“Mak, macam mana mak boleh terima kekurangan abah sepanjang mak jadi isteri abah?” tanya saya ketika duduk berdua dengan mak.
“Sebelum mak kahwin dengan abah, dia sudah ada nama sebagai pemimpin pelajar. Mak tahu dari cerita orang yang abah orangnya baik, aktif, lantang dan alim. Kelebihan itu menyebabkan mak sudah ada rasa hormat pada abah. Jadi, lepas kahwin, rasa hormat bertambah bila dia seorang yang seperti kita fikirkan. Memanglah ada kekurangannya, namun kerana kelebihan dan kebaikannya, kelemahan dan kekurangan tu nampak kecil. Yang penting, terimalah seadanya pasangan hidup kita,” kata mak yang telah hidup dengan abah hampir 28 tahun.
Saya tunduk dan berazam, mesti bersangka baik dan hormat dengan pasangan hidup nanti. Teringat kata Maksu, adik abah kepada saya, “Suami adalah jiran isteri yang paling dekat. Mesti ada hormat, malu dan mencintai jiran.”
Untuk Mak, saya nukilkan sebuah puisi;
Mak,
wajahmu indah dari pelangi,
Kasihmu hangat dan terang
Berbanding mentari
Jiwamu adalah bulan
Kolam hatimu adalah bintang-bintang
Kami hidup
Dalam syurga bersamamu
Di bawah tapak kakimu.







Salam ummu,
betul sangat apa mak ummu dan maksu ummu cakap tu. Isteri jangan mengharap kesempurnaan dari suami kerana isteri juga ada kekurangan. Ummu dah baca buku ustaz Hasrizal? Bacalah. Banyak yang kita akan dapat dari buku2nya itu.
syukran Kak Ita:)