Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

JALAN LAIN JE AL-JENDERAMI

141120092552.jpg 

AL-JENDERAMI- YAJ adalah merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuh pada tanggal 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965 No Syarikat 619317-K. Bermula dengan sebuah pusat pengajian Islam (sistem tradisional) di Desa Jenderam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, ia kini telah dihimpit oleh rangkaian pembangunan moden Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mencetuskan anjakan paradigma seterusnya mengubah pusat ini kepada sebuah yayasan dengan organisasi lebih tersusun sebagai langkah untuk memastikan ia mengikuti peredaran masa dan tuntutan persekitaran. Walau bagaimanapun, Yayasan Al-Jenderami tetap kekal sebagai sebuah organisasi yang berpegang teguh pada landasan Islam. Maklumat lanjut di sini.

Kira-kira awal tahun 2009, saya telah pergi ke Yayasan Al-Jenderami bersama Opah Noraini dan temannya, Nenek Ummi melalui Lebuhraya KL- Sepang. Perjalanan saya mengambil masa hampir 3 jam. Namun, Sabtu lalu, bersama Opah Noraini, Farah dan teman opah, Aunti M, perjalanan ke Yayasan al-Jenderami dari Gombak hanya memakan masa 1 jam melalui Lebuhraya PLUS KL-Bangi. Satu penjimatan masa yang sangat efisien!
Apa pentingnya al-Jendrami? Sekiranya wujud penempatan ilmu gaya pesantren di Kota Kuala Lumpur, tentulah memberi banyak manfaat kepada warga kota. Al-Jenderami hanya salah-satunya daripada ‘taman-taman pemutihan hati’yang terdapat di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Ia menghidangkan suasana ilmu zahir dan batin. Kompleks ini berisi perumahan ilmu untuk warga emas (wanita),Maahad Tahfiz al-Quran untuk anak-anak yatim (lelaki) dan Madrasah Dinniah untuk remaja wanita dalam satu kawasan desa yang luas. Menarik lagi, masjidnya dibina berlandas landskap Masjid Nabawi, ada ruang ilmu, istirehat, tanaman kurma, pameran, kantin dan sentiasa bersih. Di sini, pada setiap tahun akan berkumpul ulama-ulama Nusantara yang erat fahaman Ahl Sunnah wal Jamaah terutama pada tarikh 12 Rabiul Awwal, Ramadan,10 Muharam dan Maal Hijrah. Para ulama termasuk Imam Habib Hassan dari Singapura akan mengetuai pembacaan selawat dan qasidah atas junjungan besar Rasulullah SAW. Keturunan baginda SAW dari darah syed di Kepulauan Melayu dan Arab sering berkumpul untuk memaknakan cinta kepada Rasulullah SAW.

14112009260.jpg
Saya bertuah kerana opah seorang yang cintakan agama dan mahu meningkatkan ilmu dan amalannya. Saya sering diajaknya menghadiri majlis ukhwah di YAJ. Teman-teman opah kebanyakan terdiri daripada ibu tunggal dan pencenan, telah menetap di YAJ menghabiskan umur bonus mereka dengan ilmu agama serta ibadah. Jika tidak kerana opah masih mempunyai suami anak-anak, tentu dia mengambil keputusan menimba ilmu di YAJ. Sesekali dia datang berziarah teman-teman dan ustaz ustazah di YAJ, sambil menghadiri majlis zikir dan menunaikan solat jemaah bersama warga YAJ. Saya bersyukur Allah  SWT menggerakkan hati opah untuk mengajak saya menemaninya ke majlis ilmu begini. 
Kali ini, kami membawa Farah bersama.

Kata farah, “Saya macam tak percaya, ada juga orang habiskan umur mereka di kawasan ibadah macam ni. Kali pertama saya lihat nenek-nenek begitu bersemangat dalam perkampungan ilmu seperti pesantren,” jalasnya teruja. Saya tidak pelik kerana yang menuturnya adalah seorang saudara baru. Saya mengharapkan Farah menghayati bahawa Islam adalah agama yang meraikan jiwa penganutnya.

13112009245.jpg

Berselera. Farah dan opah nikmati makanan ‘ala pondok’ walaupun ikan kering sepat dan tempe.
“Jika saya, tak bolehlah kak tinggal di sini. Datang sekali-sekala bolehlah,” kata Farah.
“Farah, Islam tak memaksa pengikutnya menjalani kehidupan yang sama. Ada kelompok yang pergi berjihad, ada kelompok yang disuruh menuntut ilmu. Jika di sini, nenek-nenek itu mereka dah habis tanggungjawab pada keluarga, suami pulang ke alam barzakh,anak-anak ada kehidupan sendiri, nak kerja dah sampai umur pencen, masa yang ada digunakan untuk mengabdikan diri pada Allah. Hidup sederhana, makan ala kadar, sembahyang berjemaah di masjid, waktu terluang berzikir dan menuntut ilmu untuk diamalkan. Kita pula Farah, tugas kita berdakwah di tengah masyarakat. Ketika jiwa kita dahaga, di sinilah kita datang untuk ‘minum’ kemudian pergi berjuang semula. Ilmu bukan hanya untuk kita amalkan sendiri-sendiri, yang lebih baik disebarkan agar masyarakat lain juga dapat manfaatnya.” Saya tersenyum melihat Farah teruja dengan keindahan di YAJ terutama akhlak-akhlak penghuninya.

14112009261.jpg

Nenek Ajal (berbaju biru) layan kami di pondoknya dengan ikhlas. 

“Farah, ada 3 perkara sahaja yang kita boleh bawa pulang ke alam barzakh. Pertama, sedekah jariah. Kedua, ilmu yang bermanfaat dan ketiga, doa dari anak yang soleh.”
Para pewakaf YAJ ini misalnya Farah, mereka telah membuat amal bakti memberi kemudahan orang-orang beribadah di sini. Selagi bumi YAJ subur dengan ilmu dan iman, maka mengalirlah pahala kepada para pewakaf tanah ini.
Manakala ilmu yang bermanfaat pula, misalnya Farah menyampaikan lagu dakwah, kemudian lagu itu telah memberi kesedaran kepada orang lain untuk mengenali Allah SWT, maka mengalirlah pahala itu kepada Farah. Jika Farah meninggal dunia, lagu masih berkumandang dan menyedarkan orang lain, Farah akan terus mendapat pahala.
Anak yang soleh pula, dia sentiasa berbuat baik, apa sahaja kebaikan yang dibuatnya diniatkan pahala itu untuk ibubapanya. Sekaligus memberi pahala kepada ibubapanya terus-menerus di alam sana. Kitalah yang perlu jadi anak soleh tu agar ibubapa kita bahagia si sana.”

“Macam mana kita pula nak dapat anak yang soleh?” tanya Farah.

“Itulah, prosesnya panjang. Proses dari dalam diri kita dan bakal suami kita nanti. Kalau ibubapanya soleh tentulah anak-anak juga baik. Farah jangan risau, kalau Farah baik, Kak Ummu baik, pastinya Tuhan menjodohkan orang-orang baik untuk kita. Insya Allah.”

“Kak Ummu doakan saya…” kata Farah.

Malam itu, kami lena dalam basahan zikir para penghuni YAJ. Bertandanglah ke sini, pastinya permata jiwa akan ditemui buat menemani hidup yang suram di tengah kerosakan kota dunia akhir zaman.
 

3 Responses to JALAN LAIN JE AL-JENDERAMI

  1. hazimah yusoff says:

    assalamualaikum, sesiapa saja boleh belajar kat al jenderam? kalua org yg belum fasih mengaji di terima ke? dan bagaimana dgn bayaran kat situ?

    wassalam

  2. nurul says:

    assalamu’alaikum..subhanallah Yaj dan kita sluruh umat muslim didunia smoga mendapat rahmat dan hidayah dr Allah SWT amin…
    Boleh taq perkenalan..pimpinan al YAJ biasa dtg k’jakarta k’ponpes Daarul islah pimpinan K.H ust.amir hamzah..saya punya bnyak foto2 pimpinan yayasan al jendrami.
    Saya bermimpi bs datang k’YAJ sapa tau bs mengajar ngaji disana :)
    istiqomahnurul19@yahoo.com

  3. nurul says:

    sayae mau bekerje di malaysia..mungkin ad jawatan untuk saye…
    aslakan halal…
    jadi guru mengaji jg taq ape-ape..
    saya di Jakarta..mohon infonya
    syukron

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com