Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Love..Pasca Nikah!

Nikmat yang besar Tuhan berikan kepada kami adalah cinta. Ya, cinta setelah kahwin. Setelah melaluinya genap dua tahun, manis cinta itu tidak saya temui di mana-mana kecuali di wajahnya. Wajah suami tercinta.

Saya merenung diri, asbab apakah Tuhan menganugerahkan mahkota cinta ini kepada saya? Dalam jemala, hanya senarai dosa dan kekurangan diri yang saya temukan. Namun, nun di hujung muhasabah, saya yakin itulah doa. Mak pernah bercerita pada saya yang ketika itu masih bersekolah, “Sebelum kahwin mak hanya berdoa semoga Tuhan mengurniakan seorang suami sebaik wan (datuk saya). Dan Allah memberikan lelaki sebaik abah untuk mak walaupun kami tidak saling kenal.”

Mendengar cerita mak, saya terus meniatkan di hati, “Ya Allah kurniakan daku yang hina ini seorang suami sebaik wan dan abah nanti..”

Pasca Nikah

Dua cinta hati, abi dan Ahmad Abu Darda’

Jika sebelum nikah tidak sangat mengenali, selepas nikah jadi indah serba-serbi, walaupun saling memiliki kekurangan itu dan ini. Cintanya saya pada suami kerana agamanya. Dia bukanlah lelaki yang ‘syadid’ atau cepat melenting jika saya lalai dalam ibadah. Dia bukanlah peleter yang akan menghujatkan saya hukum2 agama jika saya tersalah langkah. Atau akan melemparkan sindiran jika saya ego menidakkan pendapatnya. Suami saya dengan senyuman, kata-kata lembutnya dan sabarnya, itulah yang membuatkan saya ingin memperbaiki diri, menjadi terbaik kepadanya sebagai isteri, sahabat dan ibu anaknya.

Semua itu takkan terserlah sebelum perkahwinan.Langka dua tahun mungkin terlalu awal menilai diri dan pasangan tetapi, ia membibitkan persefahaman dan toleransi jika matlamat kami sama; redho Allah. Suami bersabar dengan saya keranaNya, saya pun menerima dia seadanya keranaNya.

Saya menemukan ketenangan yang saya damba dan impikan sebelum berkahwin. Rumah hati suami membentangkan kasih sayang yang mewah. Ia bukan sekadar lafaz ‘i love you’, ‘miss you’, ‘cinta’ dan ‘rindu’, namun penerimaannya terhadap segala kekurangan diri saya, dan toleransinya menggalas apa sahaja tugas dalam rumahtangga (seperti mengemas, memasak, menjaga anak dll yang selalu ditumpukkan pada kaum ibu), itulah mewahnya seorang saya memiliki suami sepertinya.

Bertuahnya saya. Di sisinya saya menjadi manusia yang yakin diri kerana saya seorang yang sangat rendah diri. Suami orang pertama yang akan berkata,”Sayang boleh lakukan!” sebelum saya sendiri menghukum diri. Dia menyedarkan saya bahawa jika segala matlamat kerana Allah, maka tidak ada apa yang perlu digusarkan. LA TAKHOF WA LA TAHZAN INNALLAHA MA’ANA. (Jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita).

Saya tidak mahu membezakan siapa lebih baik, tokwan, abah atau suami saya. Kerana mereka semua manusia baik dan mempunyai kelebihan, kekurangan masing-masing. Tetapi mereka semua adalah orang baik.

Ternyata cinta pasca nikah ini keberkatannya luar biasa. Nenek, mak dan saya sendiri mengalaminya. Alhamdulillah.

Buat sahabat2 yang belum bertemu jodoh, anda teruslah berdoa. Jangan risau tidak bercinta (sebelum kahwin) kerana itulah jalannya mendapat keindahan cinta sebenar dalam rumahtangga.

2 Responses to Love..Pasca Nikah!

  1. naza says:

    ukhtie ummu..sukar utk lafazkan kata2 indah sept ini kepada suami, mungkin kerana hati ini tidak pernah perasan akan kebaikan/kebajikan yg diterima dari seorang suami..lebih menghitung dan mengungkit kebaikan yg kita bg pada nya..astaghfirullah.

  2. Ummu Hani says:

    Salam kembali, insya Allah, bersyukur nescaya Allah akan tambahi nikmat itu. Saya doakan saudari akan tempuhi bahagia dengan cinta yang Tuhan jodohkan pada kita, amin.

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com