Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Berita Sana-Sini Category

Wednesday, November 18th, 2009

JALAN LAIN JE AL-JENDERAMI

141120092552.jpg 

AL-JENDERAMI- YAJ adalah merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuh pada tanggal 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965 No Syarikat 619317-K. Bermula dengan sebuah pusat pengajian Islam (sistem tradisional) di Desa Jenderam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, ia kini telah dihimpit oleh rangkaian pembangunan moden Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mencetuskan anjakan paradigma seterusnya mengubah pusat ini kepada sebuah yayasan dengan organisasi lebih tersusun sebagai langkah untuk memastikan ia mengikuti peredaran masa dan tuntutan persekitaran. Walau bagaimanapun, Yayasan Al-Jenderami tetap kekal sebagai sebuah organisasi yang berpegang teguh pada landasan Islam. Maklumat lanjut di sini.

Kira-kira awal tahun 2009, saya telah pergi ke Yayasan Al-Jenderami bersama Opah Noraini dan temannya, Nenek Ummi melalui Lebuhraya KL- Sepang. Perjalanan saya mengambil masa hampir 3 jam. Namun, Sabtu lalu, bersama Opah Noraini, Farah dan teman opah, Aunti M, perjalanan ke Yayasan al-Jenderami dari Gombak hanya memakan masa 1 jam melalui Lebuhraya PLUS KL-Bangi. Satu penjimatan masa yang sangat efisien!
Apa pentingnya al-Jendrami? Sekiranya wujud penempatan ilmu gaya pesantren di Kota Kuala Lumpur, tentulah memberi banyak manfaat kepada warga kota. Al-Jenderami hanya salah-satunya daripada ‘taman-taman pemutihan hati’yang terdapat di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Ia menghidangkan suasana ilmu zahir dan batin. Kompleks ini berisi perumahan ilmu untuk warga emas (wanita),Maahad Tahfiz al-Quran untuk anak-anak yatim (lelaki) dan Madrasah Dinniah untuk remaja wanita dalam satu kawasan desa yang luas. Menarik lagi, masjidnya dibina berlandas landskap Masjid Nabawi, ada ruang ilmu, istirehat, tanaman kurma, pameran, kantin dan sentiasa bersih. Di sini, pada setiap tahun akan berkumpul ulama-ulama Nusantara yang erat fahaman Ahl Sunnah wal Jamaah terutama pada tarikh 12 Rabiul Awwal, Ramadan,10 Muharam dan Maal Hijrah. Para ulama termasuk Imam Habib Hassan dari Singapura akan mengetuai pembacaan selawat dan qasidah atas junjungan besar Rasulullah SAW. Keturunan baginda SAW dari darah syed di Kepulauan Melayu dan Arab sering berkumpul untuk memaknakan cinta kepada Rasulullah SAW. Continue reading JALAN LAIN JE AL-JENDERAMI

Tuesday, July 28th, 2009

Taman Buku Puteh

 280720091123.jpg

Kenapa Puteh Book Garden, sedangkan kalian pejuang Bahasa Melayu?” tanya seorang editor sastera kepada abah dan saya.

Alhamdulillah, kerja-kerja akhir merealisasikan kecintaan abah dan emak iaitu Taman Buku Puteh (TBP) hampir selesai. TBP kini tinggal dipasang cermin tingkap, rak dan almari. Ini adalah usaha gigih abah dan emak, kami anak-anak hanya berdoa dan ‘tunggu arahan’ sahaja. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan ibubapa yang luarbiasa kepada saya dan adik-adik.

280720091106.jpg

Laluan perkampungan kami iaitu Kampung Gajah Puteh, Padang Sera adalah laluan antarabangsa. Kedudukannya unik iaitu berada di tengah dua pekan yang menghubungkan negeri Kedah- Perlis dan Kedah- Thailand. Dari rumah kami, perjalanan ke Songhkla, Pattani, Hatyai, Naratiwat hanya memakan masa 2-5 jam perjalanan. Manakala untuk ke negeri Perlis pula, hanya mengambil masa sependek 15 minit! Justeru, tidak hairanlah kampung ini sering dikunjungi warga Thai dan bangsa-bangsa lain. Oleh itu, sebagai menarik perhatian para pengunjung maka diletakkan Puteh Book Garden manakala di bawah tulisan itu tertulis Taman Buku Puteh.

280720091112.jpg

Tarikan amat penting dalam menanamkan kebaikan pada orang lain. Oleh itu, antara strategi abah memasyarakatkan warga di sini dengan buku ialah warna kedai yang terang, warna-warni, papan tanda yang boleh difahami semua orang serta aktiviti ilmu dari masa ke semasa.

280720091126.jpg

Mohon doa kalian semua untuk perjuangan yang baru bermula ini.

280720091118.jpg

SELAMAT DATANG KE TAMAN BUKU PUTEH

KAMPUNG GAJAH PUTEH, PADANG SERA, KODIANG, KEDAH.

Monday, June 22nd, 2009

HSKU 09

dsc_5783.JPG

Bonda Azah dan adik Nik Nur Madihah. Dua idola dalam hidupku

Maaf pada rakan2 yang menang HSKU 08, tak sempat ambil gambar anda  disebabkan keunikan aturcara malam tu, hehee Continue reading HSKU 09

Thursday, June 11th, 2009

Para Pejuang Yang Pulang

syahid.jpg 

Al-Fatehah buat 11 diri yang syahid ketika menunaikan solat Isya’ di Masjid al-Furqon, Kampung Air Tempayan di Narathiwat, 9 Jun 2009.
Perdana Menteri terkini Thailand, Abhisit Vejjajiva baharu sahaja mengumumkan kepada sekumpulan wartawan Malaysia tentang niatnya untuk membangunkan kawasan di Selatan Thai sebagai asas perpaduan di kalangan penduduk Muslim dengan kerajaannya. Niatnya itu serius dan dinyatakan sendiri kepada Perdana Menteri Malaysia. Baginya, usahasama dengan Malaysia adalah penting kerana kedudukan Selatan Thai bersempadanan dengan Utara dan Pantai Timur Malaysia. Dalam wawancara yang dimuatkan di Mingguan Malaysia 7 Jun lalu, Abhisit memfokuskan dua kaedah utama kepada rakyatnya di Selatan Thai iaitu mengadakan pembangunan dan memastikan tindakan para pegawai keselamatannya (tentera Siam) adalah dalam kawalan hak asasi manusia. Usahanya adalah memberi keyakinan kepada para penduduk di Selatan Thai bahawa kerajaan pimpinannya serius menjaga kebajikan mereka dalam semua aspek termasuklah soal keselamatan.

Namun, hanya beberapa hari ucapan Abhisit itu disiarkan di Malaysia, dunia Islam dikejutkan dengan serangan terbaharu di sebuah masjid yang terletak di Narathiwat, Selatan Thai yang mengorbankan imam dan para jemaahnya berjumlah 11 orang. Apakah serangan itu ada kaitannya dengan matlamat Abhisit? Siapakah dalang yang tidak senang melihat Abhisit memperkukuhkan imej politiknya di kawasan majoriti umat Islam itu? Continue reading Para Pejuang Yang Pulang

Thursday, June 4th, 2009

Penulis muda mulut celupar?

(Dipetik dari Berita Harian, 4 Jun 2009)

Penulis muda mulut celupar

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my


ANTARA peserta Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009.

Bidas media dan editor sastera kerana kawal kebebasan berkarya, tetapi ada yang menyangkal

MEDIA cetak arus perdana dan editor sastera dibelasah penulis generasi muda pada Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPNM) Kedua: Arah dan Cabaran apabila mereka didakwa takut menyiarkan karya satira sehingga menyekat kebebasan berkarya kelompok terbabit.

Wartawan bebas, Ali Bukhari Amir, berkata situasi itu menyebabkan penulis muda yang ingin melihat karya mereka mendapat tempat dalam media arus perdana berusaha menghasilkan karya menurut selera editor sastera dan terpaksa berhati-hati ketika berkarya.

“Pendekatan yang digunakan media massa dan editor sastera mengehadkan karyawan berkarya secara bebas kerana sedar sekiranya karya yang ditulis berbaur sinis, ia tidak akan disiarkan,” katanya ketika memperkatakan Penulis Muda Tiada Perjuangan? pada PPNM di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.Perhimpunan anjuran Persatuan Penulis Nasional (Pena) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Aswara dan DBP Cawangan Selatan, dihadiri kira-kira 150 penulis muda dan veteran.

Bagaimanapun, pandangan Ali disangkal penulis muda, Ummu Hani Abu Hassan yang yakin bahawa pengarang kreatif tempatan sebenarnya mampu berkarya tanpa sekatan dengan syarat pengkarya kreatif dalam menyampaikan mesej dan dengan sendiri mutu karya tidak terjejas.

“Bagi memastikan karya kita berpeluang menembusi akhbar dan majalah, penulis sewajarnya bertindak kreatif dan bijaksana dalam memilih bahantara mahupun watak bagi menyindir tokoh tertentu, tanpa perlu mengguris hati pihak yang ditegur,” katanya ketika melapah Hasrat Introspeksi Karya: Pengalaman Menulis Cerpen dalam Akhbar Mingguan Malaysia.

Ummu Hani menolak pandangan penganjur PPNM bahawa penulis muda tiada perjuangan kerana dakwaan sedemikian baginya perlu disertai sokongan fakta dan mengingatkan kelompok terbabit bahawa dalam memperjuangkan idealisme mereka perlu menggunakan senjata intelektual, emosi dan pengalaman.

“Tugas penulis membetulkan kesalahan masyarakat dengan menjadikan pena sebagai senjata mereka. Bagaimanapun, teguran mesti bertepatan dengan konsep dakwah iaitu seruan secara berhemah, contoh teladan yang baik dan bersesuaian dengan keadaan,” jelasnya. Continue reading Penulis muda mulut celupar?

Saturday, June 14th, 2008

SENARAI PENUH HSKU08

KATEGORI

NOVEL REMAJA

Hadiah pertama (RM7,000)

Khazanah Warisnya Kalbu

Sri Rahayu Mohd Yusop

Hadiah kedua (RM4,500)

Sayap-sayap Cendekia

Nisah Haron

Hadiah ketiga (RM3,000)

Baromkeh: Matamu di Mataku

Ummi Hani Abu Hassan Continue reading SENARAI PENUH HSKU08

Monday, April 21st, 2008

Catan Solo 3

Dari Blog Drs Saifullah: http://www.saifullahkamalie.blogspot.com/

 Afaf Saifullah Kamalie bersama Ummu Hani

 

Tanggal 5 April 2008 merupakan hari yang bersejarah bagi Ummu Hani Abu Hassan, novelis muda kelahiran Kedah, Malaysia. Di hadapan sekitar 483 santri Pondok Modern Gontor Puteri 1, novelis yang juga pendakwah ini berbagi pengalaman. Continue reading Catan Solo 3

Monday, March 3rd, 2008

MAKLUMAT TELUS BERBANDING MEDIA BN YANG RAKUS

Terdapat pelbagai kekangan terhadap Barisan Alternatif didalam berkempen.Mujur didalam era globalisasi ini terdapat pelbagai wahana alternatif seperti blog dan laman web.Terdapat juga media elektronik antarabangsa yang menawarkan ruang kepada BA didalm menyatakan tawaran mereka kepada rakyat Malaysia. Kepada yang semua tetamu ilmu yang dahagakan maklumat berkenaan kempen BA di media elektronik, anda semua boleh mendapatkan nya melalui tayangan di saluran Astro 513, Aljazeera melalui program 101 East.Dalam tayangan ini, beberapa kes jelas wujudnya pengundi hantu di Parlimen Kelana Jaya (P104) dipaparkan.

Berikut ialah waktu-waktu tayangan:
Khamis – 1030pm Jumaat – 4.30am, 1.30pmSabtu - 3.30pm

Ahad – 7.30pm

Isnin – 3.30am, 1030am

Rabu – 9.30am, 2.30pm

Wednesday, February 20th, 2008

Kak Norish dan abang Amy

Memang umur ini adalah jadual yang ditetapkan Allah SWT. Dalam beberapa tahun, banyak perkara baru yang merencahi takah umur. Masa terdekat ini, perkara baru yang tidak pernah terlintas di fikiran diri ialah akan berkawan baik dengan kak Norish dan suaminya, Encik Suhaimi alias Amy Search. Memang tidak ada apapun pada orang lain. Tapi padaku, bila dikenang-kenang semula, dulu masa kecil menonton filem Isabella kemudian lagu-lagu rocknya (yang semuanya diharamkan oleh abah dalam rumah kami..hehe) tiba-tiba sekarang yang mengikat kami ialah ukhwah. Alhamdulillah. Continue reading Kak Norish dan abang Amy

Wednesday, February 20th, 2008

Pertemuan dengan Joel Law dan pandangannya terhadap Islam

Salah satu cara komunikatif dakwah dengan non Muslim adalah membina hubungan. Melaluinya, kita dapat berkongsi pandangan dan pemikiran lebih telus berbanding dengan hanya membaca pengalaman orang lain sama ada dari buku, internet dan lain-lain. Namun, bagaimanakah hubungan akan terjalin sekiranya para remaja Muslim bersikap pesimis terhadap sasaran non Muslim sebelum hubungan terbina?
Continue reading Pertemuan dengan Joel Law dan pandangannya terhadap Islam

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com