Ummuhani.com » Anis
Najis tu!
Saya selesai memandikan Darda’ di tandas sebuah kawasan R&R. Ruang tandas yang kecil membuatkan saya lebih selesa memakaikan pakaian ‘bujang comel’ itu di surau. Maka berjalanlah saya ke surau kecil yang terletak bersebelahan tandas itu. Darda’ barangkali dalam hatinya menjerit, “Umi..malulah Darda’ tak pakai seluar ni..”
Saya hamparkan sejadah kemudian mulai memakaikan Darda’ lampin pakai buang disusuli baju dan seluar. Saya bedakkan si bujang lima bulan ini hingga nampak persis anak patung bermata bulat yang kiut. Barangkali lagi Darda’ berkata dalam hatinya, “Umi..Darda’ lelakilah, malulah begini..”
“Takde yang tegur awak ke?” tanya seorang ibu muda. Anaknya juga hampir baya Darda’ tetapi perempuan.
“Kenapa?” Tanya saya terkesan Darda’ nampak mahu menyapa senyuman rakan bayanya itu.
“Tadi saya kena marah. Saya baru nak pakaikan lampin pada anak ni. Ada seorang makcik jerkah, Najis! Najis! kenapa salin lampin anak dalam surau! Masya Allah, malu sangat!” cerita wanita muda itu. Saya memandang sekeliling, ramai wanita keluar masuk untuk menunaikan solat. Kebanyakan mereka akan menyinggahkan pandangan pada kami, tepatnya pada ‘comel-comel’ kami.
“Yang membuatkan saya malu sebab dia jerkah depan jemaah lain. Semua pandang saya. Serba-salah jadinya..” katanya lagi.
“Saya tadi cuma pakaikan anak dalam surau, saya mandi dan tukar lampinnya di tandas sebelah,” kata saya.
“Saya dah pastikan tak ada najis pada anak, tapi perbuatan perempuan tu menyebabkan saya bersalah depan orang lain..”Wanita itu masih dilema, wajahnya dipengaruhi teguran tidak berhikmah seorang ‘yang berniat baik’.
Hari yang lain, usai bersembang dengan team Studio Muallaf di Masjid Negara, Darda’ sudah hilang sabar setelah 2-3 jam umi tidak mengendongnya.
“Abi tunggu umi di kereta, umi susukan Darda’ dulu kat tempat solat wanita sana,” kata saya memeluk bujang yang lapar. Saya kemudian mengendongnya ke ruang solat wanita.Waktu itu jam 12 petang, belum ada jemaah mahu menunaikan solat Zohor. Sekumpulan pelancong sedang khusyuk mendengar penerangan pihak masjid luar kawasan tempat solat,
“Hei..buat apa tu? Jangan bawa masuk dan tukar lampin, najis nanti!” Seorang pengawal wanita masuk mengekori saya.
“Saya bukan nak tukar lampin anak, cuma nak susunya. Dia lapar sangat,” kata saya, amat serba-salah. Darda’ sudah tidak sabar, menarik-narik tudung saya. Pengawal itu terkesan dengan pandangan mata ‘bujang’ saya yang punya kuasa ‘cinta’.
“Mmm..pergilan belakang sedikit, ada banyak kamera hendap di sini,” katanya memberi simpati.
“Ya, terima kasih..” Saya beralih sedikit ke belakang. Darda’ memeluk saya erat tidak mahu melepaskan uminya yang juga cawannya.
Mempunyai anak kecil kadangkala membuatkan kita tidak sempat berfikir panjang. Kemahuan anak serta -merta dan mereka tidak dapat disabarkan. Justeru, saya amat bersimpati pada diri dan rakan-rakan senasib yang pernah mengalami situasi di atas, agar bersabar dan tidak cepat melatah dengan teguran mereka yang ‘berhati kaca bersepah’ ini. Moga ini menjadi pengajaran juga untuk saya lebih memahami orang lain sebelum menghukum dan menegur mereka. Berhikmahlah!
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Sayembara ini pertama kalinya akan dianjurkan bersama ITBM, PENA dan Berita Harian sebagai strategi pelaksanaan untuk membentuk penulis muda yang matang serta mapan, mampu menyumbang kepada pembangunan insaniah, dan membina interaksi yang bermanfaat antara penulis dengan pembaca. Terbahagi kepada tiga kategori, iaitu penulisan novel, cerpen dan puisi; sayembara ini terbuka kepada semua penulis muda tempatan di bawah umur 45 tahun, yang lahir pada tahun 1966.
Penulis yang menyertai sayembara penulisan novel dikehendaki menghasilkan karya sastera positif yang tidak ditetapkan had halaman muka surat. Tempoh masa satu (1) tahun diberikan bagi menghasilkan dan menghantar penyertaan sayembara penulisan novel ini. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari 2013.
Bagi kategori cerpen, setiap penulis terbuka untuk menghasilkan 10 karya dalam sebarang genre penulisan. Manakala kategori puisi pula, penulis dikehendaki menghasilkan 30 puisi yang tidak dihad jumlah panjang bagi setiap karya. Tempoh masa penghasilan dan penghantaran karya bagi kedua-dua kategori ini adalah dalam tempoh masa enam (6) bulan. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai 2012.
Peserta sayembara ini bebas menghantar seberapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, setiap penyertaan hendaklah menggunakan judul dan isi kandungan yang berbeza. Sayembara ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM130,000 untuk pemenang, dan berikut adalah pecahannya:
Kategori Novel
Hadiah Pertama: 1 x RM15,000
Hadiah Kedua: 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM9,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM3,000
Kategori Cerpen
Hadiah Pertama: 1 x RM10,000
Hadiah Kedua: 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM5,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM2,000
Kategori Puisi
Hadiah Pertama: 1 x RM10,000
Hadiah Kedua: 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM5,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM2,000
Untuk maklumat lanjut dan memuat turun borang penyertaan Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian, sila layari laman web ITBM di www.itnm.com.my.
Apabila Akar Tidak Kuat Mencengkam
(Madihah diapit ibubapa di hadapan rumah yang membina dirinya selama 18 tahun)
“Makcik takde petua apa, semua gurunya yang didik. Dia tak pernah menangis depan Makcik, tapi Makcik selalu nampak dia menangis tengah malam ketika solat Tahajud,” kata ibu Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM 2007 (20A).
Ogos ini Madihah akan terbang ke UK untuk menyambung pelajaran dalam bidang Fizik. Kata bapanya, dia tidak akan bimbang kerana yakin Madihah dapat mengekalkan imej Muslimah hasil asuhan guru-gurunya di Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan.
Dalam catatan pengalaman saya menulis biografi gadis ini, saya yakin Madihah dapat melalui cabaran fenomena di Langit British. Tinjauan singkat saya ke  mukim tarbiah Maahad Muhammadi Lil Banat menemukan insan-insan bergelar ‘ibu’ yang hebat. Merekalah yang diamanahkan ibubapa para pelajar untuk mengasuh dan mendidik, bukan sekadar mengasah otak untuk abjad A.
Setiap pagi, para pelajar memulakan pengajian dengan doa penerang hati, nama-nama ALLAH dan selawat. Para pelajar diwajibkan menutup aurat dan diterangkan peri pentingnya menjaga syariat dan menjunjungnya di mana-mana. Dalam program Usrah dan halaqah, para pelajar mendalami agama luar bilik darjah. Mereka dikhabarkan tentang akidah, syariat dan akhlak dalam rangkuman yang tidak dipisah-pisahkan. Mereka juga disibukkan dengan aura qiyamulail, muhasabah dan ilmu. Natijahnya, di mana mereka berada, para pelajar ini menjadi muslimah yang baik.
Inilah akar yang menunjangi jiwa-jiwa para pelajar cemerlang angkatan Maahad Muhammadi Lil Banat. Madihah atau Siti Fatimah (Pelajar terbaik SPM 2006) tetap menjadi ciri yang sama walau mereka telah mencorak dunia akademia luar.
Semoga mereka terus kukuh sebagai Muslimah sejati yang dianugerahkan Allah dengan otak yang cerdas. Merekalah harapan pewaris bangsa di bumi yang meletakkan Islam sebagai agama utama.
Ingatlah, apabila Akar akidah tidak kuat mencengkam dalam diri, maka natijahnya akan rosaklah peribadi. Kala itu, walau cerdas mana sekalipun, kau sudah di barisan perosak agama dan hanya Tuhan dapat membantumu kembali ke jalan lurus.
2012@ Lebih Serius!
Hari ini suami mengajak saya membaca tahlil. “Sempena hari lahir umi..” katanya. Saya mengangguk, terharu dalam diam.
Wahai diri, kamu itu semakin tua..
Gerbang 2012 ini adalah kota perit dan perjuangan. Setiap hari saya fikirkan, mampukah diriku? Januari ini ada skrip@20 episod yang perlu diselesaikan sebelum menjelangnya Februari, kerana saya bakal bergelar pelajar lagi. Kali ini tidak seperti biasa, perjuangan yang menuntut kerahan disiplin yang luar biasa.
Harapan di hari lahir, moga aku selalu disedarkan akan hakikat ilmuNYA Yang Maha Luas.  Dan aku perlu berusaha berenang agar tidak tenggelam hingga lemas.
“Umi, Darda’ akan pegang tangan umi, diri umi menjadi tauladan pada Darda”” Hakikat itu barangkali boleh mengutuhkan aku untuk terus berusaha menjadi lebih baik.
Sudah jadi ibu tak boleh macam budak-budak lagi.
CINTA
CintaNYA
Membuatkan diri makin menjauh
atau mendekat?
DIA MAHA INDAH..Datangilah
Kisah-Kisah
Pengalaman menjadi seorang penulis selama 13 tahun mempertautkan saya dengan rencam kisah. Ada kisah bahagia, lara termasuk yang tidak kering gusi.
Kisah Bahagia
Sewaktu menemubual Ustaz Habiburrahman el-Shirazy, pengarang dan penerbit Drama Ketika Cinta Bertasbih awal tahun 2007, beliau berkongsi kisah yang membahagiakan. Menurutnya, cinta membuatkan manusia berusaha kuat. Beliau sendiri, usai pengajiannya di Universiti al-Azhar, Cairo terfikirkan bahawa dengan menulis novel, beliau dapat mengumpul wang menyunting ‘mawar hati’. Sejak itu, beliau berkurung dalam biliknya sehingga siap sebuah novel yang dijudulkan ‘Ayat-Ayat Cinta’. Tuhan menyusun perjalanan yang membahagiakan buat penulis dan novel Ayat-Ayat Cintanya. Bukan sahaja dapat menyunting cinta, novel ini kemudiannya dijadikan filem dek tempias fenomenanya di Indonesia dan Malaysia.
“Apa yang ustaz lakukan dengan duit royalti Novel Ayat-Ayat Cinta?” Tanya saya. “Alhamdulillah, saya gunakan untuk membina sebuah masjid dan pesantren penulisan..” katanya.
Kisah bahagia di atas menyuntik sedar saya bahawa nilai keberkatan amat penting dalam pekerjaan. Sesuatu yang dilakukan dengan niat yang ikhlas, ganjarannya luar biasa. Tambahan, perkara yang berkait dengan dakwah, bukanlah mahar dunia nilaiannya. Firman Allah SWT: Sekiranya kamu membantu (agama) Allah, Allah pasti membantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu (Surah Muhammad: ayat 7)
Penulis bersama Noorah dan rakan-rakan
Kisah Lara
Penulis adalah kaunselor kehidupan. Sedar tidak sedar, penulis memberi saran solusi kepada masyarakat sekalipun isi tulisannya hanya menyebutkan tentang sabar. “Terima kasih Ummu Hani, buku Noorah membuatkan saya berasa kerdil. Sebelum ini, saya merasakan masalah saya paling berat, namun Noorah menyangkal semua itu,” bisik seorang pembaca buku Noorah.
Hujung tahun 2010, Allah SWT membawa saya ke daerah yang tidak menjadi idaman untuk bertandang. Wembley, kota yang barangkali menjadi igauan sesetengah peminat bola tetapi pada saya ia tidak bermakna apa-apa tanpa mereka. Di tengah jutaan manusia yang mensyirikkan Allah SWT, mereka bangkit memperjuangkan misi Allah Yang Esa.
Dari sebuah kehidupan lara, kosong dan kecewa, mereka berubah menjadi insan produktif, cemerlang dan penuh kasih-sayang. “Islam menukar peribadi kami. Kini, kami akan bekerja untukNya selama-lamanya,” kata Noorah mewakili komuniti saudara baru Eropah yang lain.
Noorah, perjalanan hidupnya penuh kelaraan. Setelah ibubapanya berpisah, dia menghuni 21buah rumah kebajikan termasuk sebuah penjara juvana ketika usia kanak-kanak. Laranya berlarutan sehingga remaja membuatkan dia memisahkan diri dari Tuhan. Sehingga dia memakai pakaian Muslim, laranya tidak berubah. Namun, jika dahulu dia menyambut lara dengan jeritan dan amuk, kini lara disambut dengan senyuman dan sabar. “Saya redho pada Allah SWT, 4 tahun anak-anak dilarikan bekas suami, saya tidak berputus –asa mencari sehingga saya memutuskan jika kehilangan mereka itu terbaik buat saya, saya redho pada keputusan Allah SWT.” Setelah menuturkan niat itu, baharulah Allah membuka pertemuan semula dengan anak-anaknya dengan bekas suami pertama. Kini, dalam umur lewat 40-an, Noorah masih menghirup lara ujian. Dia ditimpa penyakit yang digeruni semua wanita-kanser payudara. Kala berkongsi perit kimoterapi, dia masih sempat bergurau- senda mengatakan, “Saya terjun dari katil hospital kerana tidak sanggup duduk di wad lelaki. Saya ugut jururawat, jika mereka tidak menempatkan saya di wad wanita yang dikatakan penuh, saya akan balik rumah,” jelasnya yang ketika itu baharu sahaja sedar dari pembedahan membuang kanser.
Kisah ajaib Noorah saya bukukan dan kini beredar di tangan ramai pembaca. Hampir separuh yang membacanya mengakui mereka mengalirkan air mata dan senyum kembali setelah memikirkan masalah mereka masih kecil berbanding Noorah. “Tolong sedekahkan al-Fatehah dan doakan kami sekeluarga dalam peliharaan Allah SWT,” kata Noorah selepas saya memberitahunya situasi para pembaca kisahnya.
Kisah Lucu
Sewaktu berkunjung ke Syria pada tahun 2006, saya dibawa oleh Umm Kamal, teman berbangsa Arab ke rumah kakaknya di Qural Asad, pinggir Damsyik. Wanita yang saya ziarahi itu seorang pegawai tinggi kerajaan Syria. Dia berasa teruja kerana saya tetamu jauh dari Malaysia. Ketika menghidangkan makanan, dia nampak bersemangat mahu meraikan kedatangan saya. “Makanlah. Ini buah yang baik (dan mahal di Syria).” Dia dan Umm Kamal tersenyum senang melihat saya menggigit ‘buah unik’ itu. Saya cuba mengawal diri untuk tidak ketawa dan membuka ‘rahsia’ tentang hidangan yang diberikan kepada saya itu. Saya makan dengan senang hati walaupun agak sukar untuk menggigitnya. Hari ini, saya ingin memberitahu anda, buah unik itu adalah kelapa tua. Barangkali Umm Kamal dan kakaknya jarang berjumpa buah kelapa, dan merasakan ia hidangan istimewa untuk tetamunya. Saya tidak sampai hati memberitahu mereka bahawa pokok kelapa dan buahnya berayunan di belakang rumah saya. Sehingga kini, saya belajar sesuatu dari bangsa Arab, mereka sangat memuliakan tetamu.
Dari tiga kisah di atas, kita belajar sesuatu dari sikap luarbiasa orang lain. Sikap ini akan mencetuskan inspirasi untuk menjadi lebih baik. Jika dihimpit masalah, kita sedar ada insan lain lebih dahsyat ujiannya, manakala jika diberi kenikmatan, kita bersyukur dan mahu memberi sebanyak mungkin. Saya teringat kata seorang guru, “Pendakwah adalah orang yang melimpah kasih sayangnya kepada orang lain.” Dan sematkan di hati bahawa kita semua adalah pendakwah. Dan kita semua perlu memiliki kasih sayang untuk orang lain. Mafhum hadis baginda SAW: beri memberilah (hadiah) nescaya kamu akan dicintai.
DINGIN LAVENDA
Setiap Jumaat, jam 9.00 malam di TV3 (13 EPISOD)
Dalam Pembaikan
Assalamualaikum,
Pengunjung yang dimuliakan, saya memohon maaf kerana blog ini sedang mengalami pembaikan sempena tahun baru 2012. Justeru, tiada pengisian baru yang saya masukkan sehingga blog ini kembali ceria dan memudahkan rakan pengunjung mendapat manfaat darinya.
Salam ukhwah Islam dari saya dan pembina blog ini.
Adik Saya
Secara diam-diam, adik saya Hajar Mardhiah telah menunjukkan minat menulis tetapi secara diam-diam. Saya pun nak mengikuti penulisannya ‘secara diam-diam’ juga. Tanpa pengetahuannya, saya nak promosikan tulisannya di sini supaya dia menulis ‘tak diam-diam’ lagi. Bolehlah merisik tulisannya di sini.
Sahabatku Yang Dulu
Seperti hari-hari semalam, apabila Darda’ liat tidur, saya baringkannya dalam buaian dan mula bertindak menjadi ‘kaset nasyidnya’. Darda’ bukan penggemar buaian, sering juga dia menggelupur dan minta ditidurkan dalam dakapan sambil saya sendiri terhinggut menjadi buaiannya. Namun,jika suara ‘merdu’saya berjaya melunakkan kemahuan kerasnya itu, dia berdengkur juga dalam buaian.
Saya memilih nasyid ‘Jasa Guruku’ buat Darda’ petang itu. Hampir semua nasyid (Darda’ belum tahu yang ibunya ini pernah masuk studio rakaman  untuk album Ummiku Sayang) zaman kanak2 saya dulu didendangkan. Entah mengapa, saat saya mengalunkan nasyid Jasa Guruku, saya sebak tiba-tiba.
Lagu ini pernah saya dendangkan ketika menuntut di sekolah al-Arqam, Paroi dulu sekitar tahun 1994. Lagu ini juga melayakkan kami menjadi kumpulan nasyid terbaik dalam Pertandingan Nasyid Sekolah2 di Seremban. Saya menjadi solo dengan sahabat saya ini.
Kami semua adalah kanak-kanak perempuan berusia 7-9 tahun, comel dalam pakaian jubah dan bertudung labuh. Lagu-lagu ketuhanan bukan sahaja berdendang di bibir kami , bahkan kami diasuh ustazah2 untuk mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Menjaga solat awal waktu dan berjemaah, menghormati ibubapa dan guru2, bercakap baik, berakhlak dengan masyarakat, tidak bercakap benda yang lalai, ketika makan pun, kami membulati talam secara berjemaah. Indah dan erat ukhwah kami (sebelum al-Arqam diharamkan).
Semua itu cerita belasan tahun yang lepas. Kini, di usia hampir 30-an, khabar kami terpisah. Masing2 dalam kehidupan sendiri yang berbeza. Cuma, sahabat saya ini saya terjumpanya kembali di laman Facebook. Dia sungguh lain jalur yang dipilihnya. Sudah tidak memakai tudung, bergelar model ternama, berkahwin dengan Mat Salleh dan kehidupannya juga kebaratan. Saya tidak menghukumnya apa2 kecuali berasa sedih dan gelisah, ya Allah, adakah tempat untuk kami di sisiMU? Saya tidak berhak menghukum sesiapa, saya juga belum tahu diri ini mendapat kesudahan yang baik atau tidak.
Moga2 saya, sahabat saya itu Allah sentiasa memberi petunjukNYA kepada kami.AMIN