Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Cinta keranaNYA

Suatu hari, saya dan emak berjalan pulang dari surau. Saat itu, langit berselimut kesejukan Subuh. Ramai manusia tidak bangun untuk berjemaah di surau. Gebar syaitan lebih baldu daripada mengucup sejadah cintaNYA.

Saya, sejak bangun tidur terus-terusan berfikir perkara itu. Saya kira, bulan Oktober 2009 adalah bulan ‘merenung jodoh’. waktu jaga, sebelum tidur, bangun tidur dan ke manapun saya membawa diri, saya berfikir, Ya Allah siapalah jodoh saya? dan Ya Allah, siapa pun jodoh saya, maka Kau mudahkanlah ya Allah. Ya Allah, saya ingin berkahwin keranaMU.’

Oleh kerana persoalan itu menguasai manca aktiviti, saya hanya tenang ketika dapat melepaskan gejolak jiwa kepadaNYA saat berdoa dalam solat. Kerana masalah, diri diberi kekuatan menujuNYA dengan berjalan kaki di Subuh hening bersama bonda tercinta. Lalu, saya bertanya kepada emak lagi;

“Emak, ketika berkahwin dengan abah dulu, apakah kalian saling mengenali? dan berapakah mahar emak?”

Emak menjawab dengan suara yang sederhana, “Mahar yang tidak mahal tetapi berkat. Juga perkahwinan yang matlamatnya adalah keluarga Islam. Bercinta selepas kahwin, sebelum tu hanya taaruf.”

“Bolehkah anakanda mengikut lorong yang sama?” kata saya.

“Sudah ada calonkah?” tanya emak. Saya mengangkat bahu. Tiada siapa-siapa yang bersungguh untuk mengisi kekosongan  jodoh saya lagi. Tapi..

“Emak, anakanda akan terus berdoa dan yakin, pilihan Allah pasti dimudahkanNYA.”

dsc_7365.JPG

Jodoh saya sedang bermain dengan Auni, anak saudara.

Dua bulan selepas itu..saya hadir ke surau yang sama. Waktu Subuh, dengan bibir langit hitam kesejukan. Emak telah pergi lebih awal ke surau, dan saya..Ya Allah, hampir tidak percaya, sebelah saya adalah seorang lelaki suami yang saya ‘cari-cari’ beberapa bulan sebelum ini. Suami memandu tenang siap memakai baju melayu, kain pelikat dan serban putih (waktu solat, biasa suami berserban). Saya merenung ke dalam diri; sepantas ini Allah berikan saya teman hidup yang sebelum ini saya rasakan satu masalah berat.

Lebih terharu; Saya mohon sikit dari Allah tetapi DIA beri banyak dan lebih dari apa yang saya minta. Subhanallah.

Saya telah mengikut lorong pernikahan yang sama dilalui oleh emak dan abah, Alhamdulillah.

6 Responses to Cinta keranaNYA

  1. Nur says:

    salam ummu… syukur ke hadratNya, indah sekali pengharapan itu dengan jalanNya… semoga terus bercinta hingga ke syurga dan letakkan cinta Allah swt yang utama.

    Dia Maha Pemberi.

  2. puteri says:

    terlebih dahulu ana ucapkan tahniah atas kebahagiaan yang anti dapat daripadaNYa.. anti patut bersyukur kerana anti masih lagi berpeluang memperolehi kebahagiaan itu….nasib ana tak sebaik anti…bakal tunang ana telah pergi terlebih dahulu dari ana…sampai kini pintu hati ana tertutup untuk orang lain…dulu ana sentiasa berdoa agar jodoh ana dengannya kekal hingga akhir hayat ana tapi kini hanya DIA yang tahu…

  3. Mas says:

    K Ummu, mas tumpg link kt FB ye, mg2 ada yg membaca…

  4. anis says:

    trima kasih kerana artikel ini menjadi penawar hati ketika kerunsingan..sy doakan yg terbaik untuk anda..

  5. Ummu Hani says:

    boleh kak mas:)

  6. myssmie says:

    saya nk mnta izin share ya dalam blog, terima kasih.

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com