Antara yang menarik hati saya untuk ke PBAKL 11 April lalu adalah untuk memiliki buku ini. Malangnya, ketika berkesempatan ke sana pada Ahad pertama PBAKL 11, buku ini belum diluncurkan oleh pihak penerbit, GISB Sdn. Bhd. walaupun suami penulisnya, Che Amran (RAIHAN) dan anak-anak sempat saya sapa. Waima, Tuhan memakbulkan hasrat saya memiliki buku ini selepas berkunjung ke Galeri Ilmu beberapa minggu lalu, malah, direzekikan juga bertemu Che Amran dan anak-anak termasuk Ahmad Mahir Baihaqi (tokoh utama ABT). Che Amran telah mewakili isterinya, Puan Isyah Radiah selaku penulis menandatangani buku tersebut (bonus jauh datang dari Melaka, hee).
Saya mengambil masa dua hari menghadam Anakku Brain Tumor (ABT). Sebagai pembaca yang tak mudah mengalirkan air mata, buku ini telah mencabar ego saya. Saya menangis walaupun kisahnya belum tamat. Malah, saya mengenepikan kerja-kerja lain untuk mengulit emosi, kesakitan, cabaran, ketaqwaan, tawakal dan ilmu dalam ABT.
Apakah saya boleh mengucapkan tahniah kepada penulisnya? Tidak wajar kerana buku ini bukan novel sastera atau autobiografi orang ternama. Buku ini adalah nukilan nurani seorang ibu menghadapi saat perit anaknya berhadapan kanser otak. Malah, penulis sendiri tidak sanggup menutur kata ‘kanser’ dan menukar kepada tumor atau ketumbuhan walaupun sinonim ngerinya. Isyah selaku ibu tentulah tidak mahu ucap tahniah. Kesakitan anaknya bukan sesuatu yang digimikkan untuk membuat pembaca sedih sebaliknya, dia mahu berkongsi pengalaman agar menjadi pengajaran kepada seluruh ibubapa.
Ibu lapan orang anak ini mengolah kisah penyakit anaknya dengan baik sekali, bermula dengan titik perkahwinannya dengan suami, detik menjadi seorang ibu (Ahmad Mahir Baihaqi @ Aqi adalah anak ketiga) dan pengalaman khusus ketika mengandung dan melahirkan Aqi. Sebagai pembaca, kita dapat mengagak ada kaitan di setiap takah kehidupan penulis dan keluarganya. Menarik lagi, Isyah turut mengaitkan konsep Ingat 5 Sebelum 5 yang menjadi hikmah kepada tragedi ini.
Buku ini wajar diteladani oleh setiap ibubapa Muslim. Sebagaimana Isyah, tidak pernah membayangkan anak yang cerdas sihat kemudian disahkan mempunyai ketumbuhan otak, tentu kita juga tidak mahu memikirkannya. Namun, ABT akan menarik jiwa kita untuk sentiasa berwaspada dengan segala kemungkinan terutama mempersiapkan diri dengan 5 perkara: 1. Sihat sebelum sakit 2. Lapang sebelum sibuk 3. Kaya sebelum miskin 4. Muda sebelum tua 5. Hidup sebelum mati.
Buku ini juga mendedahkan bahawa pembedahan bukan satu-satunya penyelesaian bagi para pesakit kanser, ada rawatan altenatif yang dapat memberi saran solusi. Pengalaman Isyah boleh dimanfaati golongan ibu yang bertanggungjawab menjaga pemakanan ahli keluarga. Paling penting menurut Isyah ialah tidak berpisah dengan al-Quran. Al-Quran adalah terapi terbaik buat pesakit, juga buat ibubapa agar terus kuat menghadapi dugaan hidup.
Tanpa ucapan tahniah, saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Yang Esa kerana memberi kekuatan kepada penulisnya untuk menulis, kepada penerbitnya yang sudi menerbitkan ABT, kepada Adik Aqi yang kembali bergerak cergas dan Terima Kasih ALLAH membuka pintu minda saya menghadam buku ini. Ia terbaik dari hati ikhlas seorang ibu untuk anaknya.
Cuma satu ucapan tahniah saya, bukan untuk isi kandungan dan pengalaman perit ini tetapi sesuatu yang membuatkan saya kagum, Puan Isyah berjaya mendisplinkan dirinya menghasilkan buku setebal 372MS dalam keadaan lapan anak yang masih kecil (semua bawah 13 tahun) dan sedang bergelut dengan tesis Phd. Ujian anak sakit tidak pula menghadkan dirinya menulis. Itulah penangan cinta seorang ibu kepada anak-anaknya. Itulah juga yang menjadi pengajaran buat penulis seperti saya agar tidak menjadikan tanggungjawab yang melingkar sebagai halangan menulis.
Dan kepada Allah jualah dikembalikan segala keajaiban yang berlaku (dikehendakiNYA) kepada hambaNYA (yang bertaqwa).
Ummu Hani,
UITM, Alor Gajah.








salam,
baru juga habis baca buku nih las 2 weeks… sangat bermanafaat untuk semua para ibu. meneyedarkan kita berapa besarnya tanggungjawab membesar dan mendidik amanah daripada Allah. mengingatkan kita ak an betapa kita sering lalai dan lupa akan nikmat 5 sebelum 5.
p/s kenal hani masa lawatan maahad hamidiah ke medan bersama ayahda hani Cikgu Abu Hasan Morad..
Mohon share ya Ummu Hani..
Salam. Saya ingin berkongsi manfaat yg hebat dari Transfer Factor. Insyaallah byk membantu mengatasi pelbagai penyakit. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, sila hubungi saya 016 8884487 atau Dr Tamil 016 7175855 atau Adnan 016 7175171.
Salam Ummu Hani,
Saya Kak Ida , ingin berkongsi pengalamam mengenai Brain Tumor Stg 3. Anak saudara (Lin) baru surgeri pada Nov 2011 sekarang di HKL jalani radioterapi. Saya beri dia perubatan alternatif B17 (Biji Aprikot) dan alhamdulillah menunjukkan perkembangan yang cukup baik Alhamdulillah… B17 berperanan membunuh sel2 kanser dan menambah sel2 yang baik untuk melawan sel kanser… Ditakdirkan akak terus menjadi pengedar dan sekiranya Ummu ingin berkogsi pengalaman ini sila hubungi Kak Ida di 0195705409 dan email akak yang tertera. Juga layarilah internet dan berribu maklumat yang ada tentang B17. Insyallah…