Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Bengkel dibengkeli

 img_2308.JPG

Bersama para ustazah dan peserta Bengkel Penulisan DMPS

“Masya Allah, Ustazah jadi peserta juga ke?” kata saya menyalami Ustazah Zuryati, Ketua Muslimat Pas Serdang dan Ustazah Raziah,AJK Dewan Muslimat Pas Serdang. Kedua mereka pernah menjadi rakan musafir di Solo, Indonesia tahun lalu. Manakala Ustazah Zuryati, saya berkenalan dengannya di Damsyik pada tahun 2006. Dia mengikut suaminya, Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusof membuat kajian sebatikal di Syria. Sehingga kini, hubungan kami masih berlangsungan malah sampai berziarah ke Kedah dan Bangi.

Minggu ini, masa saya terisi dengan berjumpa insan-insan yang mahu belajar menulis. Mereka tidak mengenal usia, ada yang lebih muda dari saya (<26 tahun), ada 30-an malahan ada seorang puan itu, umurnya 50-an. Rata-rata mereka sanggup mengorbankan hari minggu ke bengkel penulisan kerana mahu jadi penulis. Bahkan, hampir 90 peratus, mereka bukan dari aliran Sastera Melayu, sebaliknya dari aliran Sains, bahasa Inggeris dan Kejuruteraan. Saya berasa kecil pula bila, insan yang saya hormati seperti Ustazah Zuryati dan Ustazah Raziah sudi hadir sebagai peserta.

Jam 9 pagi hingga 1 petang saya isi dengan pengalaman penulisan dan kewartawanan selama lebih kurang 10 tahun. Dalam tempoh itu, tidak banyak boleh dibengkeli kerana peserta lebih teruja untuk mendengar (aka berkenalan) dengan dua bidang tersebut.  Stigma penulisan kreatif seperti novel, puisi, cerpen dan lain-lain adalah untuk ‘sekadar hobi dan isi masa lapang’ masih kuat. Walhal, ia jauh dari itu. Penulisan kreatif dakwah adalah cabang ilmu yang sama penting dengan profesion lain. Ia hendaklah ditulis dengan kajian, ilmu pengetahuan, pembacaan yang luas, pemikiran yang serius dan bukan main ‘khayali’ saja.

img_2302.JPG

Apapun, niat murni mereka pastinya akan terlaksana dengan jalan usaha dan minat. Manakala bakat tidak lebih dari 5 peratus, bonus kepada seseorang penulis untuk berjaya.
“Siapa pernah baca novel Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ?” Lebih ramai yang tidak mengangkat tangan, yang mengangkat malu-malu mengaku, ingat-ingat lupa.
“Siapa pernah baca Novel Di Bawah Lindungan Kaabah?” Tiada yang mengangkat tangan.
“Siapa pernah baca Novel Merantau ke Deli?” masih sama, tiada yang mengangkat tangan.
“Novel Andrea Hirata, Laskar Pelangi?” tanya saya. “Eh, itu novel baru ke?” soal seorang peserta pula. Saya menggeleng kepala. “Novel tu dah lama. Fenomena macam Ayat-Ayat Cinta juga di Indonesia,” kata saya.
“Ayat-Ayat Cinta saya baca..” beberapa peserta mulai bersuara.

Nah! Bagaimanalah mahu menjadi seorang penulis, jika karya-karya ‘sepanjang zaman’ terutama karya dakwah (di kalangan orang dakwah saya sebutkanlah karya Hamka) tidak pernah dihadam. Apatah lagi karya Sasterawan Negara (Malahan tidak mengenali siapa Sasterawan Negara).

“Berkenalanlah dulu dengan bidang penulisan sastera. Cari maklumat tentangnya di internet mahupun media cetak. Paling penting banyakkan membaca. Itu wajib untuk semua kita yang mahu jadi penulis.”

“Nak tulis karya yang besar mesti mulai dengan membaca karya-karya besar,” pesan saya (yang sebelumnya dipesan oleh teman penulis).

img_2283.JPG

Semoga, yang hadir ke bengkel penulisan hari Sabtu (di Galeri Ilmu Sdn. Bhd) dan Ahab(Dewan Muslimat Pas Serdang) lalu, mendapat manfaat walaupun sedikit tentang penulisan kreatif dakwah. Semoga Allah SWT menilai usaha kecil kita semua sebagai ibadah. Wallahu a’lam.

4 Responses to Bengkel dibengkeli

  1. Atriza says:

    Mabruk ya ukht.. terima kasih atas segala urusan yang ukht permudahkan.. kalau tidak tak tahulah apa yang wajar saya balas dengan sahabat DMPKS itu.

    terima kasih banyak kak..

  2. ummuhani says:

    Yang Baik dari Allah ukhti.

  3. Atriza says:

    Ya benar asbbanya dengan bantuan manusia kan.. Utama sesuatu itu tiada lain hanya dari Allah Subhanahu Wata`ala..

    Uhibbuki fillah ya ukht..

  4. zue says:

    kak ummu nampak manis sekali bertudung labuh..hehe

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com