Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

October, 2009

Saturday, October 31st, 2009

Siapa Lagi Kita Nak Ikut Kalau Bukan Mak?

 dengan-mak.JPG

“Mak, macam mana mak boleh terima kekurangan abah sepanjang mak jadi isteri abah?” tanya saya ketika duduk berdua dengan mak.

“Sebelum mak kahwin dengan abah, dia sudah ada nama sebagai pemimpin pelajar. Mak tahu dari cerita orang yang abah orangnya baik, aktif, lantang dan alim. Kelebihan itu menyebabkan mak sudah ada rasa hormat pada abah. Jadi, lepas kahwin, rasa hormat bertambah bila dia seorang yang seperti kita fikirkan. Memanglah ada kekurangannya, namun kerana kelebihan dan kebaikannya, kelemahan dan kekurangan tu nampak kecil. Yang penting, terimalah seadanya pasangan hidup kita,” kata mak yang telah hidup dengan abah hampir 28 tahun. 

Saya tunduk dan berazam, mesti bersangka baik dan hormat dengan pasangan hidup nanti. Teringat kata Maksu, adik abah kepada saya, “Suami adalah jiran isteri yang paling dekat. Mesti ada hormat, malu dan mencintai jiran.”

Untuk Mak, saya nukilkan sebuah puisi;

Mak,

wajahmu indah dari pelangi,

Kasihmu hangat dan terang

Berbanding mentari

Jiwamu adalah bulan

Kolam hatimu adalah bintang-bintang

Kami hidup

Dalam syurga bersamamu

Di bawah tapak kakimu.  

Wednesday, October 28th, 2009

Perkahwinan Dan Ketaqwaan

27102009160.jpg

Saya dan Kak Khadijah yang mengajar diri ini memahami cinta. 

Masa menguzurkan manusia tetapi mematangkan cinta.’ Begitulah yang saya tulis untuk diri saya sendiri dalam buku yang saya beli, juga untuk diri saya sendiri: Disebabkan Oleh Cinta, Kupercayakan Rumahku Padamu oleh Mohammad Fauzil Adhim.
Melewati denai akhir 26 tahun, saya semakin berhati-hati mengurus cinta. Kalau dahulu, saya memberontak jika cinta tidak atau lambat dibalas, namun kini saya mulai belajar bahawa cinta adalah untuk diberikan dengan penuh ketaqwaan. Seperti kata Ustaz Zul Ramli, ‘Jika anda mahu Allah bercakap denganmu, maka bacalah al-Quran, dan jika kamu mahu bercakap-cakap dengan Allah, maka tunaikanlah sembahyang.’

Cinta bukan hanya selembar tulisan I Love U dalam kad ucapan Hari Ibu atau Hari Bapa untuk mak dan abah, tetapi cinta adalah memberikan tanggungjawab selayaknya kepada insan yang kita cintai. Melafaz cinta amatlah mudah, namun mengorbankan diri demi cinta jarang istiqamah terutama buat pasangan suami-isteri yang berpuluh tahun tinggal sebumbung. Cinta belum dibuktikan selagi madunya belum dihirup dan pahitnya belum ditelan dengan senyuman. Cinta adalah pengorbanan bukan permainan. Cinta adalah makhluk Tuhan yang perlu diberi hak di kedudukan yang sesuai. Kerana ia adalah sifat Allah iaitu Ar-Rahim.

Apakah ini difahami oleh rata-rata remaja sekarang termasuk diri saya sendiri? Continue reading Perkahwinan Dan Ketaqwaan

Sunday, October 25th, 2009

Ucapan Sasterawan Negara ke -10

 TAHNIAH BUAT AYAHANDA GURU, DATUK DR ANWAR RIDHWAN YANG TELAH MENERIMA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SASTERAWAN NEGARA KE 10 20 OKTOBER LALU.

Susun SN KE 10:

bcdar02.gif

ismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah Khalikulalam,
Berkat Muhammad Sayid Alanam,
Memberi rahmat siang dan malam.
Awal bismillah fakir menyusun,
Di pangkal jalan memohon ampun,
Maklum bahasa tidak tersusun,
Banyak perkara hendak dihimpun.
Majlis permai fakir mengisi,
Kata dan fikir dengan puisi,
Kerana fakir bertugas di institusi,
Yang “melangkah ke hadapan bersama tradisi.” Continue reading Ucapan Sasterawan Negara ke -10

Friday, October 23rd, 2009

Parahnya Diriku Dengan Dosa

Setiap hari, berita tentang kematian berlegar dan berpuing di telingaku. Ada yang meninggal dunia di usia beberapa bulan hidup di muka bumi (AL-FATEHAH BUAT NUR FATIMAH MUHD RAMADAN FITRI) dan ada yang pergi ketika melewati denai usia tua (AL-FATEHAH BUAT AYAHANDA EDITOR MAJ ANIS, PUAN JALILAH ABDULLAH DAN ALLAHYARHAMAH HAJAH CHE HALIMAH). Dan di paparan akhbar setiap hari, sungguh kematian tidak mengenal usia, tempat dan asbab.

Aku yang tidak berpenyakit fizikal, tetapi menderita sakit mazmumah. Akan terkorbankah aku dengan penyakit dosa-dosa ini?

Ya Allah.

Thursday, October 22nd, 2009

Penulis menyusahkan Skrip

31.JPG


 

Suatu malam, saya bertandang ke lokasi pengambaran Drama Bersiri Nurul Iman yang diadakan di Hospital Besar Kangar. Sejurus saya di situ, pengarah menyuruh pembantunya menerangkan kepada saya tentang perubahan yang akan dilakukannya.

“Saya tidak mahu melibatkan polis dalam cerita ini, ia satu proses yang melambatkan. Ummu tukar dialog ini, sebentar lagi saya mahu para pelakon mengaksikannya,” kata pengarah. Dalam kekalutan itu, saya terpaksa merangka skrip untuk satu babak yang mana ia meniadakan watak polis. Pengarah memberikan ide kasarnya bahawa cerita sebenar tidak akan terjejas tanpa kehadiran polis. “Watak jahat si Wahab ini kita balasnya dengan satu penyakit misteri. Justeru, ia tak perlu ditangkap polis,” kata pengarah. “Jadi siapa yang menghantar penyakit misteri (ilmu hitam) ni pada Wahab?” tanya saya pula. “Tak perlu terangkan biar penonton sendiri menerkanya kerana dalam cerita ini, Wahab mempunyai banyak musuh,” tambah pengarah lagi. Saya masih kebingungan. Continue reading Penulis menyusahkan Skrip

Tuesday, October 20th, 2009

Cinta Tiga Segi?

Tidak ada pengalaman bercinta tiga segi tetapi terpaksa membantu mereka selesaikannya..

1.JPG

IMAN, HIJAZ DAN NURUL

Monday, October 19th, 2009

Proses Menerbitkan Drama

 4.JPG

Blog ini kami usahakan untuk anda yang suka berdrama. Klik

Monday, October 19th, 2009

Menulis Dan Hambatannya

 dsc_3469.JPG

Insafkan diri dengan mendengar pengalaman orang lain.

Sewaktu saya ‘banyak masa’ selalunya saya tidak boleh menulis dengan berkesan. Saya teringatkan perkara-perkara yang menghambat saya untuk  menulis terus-menerus.

1)Bila emak atau abah menegur saya kemudiannya saya tanggapi teguran itu sebagai kemarahan dan sukar menerimanya. Saya tulis dalam buku latihan sekolah kemudian sorokkan  dalam almari (ketika bersekolah rendah dulu)

2)Pedih kerana putus cinta, hahaaa (Novel Ladang Hati Mustika)

3)Rindu yang amat dahsyat terhadap sesuatu (Novel Baromkeh Matamu di Mataku dan Senyum Kota Suriah)

4)Kemarahan yang tak dapat dibendung (Cerpen Stesen Televisyen Lalat dan Legendaris Albopictus)

5) Ditekan penerbit dengan tarikh dateline (Buku Catatan Hati  Nik Nur Madihah dan 1 Bulan 3 Bintang)

6)Tanggungjawab menyebarkan kepada masyarakat tentang negara lain (Cerpen Es Teler Pagi Raya, Teman Cukuplah Kami dan Putik Qunaitara)

Beberapa minggu ini saya tidak dapat menulis dengan baik. Walaupun ada beberapa tekanan yang menolak saya untuk menyiapkan dua buku dan tesis. Misalnya, kematian Hajah Che Halimah pagi Jumaat lepas (buku tentang Allahyarhamah tinggal 20 peratus) dan dateline novel Surat Ibu Dari Penjara (untuk Galeri Ilmu) yang baru masuk ke bab 5. Saya tidak dapat menulis secara terus-terusan. Barangkali desakan belum sangat kuat

KEMATIAN

Saya mahu berpesan pada diri dan kawan-kawan pembaca, ayuh menulislah jika ada kemahuan dalam dirimu. Besok belum tentu kita masih bernyawa untuk meninggalkan manfaat kepada ummah. Ingatlah selalu akan kematianmu wahai diriku!

‘Ayuh bersegeralah menuju Allah, taatilah Dia, minta ampun padaNYA, mati bila-bila masa boleh tiba jangan sampai kita tidak bersedia..” terima kasih Allahyarham Ustaz Asri.

Saturday, October 17th, 2009

Belajar Menulis 6

 dsc_0441.JPG

‘Abah, halalkan segala ilmu penulisan yang telah diberikan pada Kak Ummu.’

PROSES PENULISAN KREATIF

Beberapa orang pelajar dan mahasiswa telah menghantar emel dan sms kepada saya bertanyakan soalan yang sama: Bagaimanakah mahu memulakan penulisan? Atau Bagaimana menulis kreatif dengan cara yang mudah?

Berdasarkan pembacaan dan pengalaman (kira-kira 10 tahun menulis), penulisan kreatif mempunyai beberapa tahap proses disebut proses kreatif. Walaupun aspek kreatif itu adalah sesuatu yang abstrak dan bersifat anugerah (bakat), tetapi ia boleh diaplikasikan kepada individu-individu yang bersedia untuk mempelajarinya. Dalam penulisan sastera, hal ini sering berlaku bahkan sesetengah penulis yang rajin (walaupun tidak mempunyai bakat semulajadi) lebih prolifik berkarya berbanding penulis yang semulajadi berbakat.
Di sini saya ingin memfokuskan kepada empat proses dalaman yang sering berlaku kepada para penulis kreatif. Continue reading Belajar Menulis 6

Friday, October 16th, 2009

Semakin Aku Berasa Kerdil di SisiMu

Tuhan,

bersimpuh aku di depanMU

hanyalah untuk memohon

kurniakanlah aku iman

dengan itu

segala cobaan yang datang

Segala resah yang menggulat

Segala ujian yang berpuing

dan segala noda yang mengusik

Aku tabah menghadapinya.

Ya ALLAH

Hanya pada Engkaulah semuanya.

hambaMU

Petang ini.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com