Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

January, 2012

Wednesday, January 18th, 2012

Nak Kahwin Tak Nak?!

Alhamdulillah, kami dah kahwin. Anda bila lagi?:))

Seorang mahasiswa menyapa saya di Facebook. “Puan, saya mahukan nasihat puan. Adik saya dah nak kahwin, tapi saya sendiri keluarga tak izinkan, saya sedih,” katanya yang ketika itu menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Saya lalu tersenyum sendirian, sebelum menjawab keluhannya. “Tak apa, habiskan pelajaran dulu. Sebagai mahasiswa, tak mudah galas tanggungjawab yang banyak ketika belajar. Adalah hikmahnya tu. Redho Allah terletak pada redho ibubapa. Ikut cakap mereka!” Continue reading Nak Kahwin Tak Nak?!

Wednesday, January 18th, 2012

Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

Sayembara ini pertama kalinya akan dianjurkan bersama ITBM, PENA dan Berita Harian sebagai strategi pelaksanaan untuk membentuk penulis muda yang matang serta mapan, mampu menyumbang kepada pembangunan insaniah, dan membina interaksi yang bermanfaat antara penulis dengan pembaca. Terbahagi kepada tiga kategori, iaitu penulisan novel, cerpen dan puisi; sayembara ini terbuka kepada semua penulis muda tempatan di bawah umur 45 tahun, yang lahir pada tahun 1966.
Penulis yang menyertai sayembara penulisan novel dikehendaki menghasilkan karya sastera positif yang tidak ditetapkan had halaman muka surat. Tempoh masa satu (1) tahun diberikan bagi menghasilkan dan menghantar penyertaan sayembara penulisan novel ini. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari 2013.
Bagi kategori cerpen, setiap penulis terbuka untuk menghasilkan 10 karya dalam sebarang genre penulisan. Manakala kategori puisi pula, penulis dikehendaki menghasilkan 30 puisi yang tidak dihad jumlah panjang bagi setiap karya. Tempoh masa penghasilan dan penghantaran karya bagi kedua-dua kategori ini adalah dalam tempoh masa enam (6) bulan. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai 2012.

Peserta sayembara ini bebas menghantar seberapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, setiap penyertaan hendaklah menggunakan judul dan isi kandungan yang berbeza. Sayembara ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM130,000 untuk pemenang, dan berikut adalah pecahannya:
Kategori Novel

Hadiah Pertama: 1 x RM15,000
Hadiah Kedua: 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM9,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM3,000
Kategori Cerpen

Hadiah Pertama: 1 x RM10,000
Hadiah Kedua: 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM5,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM2,000
Kategori Puisi

Hadiah Pertama: 1 x RM10,000
Hadiah Kedua: 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM5,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM2,000

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun borang penyertaan Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian, sila layari laman web ITBM di www.itnm.com.my.

Friday, January 6th, 2012

Apabila Akar Tidak Kuat Mencengkam


(Madihah diapit ibubapa di hadapan rumah yang membina dirinya selama 18 tahun)
“Makcik takde petua apa, semua gurunya yang didik. Dia tak pernah menangis depan Makcik, tapi Makcik selalu nampak dia menangis tengah malam ketika solat Tahajud,” kata ibu Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM 2007 (20A).

Ogos ini Madihah akan terbang ke UK untuk menyambung pelajaran dalam bidang Fizik. Kata bapanya, dia tidak akan bimbang kerana yakin Madihah dapat mengekalkan imej Muslimah hasil asuhan guru-gurunya di Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan.

Dalam catatan pengalaman saya menulis biografi gadis ini, saya yakin Madihah dapat melalui cabaran fenomena di Langit British. Tinjauan singkat saya ke mukim tarbiah Maahad Muhammadi Lil Banat menemukan insan-insan bergelar ‘ibu’ yang hebat. Merekalah yang diamanahkan ibubapa para pelajar untuk mengasuh dan mendidik, bukan sekadar mengasah otak untuk abjad A.
Setiap pagi, para pelajar memulakan pengajian dengan doa penerang hati, nama-nama ALLAH dan selawat. Para pelajar diwajibkan menutup aurat dan diterangkan peri pentingnya menjaga syariat dan menjunjungnya di mana-mana. Dalam program Usrah dan halaqah, para pelajar mendalami agama luar bilik darjah. Mereka dikhabarkan tentang akidah, syariat dan akhlak dalam rangkuman yang tidak dipisah-pisahkan. Mereka juga disibukkan dengan aura qiyamulail, muhasabah dan ilmu. Natijahnya, di mana mereka berada, para pelajar ini menjadi muslimah yang baik.

Inilah akar yang menunjangi jiwa-jiwa para pelajar cemerlang angkatan Maahad Muhammadi Lil Banat. Madihah atau Siti Fatimah (Pelajar terbaik SPM 2006) tetap menjadi ciri yang sama walau mereka telah mencorak dunia akademia luar.

Semoga mereka terus kukuh sebagai Muslimah sejati yang dianugerahkan Allah dengan otak yang cerdas. Merekalah harapan pewaris bangsa di bumi yang meletakkan Islam sebagai agama utama.

Ingatlah, apabila Akar akidah tidak kuat mencengkam dalam diri, maka natijahnya akan rosaklah peribadi. Kala itu, walau cerdas mana sekalipun, kau sudah di barisan perosak agama dan hanya Tuhan dapat membantumu kembali ke jalan lurus.

Monday, January 2nd, 2012

2012@ Lebih Serius!

Hari ini suami mengajak saya membaca tahlil. “Sempena hari lahir umi..” katanya. Saya mengangguk, terharu dalam diam.

Wahai diri, kamu itu semakin tua..

Gerbang 2012 ini adalah kota perit dan perjuangan. Setiap hari saya fikirkan, mampukah diriku? Januari ini ada skrip@20 episod yang perlu diselesaikan sebelum menjelangnya Februari, kerana saya bakal bergelar pelajar lagi. Kali ini tidak seperti biasa, perjuangan yang menuntut kerahan disiplin yang luar biasa.

Harapan di hari lahir, moga aku selalu disedarkan akan hakikat ilmuNYA Yang Maha Luas. Dan aku perlu berusaha berenang agar tidak tenggelam hingga lemas.

“Umi, Darda’ akan pegang tangan umi, diri umi menjadi tauladan pada Darda”” Hakikat itu barangkali boleh mengutuhkan aku untuk terus berusaha menjadi lebih baik.

Sudah jadi ibu tak boleh macam budak-budak lagi.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com