Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Nama Zaitun


Ketika pulang dari surau, ayah biasanya akan menasihatiku sepanjang kayuhannya ke rumah. Aku memeluk pinggang ayah, mendengar butir bicaranya dengan cermat. Ayah banyak menegurku terutama cara pergaulanku dengan kanak-kanak lelaki. Kata ayah, aku tidak boleh terlalu mesra dengan kanak-kanak lelaki nanti aku berperangai seperti mereka, sedangkan aku seorang perempuan. Ayah juga melarang aku menguatkan suara apabila bercakap di khalayak ramai. Rupanya ayah banyak memperhatikan aku di surau. Aku berjanji kepada ayah tidak mahu mengulanginya lagi tetapi, beberapa hari kemudian aku kembali bertepuk-tampar dengan Abdullah dan kawan-kawan lelaki lain dan menjerit ketika berada di dalam surau. Hal ini tidak mudah aku tinggalkan kerana, jiwaku adalah semulajadi lasak.

‘“Zaitun tau kenapa ayah bagi namamu Zaitun?” tanya ayah. Aku mencebik tidak tahu.

“Kenapa ayah tak bagi nama lain?” tanyaku pula.

“Dulu ayah nak bagi nama Mutmainnah, tapi emakmu larang. Katanya susah nak panggil pula. Takut nanti orang panggil Mut, kan itu nama lelaki,” kata ayah.

“Habis Zaitun tu…?”

“Zaitun tu nama sejenis buah di negara Arab, disebut dalam al-Quran. Buah ini banyak khasiatnya. Ayah harap sangat nak merasa buah Zaitun, hingga hari ini tak ada rezeki. Tak apalah, ayah bagi nama anak ayah Zaitun,” kata ayah mengusap-usap kepalaku.

“Kenapa ayah tak bagi nama Ton Mohamad, Mohamad Zaitun?” tanyaku. Ayah kelihatan mengurut dadanya.

3 Responses to Nama Zaitun

  1. puteri says:

    assalamualaikum….terlebih dahulu ana nk mnt maaf klu komen ana ni salah…ana tidak berapa faham dengan cerita anti kali ni…mungkin ada kisah tersirat atau tersurat yang ingin anti kongsikan tapi bagi ana cerita ini seolah-olah masih lagi tergantung…maafkan ana klu komen ana ni salah…:)

  2. Atriza says:

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    Semoga ukht telah sihat seperti biasanya, insya`allah.

    Tertarik untuk membaca selanjutnya mengenai Nama Zaitun ini. Merasakan banyak yang tersirat di sebalik kisah ini.

    Adakah karya ukht yang selanjutnya ini??

    Salam perjuangan dari saya.

  3. Ummu Hani says:

    Heehee
    sebenarnya kena tunggu novel terbaru saya siap dulu..memang ceritanya tergantung, tapi bagi ‘gimik’ saja..

    Puteri dan Atriza..tunggu ya!

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com