Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

September 30th, 2009

Wednesday, September 30th, 2009

Perjalanan 4 Pagi 5 Petang

  dsc_8970.JPG

Cara Tidur Adibah

Ketukan di pintu bilik mengejutkan lena saya yang biasa tidur sekatil dengan Adibah dan Hajar. Terkulat dan mengantuk sesangat. “Cepat, nak bertolak sekarang!” kata abah yang cegat berdiri kala saya membuka pintu bilik. Jam dalam fikiran saya waktu itu pukul 4 pagi (kerana semalam abah kata nak bertolak jam 4 pagi ke KL). Memikirkan buku-buku (selalu menjadi hiasan sahaja atas meja jika di Kedah) dan misi ‘utama’ menyelesaikan apa-apa yang patut di Kuala Lumpur (Bilik terbuka penyelia M.A ku), saya gagahkan diri membuat perkara sepatutnya seperti mandi, pakai pakaian yang tak perlu bergosok (pakaian semalamlah tu, bukannya kotor, masih wangi lagi) dan rupanya tak perlu susah-payah angkat beg kerana abah lebih dahulu masukkan barang-barangnya dan barang saya sekali dalam but kereta (Terpancar semangat abah nak balik awal ke pejabatnya).

Tok seperti biasa akan bertanya soalan (Rasanya bukan soalan tapi jawapan yang tidak tepat) kepala penghuni-penghuni yang akan berhijrah keluar dari rumah. “Tak balik dah ka?” atau “Lambat lagilah nak balik tengok tok ni”. Soalan tak semacam soalan itu, saya akan menjawab dengan sepatah sahaja “Balik.” Biasanya tok tidak berpuas hati dengan jawapan pendek begitu, dan abah selalu menjadi penjawab soalan yang baik bagi tok, “Tak lama mak, insya Allah nanti habis kerja baliklah ke Kedah..” kata abah. “Baliklah, jangan tak balik. Kena balik!” begitulah tekan tok yang biasa akan menangis sayu memeluk dan mencium cucu dan menantunya. Continue reading Perjalanan 4 Pagi 5 Petang

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com