Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Ustaz Asri Ibrahim Telah Mendahului

 u-asri.jpg

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”- Allahyarham Asri Ibrahim

Jika sekarang ini Pihak Astro sedang mengadakan tribute filem-filem Allahyarham Yasmin Ahmad, perkara yang sama diharapkan berlaku kepada karya berbentuk zikrullah dan nasyid oleh Allahyarham Ustaz Asri bin Hj Ibrahim yang telah pulang ke rahmatullah jam 11 pagi, 13 Ogos 2009 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Ianya satu kehilangan yang amat besar dalam industri nasyid tanah air khususnya arena dakwah seni suara.

Pada mereka yang lahir sekitar tahun 1980-an, 199o-an dan alaf 21, suara Ustaz Asri menemani zaman bayi, kanak-kanak dan remaja kita. Allahyarham mengalunkan azan di kaca televisyen, menjadi ketua selawat jika hadirnya Maulidur Rasul dan zikirnya meronai pagi kita di corong-corong radio. Suara Ustaz Asri bahkan akrab mengajar kita nama-nama Allah melalui zikir Asma ul Husna, Tola’al dan terlalu banyak untuk dituntaskan di sini.

Secara peribadi, saya mengenalinya sejak masih berumur 5 tahun. Beliau ketika itu ahli kumpulan nasyid Nadamurni di Sg Pencala dan saya antara yang selalu melihatnya secara ‘live’ di pentas. Musim berlalu, Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani bertapak kukuh dalam industri nasyid selepas kumpulan Raihan, namun mengagumkan, Ustaz Asri tidak pernah berubah akhlaknya. Seorang yang tawadhuk, suka tersenyum, bercakap dari hati, tulus, sederhana dan memiliki ilmu al-Quran yang tinggi. Bahkan, ketika menapak dalam jagat popular dunia hiburan, Ustaz Asri tidak ‘lari’ dari matlamatnya. Beliau seorang pendakwah yang berhikmah mendekati golongan seni.  Misalnya, saya pernah bertanya pada artis Bob Lokman tentang penasyid yang dihormatinya, tiada orang lain yang dijawabnya kecuali Ustaz Asri.  Dan rata-rata artis lain juga sangat hormatkan Ustaz Asri, bukan kerana garang atau tegas tetapi kerana akhlak dan budi yang dipamerkan Allahyarham.

Terakhir, saya pernah menegur Ustaz Asri ketika majlis Pelancaran Rakan Asuh dulu, saya katakan bahawa Ustaz nampak kurus , beliau membalasnya dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Memang senyuman menjadi penghias Ustaz Asri ke mana pun beliau pergi.

Kehilangan Ustaz Asri tentunya memberi impak yang besar kepada kita semua terutama isteri dan anak-anaknya, ahli kumpulan Rabbani seterusnya para perindu zikrullah. Namun, kita yakin bahawa Allah telah menyediakan tempat yang baik, kekal abadi  dalam naungan CintaNYA buat hambaNya yang beriman. Ustaz Asri telah mendekati kekasihnya Rasulullah SAW di alam sana. Membawa segala perjuangan yang diteruskan dari baginda SAW untuk dikongsikan dengan habibuna Muhammad SAW.

Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khotimah agar kami mengecapi apa yang dikecap oleh para syuhadaMu yang telah mendahului.

AL-FATEHAH.

5 Responses to Ustaz Asri Ibrahim Telah Mendahului

  1. arnamee says:

    salam ziarah.

    sememangnya pasti beliau akan dirindui.
    al-fatihah

  2. idrus says:

    alfatihah

  3. Pauzi says:

    terharu benar dengan pemergian mengejut arwah khamis lalu. Moga Allah saja yang mampu membalas rahmat dan maghfirah sumbangannya kepada dunia Islam

  4. manis says:

    salam takziah bt keluarga allahyarham dan rakan-rakan rabbani. Perginya beliau amat di rasai walaupun belum pernah bersua. Patah tumbuh hilang berganti tetapi dirimu sukar di cari ganti. Alunan lagu dan zikir allahyarham mendidik jiwa. Hanya doa mengiringi pemergian beliau.

    AL-FATIHAH….

  5. al hannan says:

    allah yarham
    ustaz asri

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com