Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

December, 2011

Monday, December 26th, 2011

Gayat

Saya seorang yang penggayat, bukan pengayat. Pernah sekali dulu naik roller coaster di Taman Tema Genting Highland kerana mengikut rombongan kelas Kewartawanan Foto, Universiti Malaya. Pensyarah kami, Encik Mior (sekarang sudah bergelar Datuk Mior) mewajibkan kami ke sana bersama dengan budak2 Akademi Fantasia 2 dan seorang wartawan hiburan, Zubir. Tema kelas hari itu ialah, ramah mesra pelajar dengan artis (untuk dimasukkan dalam akhbar Mingguan Malaysia slot Pancaindera). Saya yang mengambil subjek minor di Jabatan Media turut serta dalam acara ini. Kami mendapat tiket percuma untuk bermain semua yang ada di sana.

Saya kalah melihat kanak-kanak. Terpandang sahaja kanak-kanak kecil ketawa girang atas roller coaster maka saya malu untuk takut. “Jika mereka boleh, takkan aku takut?” Begitulah yang saya cakapkan pada diri. Lalu, setelah merasai sendiri, saya memang penakut dan berjanji tidak mahu naik lagi. Saya hampir hilang kepala, tengkuk, jantung dan nyawa ketika roda RC bergerak. Itu cerita 8 tahun dulu.

Baru-baru ini saya dan Nik Nur Madihah mengitari Bandaraya Shah Alam. Di satu tapak ekspo, terhidang permainan fun fair yang layak untuk kanak-kanak dan remaja. Bagi seorang ibu seperti saya, tidak ada hati nak main semua itu. Tiba-tiba Madihah berkata, “Kak Ummu, saya teringin nak naik permainan tu (seperti roller coaster). Akak tak mahu teman saya? Jomlah kak, saya tak tenang sekarang, selalunya permainan macam ni boleh tenangkan sikit otak saya .”katanya beriya mengajak. Saya telan liur. “Tak mahulah dik, akak ni memang takut. Takut sangat tinggi2 dan laju2″.Jawapan saya hanya disambut ketawa. Dia beriya mengajak lagi. “Jomlah kak..jomlah..”

Saya beli juga token. Tetapi hati berat mahu melangkah. Madihah tarik saya. “Kalau akak tak mahu main, bagi token tu. Saya main dua kalilah, ” katanya. Saya mengangguk. Namun keputusan berubah apabila terpandang seorang anak kecil (agakan saya dia tadika) bersama ibunya turun dari mini roller coaster. Budak kecik ni main, takkan aku takut? Itulah yang ditanyakan pada diri sendiri. Dan akhirnya, terbitlah jawapan, “Madihah, jom, akak join awak..”

Di atas roller coaster yang mulai bergerak, saya menjerit sekuat hati “Ya Allllllah!!! tolong..” Saya tidak lagi ingat bagaimana saya pegang tangan Madihah hingga dia menjerit, “Kak Ummu, tangan saya sakit..” Saya menjerit dan rasanya hampir hilang suara.

“Madihah, ini kali terakhir akak naik..cukuplah. Alhamdulillah masih hidup..”

Saya terbayang sahaja ..saya sudah takut. Oh roller coaster.

Thursday, December 22nd, 2011

CINTA

CintaNYA
Membuatkan diri makin menjauh
atau mendekat?

DIA MAHA INDAH..Datangilah

Thursday, December 22nd, 2011

Kisah-Kisah


Pengalaman menjadi seorang penulis selama 13 tahun mempertautkan saya dengan rencam kisah. Ada kisah bahagia, lara termasuk yang tidak kering gusi.
Kisah Bahagia
Sewaktu menemubual Ustaz Habiburrahman el-Shirazy, pengarang dan penerbit Drama Ketika Cinta Bertasbih awal tahun 2007, beliau berkongsi kisah yang membahagiakan. Menurutnya, cinta membuatkan manusia berusaha kuat. Beliau sendiri, usai pengajiannya di Universiti al-Azhar, Cairo terfikirkan bahawa dengan menulis novel, beliau dapat mengumpul wang menyunting ‘mawar hati’. Sejak itu, beliau berkurung dalam biliknya sehingga siap sebuah novel yang dijudulkan ‘Ayat-Ayat Cinta’. Tuhan menyusun perjalanan yang membahagiakan buat penulis dan novel Ayat-Ayat Cintanya. Bukan sahaja dapat menyunting cinta, novel ini kemudiannya dijadikan filem dek tempias fenomenanya di Indonesia dan Malaysia.

“Apa yang ustaz lakukan dengan duit royalti Novel Ayat-Ayat Cinta?” Tanya saya. “Alhamdulillah, saya gunakan untuk membina sebuah masjid dan pesantren penulisan..” katanya.
Kisah bahagia di atas menyuntik sedar saya bahawa nilai keberkatan amat penting dalam pekerjaan. Continue reading Kisah-Kisah

Tuesday, December 20th, 2011

Memurnikan dan Dimurnikan

Drama Bersiri Dingin Lavenda  sedang bersiaran di Tv3 dalam Slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam selama 13 minggu. Drama ini seperti juga Drama Bersiri Nurul Iman, Cinta Madinah 2 dan Keimanan Cinta, penerbit meminta saya memurnikan naskah skrip asalnya. Sebelumnya, skrip telah ditulis oleh penulis lain.

Kebiasaannya, saya tidak boleh memurnikan semula skrip melainkan menulis skrip baru kerana itu kelemahan saya. Skrip adalah proses kreatif yang mempunyai tahap-tahapnya. Memurnikan skrip bukan sekadar mengedit bahasa dan tatabahasa. Jika skrip yang diterima itu lemah wataknya, maka tugas yang diberikan penerbit adalah menguatkan semula watak tersebut.

Watak tidak sahaja dikuatkan dengan dialog. Watak adalah individu yang bergerak, hidup dan berkonflik. Justeru, jika watak utama yang perlu diubah, maka saya lebih senang ‘menulis semula’ skrip dengan merujuk sinopsis asal cerita. Manakala skrip yang ditulis penulis asal, saya baca sepintas lalu. Mana2 dialog yang baik, saya kekalkan. Continue reading Memurnikan dan Dimurnikan

Tuesday, December 20th, 2011

Love..Pasca Nikah!

Nikmat yang besar Tuhan berikan kepada kami adalah cinta. Ya, cinta setelah kahwin. Setelah melaluinya genap dua tahun, manis cinta itu tidak saya temui di mana-mana kecuali di wajahnya. Wajah suami tercinta.

Saya merenung diri, asbab apakah Tuhan menganugerahkan mahkota cinta ini kepada saya? Dalam jemala, hanya senarai dosa dan kekurangan diri yang saya temukan. Namun, nun di hujung muhasabah, saya yakin itulah doa. Mak pernah bercerita pada saya yang ketika itu masih bersekolah, “Sebelum kahwin mak hanya berdoa semoga Tuhan mengurniakan seorang suami sebaik wan (datuk saya). Dan Allah memberikan lelaki sebaik abah untuk mak walaupun kami tidak saling kenal.”

Mendengar cerita mak, saya terus meniatkan di hati, “Ya Allah kurniakan daku yang hina ini seorang suami sebaik wan dan abah nanti..”

Pasca Nikah

Dua cinta hati, abi dan Ahmad Abu Darda’

Jika sebelum nikah tidak sangat mengenali, selepas nikah jadi indah serba-serbi, walaupun saling memiliki kekurangan itu dan ini. Cintanya saya pada suami kerana agamanya. Dia bukanlah lelaki yang ‘syadid’ atau cepat melenting jika saya lalai dalam ibadah. Dia bukanlah peleter yang akan menghujatkan saya hukum2 agama jika saya tersalah langkah. Atau akan melemparkan sindiran jika saya ego menidakkan pendapatnya. Suami saya dengan senyuman, kata-kata lembutnya dan sabarnya, itulah yang membuatkan saya ingin memperbaiki diri, menjadi terbaik kepadanya sebagai isteri, sahabat dan ibu anaknya. Continue reading Love..Pasca Nikah!

Tuesday, December 20th, 2011

DINGIN LAVENDA

Setiap Jumaat, jam 9.00 malam di TV3 (13 EPISOD)

Monday, December 19th, 2011

Dalam Pembaikan

Assalamualaikum,

Pengunjung yang dimuliakan, saya memohon maaf kerana blog ini sedang mengalami pembaikan sempena tahun baru 2012. Justeru, tiada pengisian baru yang saya masukkan sehingga blog ini kembali ceria dan memudahkan rakan pengunjung mendapat manfaat darinya.

Salam ukhwah Islam dari saya dan pembina blog ini.

 

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com