Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Menuju ke sana..

16 Dis 2009-16 Jan 2010

dsc_8032.JPG


Genap sebulan menjadi seorang isteri. Bersyukur kepadaNYA atas gelaran yang pernah disandang oleh ‘ibu-ibu syurga’ (kecuali Maryam) antaranya Khadijah binti Khuwailid, Fatimah az-Zahra, Aisyah R.ha, Asiah isteri Firaun, Masitah si tukang sikat dan Sumayyah, syahidah muslimah di zaman awal Islam. Saya tidak layak dengan mereka, namun dapat menggalas peranan yang pernah dimainkan oleh mereka, sudah satu penghormatan. Suami saya tidak sehebat dan seagung suami Khadijah dan Aisyah (selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW), dan suami saya pula tidak sejahat dan seteruk suami Asiah, Firaun laknatullah. Moga Allah SWT memberkati perkahwinan kami untuk sampai kepada idola kami, Muhammad SAW. amin.

Isteri@Sebulan

Saya sudah bersedia. Pengorbanan dan kesederhanaan di putik-putik perkahwinan. Itu yang kami langka dalam minggu taaruf sekitar tengah Oktober 2009.

“Ana mencari suami 2, 3 tahun ini. Seorang suami bukan kekasih untuk menemani diri ini berjuang,” tulis saya dalam emel.

“Insya Allah, berkat Istikharah, ana memilih nti sebagai pasangan hidup. Untuk mendapatkan cinta Allah, ana sanggup gadaikan apa sahaja termasuk nyawa ana sekalipun,” balas suami dalam emelnya.

“Jika begitu kehendak kita, marilah kita yakinkan keluarga kita masing-masing untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2009 juga. Moga Allah SWT memudahkan niat baik kita,” berani-berani saya dalam emel dan disambut suami ketika itu.

Maka, kami memulakan ‘gerak-kerja’ tersebut dengan sistematik. Saya memberitahu ibubapa tentang ‘calon’ suami (anak murid bapa saudara) dan suami juga begitu. Waktu itu, kami tidak pernah bersua muka dan bercakap dalam telefon. Sekadar emel dan Facebook. Saya berpesan pada diri : Jika ini jodohku Tuhan, maka Kau mudahkanlah.

Pertemuan pertama di pejabat abah, suami datang bersama abang iparnya. Saya pula ditemani mak dan abah serta adik dan adik ipar. Ketika mak dan abah bersembang dengannya, saya tidak berada di situ. Abah awal2 sudah mengarahkan saya ‘pergi jauh’ dari perbincangan.

Usai pertemuan itu, saya risik rasa hati mak, “Macam mana mak Dhiak tu?” “Alhamdulillah, mak tenang tengok muka dia..” jawab mak. Saya tahmid dalam hati. Abah seperti biasa, reaksinya tidak menunjukkan dia setuju atau tidak. Tapi, saya tanyakan juga walaupun ‘malu kucing’. “Sesuailah, Dhiak cakap banyak macam Kak Ummu.” Agak lucu jawapan abah tapi cukup menenangkan jiwa saya. Yang sama saya pesan : Ya Allah, jika dia jodohku maka Kau mudahkanlah.

Selepas itu, suami pula memperkenalkan saya pada keluarganya, bermula Kak Long, Kak Aida dan mak di rumah Kak Long di Kelana Jaya. Semuanya seperti disusun kerana, mak yang tidak pernah berhari raya Haji selain di Temerloh,kali ini tergerak datang beraya di Kuala Lumpur. Datang pula sehari sebelum saya pulang ke Kedah. Memang telah disuratkan kami bertemu dan emak berkata pada suami; Mak ikut apa yang terbaik untuk Abang Di (suami).

Bulan November menjengah. Saya tergerak mengambil kursus perkahwinan, membuat HIV Test dan mengambil borang pada Tok Imam. Suami pula menyelesaikan peperiksaan akhirnya di UTHM dengan tenang.

Usai peperiksaan, suami pergi berjumpa waris-waris arwah ayah (bapa dan ibu saudaranya) menyatakan hasrat menamatkan zaman bujang. Dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu, betapa gusarnya jika hasrat dibangkang, maklum, masih bergelar pelajar. Namun, bicara disusun dari hati dan sebaik mungkin dan tidak menyangka, keputusan ahli keluarga lebih dari yang kami rancang. “Eloklah jika pergi meminang itu, langsungkan sekali akad nikah. Kedah dan Pahang tu jauh nak ulang-alik dua kali dalam bulan yang sama. Tarikh yang dicadangkan 16 Dis 2009.”

Saya terpinga menerima mesej suami. Abah di Haramain. Bulan Dis sedang bergerak, sempatkah? Sedang suami belum lagi mengambil kursus perkahwinan.

“Nti, kursus perkahwinan di Negeri Pahang dah penuh. Ana dah tanya tadi..” adu suami dalam smsnya.

“Takpa nta, ana cuba tengok di Selangor pula..” balas saya dan terus pecut ke Masjid Negeri, Shah Alam. Entah dari mana ingatan datang pada sepupu yang bekerja di JAIS.  Saya mohon Abang Sharif, sepupu ipar saya memasukkan nama kami dalam kursus perkahwinan yang berlangsung besoknya. “Awat hang habaq lewat sangat, mujurlah ada rezeki. Esok jangan lupa mai awal,” kata Abang Sharif.

Khabar gembira itu saya nyatakan pada suami. Dengan penuh semangat waja, malam itu suami bertolak dari Temerloh ke Shah Alam. Saya masuk kursus kahwin kali kedua:) Kali ini terasa lebih bersemangat pula.

Ketika itu juga, saya titipkan emel pada abah. Saya nyatakan tarikh pilihan pihak lelaki dan tentunya abah terkejut kerana ‘terlalu awal’ dan sebelumnya ‘tidak dirancang.’

“Abah, Kak Ummu ingin berkahwin kerana Allah dan mohon keizinan abah majlis diadakan pada 16 Dis” Saya tidak malu-malu lagi. Malah, setiap hari itulah zikir saya : Jika Ahmad Dhiak adalah jodohku, maka Kau mudahkanlah ya Allah.

Berhadapan

Selesai kursus kahwin petang itu, saya mencadangkan kami berbincang sebentar tentang majlis akad yang dirancangkan. Saya mencari posisi berdekatan pegawai keselamatan (wanita), kami berdua ‘berliqa’ ditemani pegawai itu.

Suami membuka majlis dengan bacaan al-Fatehah, disusuli taaruf ringkas tentang dirinya, kemudian saya bercerita tentang diri pula. Sejam berbicara, suami menutup pertemuan itu dengan doa panjang, moga niat kami dimudahkanNYA. Saya dan dia sama2 menitis air mata.

“Sebelum kita ada ikatan,ana ingin berpesan pada diri ana dan nti, moga kita tak melakukan perkara yang melanggar syariat,” kata suami ketika itu. Saya terus-terusan berdoa: Jika dia jodohku ya Allah, maka mudahkanlah.

Alhamdulillah, segalanya selepas itu dimudahkanNYA walaupun urusan pernikahan hanya selesai dua hari sebelum akad nikah. Tempoh berkenalan dan proses pernikahan kurang lebih dua bulan, Alhamdulillah.

Saat suami melafazkan ‘AKU TERIMA NIKAHNYA’ saya bercakap pada diri, “Betulkah diri ini sudah bergelar isteri hanya sekali lafaznya?”

Bukan saat itu sahaja, bahkan ketika saya menulis entry ini juga, saya masih kagum dengan keajaiban ALLAH. Jika kehendakNYA, maka itulah akan terjadi walau di pandangan logik, ramai yang mempertikaikan.

SELEPAS INI

Ya Allah, bimbinglah diri ini menjadi isteri yang amanah dan solehah. Selepas ini, cita-cita kami adalah mengecap cintaNYA dan rasa taqwa kepadaNYA sehingga kami kembali padaNYA dengan DIA MENERIMA CINTA KAMI.

AMIN

JUMAAT/ 15 JAN 2010/AZ-ZAHRA/RINDUKANNYA

14 Responses to Menuju ke sana..

  1. Izzati says:

    Kak Ummu, barakallahu laki wa baraka ‘alaiki wa jam’a bainakuma fi khayr.. =)

  2. amin….syahdu saya menulisnya..ironinya, saya di tanggal 18 Januari juga menjadi isteri genap 1bulan

  3. Ummu Hani says:

    Alhamdulillah, sedikit yang dipinta tapi Allah SWT bagi banyak. Tinggal lagi bersyukur. Teruslah kita berdoa.

  4. puteri says:

    jadikan diri anti sebagai wali dan kekasih Allah agar anti mendapat kebahagiaan. orang yang paling bahagia adalah orang yang menjadikan tujuan utamanya dan target puncaknya adalah mencintai Allah. jadi, samalah kita berdoa agar kita dapat menjadi kekasihNya…Amin…

  5. Ummu Hani says:

    Terima kasih Puteri

  6. Nur says:

    Alhamdulillah….

    perkongsian yang syahdu juga sebenarnya dan dipermudahkan..

  7. maryamnour says:

    Habibti, barakallahu fik. :) . ma indi kalam. Farihtu bifarahik.

  8. Ummu Hani says:

    Bonda, farihtu aidon bifarahik. ud’u ilallah daiman. insya Allah

  9. ummutauhidahalfaateh says:

    alfu mubarak…..barakallahu lakuma, wa jaama’a bainakuma fi khair

  10. ummi hani says:

    Tahniah kak…moga berbahagia hingga ke syurga!

  11. liana says:

    tahniah..
    rasa syahdu membaca entry ni..betapa besarnya kuasa Allah..mengalir air mata..teringat diri yg masih belum bertemu jodoh di usia begini…doakan akak ya..

  12. Ummu Hani says:

    Saudari Liana,
    insya Allah, pasti akan hadir saat bergelar isteri. Sebenarnya perkahwinan bukan menyelesaikan masalah hidup, ia adalah permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar. Tapi, apabila berkahwin, kita umpama menyempurnakan separuh daripada agama. Teruslah berdoa agar nikmat rumahtangga dapat dikecapi. Pasti Allah SWT telah memilih pasangan yang terbaik untukmu!

  13. ummumukhlis says:

    salam dik ummu

    alfu mabruk

    kak selalu ingat pesan kamu :doa senjata mukmin.kak nak pergi haji belum tercapai….doakan kak agar dapat selepas anak lahir….

  14. dik an says:

    kak ummu, sgt sweet.. barakallah :) doakan an jgk.. hehehe

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com