Sesekali Mendesah

 rimg1047.jpg

Aku telah hadir ke mimpimu

Pada saat kau gelisah

Di peraduanmu

Kau dipijar kesakitan

Kerana menunggu cintaNYA untukmu

Sahabatku, bersabarlah.

Ini bukan sekadar mimpi

(Puisi untuk teman-teman istimewa, Mas Alina, Kak Wani dan Bonda Maryam)

Kongsikan :
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • FriendFeed
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Netvibes
  • PDF
  • Ping.fm
  • Reddit
  • RSS
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz

4 Responses to “Sesekali Mendesah”

  1. 1 maryamnour

    Kerana cinta punya bahasa
    Dan aku…sang perempuan
    masih mengutip maknanya yang brserakan
    Semalam, rupanya kau yang hadir dalam mimpi
    dalam pusaran alam yang asing
    menebar bilah-bilah huruf menjadi perkataan
    kubaca…’cinta’
    Tapi belum sempat aku mengerti
    Engkau pergi…
    Baru sepurnama aku berbisik pada diri
    Sedar…yang aku sudah berhenti bermimpi
    dan menyulam angan
    Semalam…waktu kau menjengah ke ruang malam
    Aku…kerinduan
    Pada jajaran impian dan harapan
    Yang dulu setia
    Memagar taman hati
    Menjadi teman
    Di perjalanan
    Terima kasih teman
    atas ingatan
    Aku masih sabar
    Menanti takdir dari Tuhan

  2. 2 Ummu Hani

    Bonda,
    Cinta kita telah dihanyutkan
    pada kalimah syiar Tuhan
    Kerana kita telah dibekal
    kata agung yang bernama sabar.
    Teruslah kita bonda
    meniti maksud kejadian dan hikmah
    kerana
    selagi nyawa terus berdenyut
    ujian akan mengalir

    Bonda,
    aku..aku..aku rindukan Syria!

  3. 3 maryamnour

    Sudah kubilang
    jangan bicara tentang rindu
    kerna angin sangat cemburu
    segera menghantar getar hatimu
    Sore ini…haruman Kota Suria
    Menusuk ruang hiduku
    Sayang,
    Aku lebih rindu pada kamu…kamu…kamu!

  4. 4 Ummu Hani

    Kamu kita adalah sama
    Syam dan Kota Suriah!

Leave a Reply





Borak-Borak Bersama Ummu Hani