Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Kenangan


Di madrasah jugalah kami akan berhimpun ramai-ramai, budak-budak lelaki dan perempuan. Semasa ayah menjadi imam di sini, aku dihormati oleh budak-budak lain. Seorang dua kadang membawakan aku keropok atau megi. Dengan makanan itu, kami duduk di tebing-tebing tangga atau kolah besar yang tidak berisi air. Sambil mengejek-ejek siapa yang kami terasa mahu mengejek, mulut kami mengunyah keropok atau megi. Megi itu biasanya kami gaulkan dengan perencahnya dan makan begitu saja tanpa memasak terlebih dahulu.

Perihal ejek mengejek ini memang menjadi kebiasaan budak-budak di kampung tidak kira lelaki atau perempuan. Misalnya, orang yang namanya berbunyi mi seperti Helmi atau Salmi, maka dia akan diejek sebagai ‘mi goreng atau mi kuah’. Yang bertubuh gelap sikit akan diejek botol kicap. Orang yang rendah atau gemuk dipanggil ‘pendek’ dan ‘tong drum’. Kami juga gemar memasangkan budak perempuan dengan budak lelaki. Mana-mana yang dilihat serasi atau rapat, maka akan diejeklah sebagai kekasih.

4 Responses to Kenangan

  1. Faiz Faiza says:

    Pen merah pen biru, ingat?

  2. Ummu Hani says:

    u mare i lap u, haaa

  3. kak faezah says:

    ummu…… tajuk nie membuatkan kak faezah baca sambil gelak sorg2 tau… ya mmg betoi…. tapi mmg kreatifkan?… kreatif bab ejek mengejek…hehehehe

  4. Ummu Hani says:

    Ummu dulu orang ejek macam2, ketot la, badak sumbu la, meramu la..heeee

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com