‘Bukan dia yang haram’
SEKOLAH UNTUK PELAJAR HAMIL?
Hari ini Kerajaan Negeri Melaka akan mewujudkan sekolah untuk para pelajar hamil. Saya tertanya juga , bagaimana untuk mereka yang menghamilkan para pelajar terbabit?
Sekolah untuk pelajar wanita hamil ini telah lama ditubuhkan oleh NGO antaranya JIM (Raudatus Sakinah) dan Rumah Sinar Salam. Saya berkesempatan ke RS dua kali dan melihat sendiri remaja-remaja wanita yang sedang mengandung luar nikah. Ramai antara mereka yang mengandung atas kerelaan diri dengan kekasih (pakwe?) malah ada juga yang menjadi mangsa rogol. Wajah-wajah ini menyiratkan wajah keletihan berbaur insaf. Rata-rata apabila ditanya mengakui kesal akan keterlanjuran dan nekad memulakan hidup baru sebagai Muslimah.<
/p>
Saya yakin remaja2 wanita di RS akan berubah apabila keluar dari asrama RS kerana modul sahsiah yang mantap. Para remaja ini wajib berqiyamulail setiap hari, menunaikan solat fardhu berjemaah, kelas al-Quran dan fardhu ain di samping ilmu kemahiran hidup. Sepanjang tempoh pemulihan, para remaja ini tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar (kecuali hal-hal tertentu). Mudahan, usaha penerapan nilai agama yang kukuh dan berterusan ini dapat membantu adik-adik ini kenal dan takut pada ALLAH.
Sebaliknya, di Rumah Sinar Salam pula, tiada modul khusus untuk remaja wanita yang terlanjur. Selain menyediakan rumah perlindungan di Lorong Haji Taib, aktiviti yang disediakan lebih berbentuk perkongsian dan khidmat sosial. Aktiviti agama tidak semantap yang ditawarkan di RS. Malahan, kes mengandung luar nikah dihimpunkan dengan masalah lain antaranya homoseksual, lesbian, Hiv AIDS dan dadah. Mereka ini diberi pilihan untuk berubah atau terus hidup sebagai gelandangan penyakit sosial, namun sentiasa diberi khidmat nasihat oleh pelbagai pihak termasuk JAWI.
Kerajaan Negeri Melaka seharusnya membuat penyelidikan berdasarkan asrama2 remaja hamil yang telah wujud. Asrama remaja hamil ini mestilah berbeza dengan pusat pemulihan akhlak yang sedia ada. Namun, persoalannya, apakah dengan adanya asrama ini nanti dapat mengurangi gejala ‘zina’ ini? Zina bukan sekadar mahu dibanteras kerana ‘lahirnya bayi yang tidak berdosa’, tetapi ia jauh lebih awal daripada itu iaitu ‘MENUTUP JALAN-JALAN MENGHAMPIRI ZINA’. Dan usaha itu bukan di asrama sahaja tetapi bermula dari ibubapa, guru-guru, rakan-rakan sekolah, masyarakat dan pemimpin negara. Continue reading Apabila Remaja Tak Takut Tuhan..












