sebelum tidur.

20 Responses to Tarian Pendet?

  1. Mohd Fauzan says:

    Assalamualaikum

    nama saya mohd Fauzan,asal dari Jogjakarta – Indonesia. Kebetulan Allah telah memberikan jodoh saya kepada seorang wanita kedah, dan saya sekarang duduk di Kuala Lumpur.

    Sebetulnya apa yang berkembang dan terjadi akhir2 ini kepada hubungan 2 hala Indonesia – Malaysia adalah kurang kerapnya komunikasi antara kita. Alangkah baiknya ke 2 – 2 kerajaan memfasilitasi adanya sebuah dialog antara tokoh2 masyarakat Indonesia dan Malaysia yang nantinya dapat disiarkan melalui media2 di ke 2 – 2 negara ini.

    Mengenai isu tarian pendet, saya faham bagaimana perasaan sebagai rakyat Indonesia. di 1 sisi, beberapa waktu yang lalu negeri diganggu oleh isu bomb yang diisukan dipimpin oleh pengganas dari Malaysia,sehingga impian 200 juta rakyat indonesia menyambut kedatangan team bola sepak kesayangan Manchester United betul2 hanya tinggal impian. Yang menyakitkan lagi justeru MU main 2x di Malaysia. Pertanyaan lain yang timbul di benak rakyat indonesia, kenapa pulak orang malaysia mengacau di sini?(indonesia). kalau alasan pembanteras maksiat, bukankah di malaysia maksiat justeru dilegalkan, contoh: genting casino

    belum habis rasa geram ke atas kes bom itu, muncul isu sebegini (tari pendet) yang disiarkan ke channel discovery.

    Kemudian syak wasangka yang timbul adalah: malaysia memang sengaja menjatuhkan image “saudara tua”nya di mata dunia.

    Semoga di kemudian hari nanti, segalanya akan berubah. dan kita warga nusantara dapat bersatu dalam kerukunan dan ukhuwah

    Wallahu’alam bis shawab

  2. Faiz Faiza says:

    tidur mimpi kan Acheh semalam

  3. Atriza says:

    Jawapan yang bernas ukht berikan..

    Moga tautan serumpun itu akan terus berkekalan, Amin Ya Rabbal `alamin.

    Teruskan perjuangan ukht..

  4. Ummu Hani says:

    salam Faiz dan Atriza, semakin kita nak baiki diri makin berat ujian yang akan didatangkan olehNya. marilah sama2 kita saling menegur dan memberi nasihat.

  5. abd says:

    Presiden SBY menjelaskan bahwa Menbudpar telah bertindak dan telah menyampaikan surat yang bernada protes dan meminta penjelasan tentang duduk perkara yang sebenarnya. “Jawaban sementara, memang itu iklan dibikin oleh sebuah private company yang berkaitan dengan usaha kepariwisataan di Malaysia. Terhadap itu saya berpendapat, bagaimanapun saya berharap pemerintah Malaysia bisa menjaga sensitifitas rakyat Indonesia yang berkaitan dengan itu, karena kejadian ini bukan yang pertama kali,” tegas SBY.

    Saya ingin bertanya, apakah indonesia pernah sensitif terhadap malaysia. kita tidak pernah sekali pun mengucapkan ganyang indonesia, walhal indonesia telah beberapa kali melakukan perkataan tersebut.

    cuba renungkan..

    ketika negara malaysia diselubungi jerubu akibat pembakaran di sumatera.

    mendengar berita perompak dari indonesia yg datang ke sini menggunakan senjata tajam yg membuatkan kita tidak tidur lena.

    isu buruh asing terutamanya dari indonesia yg membolot peluang pekerjaan di malaysia.

  6. Ummu Hani says:

    salam, kalau kita menggariskan 1 kesalahan mereka, mereka menggariskan 10 kesalahan kita. Jadi biarlah kita ikut sunnah Rasul, banyakkan ingat kebaikan orang dan banyakkan melihat kesilapan diri, sikitkan melihat kebaikan diri. sikitkan melihat kesilapan orang.

    Salam Ramadan

  7. inda tahu la says:

    Biasanya rumpun Melayu memang ada sikap negatif macam tu. sama ada di Indonesia atau Malaysia. Ketidaksafaham itu, membuktikan Rumpun Melayu di kelas bawahan

  8. Herman Iraswady says:

    As Salam… Alangkah sedihnya situasi isu yang melibatkan budaya dipolitikkan hingga timbulnya ayat GANYANG MALINGSIA!!! Aku adalah berketurunan Acheh…nenek terkubur ditelan tsunami… LUPAKAH kita akan hukum Allah… LUPAKAH kita …kita sesama ISLAM… LUPAKAH kita bahawa kita MEMANG berada di bawah satu RUMPUN MELAYU…. Aku akui memang berlaku banyak persamaan di antara kebudayaan Indonesia – Malaysia… iTU ADALAH KERANA APA YANG ADA DI INDONESIA SELAIN METERIAL TELAH DIBAWA BERSAMA SEMASA MIGRASI…

    LUPAKAH kita akan sejarah MIGRASI masyarakat Indonesia ke Tanah Melayu… dari Kiyai-Kiyai Ulamak Islam , pedagang hinggalah rakyat biasa MEMBANGSATKAN DIRI ( Mencari rezeki di bumi asing ) hinggalah aku masih berdiri di Malaysia yang kini menjadi tanahairku walaupun sanak saudaraku masih ada di Bumi Acheh…LUPAKAH kita akan ISTANA MAIMON DI MEDAN ..perkahwinan di Raja yang menyebabkan GAMELAN BERKEMBANG DI TANAH MELAYU ??? INGATKAH kita akan GURINDAM 12 Raja Ali Haji ??? INGATKAH kita akan pesan Alahyarham Raja Ali Haji??? Ternyata MELAYU MUDAH LUPA … INGATKAH ita akan bait-bait puisi saudaraku Ebiet G Ade…. Mungkinkah Alam telah bosan…melihat tingkah kita…. Maka Allah menjatuhkan Bala di bumi Indonesia, negara mengalirnya darah keturunanku…
    YA ALLAH…SELAMATKANLAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI BUMI INDONESIA…MALAYSIA… BUKAN MALINGSIA!!! SEDARKANLAH INSAN YANG BERHATI BUSUK YANG INGIN MENGHANCURKAN MELAYU DAN KEDAMAIAN… MATIKANLAH KAMI DALAM KEIMANAN…HINDARI DARI KEMUNGKARAN DAN HASAD DENGKI…KUKUHKANLAH UKHWAH DAN SILATULRAHIM DI ANTARA INDONESIA – MALAYSIA…YA ALLAH..YA RAHIM…YA KARIM… TUNJUKKAN KEBENARAN..SESUNGGUHNYA AKU AMAT TERTEKAN..AMAT BERSEDIH … AMAT KECEWA DENGAN ISU-ISU YANG TIMBUL YANG BOLEH MERENGGANGKAN PERSAUDARAAN ….
    JIWA DAN RAGAKU UNTUK ISLAM DAN MALAYSIA -INDONESIA… JANGAN HANYA INGIN BERKORBAN BUKAN KERANA ISLAM TETAPI KERANA BUDAYA????? YA ALLAH… SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI, MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENYAYANG.. BUKALAH PINTU HATI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KEDUA-DUA INDONESIA DAN MALAYSIA AGAR DAPAT BERSATU MEMBINA BENTENG, SEDERAP LANGKAH BERSAMA TANPA MENUNDING JARI SIAPA YANG SALAH DAN BENAR… AMIN YA RABUL ALAMIN…

  9. satu says:

    Salam,……Dari apa yang dibaca dalam internet,masalah tarian pendet kayaknya menjadi isu hangat di negara jiran kita indonesia.Tapi kami di malaysia tidak terasa hangat pula kerna banyak lagi isu hangat yang perlu di selesaikan seperti isu H1N1,
    Perlu diingat rakyat malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa seperti bugis,jawa,banjar,minang,melayu,cina india dan lain2.Dalam masyarakat yang berbilang kaum, maka tarian atau kebudayaan mereka juga bawa bersama ke malaysia….So kenapa perlu marah2 ama malaysia….sedangkan kita satu rumpun cuma berbeda negara….

  10. dhiya' says:

    Assalamualaikum ukht. Terlebih dahulu izinkn sy utk berkongsi di dalm bolg ni. Baiklah brkaitn dgn isu tarian pendet yg hangt d perkatakn skrg ini trutamanya di media indonesia sbnrnya adlh pringatn Allah kpd kita krna kita semua sudah terlalu jauh dariNya. Allah tlah tarik rhmt n kasih syng sesama kita yg hidup serumpn melayu ini krna kita semua sibuk mengejar cinta n kjayaan dunia sdngkn dlm masa yg sama kita terlupa bhwa sgala kjayaan itu dtgnya dari Allah S.W.T. kmbalilah kita kpdNya krna Dialah yg memegang kunci kasih syng sesama insan, Insyallah.

    Wallahua’lam….

  11. Soffiah says:

    Salam..
    aduhai orang-orang Melayu tak kira la Malaysia atau Indonesia..sebelum mengamuk, cari dulu fakta yang betul..BERNAMA dah jelaskan bahawa itu adalah iklan yang dibuat oleh salah sebuah syarikat pengiklanan di Singapura.Discovery Channel dah hantar surat penjelasan pada kementerian Pelancongan Indonesia. kalau tak caya, tanyala Menteri Pelancongan Indonesia.

    Sedarlah Umat Islam, pelbagai pihak mahu melihat orang Islam berperang dan berbunuhan sesama saudara sendiri. Kemudian, mereka akan ketawakan Umat Islam kerana sikap-sikap murni sesama saudara semakin luntur. Pada ketika Negara Islam sudah tidak bersatu padu, mereka akan menyerang kita. Sedarlah saudaraku…

  12. eva says:

    pada sekelian,,,
    sebenar nya kerajaan pun x suke berlaku mcm ni,,,dan para menteri pun sedah pening dgn apa yg berlaku..
    berpunca nya dari fitnah maka semua x boleh terima,
    sesiapa saja boleh memfitnah….
    apa salah nya jika kita buat tak tahu….biar pihak yg berkuasa saja yg selesai kan..ini semua rakyat dah masuk campur,,susah lah semua pihak kalau x fikir…
    nak ke malaysia dan indonesia berperang sedang kan
    ramai rakyat indonesia berada di malaysia dan hidup mereka dah mcm malaysia ni indonesia yg punya…
    malaysia dah byk membantu ,,,ambik rakyat indonesia bekerja disini….apa lagi ye,,,,kenapa mesti isu tarian pendet itu boleh jadi huru hara mcm ni?….ini lah tanda2 kiamat kita akan muncul..berperang sesama islam….

  13. Abdul Jawat says:

    Asslammulaikum….Saya selaku rkayat malaysia..bila terjadi hal sebegini…rasa amat sedih sekali..apabila membaca berita..di Indonesia diadakan sekatan jalan untuk menyapu orang Indonesia..dan pelajar-pelajar malaysia digangu…

    Adus sedihnya hati….Saya bukan ingin mengunkit..dalam 4 tahun kebelangan ini..indonesia kerap menerima musibah yang agak besar seperti banjir, tsunami, dan gempa bumi….

    Pernah tak dalam benak orang Indonesia..negara mana yang sampai dahulu untuk menghulurkan bantuan…negara mana yang kerap menyumbangkan bantuan…
    Thailand Kah?
    Singapore Kah? atau Philiphine?

    fikirkanlah…orang berbudi kita berbahasa…
    kerjaan malaysia berulang kali meminta maaf dan menghulur salam kemaafan…

    Baguslah..jadilah bangsa yang dikeji orang….bangsa yang suka menerima suapan rasuah dan mempersalahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri….

    Sekian…

  14. neilhoja says:

    rupanya di sinipun berkembang isu tersebut.

    pertama kali, terus terang saya yang juga warga indonesia agak emosi. akan tetapi, tidak lantas suudzon dan atau bertindak. saya lebih memilih diam, menunggu duduk perkara yang sebenarnya.

    benarlah apa yang dikutip ummu hani di atas, tapi tampaknya saya lebih memilih mengutip surat al-hujurat ayat 6,

    ?? ???? ????? ????? ?? ????? ???? ???? ??????? ?? ?????? ???? ?????? ??????? ??? ?? ????? ??????

    in ja’akum fasiqun binabain fatabayyanu…

    sehingga bahkan, hingga sebelum saya membaca penjelasan ummu hani dan komentar2 di sini, saya belum mengambil keputusan. dan alhamdulillah.. berkat postingan ummu hani di sini, saya merasa agak tercerahkan.

    bahwa sesungguhnya bukan niat langsung pihak Malaysia untuk mengklaim budaya Indonesia, akan tetapi memang budaya Indonesia yang berusaha dilestarikan oleh anak cucu keturunan mereka yang tinggal di Malaysia…

    Dan lagi jelas, bahwa apa yang ditampilkan discovery channel tersebut adalah liputan sepihak. Tampaknya benar apa yang disampaikan oleh mas Fauzan di atas, bahwa kurangnya komunikasi antar kita, membuat sedikit percikan api, sangat cepat menjadi besar…

    syukron wa afwan bila ada salah kata.

    Sekaligus ingin mengucap, Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H, Mohon maaf lahir dan batin.

    Taqabbalaallahu minna wa minkum. Minal adin wal faizin.

    Mohon maaf bila ada sebagian warga kami yang berkata atau bertindak kasar, mereka memang bagian dari kami. Tapi tidak pula bisa dikata, bahwa semua dari kami, berperangai seperti itu.

    Akhir kata, ingin mengutip pula, seperti apa yang ummu hani kutip di atas, surat al hujurat, ayat 13.

    ??? ???????? ???????? ?????? ???????????? ???? ?????? ???????? ??????????????? ???????? ??????????? ????????????? ????? ???????????? ????? ??????? ??????????? ????? ??????? ??????? ???????

  15. Ummu Hani says:

    Saya mengucapkan terima kasih kepada para komentar, seperti mana Yahudi dan Kristian cuba memecah-belahkan sesama umat Islam di Palestin dan negara Arab lain, begitu juga mereka mahukan dari rumpun Melayu ini.

  16. Be Profesional says:

    aku rasa mcm budak2 pun ada gak..tarian pendet yang bawak ke neraka tuh nak di gaduhkan,ntah hapa2 ntah..Brsyukur la skit, ptut la negara byk Allah turunkan bala sana sini..Orang Malysia jgn sibuk nk tlong dorang lagi dah, tul2 mcm lepaskan anjing yang tersepit..aku ckp cmni sebab aku sedih sgt2, sesama Islam pun bgaduh..

  17. Be Profesional says:

    Sebab isu nih, aku terpaksa berjauhan dengan suamiku dalam keadaan aku yang sarat mengandung smata-mata untuk membantu mendamaikan keua-dua negara nih..byk hal yg lebih penting untuk difikirkan..

  18. rifai says:

    sungguh, ini hasil dari pikiran keduniaan dan kebendaan,..
    saya orang indonesia dan menganggap protes akan tari pendet adalah hal yang wajar, yang tidak wajar adalah cara cara yang berlebihan
    secara sederhana, masalah masalah remeh ini timbul berawal dari klaim klaim pemerintah/kerajaan malaysia terhadap hal hal remeh yang mungkin sekali berujung pada hak paten
    dan begitulah kejamnya hak paten, siapa saja yang pertama memperoleh hak paten, bagi dunia, dialah yang berhak atas sesuatu itu termasuk berhak melarang orang lain untuk mempergunakan sesuatu itu
    entah benar atau tidak, pemerintah malaysia sedang mengajukan paten hal hal yang sepatutnya milik orang lain, inilah yang akan menjadi api nantinya, termasuk yang didaftarkan hak paten adalah gamelan… dan sangat bisa jadi, jika tidak ada komplain dari indonesia, tari pendet ini dipatenkan juga…
    bagi masyarakat bali, tarian ini penting karena berhubungan dengan ibadah mereka… maka sangat bisa diterima protes mereka karena hawatir setelah paten keluar, mereka tidak boleh lagi menari untuk agama mereka
    soal penjelasan, mungkin tidak semudah bahwa ini bukan salah pemerintah karena kenyataannya bahwa pemerintah malaysia berusaha mematenkan hal hal lain yang awalnya bukan milik malaysia, contohnya gamelan…
    harap diingat juga, pemilik asli tari pendet itu bukan orang islam, jadi wajar sekali mereka masih suudzon jangan jangan itu sengaja dan menunggu kelengahan indonesia… begitu lengah, paten!

    ini sebenernya pelajaran buat kedua pemerintahan, mereka harus bekerja sama

    yang patut dihighlight
    1. saya faham, pemerintah malaysia ingin memelihara budaya yang ada, hanya saja sebaiknya pemerintah malaysia harus bekerja sama dengan negara asal jika ingin mengklaim satu budaya
    2. meski hanya tarian, pendet ini berbeda dengan budaya yang lain. contoh saja, jika malaysia berhasil mematenkan gamelan, batik dll yang asli indonesia, maksimum hanya uang yang hilang, tapi bagi sebagian orang (terutama dari bali) hilangnya tari pendet berarti terpangkasnya kepercayaan mereka

    note : saya menemukan site ini dari searching di internet dan kebetulan nemu hal ini dan mungkin tidak akan buka site ini lagi… jadi, jika ada yang ingin sharing bisa hantar mail ke rifai_engineer@yahoo.co.id

  19. Bunga Angkasa says:

    Hanya baru-baru ini saya berpeluang mengikuti isu tarian pendet ini. Bukannya apa, jika tidak digembar gemburkan oleh media Indonesia sehingga menjadi hangat dan menimbulkan salah faham rakyatnya tidak lah saya tahu kewujudan tarian tersebut. Tidak bermakna saya buta dan tuli kepada budaya negara serumpun ini, tetapi memang saya tidak pernah diberitahu oleh sesiapa pun mengenai adanya tarian tersebut. Pada pendapat saya, setelah meneliti setiap luahan dan pandangan responden, sebenarnya kita mengetahui sejauh mana kemarahan rakyat Indonesia terhadap isu ‘merampas’ tarian tersebut. Apa yang saya tahu tarian tersebut adalah kepunyaan rakyat Indonesia yang tinggal di bali yang bukan beragama Islam….Justeru itu, adakah kebangkitan rasa marah yang timbul tersebut mewakili seluruh rakyat Indonesia yang mempunyai pelbagai agama dan majoritinya adalah beragama Islam….telah diumum secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Malaysia untuk memohon maaf walaupun ketelanjuran tersebut bukanlah disengajakan tetapi kekecohan tetap berlaku….apa yang sebahagian rakyat Indonesia itu mahukan sebenarnya….tidak bolehkan perkara tersebut di bawa berunding…..sukarkah untuk berkomunikasi sedangkan bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu tidak jauh berbeza….Tidak perlulah wujud istilah ‘Ganyang Malaysia’ atau ‘sapu Malaysia’….sapa yang akan melariskan jualan CD lagu-lagu mereka kalau bukan tidak rakyat Malaysia yang bermurah hati, bagaimana pula Kris Dayanti, Rossa, Kumpulan Peterpan nak memasarkan lagu2 mereka dan berkonsert di sini….bagaimana pula, kalau majikan Malaysia pula menjalankan kempen ‘Ganyang Pekerja Indonesia’ pula….adalah tidak baik untuk kita berbalas-balas bukan…apa yang penting…perlu saling faham memahami dan bertolak ansur….media Indonesia dan media Malaysia perlu berperanan untuk menjernihkan keadaan….menenangkan hati rakyat….bukannya mengeruhkan keadaan…tanggungjawab sosialis perlulah diutamakan sebelum sebarang artikel dan isu dibangkitkan….kita semua saling perlu memerlukan antara satu sama lain….

  20. miko says:

    saya pelik bin aneh dgn org indonesia ni…pasal tarian pendet pun nak diperbesarkan…banyak lagi cerita yang perlu di bincang kan,..saya sebagai rakyat malaysia dan berumur 16 tahun pada tahun 2010…amat kesal dgn tindakan rakyat indonesia yang membakar jalur gemilang sy..rasa terhina kalau di lakukan sebegini…kami tidak pun nak ganggu,merompak,mengangu gadis di sana,tidak meragut,tidak mmperkosa pun gadis di sana(indonesia),,cuma sy amat kesal dgn indonesia ni…yang sy pelik,,di malaysia ni ramai indonesia yang baik,peramah..tapi kenapa di sana pula jahat…adakah indonesia cemburu kerana mereka yang tak dapat pergi ke malaysia ni…sampai nak marah2..pelik sy dgn setengah rakyat indonesia ni…1 lagi…indonesia ni terlalu sensitif tentang budaya…apa budaya tu akan bawa ke mati..sedar la indonesia..kita ni akhir zaman..cerita tentang ibadah pun ok juga…knapa tentang budaya….kami malaysia tak teringin pun dgn budaya tak laku(murah) tu…maaf kan saya andai terkasar bahasa…assalamualaikum….

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com