Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Berjuang Dengan Diri

 08112009212.jpg

Saya dan Farah

Satu malam, dalam bulan Oktober, saya terjaga dari tidur sekitar jam 3 pagi. Hati saya berdegup kencang kerana telah diziarahi seseorang dalam mimpi. Ya Allah, apakah benar Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang tersenyum kepada saya tadi? Saya tidak jadi meneruskan tidur dan pergi mengadapNya.

Seseorang yang saya fikirkan setelah bayang gemulah Ustaz Asri beransur dari fikiran ialah Farahdinna atau nama Islamnya Lia Azzahra. Teman yang saya anggap seperti adik itu adalah seorang saudara baru. Beberapa minggu sebelum Ustaz Asri meninggal dunia, dia telah berpesan kepada Farah agar ‘berkawan dengan Ummu Hani’. Ustaz Asri juga melontarkan kebimbangannya “Kalau terjadi apa-apa pada Farah hingga dia kembali pada agamanya, kitalah yang berdosa besar.”

Saya terus merisik khabar Farah. Tekad saya, jika pulang ke Kuala Lumpur nanti, saya mesti berjumpa dengannya. Alhamdulillah, semalam Allah memberi ruang saya membawa Farah pusing  lebuhraya Duke terus ke rumah nenek angkat saya, Opah Noraini. Ternyata, dalam bicaranya dia sedang mengalami masalah besar hingga terpaksa berjumpa doktor. Penyakit Streesnya menyebabkan dia jadi pemurung dan trauma.

“Kak Ummu, agaknya saya ni jahat. Inikah balasan dosa-dosa saya sebelum Islam dulu?” tanyanya. Saya menggeleng kepala. “Farah, ujian yang datang kepada kita itu tak lain dan tak bukan adalah untuk menaikkan martabat kita di sisi Allah SWT. Perlu sabar. Perjuangan yang paling mulia adalah mempertahankan akidah dalam diri kita.”

“Tapi Kak Ummu, sejak masuk Islam, bertimpa-timpa ujian saya kak. Saya takut, saya tak mampu..”

“Farah, ingatlah Allah. Dia yang memberi hidayah ini maka teruslah bermohon padanya.”

“Saya asyik berjumpa orang Islam yang salah. Mereka menghukum saya dengan perbuatan lalu.”

“Farah, setiap manusia yang masuk ke syurga Allah, bukanlah berdasarkan amalan mereka melainkan rahmat dan cinta Allah. Farah ibarat kain putih selepas memeluk agama Islam, jadi jangan fikir lagi kehidupan lepas. Teruskan melangkah dengan sabar.”

Opah Noraini juga memberi kata nasihat kepada Farah. Paling mengharukan, opah telah mengajar kami ayat-ayat al-Quran sebagai perisai diri. Hari itu, kami isi dengan pergi ke pasar kemudian opah menyuruh saya dan Farah memasak lain-lain menu. Solat berjemaah dan menghadapi makanan tengah hari dengan sepuas hati. Farah nampak ceria. Opah turut mengajar kami membuat kueh apam. Wow! terujanya bila apam yang dituang begitu ‘tembam’.

Usai solat Asar berjemaah, kami pulang dengan pesanan-pesanan Opah Noraini.

08112009217.jpg

Farah dengan masakan pindang air tangannya..boleh tahan

“Farah adikku, bukan dirimu sahaja yang berjuang mempertahankan akidah bahkan setiap manusia. Tidak ada yang boleh ‘rasa selesa’ dan tenang kerana dunia ini adalah penjara bagi orang Mukmin. Maka kita redahilah kehidupan ini dengan selalu dekat pada Allah dan Rasulullah SAW. Itu sahaja penyelamat kita sayang..”

7 Responses to Berjuang Dengan Diri

  1. Faiz Faiza says:

    Uhuuu…kuih apam yg sgt mengujakan. besar penumbuk kuih apam ummu. kalau jual 30sen sebiji, xdpt untung byk. kalo tiap2 kali pn bg sedekah, banyakla untung

    bila nk apply kt AZ? asyik cikti je yg ‘konker’…

  2. Faiz Faiza says:

    Pembimbing yg baik. teruskn ummu

  3. Ummu Hani says:

    Faiz Faiza pula pembimbing cik Ummu..heeee

  4. Muhammad says:

    seronok baca pengisian Ummu,

    saya xpernah lagi bersama dan rapat dengan saudara baru, teringin untuk kenal satu hari nanti..di asdaf pun ada jugak….

    moga dipermudahkan saudara baru kita semua…
    sama2 kita cuba bantu dan bimbing, insyaAllah.

  5. Ummu Hani says:

    Muhammad,
    perjuangan saudara pun tak kurang mencabar, saya kagum semangat saudara yang terlibat kerja2 NGO sejak IPT lagi, moga anak saudara nanti mengikut jejak langkah bapanya:)

  6. Baysirna says:

    Rabbana la Tuziq Qulubana, ba’da izhadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab

    Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)

    (surah Ali ’Imran:8 )

  7. lagendaseni says:

    salam ummu.bleh kenalkan sy dgn farah :)

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com