Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Yang Wajar Kita Contohi

Ada dua wanita yang patut kita kagum dan ikut. Keduanya menjadi pilihan Allah untuk diletakkan sebagai wanita terbaik Dia ciptakan. Nabi SAW menyebut dalam hadisnya, pertama Maryam ibu Nabi Isa AS dan keduanya Asiah isteri Firaun laknatullah.

Ketika bawa kereta pagi tadi, saya teringatkan hadis yang menyebut nama kedua-dua wanita suci itu. Kenapa Maryam? Kenapa Asiah. Alhamdulillah, Allah SWT membekalkan ilham yang baik sebelum masuk ke bilik kuliah.

“Bagi wanita yang belum sampai jodohnya dan yang tidak mengamalkan budaya berpacaran (bercinta), anda sepatutnya berasa bangga kerana terpilih merasai apa yang dirasai oleh Maryam. Bonda Nabi Isa ASĀ  tidak pernah berkahwin, apa lagi bercinta dengan mana2 lelaki. Dia insan pilihan Tuhan yang seumur hidupnya adalah untuk Allah. Bahkan ketika mengharungi saat mengandung dan bersalin, tiada insan suami di sisinya. Maryam tabah walau dicaci masyarakatnya, dia sabar membesarkan Isa al-Masih dan kuat imannya pada Allah hingga terpilih sebagai judul surah al-Quran. Oleh itu, anda yang masih gelisah tidak berjumpa pasangan hidup, teruslah bersabar. Moga2 ada keberkatan Maryam menguatkan hati kalian..”

“Bagi yang sudah berkahwin, jika mendapati suaminya tidak seperti yang diinginkan, penuh kekurangan dan kelemahan, anda patut terus bersyukur. Bayangkan jika anda di tempat Asiah isteri Firaun, mampukah hidup di sisi seorang suami yang mengaku dirinya adalah Tuhan? Asiah berkhidmat pada Firaun dengan baik. Tidak ada sejarah mencatatkan Asiah minta cerai dari Firaun tetapi memilih sabar untuk mendiami syurga Allah SWT di akhirat. Yang perlu anda lakukan teruslah berdoa dan mengikhlas diri. Mudahan, kesabaran Asiah menyuburkan hati2 yang bergelar isteri.”

Itulah inspirasi sejarah Islam. Bukan sekadar memaknakan di akal fikiran, lebih jauh untuk diiktibari dan mengukuhkan perjalanan kita sebagai Muslim akhir zaman (yang mencontohi orang2 soleh sebelum kita).

8 Responses to Yang Wajar Kita Contohi

  1. asma' says:

    amat sukar jadi sekuat maryam, setiap hari sahabat yang senasib juga makin tiada kerana akhirnya disunting orang, dan dia pun tiada masa untuk mendengar lagi ‘rasa’ kita sebagaimana kita membuka telinga mendengar rasa dia sebelum-sebelum ini.apa mampu dibuat meminta sedekah doa daripada sahabat-sahabat lain yang masih mengingati kewujudan kita.

  2. Kak Ita says:

    Salam ummu,

    Moga diberi kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak2 remaja itu. Bagusnya kalau akak pun berpeluang menjadi pelajar ummu, pasti banyak pelajaran dan ilmu yang akak akan dapat…:)

  3. Mas says:

    Alhamdulillah

  4. Salam kak..

    terima kasih atas entrinya..terkesan di hati utk mencontohi wanita agung ini.Syukran

  5. Ummu Hani says:

    Salam semua, moga kisah ini memberi motivasi kepada kita yang bernama wanita. Didoakan semua sahabat akan mendapat yang terbaik dalam hidup, amin.

  6. helwa says:

    salam ummu,

    beberapa hari ni sy cuba jauhkan diri dpd ‘kwn’ lelaki yg dah 3 thn bersama. sy takut terus ingkar dgn perintah Allah. sy juga takut sy jd contoh kurang baik pd adik2 dan kwn2. sy juga takut kufur dgn nikmat Allah dgn kesenangan demi kesenangan yg Allah bg tp sy balas dgn kebiadaban ingkar laranganNya. tp sbg perempuan yg hampir 30an, sy takut x berteman. hati jd goyah. terganggu juga ibadah puasa dgn kesedihan & kerisauan ‘tiada berteman’. Allah Maha Pengasih terus memilih sy berterawikh di surau di bumi Britain ini walau hati berat dan ragu menjadi ghuraba dan terus dipilih utk membaca blog2 dakwah ummu dan lain2 utk diberi tarbiyyah spy jgn sedih dan teruskan jihad pengajian saya. entry ummu ini menjawab kegusaran sy. terima kasih. semoga kamu terus cemerlang & dipelihara Allah. Amin

  7. Amal Asyura says:

    Salam ziarah
    perkara yg diceritakan Rasulullah tentu shj sgt sesuai dijadikan panduan sepanjang zaman
    syukran atas pencerahan, moga dpt menjadi sekuat Maryam dan setabah Aisyah

  8. Ummu Hani says:

    Alhamdulillah..

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com