Ada beberapa perkara yang menguatkan saya untuk menulis novel ini..
1. Apabila melihat adik-adik remaja ghairah mahu terjebak ‘dunia hitam’ tanpa mahu berfikir panjang.
2.Saya juga selalu berfikir,
A. Kenapa ibubapa ada yang ‘berjaya’ membimbing semula anak-anak ke pangkal jalan, dan sebahagian ibubapa, ‘tidak berjaya’? Apakah formula kejayaan itu, dan asbab kegagalan itu?
B. Apakah perasaan seorang wanita tua yang akan menjalani hukuman tali gantung, barangkali ingin menceritakan kepada remaja di luar agar tidak mengulangi kesalahannya? Mungkin.
Dan ada satu kekuatan untuk saya menyelesaikan manuskrip ini iaitu:
“Saya teruja sekali mendedikasikan buku ini untuk suami tercinta, kerana permulaan tulisan ini, saya masih ‘anak dara’ dan pengakhirannya, saya telah menjadi seorang isteri kepada Ahmad Dhiak bin Abdul Hashim. Jadi saya telah berjanji pada suami untuk menghadiahkannya sesuatu iaitu Surat Ibu Dari Penjara:) Alhamdulillah. ”
Anda semua tidak rugi memilikinya jika niat anda ingin menambah ilmu dan pengalaman orang lain:)
Boleh dapatkannya sekarang di Gerai Galeri Ilmu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hingga 28 Mac ini, atau hubungi saya di senyum_sokmo2@yahoo.com (013-7172084)








salam.
Puan Ummu Hani,
Saya baru sahaja menghabiskan pembacaan novel ‘surat ibu dari penjara’, di mana novel ini saya dapatkan semasa PBAKL 2010.
Terima kasih kerana telah memberi satu pengalaman baru kepada saya. Bagi saya, puan telah berjaya menggarap cerita dengan begitu baik sekali apabila menerapkan nilai-nilai yang berjaya menyentuh hati remaja seperti saya. Ada beberapa bahagian di dalam novel ini yang menyebabkan saya termenung jauh, berfikir. Juga ada bahagian yang menyebabkan saya berasa sebak.
Moga Puan Ummu Hani akan terus menulis karya-karya yang bisa membangunkan jiwa-jiwa manusia.
Sekian.
Syukri, Kak Ummu juga ucap terima kasih kerana sudi baca buku yang sederhana ini. Doakan moga ada kebaikan pahala untuk kak Ummu sekeluarga ya!