Archive for December, 2009
Untuk memulakan catatan kali ini, hati bergetar. Beberapa jam lagi, tahun 2010 mengetuk usia. Ia datang bersama bil tanggungjawab lama dan senarai tanggungjawab baru yang perlu dilaksanakan. Kedua bil tersebut akan diabadikan malaikat kiri kanan untuk dibacakan di Mahsyar kelak. Dan betapalah seorang aku ketika itu, terperi malunya kerana tidak menggunakan nikmat dan peluang kehidupan [...]
Wajah nenek bercahaya menyerlahkan girang hatinya dengan keputusanku. Memang aku telah nekad untuk tinggal bersama nenek di kampung dan bersekolah di sini. Abah dan ibu tidak berkata apa-apa. Cuma ibu beberapa kali bertanya, “Betulkah Amir nak tinggal di kampung? Amir tak sedih nak tinggalkan kawan-kawan di sekolah lama?” uji ibu. Wajah Masrur dan [...]
Sejak tinggal di kampung, perkara yang sering aku lakukan adalah menangkap anak-anak ikan di sungai yang berdekatan rumah nenek. Sungai itu masih jernih dan mengalir tenang. Teman setiaku adalah sepupuku yang bernama Ikram. Ke mana-manapun aku pergi, pasti bersama Ikram. Hal ini membuatkan nenek tidak bimbang mengizinkan aku keluar dari rumahnya.
Air sungai seperti cermin, memantulkan [...]
Seorang pembaca Novel Baromkeh, Matamu di Mataku menghantar sms kepada saya, “Ummu, teman saya mahukan no telefon Ummu, dia sudah membaca Novel Baromkeh 10 kali. Bolehkah saya berikan padanya?” tanya beliau. Saya bersetuju dan rasa terharu, ada juga yang sudah menghadam 10 kali ‘anak ketiga’ saya itu sedangkan saya sendiri tidak membacanya sebanyak itu.
Barangkali novel [...]
























Recent Comments