Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

May 30th, 2010

Sunday, May 30th, 2010

Satu Bulan Tiga Bintang

Dua cinta:)

Semalam (29/05/10) Novel Satu Bulan Tiga Bintang telah dipromosikan di Rancangan Kids On 2 RTM 2.

Jack: Selamat datang Kak Ummu Hani Abu Hassan ke rancangan Kids On 2.

Penulis: Terima kasih kerana menjemput kakak.

Jack: Ni nak panggil Kak Hani atau Kak Ummu?

Penulis: Boleh panggil Kak Hani.

Jack: Menurut blog kakak, www.ummuhani.com, kakak telah mula menulis sejak berumur 16 tahun, bagaimana timbul minat menulis?

Penulis: Alhamdulillah, kakak sebenarnya menulis sejak sekolah rendah, masa itu tulis diari kemudian baharulah berani hantar ke majalah. Apabila karya pertama disiarkan di majalah, kakak rasa seronok sangat dan mahu terus menulis untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

Jack: Sudah berapa karya yang kakak hasilkan?

Penulis: Alhamdulillah, setakat ini kakak telah menulis enam buah buku, lebih 40 buah cerpen yang tersiar di media cetak dan tiga buah skrip drama televisyen.

Jack: Siapakah pendorong kakak dalam dunia penulis?

Penulis: Untuk pengetahuan Jack dan adik-adik, ayah kakak Haji Abu Hassan Morad adalah seorang penulis sejak kak belum dilahirkan, jadi kakak lahir dalam proses penulisan beliau. Apabila melihat ayah menulis, kakak berminat untuk menjadi seorang penulis juga, insya Allah.

Jack: Bolehkah kakak ceritakan sedikit tentang Buku Satu Bulan Tiga Bintang?

Penulis: Buku Satu Bulan Tiga Bintang ini mengisahkan tentang gadis bernama Umairah. Ketika mahu mengambil PMR, ibunya telah meninggal dunia akibat penyakit kanser. Jadi sebagai penulis, kakak membantu Umairah mencari kekuatan dirinya antaranya ialah diari arwah ibunya, nenek yang baik, kawan-kawan yang memahami, guru yang penyayang, ayah dan abang-abang yang menceriakan. Ketika dirinya mulai tabah, bapanya pula mahu mengahwini pembantu rumah. Jadi, kalau adik-adik nak tahu kesudahannya kenalah baca buku Satu Bulan Tiga Bintang..

Jac; Kawan-kawan, kenalah beli buku Satu Bulan Tiga Bintang untuk tahu kesudahan kisah Umairah. Terima kasih kakak Ummu Hani

Penulis bersalaman dengan Jack. Penulis juga mengucapkan terima kasih pada suami yang sudi menemani:)

(Untuk dapatkan buku ini boleh emel pada penulis di senyum_sokmo2@yahoo.com)

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com