(Artikel ini disiarkan dalam Majalah Q&A edisi kedua)
Sebelum melangkah ke alam rumahtangga, setiap pasangan memasang niat. Aku berkahwin dengannya kerana dia baik. Aku menikah dengannya kerana aku menghargai cintanya. Aku menerimanya sebagai suami atau isteri kerana ingin membina rumahtangga Islam. Dan niat yang paling mulia adalah, aku mengahwininya keranaMu ya Allah.
Setelah menetapkan niat mulia, sang suami mengucup dahi isteri dan memimpin tangannya ke pintu sakinah. Bulan-bulan pertama diharungi dengan kemanisan. Bak lebah menghurung sarang madu. Tiada yang tidak manis walaupun pasangan tidak pandai memasak, tidak pengemas dan tidak boleh berhenti bercakap. Lima bulan pertama adalah kunci pengenalan diri pasangan. Manakala lima tahun pertama adalah kunci berkekalan antara pasangan.
Niat yang telah dipasakkan pada bendera kerana Allah bukan semudah menuturnya. Ia perlukan usaha dan keselarasan agama antara suami dan isteri. Jika suami seorang yang menjaga solat berjemaah, maka dia perlu mengusahakan isteri dan anak-anaknya begitu. Pun sama, isteri yang litup menutup aurat perlu memastikan anak-anak tidak lepas mendedahkan aurat.
Hujan Mulai Turun
“Mengapakah isteriku tidak seperti dulu? Mengapa aku melihatnya terasa bosan? Mengapa dia bercakap kasar denganku? Mengapa dia tidak menjaga kebersihan? Mengapa dia membawa masuk orang luar tanpa pengetahuanku?” keluh sang suami.
“Mengapa suamiku menduakan diriku? Mengapa suamiku melebihkan rakan-rakannya berbanding diriku? Mengapa suamiku tidak memujiku lagi? Mengapa suamiku sanggup menengkingku? Mengapa suamiku tidak menghargai apa yang kukorbankan untuknya?” tangis si isteri. Continue reading Hujan Dalam Rumahtangga, Jangan Sampai Banjir!






