Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Proses Pengeraman dan Seruan Berfikir Dalam al-Quran

 Proses Pengeraman

Penulisan kreatif  merupakan satu tugas yang menuntut seseorang itu berfikir dengan tajam, lama dan meletihkan.  Dalam melaksanakan tugas tersebut, penulis perlu memperbanyakkan istirehat dan muhasabah diri. Bagi penulis dakwah, adalah menjadi kewajipannya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta berfikir tentang hikmah kejadian alam. Menurut Norafifah bt Ab Hamid (2009), al-Quran menggariskan lima metode pengeraman iaitu ta’qil (berfikir), tadhakkur (mengingat), tafakkur (berfikir secara mendalam), tadabbur (merenung) dan tafqih (memahami).

Berikut merupakan contoh ayat al-Quran yang berkaitan dengan seruan berfikir:

a)    Seruan ta’qil. Surah al-Baqarah ayat 44 yang bermaksud:
‘Mengapa kamu menyuruh orang lain melakukan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab (Taurat), apakah kamu tidak berfikir?’

Ayat ini menerangkan tentang segolongan manusia yang mengajak orang lain taat kepada Allah SWT namun, dia sendiri mengingkarinya. Sebahagian ahli tafsir mengatakan, golongan sedemikian adalah bani Israel dan golongan munafik. Allah SWT menempelak golongan ini dengan ayat ‘Apakah kamu tidak berfikir?’Ahli tafsir mengatakan perkataan tidak berfikir bermaksud tidak memahami kebenaran.

b)    Seruan tadhakkur. Surah Ali Imran ayat 190-191 bermaksud:
‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan sesuatu dengan sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.’

Ayat ini menggambarkan bahawa orang-orang yang berakal adalah orang yang memikirkan penciptaan langit dan bumi serta malam dan siang dengan menggunakan pandangan mata hati (basirah). Melaluinya, mereka akan melihat kebesaran Allah SWT lalu sentiasa bersyukur pada setiap keadaan.  Imam Fakhrul Razi menyebutkan bahawa orang yang mempunyai akal fikiran perlu mentauhidkan Allah SWT dengan Tauhid Uluhiah dan Ubudiyah. Tauhid Ubudiyah terbahagi kepada tiga iaitu membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan perkataan dan melaksanakan dengan perbuatan. Ayat ‘orang-orang yang mengingati Allah’ menunjukkan kepada ubudiyah perkataan, ayat ‘berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring’ menunjukkan ubudiyah perbuatan dan ayat ‘memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi’ menunjukkan ubudiyah hati, fikiran dan jiwa manusia.

c)    Seruan tafakkur. Surah ar-Ra’d ayat 3 bermaksud:
‘Dan Dia yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai di atasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan; Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.’

d)    Seruan tadabbur. Surah an-Nisa ayat 82 bermaksud:
‘Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya.’

Kalimah tadabbur bermaksud mempelajari dan memahami al-Quran secara sempurna. Iaitu menguasai hukum-hukum yang terkandung dalam al-Quran, serta meyakini dan membenarkan setiap isinya dengan keyakinan yang teguh. Allah SWT juga menekankan bahawa al-Quran tidak mempunyai kekurangan kerana ia datangnya dari Allah SWT.

e)    Seruan tafqih. Surah al-A’raf ayat 179 bermaksud:
‘Dan sungguh akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah. Dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu orang-orang yang lengah.’

Ayat berikut menerangkan bahawa terdapat perkaitan erat antara hati dan akal. Menurut Imam Ghazali, al-qalb atau hati sangat erat dengan fungsi al-aql’. Beliau mengatakan bahawa apabila seseorang manusia ingin mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan pelbagai kebaikan, maka ia hendaklah mendekati dengan akal.  Apabila akal manusia itu celik, maka seluruh anggota lain akan dapat menanggap kebesaran Allah SWT.

Selepas mendapat idea pertama, penulis memeriksa dengan penuh teliti kemungkinan-kemungkinan idea atau subjek yang bersatu dengan situasi dan bahan-bahan yang kini berkembang dalam fakulti otaknya. Penulis akan merenung, memikir, mencatat dan menimbulkan pertanyaan-pertanyaan pada dirinya sendiri. Dia juga memikirkan kemungkinan-kemungkinan konflik dan penyelesaian yang mungkin dikemukakan, dan juga menimbangkan segala kekuatan dan kelemahan ideanya. Jangka waktu bagi tempoh pengeraman tidak tetap, kadang berlaku dalam tempoh agak lama dan kadangkala sebentar sahaja.

Kesimpulannya, proses pengeraman ini adalah usaha penulis mematangkan idea penulisannya melalui pemikiran dan renungan yang tajam. Ia bertepatan dengan seruan Islam yang memberi keutamaan kepada akal agar manusia mengkaji dan membuat penyelidikan di pelbagai bidang sehingga sampai kepada puncak pemikiran iaitu mengenali Allah SWT. Sebanyak 17 ayat al-Quran menggalakkan manusia berfikir tentang dirinya dan juga kejadiannya.  Firmannya dalam Surah al-Baqarah ayat 219 bermaksud:

‘Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya.” Dan mereka menanyakan kepadamu (tentang) apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah: “Kelebihan (dari apa yang diperlukan). Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu memikirkan.”

Penulis Muslim perlu memikirkan bahawa drama yang akan dihasilkannya nanti perlulah mengandungi pemikiran kerana ianya adalah asas pembinaan dakwah dan tarbiah. Pemikiran termasuk hal yang paling penting dalam keutamaan Islam.

2 Responses to Proses Pengeraman dan Seruan Berfikir Dalam al-Quran

  1. mumtazah says:

    salam..
    pengeraman idea?
    untuk menghasilkan yang luar biasa??
    mcam mana nie nak atasi…bila nak akhir suatu penulisan, dah JeM..Blur..

  2. Ummu Hani says:

    Salam Mumtazah, penulis dapat menghasilkan karya yang baik apabila dia mengetahui subjek penulisannya secara mendalam. Justeru, penulis dianjurkan untuk berfikir, membuat penyelidikan dan ‘memeram’ dahulu idea sehingga yakin, baharulah mula menulisnya.

    Kalau dah mula penulisan kemudian tersekat, bermakna penulis belum lagi menguasai subjek penulisannya. Oleh itu, menulislah yang anda tahu dan mengalaminya dahulu sebelum meneroka subjek lebih besar. Kalau nak cuba tulis idea yang besar, maka bacalah buku2 tentangnya secara mendalam.

    terima kasih

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com