Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Lelaki Itu

 Suatu ketika, dalam awal tahun 2001, usai mengambil SPM, saya ‘merehatkan diri’ di rumah ibu saudara di Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA). Maksu (ibu saudara) menemani suaminya, Ustaz Nik Hazani (Paksu) yang bertugas sebagai Imam Besar Pusat Islam di sana. Sekali-sekala, dapat turun ke Kota Kuala Lumpur dan Shah Alam adalah satu ‘anugerah’ bagi ‘budak kampung’ seperti saya yang baru mengenal ‘alam luar’. Saya sangat beruntung kerana Paksu dan Maksu ‘lain’ dari ibu bapa saudara yang lain. Mereka (keduanya waktu itu baru balik dari Jordan) sangat rapat dengan saya. Sepanjang tinggal di rumah mereka, jarang sekali saya tidak menunaikan solat secara berjemaah. Bahkan, maksu mendidik saya untuk bangun malam bertahajud sambil memupuk kefahaman Islam dalam diri ini. Salah satu yang sering dipesan mereka ialah ‘Jangan bercinta waktu remaja, haram!’

Saya, dengan jiwa remaja memang tidak lepas dari ‘anasir-anasir’ itu. Jika saya tidak meminati orang lain, ada juga yang cuba-cuba mendekat. Dek kerana selalu ‘dipagari’ kuliah hati Paksu dan Maksu, saya pinggirkan segala ‘rasa suka’ di hati. Saya menjadi orang yang selalu merenung ke dalam diri, melihat dosa-dosa dan gerun mengenang neraka. Alhamdulillah, tarbiah ini berlarutan selama tinggal di rumah Maksu.

Ada waktu, Maksu yang baru ‘belajar’ pegang stereng kereta masih takut membawa kenderaan keluar dari kawasan Politeknik Shah Alam. Maka, dipanggilnya dua pelajar lelaki memandu kami berdua (saya dan maksu) pergi ke tempat kerja Maksu. Ada hari tertentu, Paksu membawa pulang para pelajar lelaki (yang amat rapat dengannya) menjamah masakan Maksu di rumah. Saya turut menolong Maksu di dapur.

Paksu menganjurkan satu lawatan untuk para palajarnya ke Muzium Kesenian Islam, Masjid Wilayah dan UIA Gombak. Saya beriya mahu mengikut dan berasa bangga dapat menyertai ‘kakak2 dan abang2′ Poli tersebut. Rasa diri sudah ‘berjaya’ masuk ke IPT walaupun keputusan UPU belum diumumkan lagi. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Muzium Kesenian Islam, Masjid Wilayah dan UIA Gombak. Apabila saya mata menjamah panorama UIA Gombak, hati saya terus berdoa, “Ya Allah, aku nak balajar di sini..”. Mungkin kerana niat saya ‘kurang baik’ (kerana jatuh cinta pada pemandangan dan bangunan UIA), saya direzekikan masuk ke UM bukan UIA (heee).

04052010688.jpg

LELAKI ITU

Faktor yang menjentik jemari ini untuk menukilkan kenangan di atas adalah disebabkan satu perkara: Lelaki itu.

Lelaki itu telah berbisik pada saya, saat kami sama-sama melerengi Bukit Bandar Sri Hartamas ke Jalan Kuching. “Sayang ingat tak tempat ni? (sambil menunding ke Masjid Wilayah), tempat pertama kita bertautan tapi tidak saling mengenal..” Lelaki itu kemudian menceritakan pada saya, bahawa dia turut bersama dalam rombongan yang dianjurkan oleh Paksu ketika itu. Dia juga memaklumkan, dialah salah-seorang lelaki yang menjadi pemandu Maksu, membawa kami ke Rawang dan turut menjamah makanan di rumah Maksu, saat saya ‘bernafas’ di dapur kala itu.

Subhanallah!

Kini, lelaki yang menjadi ‘anak murid kesayangan’ paksu telah menjadi suami ‘anak saudara kesayangan maksu’.

Saya berkata kepada lelaki itu.

“Abang, tak sangkakan, Tuhan telah mempertemukan kita awal lagi tapi menyimpan cinta sesama kita 9 tahun kemudiannya iaitu lepas kita berkahwin. Sayang dan abang tidak saling mengenal waktu itu, tapi apabila sudah ‘bercinta’ sekarang, seolah, lahir saja ke dunia, sayang sudah mengenali abang. Sayang bersyukur kerana menjadi isteri dan kekasih abang sekarang dan selamanya. Memang jodoh adalah kerja Tuhan.”

picture-0184.jpg

Lelaki itu namanya Ahmad Dhiak bin Abdul Hashim. Saya amat menyintainya.

8 Responses to Lelaki Itu

  1. laila says:

    Syahdu sungguh kisah Kak Ummu..mudah2an kalian kekal bahagia di dunia dan di akhirat sana.amin..

  2. Ummu Hani says:

    Amin..doa penuntut ilmu macam Laila pasti dimakbulkanNYA:)

  3. fadzilah says:

    menarik kisah jodoh pertemuan Ummu..semoga berbahagia selalu di samping suami tercinta. Saya dulu berharap agar dpt masuk UM..tapi Allah takdirkan saya dpt belajar di UIA..syukur alhamdulillah ..:)

  4. Ummu Hani says:

    Fadzilah, terima kasih. Yang kita nak tu tak semestinya baik begitulah sebaliknya

  5. dhiak says:

    Assalam. Terharu dan tersentuh hati ini bila baca blog umi ni. Makin bertambah lagi kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana telah menemukan jodoh diri ini dengan umi….

  6. begitu saya dan suami juga! :) tetapi ummu hani, sekarang, saya melihat ummu banyak kepada genre cinta. he he he..mungkin aura perkahwinan suci mula mengalir dalam ummu sendiri. saya suka dengan kisah ini. hehehehe..
    jangan marah ha..nanti kena jual!..di pesta buku sempt bersalam dengan kamu kerana di sana, macam tin sardin! gawat sihhhh!

  7. Ummu Hani says:

    Hee..sebab setiap hari menatap cinta:)

  8. ummumukhlis says:

    love can touch us one time and last a lifetime.

    ummu,dimana bimbingan tulis buku motivasi yang ummu iklan tu?
    kak minat.
    kak fight for saving cats and children.
    kak focus on egypt.gila arab ni seksa anak!

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com