Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Pembaca dan Penulis

Seorang pembaca Novel Baromkeh, Matamu di Mataku menghantar sms kepada saya, “Ummu, teman saya mahukan no telefon Ummu, dia sudah membaca Novel Baromkeh 10 kali. Bolehkah saya berikan padanya?” tanya beliau. Saya bersetuju dan rasa terharu, ada juga yang sudah menghadam 10 kali ‘anak ketiga’ saya itu sedangkan saya sendiri tidak membacanya sebanyak itu.

Barangkali novel tersebut memberi nostalgia kepada si pembaca. Nilai nostalgik akan menyebabkan kita mudah jatuh cinta dan terbawa-bawa dalam kehidupan sebenar. Pernah dulu, ketika saya bercakap tentang Novel Ladang Hati Mustika dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 pada tahun 2007, saya menerima sebuah emel dari seorang pensyarah dari Jakarta bernama Drs Saifullah Skamalie. Katanya, selepas melihat rancangan tersebut, dia terus ke Mid Valley bagi mencari Novel LHM. Dia dapat menghabiskan novel tersebut satu hari walaupun ada perkataan yang tidak difahaminya. Drs Saifullah Skamali ketika itu sedang melanjutkan pengajian Doktor Falsafah di Universiti Malaya. Oleh kerana LHM menceritakan perihal pengalaman gadis Mustika ketika menuntut di UM, sedikit sebanyak menarik minat Drs Saifullah terhadap LHM. “Saya sangat cintakan UM, jadi novel ini membikin saya jatuh cinta termasuk pada Mustika!” tulisnya.

Sebagai penulis, apabila menghadapi situasi seperti di atas, saya mengucapkan tahmid kepada YANG MAHA ESA. Saya percaya, semua penulis menginginkan pembaca mereka mendapat kepuasan dalam karya, terutama yang bermanfaat. Namun, sebagai muslimah, tentulah saya akan membataskan diri dengan menceritakan kepada pihak pembaca bahawa, watak adalah ‘manusia berbeza’ daripada penulis. Watak barangkali adalah tipa ‘impian atau ‘hasrat terpendam’ penulis yang tidak boleh dicapai dalam kehidupan sebenarnya. Hakikatnya, penulis ingin memberi yang terbaik untuk para pembaca mereka. Sama ada yang terbaik itu adalah ‘keindahan atau yang sangat dicintai’ penulis, boleh juga berlaku, yang terbaik itu adalah ‘protes danĀ  rasa ketidak-puasan’ penulis terhadap sesuatu.

Baru-baru ini, di laman FaceBook, penulis novel Janji Miftahul Raudhah yang saya panggilnya Mu’izzah telah melontarkan keresahannya apabila seorang pembaca novelnya telah mencuplik karyanya lalu disebarkan di internet dengan nama pengarangnya adalah si pembaca tersebut. Hasil pendebatan di FB, seorang peguam yang juga pengarang tersohor, Puan Nisah Haron mencadangkan agar, Mu’izzah menegur si pembaca itu yang barangkali terlalu obses dengan novel JMR dan memberinya peluang kali kedua. Menurut Puan Nisah Haron, pembaca ini jika dibimbing tidak mustahil mampu menghasilkan karya yang baik. Mungkin keadaan mahu segera ‘pandai menulis’ menyebabkan dia terdorong mencuplik JMR.

Pembaca dan penulis sama-sama insan biasa. Penulis menggunakan bakatnya mencipta naratif dan suasana untuk dijadikan sebuah buku. Manakala pembaca menerima karya penulis dengan kebebasan penerimaan. Tidak semestinya hasrat sebenar penulis diterima dengan tepat, anjakan makna pasti berlaku kerana persepsi setiap insan itu pelbagai. Malahan, pembaca yang kritis lebih baik daripada penulis yang sederhana.

Seorang pembaca lelaki telah menghantar pesanan kepada saya katanya, “Saya amat terharu dengan watak Ustaz Kopiah atau Hanif dalam LHM. Watak itu sanggup mengorbankan perasaannya sendiri demi mendapatkan cinta Ilahi. Dan saya percaya, kerana pengorbanan Ustaz Kopiah jugalah yang membangkitkan semangat Mustika. Sebab itu, kata-kata Ustaz Kopiah menjadi azimat pada Mustika iaitu Teruslah Menuai dan Bersabar!” katanya panjang lebar.

Saya tersenyum sendiri. Sebenarnya, tidak pernah pula terfikir begitu. Ini kerana, walaupun ada sedikir persamaan dalam kehidupan sebenar, watak-watak LHM banyak yang telah di ‘make-up’ kan. Watak Ustaz Kopiah misalnya, beliau hanyalah ilusi saya ketika dia menghantar surat terakhirnya kepada Mustika. Bahkan frasa ‘Teruslah Menuai dan Bersabar’ itu adalah ciptaan saya sendiri, yang kemudian saya pakaikan kepada Ustaz Kopiah untuk ditulis kepada Mustika. Walau bagaimanapun, saya amat menghargai komen dan nasihat para pembaca.

Namun, setelah menghasilkan novel berfalsafah ‘cinta Islam’ dalam Ladang Hati Mustika dan Baromkeh, Matamu Di Mataku, saya menjadi ‘dr cinta’ tidak bertauliah pula apabila ada remaja menghantar emel mengharapkan nasihat cinta dari saya. Saya berharap suatu masa nanti, saya mampu menghasilkan novel bertemakan sejarah dengan perjuangan Islam untuk umat ini, insya Allah.

Akhir kata, sekiranya ada kebaikan dalam karya-karya saya, semoga Allah SWT membalasnya dengan lorong yang baik untuk diri ini menyusuri hidup. Dan jika ada kekurangan mahupun kesalahan yang telah saya tulis, saya mohon Allah SWT mengampuni diri ini.


8 Responses to Pembaca dan Penulis

  1. Faiz Faiza says:

    tunggu jg ummu karya thriller kwn kita sorang tu ummu

    karya fz pn tunggu la ya. publish kt jurnal antarabangsa. hee…alahai manuskrip jurnal xbgerak2 ni

  2. tunggu karya saper la tu ek..huhu

    shaq tunggu karya faiz dulu..yeay..

    p/s:watak faiz terer sangat silat..sampai masuk sepital..huhu..takut shaq..

  3. Ummu Hani says:

    Faiz, ummu macam tak percaya blog tu adalah tulisan Faiz, sebab nampak Faiz seorang yang melankolik dan romantis sangat, hahahaaa

  4. Ummu Hani says:

    Shaq, Faiz, tak kira lah apapun, sebelum tinggalkan dunia, kita tinggalkan dulu khazanah buku tulisan kita untuk umat ini

  5. Rayyan Zilfi says:

    Salam ‘Dr Cinta’ ! Jgn marah..
    Sy cuba berjinak dan baru mula nak menulis, malu rasanya..sebab umur dah masuk 30, baru nak mula. Cik Ummu ada ke buat bengkel or seminar.Selalunya sy baca shj dari blog penulis2 lain termasuk dari sini. Dari dulu suka menulis tapi simpan utk sendiri. Tak minat baca novel.Tak sangka selepas membaca ayat2 cinta pd 2007, sy suka baca novel.Apa pun org lain kata tentang ayat2 cinta, bg sy memang byk pengajaran darinya.Buku2 cik Ummu pun apa kurangnya.Byk sangat ilmu/pengajaran yg boleh di ambil.Teruskan usaha murni anda.Semoga berjaya di akhirat & dunia!

  6. Rayyan Zilfi says:

    TQ Ummu Hani, dah dpt sedikit ilmu, sy baca di ‘Belajar Menulis 6′

  7. lutfi says:

    salam.
    dah tiga anak? keh keh keh
    abg lutfi mandul

  8. Ummu Hani says:

    anak buku tak da istilah mandul kecuali ‘malas’ heee

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com