Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

March, 2010

Tuesday, March 30th, 2010

Manis Di Taman Manis

 26483_1392913790712_1468183037_31011247_5626538_n.jpg

Terima kasih kepada pihak Galeri Ilmu Sdn Bhd yang memberi peluang kepada kami mempromosikan ‘anak’ yang istimewa ini.

“Abi tau, umi pernah tulis cerita ni dalam Novel Baromkeh, Matamu di Mataku. Watak Iman dan Husam, kedua mereka berkahwin masa belajar dan tinggal bersederhana di Damsyik, Syria. Umi tulis tu berdasarkan pengalaman tengok kawan-kawan yang kahwin di sana. Walaupun masih belajar tapi ada kekuatan jiwa untuk berumahtangga. Dan tentunya hidup mereka bahagia walaupun mencabar!,” kata saya seperti tidak percaya; saya telah mengalami pengalaman yang serupa!

Suami mengangkut kotak-kotak dan kepingan kayu rak buku (yang dibawa dari Petaling Jaya). Malam 28 Mac 2010 bakal beredar di langit Taman Manis, Parit Raja, Johor. Walaupun sama-sama keletihan (3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur), terpancar wajah nan ceria. Di mata saya dan senyuman suami. Rumah no 11, teres dua tingkat (sewanya RM200 sebulan) kami masuki dengan perasaan berbunga. Masya Allah! Yang pertama saya pandang ialah bingkai gambar Kaabah dan Masjid Nabi SAW.

“Tuan rumah pesan pada abi, jangan buang bingkai gambar ni. Sebelum sewakan rumah ni pada kita, dia buat Istikharah dulu. Abi dah bacakan zikir masa tengok rumah ni dengan dia,” kata suami gembira dengan kegembiraan saya. Entah mengapa, saya merasakan seperti pulang ke rumah ‘lama’. Seolah sebelum ini, saya memang tinggal di sini. Pandangan pertama; saya dan suami telah jatuh cinta pada rumah no 11 ini. “Abi yang cat rumah ni, ingat tak?” “Dan kitalah yang tampal gambar-gambar ni (termasuk gambar Allahyarham Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar) di dinding tukan,” Kami berhalunisasi dan ketawa. Rumah dua bilik ini walaupun sederhana (jika di PJ sewanya mungkin RM600-700), terasa luas dan comel. Saya ‘cium’ bau keberkatan di dalamnya. “Gambar-gambar ni dan cerita abang tentang tuan rumah (Encik Musa) membayangkan pada umi dia seorang yang beramal ibadah. Mudahan kita dapat menjaga rumahnya dengan baik ,” kata saya. Continue reading Manis Di Taman Manis

Monday, March 22nd, 2010

Buah Hati Ketujuh..

 22032010632.jpg

Ada beberapa perkara yang menguatkan saya untuk menulis novel ini..

1. Apabila melihat adik-adik remaja ghairah mahu terjebak ‘dunia hitam’ tanpa mahu berfikir panjang.

2.Saya juga selalu berfikir,

A. Kenapa ibubapa ada yang ‘berjaya’ membimbing semula anak-anak ke pangkal jalan, dan sebahagian ibubapa, ‘tidak berjaya’? Apakah formula kejayaan itu, dan asbab kegagalan itu?

B. Apakah perasaan seorang wanita tua yang akan menjalani hukuman tali gantung, barangkali ingin menceritakan kepada remaja di luar agar tidak mengulangi kesalahannya? Mungkin.

Dan ada satu kekuatan untuk saya menyelesaikan manuskrip ini iaitu:

“Saya teruja sekali mendedikasikan buku ini untuk suami tercinta, kerana permulaan tulisan ini,  saya masih ‘anak dara’ dan pengakhirannya, saya telah menjadi seorang isteri kepada Ahmad Dhiak bin Abdul Hashim. Jadi saya telah berjanji pada suami untuk menghadiahkannya sesuatu iaitu Surat Ibu Dari Penjara:) Alhamdulillah. ”

Anda semua tidak rugi memilikinya jika niat anda ingin menambah ilmu dan pengalaman orang lain:)

Boleh dapatkannya sekarang di Gerai Galeri Ilmu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hingga 28 Mac ini, atau hubungi saya di senyum_sokmo2@yahoo.com (013-7172084)

Tuesday, March 16th, 2010

Ibu@Pengorbanan

 14032010592.jpg

Seronok dapat pengalaman tolong mak (kanan) berjualan goreng pisang dan ABC  di belakang rumah Temerloh.

Akhir-akhir ni, apabila memandu di jalanraya, IKIM.FM selalu menemankan saya dengan nasyid bertemakan ibu@umi. Terasa ada getaran luarbiasa apabila nama ‘ibu@umi’ disebut. Saya serta-merta jadi pilu. Saya sekaligus menjadi rindu. Yang teramat sangat.

***************

TUGAS ISTERI SOLEHAH

“Ustaz, ana mohon nasihat ustaz sebagai bekal menjadi seorang isteri,” kata saya kepada al-Fadhil Ustaz Zainul Asri Hj Ramli beberapa hari sebelum Majlis Perkahwinan saya hujung tahun lalu. Ustaz dalam ketenangannya menyatakan, saya perlu miliki 3 perkara ini untuk ‘hebat’ sebagai seorang isteri.

“Pertama, anti perlu menjadi ‘umman’ (ibu) kepada suami. Kedua, jadilah ‘ukhtan’ (saudara) kepada suami. Dan ketiga, jadilah ‘bintan’ (anak perempuan) kepada suami,” kata ustaz. Selepas itu, ustaz menghuraikan tiga peranan tadi buat anak muridnya ini.

140320105911.jpg

Dua insan yang amat dicintai

UMMAN

Seorang ibu sarat dengan kasih-sayang kerana satu sifat Allah telah difitrahkan dalam diri mereka iaitu ar-Rahim. Hanya wanita mempunyai anggota rahim yang tak dimiliki oleh kaum lelaki. Ibu akan melihat anak-anaknya dengan pandangan cinta sekalipun anak-anak tidak ‘membalas’ cinta ibu. Cinta ibu ibarat langit menaungi bumi dan bumi menemani langit, tidak terpisahkan. Ibu tidak sanggup mengatakan ‘tidak’ kepada anak-anak. Jika mereka mampu, seluruh kemahuan hidupnya adalah untuk anak-anaknya. Walaupun ada ibu berkata ‘tidak’ kepada anak-anak, kata itu bukanlah dari hatinya, sebaliknya dia berdoa di sisi yang lain, moga Tuhan memenuhi apa yang terbaik buat si anak.

Untuk anak-anak, ibu sanggup tidak mengeluh ‘penat’ dan ‘lapar’. Dalam kelaparan dan kepenatannya, ibu tetap akan memastikan anak-anak tidak lapar dan sihat. Hati ibu mahu anak-anak sentiasa gembira dan bahagia. Dia berasa menjadi wanita paling bertuah di dunia apabila anak-anak berjaya dalam hidup. Ibu berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan usia, bukanlah untuk dirinya tetapi untuk terus berbakti kepada anak-anaknya. Ibu bimbang sekali, jika dia tiada siapalah yang akan menguruskan keperluan anak-anak, memasak, menemani anak-anak belajar, memberi kata ransangan dan berdoa untuk mereka. Doa seorang ibu lebih laju daripada kilatan halintar. Mustajab dan mujarab.

Ibu, sepanjang hidupnya adalah menjaga syurga di bawah tapak kakinya adalah untuk anak-anaknya di akhirat kelak.

Dan,  sifat ibu ini perlu ada dalam jiwa seorang isteri kepada suaminya.

 

 UKHTAN DAN BINTAN

Ustaz tidak menghuraikan sifat uktan dan bintan secara detail. Ukhtan kata ustaz, peranannya adalah menjadi saudara atau sahabat kepada suami dalam perjalanan dan pekerjaannya. “Berbuallah dengan suami apa sahaja topik ilmu. Jadilah pendengar yang baik kepadanya, berkongsilah cita-cita dan matlamat kebaikan serta menjadi penasihat suami yang ulung. Jangan sesekali berasa ego dengan suami. Jika ada kesilapannya, maka tunggulah waktu yang sesuai (ketika nak tidur) untuk menegurnya. Dan ketika suami marah, jangan sesekali buka mulut. Diam dan dengar sahaja hingga marahnya surut. Jangan melawan atau meleteri suami di waktu dia kepenatan,” kata ustaz. Continue reading Ibu@Pengorbanan

Tuesday, March 9th, 2010

Belajar Dari Penulis Skrip Nur Kasih

24022010570.jpg

Kak Mai bersama buku catatan/ treatment skrip yang sentiasa berada bersamanya.

Kak Maizura Ederis, penulis (episod 13-26) dan penyelidik bagi drama Nur Kasih (NK) saya temui ketika mengumpul bahan tesis. Orangnya peramah, ceria, dan apabila kita bersembang dengannya, terserlah saujana pemikirannya. Dia adalah watak Aidil, Nur, Sarah dan mengakui pernah degil seperti Adam (waktu kanak-kanak). Menurutnya, dia telah 10 tahun terlibat dalam bidang penulisan skrip dengan lebih 20 buah drama. Hanya setelah fenomena Drama NK, dia diburu peminat-peminat remaja yang mahu ‘belajar menulis skrip’. Kak Mai (panggilan mesranya), telah mengilhami saya untuk mengilmukan skrip. “Bukan khutbah tapi hikmah!” katanya.

Malaysia bukan negara yang bagus untuk drama dakwah (DD) beredar (sebagaimana banyaknya drama hedonis dan sekular).  DD hanya boleh tersiar apabila ia disolekkan dengan hikmah (bagi stesen televisyen, hikmah adalah yang boleh menarik minat penonton seperti ‘cinta’). DD juga perlu pendekatan yang ‘trendy’, universal dan ‘popular’. Mazhab stesen televisyen (semua barangkali) adalah mazhab populariti dan rating. Rancangan mana yang paling ramai penonton dan  mencetus fenomena, maka ia lanjutkan dan diperbanyakkan (walaupun rancangan yang tidak berisi ilmu dan pemikiran). Hal ini mengingatkan saya pada Pengarah Nur Halim Ismail yang menerbitkan Drama Dakwah bertajuk Taman Firdausi (2001) yang bertemakan sirah Rasulullah SAW untuk kanak-kanak. “Asal drama itu adalah Sirah. Tapi pihak RTM pada masa itu minta saya tukar, katanya kalimah Sirah tak komersial. Saya dengan rasa sedih (akibat mereka memperlekehkan kata sirah yang akrab dengan Rasul) terpaksa menurut, jadilah namanya Taman Firdausi.” Jika RTM (sebagai penyalur maklumat dan inspirasi kerajaan) bersikap ‘komersial’, apatah lagi stesen kapitalis swasta. Keuntungan adalah matlamat.

“Saya merujuk rakan-rakan dari bidang Pengajian Islam serta laman web agamawan seperti Dr Yusuf Qardhawi dan lain-lain ketika menulis NK,” kata Kak Mai yang berpengalaman sebagai wartawan Majalah Milennia Muslim. Jelasnya, seseorang telah menghantar emel kepadanya dengan berbunyi, ‘Kalau manusia mempertikai di dunia tak apa lagi, bagaimana bila ditanya oleh Allah SWT nanti di akhirat?’ Teguran itu menyentapnya untuk lebih berhati-hati melontar pandangan agama dalam NK. Continue reading Belajar Dari Penulis Skrip Nur Kasih

Saturday, March 6th, 2010

Menulis Puisi Cinta

 dsc_8257.JPG

Bersama tok, Hajah Piah Ismail

Saya jarang menulis puisi cinta sebelum ini, tidak tahu berikan pada siapa dan kadang takut memberi kepada orang yang silap. Selepas berkahwin, suami menjadi sasaran ‘tembakan’ puisi rindu, cinta, sayang saya padanya. Ini salah satu nikmat pernikahan dan saya mohon, moga-moga ianya dinilai sebagai ibadah kerana mencintai suami dan semakin bertambah cinta kepadanya setiap hari. amin

20122009354.jpg

Bersama datuk, Lebai Husen

SUAMIKU,
Cintamu padaku ibarat
sang mentari yang menerikkan cahayanya
agar makhluk tetap hidup

Abang,
Cintamu padaku
Ibarat waktu yang tak pernah berhenti
walaupun sedetik

Abang,
Dirimu dan cintamu
Izinkan kupeluk di hati
yang sentiasa bahagia
menjadi isterimu.

17 Feb 2010

21122009359.jpg

Abang dan mak, Ustazah Fatimah

ANGIN RINDU BUAT SUAMI

Di kala panas menggigit bumi
Ia mendidihkan hangat rinduku padamu
Tidak padam
Hanya apabila basah kata-katamu
lewat telinga dan mataku
Rinduku kemudiannya mencair
Namun ia tak berhenti berulang
sampai bilakah akan kutanggung rindu ini?
Sehingga aku hangus oleh api rindu
Atau aku lemas dalam lautan rindu

Kepadamu suamiku.

17122009352.jpg

PUISI SETIAP HARI UNTUK SUAMI ;0

Abang..I LOVE YOU

Monday, March 1st, 2010

KAPSYEN

Selalu sangat rindu hadir pada Damsyik. Dan ini bukti rindu

Kapsyen
Oleh: Ummu Hani Abu Hassan

syria-bumi-peliharaan-allah-yang-kaya-dengan-tamadun-manusia.jpg

Bumi Damsyik yang padat

Jalan di Medan Mahyudin setiap hari dipadati ragam makhluk yang hidup dalam dunia masing-masing.

Seorang lelaki tua, keluar dari Jamik Hanabilah, di tangannya adalah tongkat dan tasbih. Dalam pakaian musim sejuk, terhinggut-hinggut membawa kakinya mendaki lereng Suq Jumaat. Rumahnya terletak di jadat yang agak tinggi. Tetapi dia percaya, setiap gerakan kaki, sepicing sedutan nafas, dan patah-patah zikir di bibirnya akan dikira ibadah. Ketuaan dan keuzuran akan memberi bonus kepadanya. Pandangan Pencipta kepadanya adalah rasa belas dan cinta. Dia tidak menghiraukan apapun di sekelilingnya melainkan dia mencintai Penciptanya dan PenciptaNya membalas cintanya.

Seorang lelaki, berusia 50 tahun, pagi-pagi sudah tercegat di hadapan kedai kasutnya. Sewaktu berjalan menuju ke kedainya yang berada di pusat Suq Jumaat, dia sempat menjeritkan, “Pergilah kau hutang!!” Masalah hutang telah membelengu dirinya selama dia berkahwin. Dia berkahwin pada umur 35 tahun, bermakna dia telah menanggung hutang selama 15 tahun. Dia berhutang kerana mahu berkahwin. Harga hantaran isterinya 80 ribu lirah, tidak termasuk rumah, perabot, kenderaan dan hadiah-hadiah sampingan lain yang ke semuanya berjumlah hampir 200 ribu lirah.

dscn1200.jpg

Buah epal dijual sekilo RM1.70 (25 Lirah)

Dia terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menamatkan hutangnya itu; pagi hingga ke tengah hari mencuci kasut, petang hingga ke malam membawa teksi dan pada hari minggu menjadi pemandu pelancong. Rasanya, jika isterinya seorang yang rajin dan berilmu, tidaklah dia berkeluh-kesah dengan pekerjaan yang banyak tetapi masih tidak mengurangkan hutangnya. Isterinya adalah seorang yang bertuhankan kecantikan, kedekut dan penambah hutangnya.

dscn1542.jpg

 Kanak-Kanak antara makhluk tercomel di Syria

Seorang kanak-kanak berlari laju hampir-hampir melanggar si tua yang sedang berzikir, terkedek mendaki bukit. “Ya Allah..cintaku..cintaku..” kata si tua tergigil bila tongkatnya terlepas dari tangan. Kanak-kanak itu mengetap bibir. Apabila pandangannya bersatu dengan pandangan lelaki di depan kedai kasut, kanak-kanak itu segera menghampiri si tua. “Datuk, maafkan saya. Hari ini saya akan mendapat keputusan peperiksaan, hati saya telah sampai dulu di sekolah, saya mengejarnya,” kata kanak-kanak membetulkan tangan si tua agar menggenggam tongkat dengan betul. “Pasangkan mata di kakimu!” jerit lelaki si pencuci kasut kepada kanak-kanak tersebut.  Lelaki tua mengangkat tangan, menyabarkan. “Kanak-kanak begitulah. Allah…Allah..” Si tua kembali berjalan dan berzikir. Si lelaki pencuci kasut masuk semula ke dalam fikirannya; hutang dan isterinya yang malas di rumah. Dia sempat mengerling kanak-kanak yang kini berlari laju tanpa menghiraukan khoruf (kambing biri-biri) yang baru tiba dari ladang.

dscn1203.jpg

Mata Khoruf

Mata seekor daripada 50 ekor khoruf kelihatan sayu. Ia berasa sedih kerana telah dipisahkan daripada kampung halamannya di Utara Syria. Rumput-rumput segar di sana tidak sepadan dengan udara kering Damsyik. Memanglah dirinya diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Rasanya, ia antara makhluk yang tidak dapat ditandingi manusia dari sudut berbuat baik kepada makhluk lain. Selama ini ia tidak pernah menggariskan apa khidmatnya yang telah diberikan kepada manusia. Hari ini, kalbu biri-birinya terdesak berfikir. Apabila ia disembelih sebentar nanti, pertama, manusia akan melapah kulit daripada isinya. Kulitnya akan dibuat pakaian atau tilam. Isinya akan dimakan dengan pelbagai menu; sup, kari, sate, dan kebab. Bahagian kaki dan tulangnya akan dipanggang. Tinggal apa lagi? Ada juga kepercayaan dari kalangan manusia lelaki bahawa ekornya boleh meningkatkan nafsu batin mereka, maka ekornya turut direbuti. Gigi dan matanya? Ia turut dimasukkan dalam kawah sup. Ia tidak mensia-siakan satu incipun daripada badannya untuk dikuburkan. Terbukti maruah dan nilai dirinya adalah tinggi untuk manusia. Tetapi berbaloikah jika ketika menyantapi tubuhnya nanti, manusia tidak bersyukur dengan membaca bismillah? Si khoruf berasa mahu menangis. Continue reading KAPSYEN

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com