Sangat jauh berbeza untuk kita bandingkan keadaan mahasiswa di Malaysia dengan Palestin. Walaupun begitu, jika kita tidak mengambil iktibar daripada peristiwa ini, tidak mustahil kita akan mengalami nasib yang sama seperti sahabat-sahabat di sana. Jika para mahasiswa masih leka dengan hiburan, masih tidak peka dengan isu semasa dunia Islam, tunggulah sampai saatnya bangsa lain menjajah umat Melayu. Pada saat inipun, tanah air kita telah dijajah dengan senyap. Bahasa kita, budaya kita, pemikiran kita, sedikit demi sedikit menerima pengaruh budaya luar. Oleh itu, adalah penting untuk saya dan para mahasiswa sekalian kembali menjengah ke desa fitrah.
Selain sedang sibuk-sibuk mengaut ilmu, jangan abaikan tanggungjawab asas seorang hamba dan khalifahNya. Tanyakan diri kita, apakah faktor-faktor kekuatan umat Islam di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat yang boleh dijadikan qudwah? Pernahkah mereka solat fardhu tanpa berjemaah atau melengahkan waktu solat? Tahukah remaja hari ini apa itu sunnah Rasulullah SAW dan teringin menjejakinya? Antara sunah baginda SAW yang boleh dipraktikkan orang-orang muda adalah tidak tidur selepas Subuh, bersederhana makan dan berhibur, memanfaatkan masa dengan perkara-perkara yang baik, solat awal dan berjemaah setiap waktu, mengurangkan bercakap perkara tidak berfaedah, selalu memberi senyuman, memperbanyakan zikir dan selawat serta saling memberi hadiah. Perkara-perkara ini walaupun kelihatan kecil di pandangan kita, ia boleh menjadi buah keberkatan hidup.
Ayuh diri saya dan kalian semua. Bersamalah kita saling memperingatkan.








salam,
Kerja kita sangat banyak..
alahai anak muda sekrang yang bergelumang dgn dunianya sendiri.
harus dikejut..
harus diingatkan selalu..
harus dipandu..
harus dibajai semula dengan aqidah yang sebenar.
Bila mana Islam dipinggirkan, maka timbullah kerosakan.
Masih ada waktu membuat perubahan!