Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

November, 2009

Thursday, November 26th, 2009

Salam Iduladha

 raya-haji.gif

Tidak bermakna menyambut Aidiladha sekiranya pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS dengan Siti Hajar tidak kita hayati.

Jika bapa ingin menyembelih kita kerana suruhan Allah SWT, sanggupkah kita menadahkan leher, redho dengan suruhan Allah?

Bukan hanya leher, bapa suruh kita belajar rajin-rajin pun belum tentu kita bersungguh.

Salam Iduladha

Moga sirah para nabi dihayati.

Ummu Hani Abu Hassan, Padang Sera, Kodiang.

Saturday, November 21st, 2009

LIRIK NURUL IMAN

(Alhamdulillah, lirik yang cuba-cuba ditulis telah dirakamkan oleh Kumpulan Rabbani untuk album terbaru mereka Mahabbah, bakal di pasaran Disember ini)

16.JPG

Kafilah sahara
Menoleh cinta
Yang jatuh dari langit
Empat bintang mempersona
Dan satu kilau matahari
Ahbabtu hubbal khoir
Hanya sebutir bintang cinta
Disihir

Langit malam yang suram
Hadir bintang yang terang
Hanya satu
Ahbabtu hubbal khoir
Bintang cinta
cintaNya

Sempurna  hanya Satu
Pada hati ke jiwa
Disuci cinta
cintaNya

Ahbabtu hubbal khoir
Tuhan
Nyawa kami pohon di sini
Selagi tiada bertugu cinta
Di lantai mihrabMu

Haramaian
Al-Aqsa
Ahbabtu hubbal khoir

Wednesday, November 18th, 2009

JALAN LAIN JE AL-JENDERAMI

141120092552.jpg 

AL-JENDERAMI- YAJ adalah merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuh pada tanggal 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965 No Syarikat 619317-K. Bermula dengan sebuah pusat pengajian Islam (sistem tradisional) di Desa Jenderam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, ia kini telah dihimpit oleh rangkaian pembangunan moden Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mencetuskan anjakan paradigma seterusnya mengubah pusat ini kepada sebuah yayasan dengan organisasi lebih tersusun sebagai langkah untuk memastikan ia mengikuti peredaran masa dan tuntutan persekitaran. Walau bagaimanapun, Yayasan Al-Jenderami tetap kekal sebagai sebuah organisasi yang berpegang teguh pada landasan Islam. Maklumat lanjut di sini.

Kira-kira awal tahun 2009, saya telah pergi ke Yayasan Al-Jenderami bersama Opah Noraini dan temannya, Nenek Ummi melalui Lebuhraya KL- Sepang. Perjalanan saya mengambil masa hampir 3 jam. Namun, Sabtu lalu, bersama Opah Noraini, Farah dan teman opah, Aunti M, perjalanan ke Yayasan al-Jenderami dari Gombak hanya memakan masa 1 jam melalui Lebuhraya PLUS KL-Bangi. Satu penjimatan masa yang sangat efisien!
Apa pentingnya al-Jendrami? Sekiranya wujud penempatan ilmu gaya pesantren di Kota Kuala Lumpur, tentulah memberi banyak manfaat kepada warga kota. Al-Jenderami hanya salah-satunya daripada ‘taman-taman pemutihan hati’yang terdapat di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Ia menghidangkan suasana ilmu zahir dan batin. Kompleks ini berisi perumahan ilmu untuk warga emas (wanita),Maahad Tahfiz al-Quran untuk anak-anak yatim (lelaki) dan Madrasah Dinniah untuk remaja wanita dalam satu kawasan desa yang luas. Menarik lagi, masjidnya dibina berlandas landskap Masjid Nabawi, ada ruang ilmu, istirehat, tanaman kurma, pameran, kantin dan sentiasa bersih. Di sini, pada setiap tahun akan berkumpul ulama-ulama Nusantara yang erat fahaman Ahl Sunnah wal Jamaah terutama pada tarikh 12 Rabiul Awwal, Ramadan,10 Muharam dan Maal Hijrah. Para ulama termasuk Imam Habib Hassan dari Singapura akan mengetuai pembacaan selawat dan qasidah atas junjungan besar Rasulullah SAW. Keturunan baginda SAW dari darah syed di Kepulauan Melayu dan Arab sering berkumpul untuk memaknakan cinta kepada Rasulullah SAW. Continue reading JALAN LAIN JE AL-JENDERAMI

Friday, November 13th, 2009

NURUL IMAN DI DAMSYIK

dsc_5927.JPG

Cerita lanjut di sini

Friday, November 13th, 2009

Who Want To Be a Writer?

Paulo Coelho said:

When I was fifteen, I said to my mother: “I’ve discovered my vocation. I want to be a writer.”

“My dear,” she replied sadly, “Your father is an engineer. He’s a logical, reasonable man with a very clear vision of the world. Do you actually know what it means to be a writer?”

“Being someone who writes books.”

“Your Uncle Haroldo, who is a doctor, also writes books, and has even published some. If you study engineering, you can always write in your spare time.”

“No, mama. I want to be a writer, not an engineer who writes books.”

“But have you ever met a writer? Have you ever seen a writer?”

“Never.  Only in photographs.”

“So how can you possibly want to be a writer if you don’t really know what it means?”

Then, Paulo Coelho decided to research and learned about what being a writer meant in the early 1960s;

‘A writer always wears glasses and never combs his hair. Half the time he feels angry about everything and the other half depressed. He spends most of his life in bars, arguing with other disheveled, bespectacled writers. He says very ‘deep’ things. He always has amazing ideas for the plot of his next novel, and hates the one he has just published.’

I Said:

But, nowadays, there are so many ustaz and ustazah have the desire to become a writer. They have good personality and knowledgeable in their field. They could lead the society through their writing.

071120091961.jpg

Become a good script writer- Ustaz Adib Samuri, Ustaz Zakaria Sungib, Ustaz Zaid Akhtar, Ustaz Hasrizal Jamil dan Zabidi Mohamed

Wednesday, November 11th, 2009

Rindukan Abah

 abah.JPG

Kami semua rindukan abah.

Sekiranya abah sekarang berada di Malaysia, belum tentu lagi kami dapat bersama selalu. Emak dan adik-adik di Kedah hanya berpeluang bersama abah, dua atau tiga hari saja dalam seminggu. Lebih 10 tahun abah berulang-alik dari Kedah ke Kuala Lumpur, itu sudah cukup menggambarkan pengorbanan abah terhadap bidang media dakwah yang dicintainya demi agama.

Saya rindukan abah yang kini berada di Damsyik, Syria. 14 November nanti abah akan menunaikan fardhu Haji di Mekah pula, menyambut panggilan Kekasih Agung dan Kekasih kepada Kekasih, Rasulullah SAW. Perasaan rindu saya ditanggung sama oleh adik-adik. Tentunya tidak terbanding rindu mak kepada abah yang selalu bertanya, ‘Abah ada emel Kak Ummu? Ada sms Kak Ummu? Kalau ada, print bagi mak baca..”

Walaupun abah jauh, selalunya dia merisik khabar berita di telefon tangan dan emel kami. Saya tahu, abah menanggung tanggungjawab yang berat dan banyak. Tidak sampai hati saya menceritakan masalah-masalah sekiranya saya mampu hadapinya sendiri. Saya pernah memberitahu abah bahawa, jika berhadapan dengan mak dan abah, saya akan merasa seperti seorang anak kecil. Dengan kawan atau adik, saya ego untuk menumpahkan air mata dan merajuk. Tetapi, dengan ibubapa saya tidak dapat menipu diri. Malah menangis seperti anak kecil beberapa kali saya lakukan terhadap mak pada usia 26 tahun ini.

Abah tahu saya seorang yang sensitif, kerana anugerah itu mengalir dari abah kepada saya. Tekniknya mendekati saya berbeza daripada adik-adik. Teguran abah kepada saya biasanya melalui surat. Sejak saya berada di Tahun Enam, sekolah rendah, abah menegur  sikap saya yang tidak disenanginya melalui surat. Malah pernah sekali, surat itu diposnya ke rumah walhal, boleh saja abah memanggil saya, bercakap empat mata dengannya. Mungkin cara itu kurang sesuai, kerana saya selalu merajuk sebelum abah mengeluarkan suara. Namun, melalui surat, saya akan membaca dengan tenang, berfikir, bertaubat dengan meminta maaf pada emak dan abah atas kesalahan yang telah saya lakukan.

Sebelum abah ke Mekah baru-baru ini, saya ada sesuatu yang terpendam untuk diluahkan padanya. Saya menulis surat dan menyisipnya di bawah meja kerja abah. Alhamdulillah, abah menyambut baik saranan dan perancangan saya. Ketika abah pergi, saya masih lagi diganggu persoalan diri, sekali lagi menghantar emel pada abah yang jauh, dan dia telah membalas emel-emel saya dengan  pesanan ‘anak abah seorang yang matang’ ‘semoga tabah berhadapan dengan ujian’ ‘abah doakan Kak Ummu’ ‘Semoga jadi kakak dan isteri yang penyayang’. Kata-kata itu, walaupun pendek amat mencengkam jiwa saya untuk kembali segar memulakan langkah.

Saya teringat keluhan seorang teman, dia menyesal kerana tidak sempat mengatakan ‘saya sayang ayah’ sebelum bapanya meninggal dunia. Ya Allah, saya masih banyak peluang. Ya, saya akan katakan pada abah di sini dan juga di mana-mana bahawa saya dan adik-adik amat menyintai dan merindunya.

Abah..selamat berjuang. Saya titip sebuah nasyid yang selalu abah dendangkan kepada saya dan adik-adik sejak kami kecil.

Sudah sunnah orang berjuang

mengembara dan berkelana

miskin dan papa jadi tradisi

berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang

rumah mereka merata-rata

rezekinya tidak menentu

tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain membuat harta

tapi dia membuangnya

Orang lain kawah terbatas

tapi pejuang kawan merata

orang lain musuhnya kurang

pejuang musuh tidak terbilang..

Tidak kurang yang sayang padanya

orang  lain mati dilupa

para pejuang tetap dikenang

sejarahnya ditulis orang

makamnya sentiasa diziarahi

perjuangan tetap diingati..

Al-Fatehah untuk guru abah yang mengajarkan nasyid ini kepada abah seterusnya kepada kami anak-anak.

Monday, November 9th, 2009

Berjuang Dengan Diri

 08112009212.jpg

Saya dan Farah

Satu malam, dalam bulan Oktober, saya terjaga dari tidur sekitar jam 3 pagi. Hati saya berdegup kencang kerana telah diziarahi seseorang dalam mimpi. Ya Allah, apakah benar Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang tersenyum kepada saya tadi? Saya tidak jadi meneruskan tidur dan pergi mengadapNya.

Seseorang yang saya fikirkan setelah bayang gemulah Ustaz Asri beransur dari fikiran ialah Farahdinna atau nama Islamnya Lia Azzahra. Teman yang saya anggap seperti adik itu adalah seorang saudara baru. Beberapa minggu sebelum Ustaz Asri meninggal dunia, dia telah berpesan kepada Farah agar ‘berkawan dengan Ummu Hani’. Ustaz Asri juga melontarkan kebimbangannya “Kalau terjadi apa-apa pada Farah hingga dia kembali pada agamanya, kitalah yang berdosa besar.”

Saya terus merisik khabar Farah. Tekad saya, jika pulang ke Kuala Lumpur nanti, saya mesti berjumpa dengannya. Alhamdulillah, semalam Allah memberi ruang saya membawa Farah pusing  lebuhraya Duke terus ke rumah nenek angkat saya, Opah Noraini. Ternyata, dalam bicaranya dia sedang mengalami masalah besar hingga terpaksa berjumpa doktor. Penyakit Streesnya menyebabkan dia jadi pemurung dan trauma.

“Kak Ummu, agaknya saya ni jahat. Inikah balasan dosa-dosa saya sebelum Islam dulu?” tanyanya. Saya menggeleng kepala. “Farah, ujian yang datang kepada kita itu tak lain dan tak bukan adalah untuk menaikkan martabat kita di sisi Allah SWT. Perlu sabar. Perjuangan yang paling mulia adalah mempertahankan akidah dalam diri kita.”

“Tapi Kak Ummu, sejak masuk Islam, bertimpa-timpa ujian saya kak. Saya takut, saya tak mampu..” Continue reading Berjuang Dengan Diri

Wednesday, November 4th, 2009

Hari-Hari Terakhir Yang Menarik

 Gambar oleh Cik Husin, GISB.

rimg1806.JPG

Walaupun hari terakhir shooting di Perlis, masih diterjah ‘komen’ pengarah terhadap penulis skrip, hee

rimg0062.JPG

Jurukamera atas bumbung ambil posisi terbaik

rimg0158.JPG

Disebabkan lama tak berbasikal, Farah Adeeba kena tolak dulu baru jalan

rimg0213.JPG

Bayang-bayang ini menunjukkan krew sanggup kerja walaupun panas terik.

rimg0432.JPG

Terlalu ghairah jumpa bendang Pak Arab sorang ni

rimg0600.JPG

Zarina AF paling cun

rimg0457.JPG

Inilah pelakon Nurul Iman  yang ‘tak menerima apa-apa bayaran’. heee

Wednesday, November 4th, 2009

Drama Dakwah Mementingkan Kesan

rimg0293.JPG

Shahnon Ahmad (1987)  menggariskan teknik dan corak penulisan cereka Islam yang memberikan kesan positif dalam karya iaitu:
a)    Pendedahan perlakuan untuk sifat, aksi atau peristiwa baik dan mulia.
b)    Sekadar penceritaan atau hanya ‘memberitahu’ sahaja sifat, aksi dan peristiwa yang buruk, hina atau yang boleh merangsangkan kebatilan.
c)    Yang hak menang
d)    Yang batil kalah.

rimg0317.JPG

Hal berikut merujuk kepada teknik yang terdapat dalam surah-surah al-Quran yang berunsurkan penceritaan. Firman Allah Taala dalam Surah Yusuf ayat 23, 24 dan 25 bermaksud:
Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu lalu berkata, “Marilah mendekat kepadaku.” Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan beruntung.

Dan sungguh, perempuan itu telah berkehendak kepadanya (Yusuf). Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda dari Tuhannya. Demikianlah Kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sungguh, dia (Yusuf) termasuk hamba Kami yang terpilih.

Dan keduanya berlumba menuju pintu dan perempuan itu menarik baju gamisnya (Yusuf) dari belakang hingga koyak dan keduanya mendapati suami perempuan itu di depan pintu. Perempuan itu berkata “Apakah balasan terhadap orang yang bermaksud buruk terhadap isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum) dengan siksa yang pedih?”

Ayat berikut memperlihatkan peristiwa Zulaikha menggoda Nabi Yusuf AS. Struktur penceritaan itu jelas bahawa yang didramakan secara terperinci ialah reaksi penegasan Nabi Yusof AS menolak kemaksiatan, sedangkan watak Zulaikha sebagai wanita penggoda tidak dijelaskan secara terperinci. Penonjolan kemuliaan yang terdapat pada Nabi Yusof AS memberikan kemenangan pada yang hak serta kekalahan kepada yang batil.

rimg0476.JPG

Sebaliknya, jika penulis memberikan penjelasan babak kemaksiatan secara terang dan terperinci, ia akan menyumbang kesan negatif di pihak penonton atau pembaca.

Monday, November 2nd, 2009

Bengkel dibengkeli

 img_2308.JPG

Bersama para ustazah dan peserta Bengkel Penulisan DMPS

“Masya Allah, Ustazah jadi peserta juga ke?” kata saya menyalami Ustazah Zuryati, Ketua Muslimat Pas Serdang dan Ustazah Raziah,AJK Dewan Muslimat Pas Serdang. Kedua mereka pernah menjadi rakan musafir di Solo, Indonesia tahun lalu. Manakala Ustazah Zuryati, saya berkenalan dengannya di Damsyik pada tahun 2006. Dia mengikut suaminya, Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusof membuat kajian sebatikal di Syria. Sehingga kini, hubungan kami masih berlangsungan malah sampai berziarah ke Kedah dan Bangi.

Minggu ini, masa saya terisi dengan berjumpa insan-insan yang mahu belajar menulis. Mereka tidak mengenal usia, ada yang lebih muda dari saya (<26 tahun), ada 30-an malahan ada seorang puan itu, umurnya 50-an. Rata-rata mereka sanggup mengorbankan hari minggu ke bengkel penulisan kerana mahu jadi penulis. Bahkan, hampir 90 peratus, mereka bukan dari aliran Sastera Melayu, sebaliknya dari aliran Sains, bahasa Inggeris dan Kejuruteraan. Saya berasa kecil pula bila, insan yang saya hormati seperti Ustazah Zuryati dan Ustazah Raziah sudi hadir sebagai peserta.

Continue reading Bengkel dibengkeli

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com