Selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatholikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mengherotkan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirobah erti dan isinya.Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat peribumi Melayu.Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini Stamford Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan peribumi Melayu itu dilakukan atas nama “…cultivating the waste and barren soil of the native mind”.
baca lanjut di sini







sekarang semua org ghairah mengatakan isu tersebut.. termasuklah menyepitkan ruang yg luas dan meluaskan ruang yg sempit..
bagi maza, Allah SWT untuk semua.. kerana dia Maha Pencipta..
tetapi belum tentu lagi semua utk Allah SWT.. sbgi contoh amalan kita adakalanya menyimpang yg bukan di Jalan Allah SWT.. dan perbuatan menyimpang itu bukan utk Allah! Tetapi kita sudah tersimpang…
Demikian juga Islam harus dipandang universal, bukan bersifat kongkongan sesebuah bangsa!
hal ini nyatalah Rasullah SAW, berimanlah pada hakiki bukan pada ikutan (taklik). kalau iman pada taklik diutamakan, maka memang patutlah kita sentiasa berasa takut dan tidak yakin dgn pegangan sendiri. Hal ini kerana gagal mengenal pada yg jadi, pda yang hak!
itu belum lagi isu yg lagi memeranjatkan, bukan sahaja kristian mengguna pakai nama Allah di alam Melayu baru2 ini,.. bahkan sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, Nasrani di tanah Arab sudah sekian lama memakai nama yg sama.. di dlm kitab2 injil mereka tlh tercatat sekian lama perkataan ganti nama Allah!
Cuma mereka merujukkan Allah SWT itu pada bukan yg sebenarnya.. bahkan ada tambahan pula… sebgimana dijelaskan di dlm surah Al-Ikhlas..
Mengambil fakta demikian, hakikat kata nama Allah bukan hak milik mutlak melayu shj.. dan kebenaran bukan hak milik sebelah pihak shj….
Kebenaran hakikinya ialah terletak akidah ttg keTuhanan itu sendiri!
hari ini umat Melayu memandang kepada universal, memandang ke arah alam dunia, tidak mahu mengongkong diri pada sifat serantau! lantaran itu juga, umat Melayu harus bersedia dgn keterbukaan. hentaman, lanyakkan dan kebangkitan! Kerana di luar sana ada pelbagai ragam dan cara!
Bagi maza, maza tiada halangan…
setuju pun tidak, membangkang pun tidak!
Iman bukannya boleh diwarisi….
tetapi perlu diawasi…
kerana Allah SWT telah memberi hint di dlm Al Quran…”kamu berusaha, tetapi yg memberi hidayah (petunjuk) ialah Allah SWT!”
Syukran Maza,
Sebagai Muslim, kita perlu bermuhasabah diri. Apakah diri kita betul2 mengamalkan Islam dan melakukan sesuatu kerana Allah SWT? Nikmat iman dan Islam jika tak dihargai dengan menghayati dan mengamalkan dalam kehidupan, tak mustahil Allah akan tariknya dari kita. Isu ini ada hikmah di sebaliknya supaya umat Islam kembali menyoal diri mereka,sejauh manakah Allah SWT disembah dan ditaati, agar jihad untuk memperjuangkan nama Allah datang dari kesedaran iman dan taqwa kita bukan emosi dan politik murahan semata-mata.
Agenda agama mesti dilawan dengan keimanan, ketaqwaan serta ilmu pengetahuan.