Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Ibu@Pengorbanan

 14032010592.jpg

Seronok dapat pengalaman tolong mak (kanan) berjualan goreng pisang dan ABC  di belakang rumah Temerloh.

Akhir-akhir ni, apabila memandu di jalanraya, IKIM.FM selalu menemankan saya dengan nasyid bertemakan ibu@umi. Terasa ada getaran luarbiasa apabila nama ‘ibu@umi’ disebut. Saya serta-merta jadi pilu. Saya sekaligus menjadi rindu. Yang teramat sangat.

***************

TUGAS ISTERI SOLEHAH

“Ustaz, ana mohon nasihat ustaz sebagai bekal menjadi seorang isteri,” kata saya kepada al-Fadhil Ustaz Zainul Asri Hj Ramli beberapa hari sebelum Majlis Perkahwinan saya hujung tahun lalu. Ustaz dalam ketenangannya menyatakan, saya perlu miliki 3 perkara ini untuk ‘hebat’ sebagai seorang isteri.

“Pertama, anti perlu menjadi ‘umman’ (ibu) kepada suami. Kedua, jadilah ‘ukhtan’ (saudara) kepada suami. Dan ketiga, jadilah ‘bintan’ (anak perempuan) kepada suami,” kata ustaz. Selepas itu, ustaz menghuraikan tiga peranan tadi buat anak muridnya ini.

140320105911.jpg

Dua insan yang amat dicintai

UMMAN

Seorang ibu sarat dengan kasih-sayang kerana satu sifat Allah telah difitrahkan dalam diri mereka iaitu ar-Rahim. Hanya wanita mempunyai anggota rahim yang tak dimiliki oleh kaum lelaki. Ibu akan melihat anak-anaknya dengan pandangan cinta sekalipun anak-anak tidak ‘membalas’ cinta ibu. Cinta ibu ibarat langit menaungi bumi dan bumi menemani langit, tidak terpisahkan. Ibu tidak sanggup mengatakan ‘tidak’ kepada anak-anak. Jika mereka mampu, seluruh kemahuan hidupnya adalah untuk anak-anaknya. Walaupun ada ibu berkata ‘tidak’ kepada anak-anak, kata itu bukanlah dari hatinya, sebaliknya dia berdoa di sisi yang lain, moga Tuhan memenuhi apa yang terbaik buat si anak.

Untuk anak-anak, ibu sanggup tidak mengeluh ‘penat’ dan ‘lapar’. Dalam kelaparan dan kepenatannya, ibu tetap akan memastikan anak-anak tidak lapar dan sihat. Hati ibu mahu anak-anak sentiasa gembira dan bahagia. Dia berasa menjadi wanita paling bertuah di dunia apabila anak-anak berjaya dalam hidup. Ibu berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan usia, bukanlah untuk dirinya tetapi untuk terus berbakti kepada anak-anaknya. Ibu bimbang sekali, jika dia tiada siapalah yang akan menguruskan keperluan anak-anak, memasak, menemani anak-anak belajar, memberi kata ransangan dan berdoa untuk mereka. Doa seorang ibu lebih laju daripada kilatan halintar. Mustajab dan mujarab.

Ibu, sepanjang hidupnya adalah menjaga syurga di bawah tapak kakinya adalah untuk anak-anaknya di akhirat kelak.

Dan,  sifat ibu ini perlu ada dalam jiwa seorang isteri kepada suaminya.

 

 UKHTAN DAN BINTAN

Ustaz tidak menghuraikan sifat uktan dan bintan secara detail. Ukhtan kata ustaz, peranannya adalah menjadi saudara atau sahabat kepada suami dalam perjalanan dan pekerjaannya. “Berbuallah dengan suami apa sahaja topik ilmu. Jadilah pendengar yang baik kepadanya, berkongsilah cita-cita dan matlamat kebaikan serta menjadi penasihat suami yang ulung. Jangan sesekali berasa ego dengan suami. Jika ada kesilapannya, maka tunggulah waktu yang sesuai (ketika nak tidur) untuk menegurnya. Dan ketika suami marah, jangan sesekali buka mulut. Diam dan dengar sahaja hingga marahnya surut. Jangan melawan atau meleteri suami di waktu dia kepenatan,” kata ustaz.

Bintan adalah sifat ‘anak perempuan’ yang manja, kaletah, comel dan menceriakan orang lain. Sifat ini perlu ada pada seorang isteri untuk menghiburkan suaminya. Apabila suami melihat isterinya, dia berasa tenang dan bahagia. Rasa terhibur atas kaletah isteri yang tidak menjemukan. Dan jangan lupa, pandai ‘bergaya’ dan sentiasa comel keremajaan.

************

MAK HAMIDAH

Pesanan ustaz adalah teori. Saya sangat bersyukur kerana praktik dan qudwahnya telah ditunjukkan oleh mak. Apabila melihat mak, saya terbayangkan pesanan ustaz. Rupanya, emak telah melaksanakan tiga peranan tersebut selama ini. Buahnya, rumahtangga mak dan abah bahagia, kekal berkat dan kami anak-anak sangat mencintai mak. Ke manapun kami pergi, dan sejauh mana kami ada masalah, kami tetap akan pulang pada mak untuk memohon maaf dan berada dekat dengannya. Kami hidup dengan doa-doa mak.

14032010589.jpg

Suami menunjukkan kepakarannya buat ABC

BONDA FATIMAH

Walaupun baru 3 bulan saya menjadi anak mak, saya merasakan telah lama menjadi anak ibu mentua saya, Ustazah Siti Fatimah binti Bakar.  Mak orangnya sederhana dan wajahnya seperti langit waktu fajar naik, sejuk dan tenang. Bila bercakap, mata mak akan bercahaya menandakan kata-kata itu ikhlas dari hatinya. Suara mak sungguh lembut dan ceria. Mak tidak pandai marah apalagi berleter, marahnya pada cucu-cucu, ‘marah main2.’

Dalam tempoh 3 bulan, sudah 3 kali saya pulang ke rumah mak di Temerloh. Suami selalu meminta maaf jika rumahnya tidak selesa buat saya, dan saya akan cubit suami sambil berkata, ‘Abi, janganlah minta maaf bagi perkara yang tidak perlu. Rumah abi, adalah syurga abi yang mahu dikongsikan dengan umi. Umilah yang perlu berterima kasih. Terima kasih Allah!” Saya seronok pulang ke rumah mak yang ditemani 3 anak saudara dan kakak ipar. Berada dekat dengan mak, saya berasa ada aura semangat yang masuk ke jiwa saya. Emak adalah insan yang sarat dengan ketabahan dan keimanan. Dia orang biasa yang luarbiasa. Seperti bonda Hamidah, emak juga tidak pernah meninggalkan tahajud dan Dhuha. Dia sangat cintakan ilmu agama.

Suami membawa saya ke rumah atuk. Di situ, suami bercerita tentang kisah hidupnya yang dihimpit kesusahan waktu kanak-kanak dulu. ” Arwah Buyah (Allahyarham Ustaz Abdul Hashim bin Hj Husien) bekerja sebagai pendakwah di Bahagian Penerangan, Jabatan Agama Islam Bentong. Suatu malam, pulang dari berceramah, Buyah mengadu sakit dada. kemudian mak (ketika itu berumur  31 tahun) teman abah ke hospital. Tak lama lepas tu, Buyah menghembuskan nafas terakhir. Mak kehilangan suami dan terpaksa jaga 4 anak yang masih kecil, abang berusia 7 bulan 8 hari. Sejak itulah, mak menyara kami dengan bekerja sebagai guru agama di Temerloh.”

Kini, lewat usia 59 tahun , emak masih gigih berkorban untuk keluarga. Satu kekuatan emak yang sentiasa senyum ceria dalam kesusahannya itu adalah hubungan eratnya dengan Allah SWT.Saya bersyukur menjadi anak mak dan menjadi isteri kepada insan yang dididik emak. Suami saya seorang yang berhati lembut dan tidak pandai marah seperti ibunya. Terima kasih Tuhan.

***********

16032010602.jpg

Kini jalan telah ditunjukkan, tinggal diri untuk berjalan di atas jalan yang sama diredahi bonda-bonda tercinta.

7 Responses to Ibu@Pengorbanan

  1. rayyanzilfi says:

    Salam! Tak sangka Pn Ummi ke Temerloh.Saya dilahirkan di daerah itu, kemudian merantau.dan sekali-sekala terus menjenguk Temerloh kerana rumah mak dan ayah masih disitu. Doaku semoga Pn Ummi dan keluarga sentiasa dirahmati dan dipermudahkan setiap urusan. ..hmm..masih dalam ‘honeymoon’?Moga bercinta hingga ke syurga….(pinjam kata2 Ust Hasrizal).

  2. hantu says:

    hehe.. best la post ni.. boleh di hafal utk diberitahu kat kakak2 sy..haha
    dan utk bakal sy..hehe

  3. mimiamilia says:

    salam ummuhani,

    Terima kasih atas perkongsian. Akhirnya terjawab apa yang dimaksudkan menjadi ‘umman’ (ibu) kepada suami. Kedua, jadilah ‘ukhtan’ (saudara) kepada suami. Kebetulan, anak usrah saya mendapat sms dari terkandung pesanan itu dari seseorang yang tidak dikenali. Bolehlah saya linkkan blog ummuhani ni pada dia supaya dia faham apa yg dimaksud dalam pesanan itu.

    mohon izin untuk linkkan blog ini pada blog saya…

    salam perkenalan.

  4. pah acan says:

    cntik jg gmbq kakak sulung aku nieh…licin muka,,,keke…anyway mak hamidah tetap no 1 d hati ku….xperlu berckap, grak ahti nya sudah mngetahui apa yg si anak2 inginkn….love u bonda hamidah..

  5. fadzilah says:

    saya suka membaca entri2 ummuhani..selalunya jadi silent readers je..tapi hari ni baru tergerak hati nak komen. Semoga ummu hani berbahagia bersama keluarga tercinta

  6. Ummu Hani says:

    Saya dan keluarga mengharapkan ada manfaat untuk pembaca blog ini, moga balasanNYA adalah kebahagiaan dunia akhirat dalam keluarga kami , amin.

  7. HambaAllah says:

    Salam ummuhani… Rasa tenang dan suka sgt tgk gambar2 family ummuhani… Terasa nak dpt family yg mcm tu jugak… Sy ada bbrp soalan nak tanya ummuhani… Sy tinggal ngan mentua. Berdosakah sy ajak suami bpindah. Mentua sy sgt2 baik. Ipar duai pun semua baik2. Yg x baik adalah diri sy sendiri. Dah hampir 6 tahun sy tinggal di rumah mentua. Sy pun ada naluri nak hidup sendiri di rumah sendiri berdikari. Sy seperti hidup dlm keadaan semangat yg hilang krn rumah mentua asyik bersepah2 tp sy x kemas kan… Sy tak bekerja dan ada anak 3 org… Jarak anak setahun sorang.. Sy pernah bincang hal ni ngan suami dan suami dah tempah beli rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya. Hingga hari ini mentua sy x tau anaknya telah beli rumah… Rumah hampir siap tp suami kata dia keberatan utk pindah. Rumah baru tu lebih kurang 30 min ke umah mentua dan dekat dgn tempat keje suami. Sy rasa sedih. Depan rumah mentua ni abg ipar baru siap rumah kedainya dan skang dah tinggal kat situ… Entah lah sampai bila baru boleh pindah. Sy kadang2 rasa bersalah jugak tp sy berdoa jika ditakdir kan kami berpindah bukalah peluang yg seluas luasnya utk kami berbakti kpd ibu bapa kami.. Terima kasih…

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com