
Dunia sekarang masih memandang tarafkah sebagai merit menjalinkan sesebuah perkahwinan? Aku bertanya pada diriku sendiri sementelah seorang lelaki, berusia lewat 50-an, berkulit hitam manis dan mempunyai misai tipis yang terjaga membelek Sijil SPMku. Tujuan aku datang ke rumahnya bukanlah untuk meminta kerja, tetapi meminta izin untuk berkenalan dengan anak gadisnya bernama Sue.
“Kalau berani, datanglah jumpa ayah Sue bang,” kata Sue, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kampung Hulu Dunia. Sue, sejak kali pertama bersua muka denganku, sudah memanggilku abang. Sebagai seorang pengait kelapa sawit, apalah yang lebih bahagia jika seorang guru jelita sudi memanggilku abang. Serasa kelapa sawit yang jatuh itu adalah hatiku sendiri.
“Hai, abang!” tegur Sue dari dalam kereta Vavi merahnya setelah pulang dari tempat di mana dia mengajar. Aku tidak jadi menjolok kelapa sawit masak, lebih baik menjolok anak gadis yang sememangnya nampak masak ini.
‘Hajat di hati mahu memeluk
Apakan daya tangan tak sampai
Jika abang mahu menyibuk
Apakah adik sudi menyampai?’
Sue tersipu-sipu malu mendengar pantun basa-basiku. Aku sebenarnya malu juga menjual pantun begitu kepada guru Bahasa Melayu. Tetapi Sue nampaknya sungguh bahagia.
‘Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Janji abang mesti dibayar
Temanlah Sue sampai mati’
Betulkah Sue yang menuturkan pantun itu? Continue reading Tuan Pengarah, Tuanlah pembunuh Itu!