Bertemu penulis Sayuti Omar di Bandara Iskandar Muda
Ipinisme di Banda Aceh
Sejak melangkah masuk ke rumah Kak Cut Mustika, dia tidak habis menyebut-nyebut kalimah yang amat sinonim dengan kartun Upin dan Ipin; “Betul…betul…betul..”. Rupanya, siri kartun Ramadan milik anak Malaysia itu sedang ditayangkan di seluruh Indonesia.
Suasana itu juga terjadi apabila bersembang dengan orang awam, sebaik tahu saya dan dua teman berasal dari Malaysia, kalimah ‘Betul..betu..betul..” cepat menceriakan keadaan. Namun, yang lebih menarik lagi, apabila Kak Faezah Yahaya membawa saya dan Faiz Faiza melawat universiti lamanya (sebelum Tsunami) IAIN Ar-Raniry, beberapa pensyarah yang berpapasan dengan kami turut melontar kalimat “Betul..betu..betul..”. “Ini betullah Ipinisme ni. Apapun, kita berasa banggalah ada nilai yang cepat ditangkap oleh orang Indonesia dari Malaysia,” kata saya sendiri.
Jatuh Cinta Pada Es Teler
“Ummu, es teler Ummu..esteler..”kata Kak Eka disambut Kak Faezah dan Faiz (saya tahu bertujuan lebih untuk bergurau). Ini kerana, pertama kali ‘terkena penangan’ es teler, saya sudah jatuh cinta dan asyik menyebut perkataan itu sahaja. Es teler mempunyai persamaan dengan air batu campur alias ABC tetapi aisnya tidak dimesin sebaliknya mengutamakan santan (yang telah dimasak) dicampur agar2 pelbagai warna, gula merah, sirup, sagu, jagung, cendol dan..buah nangka! Es teler akan membuatkan kita melupakan makanan lain ketika berbuka puasa. Harganya hampir RM3 duit Malaysia untuk satu plastic es teler.
Alhamdulillah, setelah pulang dari Aceh, cerpen tentang es teler telah saya siapkan menunjukkan saya begitu ‘mahu’ nak menyedutnya lagi.
Faiz bersama mama dan anak2
Jual dan Membeli
“Ini telefon mbak?” tanya seorang jejaka Aceh yang duduk sebaris dengan kami dalam barisan menaiki pesawat Air Asia ke Banda Aceh. Pandangannya lebih terarah pada Faiz yang menyeluk-nyeluk poket seluarnya. Sah! Telefon Faizlah itu. Macam mana boleh tertinggal atas kerusi?
Jejaka itu tanpa silu beredar ke tempatnya tidak menghiraukan Faiz yang mahu mengambil semula telefon bimbitnya. Dia enggan memulangkannya kepada Faiz. Saya dan Kak Faezah tersenyum nakal pada Faiz. Itu ada tanda-tanda ‘pengusikan atau pengoratan’ dengan sengaja. Faiz yang terkenal lasak dan tegas itu semacam bingung dan hampir marah. Sebelum marahnya meletus, jejaka itu menghulurkan telefon bimbit. “Saya datang ke Malaysia mencari cari-tetapi tak berjumpa. Kasilah nombor telefon barangkali terjumpa,” katanya amboi. Minta maaflah, Faiz tidak mahu membeli kata-kata itu dan tidak melayani si jejaka kecuali berterima kasih kerana memulangkan telefon tangannya.
Sewaktu beriringan dengan Faiz, saya berbisik, “Adegan tadi boleh Ummu masukkan dalam babak drama. Tetapi mungkin lain sikit, si gadis ‘membeli’ kata-kata yang dijual si jejaka, mereka kemudian berkahwin. Jadilah cinta antara negara” “Hang memang…” marah Faiz pada saya.
Fotokopi betul dengan suasana di Kodiang.
“Inilah Kami..Seadanya”
Kata mama, isteri Drs Mustafa Amin setelah tiga hari kami di rumahnya. Saya sebenarnya ingin memberitahu mama,bahawa yang seadanya itulah cocok dan sebati dengan jiwa saya, anak kampung yang erat kasih kekeluargaan. Keluarga mama, dengan tiga puteri seorang menantu melambangkan kajatian Melayu Aceh lama. Mereka kuat berpegang dengan adat Melayu dan agama Islam bahkan berwawasan maju. Drs Mustafa Amin, seorang pensyarah universiti, anak sulung mereka, Cut Mustika seorang doktor haiwan, anak keduanya, Cut Junita, seorang arkitek dan si bongsu,Cut Januarina, lulusan Perguruan Bahasa Inggeris. Keluarga yang hebat ini bermula dari tangan mama, seorang surirumah sepenuh masa.
Mama, kau seperti bondaku, Hajah Hamidah Hj Tahir.







wahhh.. jadi pingin es teler nie…
terkenang adegan faiz dengan “si dia”… hehehehehe…
**faiz jgn marah…
Aceh membuatkan kita rasa dekat dengan Indonesia walaupun ada suara2 yang tak enak dilemparkan pada kita