Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Memurnikan dan Dimurnikan

Drama Bersiri Dingin Lavenda  sedang bersiaran di Tv3 dalam Slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam selama 13 minggu. Drama ini seperti juga Drama Bersiri Nurul Iman, Cinta Madinah 2 dan Keimanan Cinta, penerbit meminta saya memurnikan naskah skrip asalnya. Sebelumnya, skrip telah ditulis oleh penulis lain.

Kebiasaannya, saya tidak boleh memurnikan semula skrip melainkan menulis skrip baru kerana itu kelemahan saya. Skrip adalah proses kreatif yang mempunyai tahap-tahapnya. Memurnikan skrip bukan sekadar mengedit bahasa dan tatabahasa. Jika skrip yang diterima itu lemah wataknya, maka tugas yang diberikan penerbit adalah menguatkan semula watak tersebut.

Watak tidak sahaja dikuatkan dengan dialog. Watak adalah individu yang bergerak, hidup dan berkonflik. Justeru, jika watak utama yang perlu diubah, maka saya lebih senang ‘menulis semula’ skrip dengan merujuk sinopsis asal cerita. Manakala skrip yang ditulis penulis asal, saya baca sepintas lalu. Mana2 dialog yang baik, saya kekalkan.

Dingin Lavenda berbeza dengan Keimanan Cinta walaupun keduanya mempunyai naratif dalam bentuk novel. Dingin Lavenda berasal dari novel Dingin Salju Indiana karya NurullSham Saidin. Manakala Keimanan Cinta, saya menulisnya tanpa kewujudan novel tersebut. Novelnya hanya terbit setelah skrip menjadi drama. Justeru, tatkala menulis Dingin Lavenda, saya pasti akan merujuk novelnya walaupun latar dan watak telah berubah. Misi dan mesej penulis novel saya kekalkan. Malah ketika menghidupkan plotnya, saya berhati-hati bimbang ‘lari jauh’ dari kehendak penulis novel.

Menulis skrip adalah kerja mudah yang sukar. Mudahnya kerana kita bisa terus menerus menyiapkannya dengan sekali duduk. Sukarnya adalah untuk menghasilkan dialog dan plot yang luar biasa, natural, mendekati hati penonton, dan bersifat selektif. Tidak semua keadaan boleh dilafazkan dengan kata-kata. Manakala kata-kata adalah perlambangan diri, pemikiran dan prinsip watak, justeru penulis perlu berhati-hati memakaikan dialog pada wataknya terutama watak utama.

Sudah sampai masanya para penulis skrip (termasuk diri ini) memurnikan fikiran bahawa watak utama adalah pendakwah dalam cerita. Dia tidak boleh sama dengan watak2 lain dari segi positif dan negatifnya. Dia perlu dikuatkan. Kata2nya terpilih, fikirannya jernih dan emosinya perlu lebih baik (walaupun menghadapi masalah) berbanding watak sekelilingnya.

Teruskan menonton Jannah, Murni dan Nana dalam Dingin Lavenda. Perhatikan bagaimana Jannah ‘melunakkan’dua sahabatnya dalam pencarian makna Muslimah solehah.

One Response to Memurnikan dan Dimurnikan

  1. Muzaf Ahmad says:

    Alhamdulillah, moga-moga drama-drama di kaca tv lebih ke arah dakwah pada masa yang sama mengurangkan drama-drama picisan. Insya-Allah.

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com