Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Drama Dakwah Category

Tuesday, December 20th, 2011

Memurnikan dan Dimurnikan

Drama Bersiri Dingin Lavenda  sedang bersiaran di Tv3 dalam Slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam selama 13 minggu. Drama ini seperti juga Drama Bersiri Nurul Iman, Cinta Madinah 2 dan Keimanan Cinta, penerbit meminta saya memurnikan naskah skrip asalnya. Sebelumnya, skrip telah ditulis oleh penulis lain.

Kebiasaannya, saya tidak boleh memurnikan semula skrip melainkan menulis skrip baru kerana itu kelemahan saya. Skrip adalah proses kreatif yang mempunyai tahap-tahapnya. Memurnikan skrip bukan sekadar mengedit bahasa dan tatabahasa. Jika skrip yang diterima itu lemah wataknya, maka tugas yang diberikan penerbit adalah menguatkan semula watak tersebut.

Watak tidak sahaja dikuatkan dengan dialog. Watak adalah individu yang bergerak, hidup dan berkonflik. Justeru, jika watak utama yang perlu diubah, maka saya lebih senang ‘menulis semula’ skrip dengan merujuk sinopsis asal cerita. Manakala skrip yang ditulis penulis asal, saya baca sepintas lalu. Mana2 dialog yang baik, saya kekalkan. Continue reading Memurnikan dan Dimurnikan

Wednesday, September 28th, 2011

Dari Satu Titik Falsafah..Keimanan Cinta!

(EPISOD 9 DAN 10 PADA 3 DAN 4 OKTOBER INI DI TV9 JAM 8.30 MALAM/BOLEH DOWNLOAD di sini

TUGAS BERAT

Waktu itu saya sedang bersiap-siap untuk bercuti lama. Bayi dalam perut makin kerap menendang, tanda tidak sabar menjengah dunia. Usia kandungan sudah masuk minggu ke 38.  Saya ingin berehat dari memandu kereta dan memanjat tangga ke kelas. Ingin bersiap sedia ke hospital dengan ketenangan bukan ketakutan.

Namun, panggilan dari Penerbit Layar Consult ‘menukar’ angan-angan saya.

“Bolehkah Ummu Hani tolong baiki skrip ini. Kami akan emelkan segera, minta murnikan semula,” kata wakil penerbit. Saya memutuskan hanya akan memberi jawapan setelah skrip itu dibaca. Berat juga tugasan tersebut memandangkan skrip drama bersiri 10 episod. Saya sudah melangka bahawa masa yang ada adalah untuk tesis yang perlu dibaiki dan persiapan ke hospital. Saya tidak menolak tetapi membaca skrip yang diemelkan. Masya Allah! Continue reading Dari Satu Titik Falsafah..Keimanan Cinta!

Wednesday, May 11th, 2011

Dari Novel ke Drama TV

Syukur. Julung kalinya, novel saya Surat Ibu Dari Penjara dipilih menjadi sebuah telemovie di TV9 sempena Hari Ibu (Mei 2011). Bermula dengan sebuah proposal ringkas yang dihantar kepada penerbit tahun lalu, akhirnya Surat Ibu Dari Penjara bakal dilayar skrinkan.

Saya diberi peluang olehNya untuk menggarap dua genre ini. Satu kisah yang bertitik tolak daripada falsafah yang sama: Komunikasi yang salah antara ibubapa dengan anak2 boleh menyebabkan anak2 memilih jalan yang silap. Namun, pengalaman dan bentuk penulisan yang amat berbeza. Continue reading Dari Novel ke Drama TV

Friday, August 6th, 2010

ANGIN RINDU SARAJEVO!

DRAMA 25 EPISOD

SETIAP ISNIN- JUMAAT

JAM 10.30 MALAM (SEPANJANG RAMADAN)


JEMPUT MENONTON!


KARYA:

ABU HASSAN MORAD

NUR HALIM ISMAIL

UMMU HANI ABU HASSAN

Tuesday, March 9th, 2010

Belajar Dari Penulis Skrip Nur Kasih

24022010570.jpg

Kak Mai bersama buku catatan/ treatment skrip yang sentiasa berada bersamanya.

Kak Maizura Ederis, penulis (episod 13-26) dan penyelidik bagi drama Nur Kasih (NK) saya temui ketika mengumpul bahan tesis. Orangnya peramah, ceria, dan apabila kita bersembang dengannya, terserlah saujana pemikirannya. Dia adalah watak Aidil, Nur, Sarah dan mengakui pernah degil seperti Adam (waktu kanak-kanak). Menurutnya, dia telah 10 tahun terlibat dalam bidang penulisan skrip dengan lebih 20 buah drama. Hanya setelah fenomena Drama NK, dia diburu peminat-peminat remaja yang mahu ‘belajar menulis skrip’. Kak Mai (panggilan mesranya), telah mengilhami saya untuk mengilmukan skrip. “Bukan khutbah tapi hikmah!” katanya.

Malaysia bukan negara yang bagus untuk drama dakwah (DD) beredar (sebagaimana banyaknya drama hedonis dan sekular).  DD hanya boleh tersiar apabila ia disolekkan dengan hikmah (bagi stesen televisyen, hikmah adalah yang boleh menarik minat penonton seperti ‘cinta’). DD juga perlu pendekatan yang ‘trendy’, universal dan ‘popular’. Mazhab stesen televisyen (semua barangkali) adalah mazhab populariti dan rating. Rancangan mana yang paling ramai penonton dan  mencetus fenomena, maka ia lanjutkan dan diperbanyakkan (walaupun rancangan yang tidak berisi ilmu dan pemikiran). Hal ini mengingatkan saya pada Pengarah Nur Halim Ismail yang menerbitkan Drama Dakwah bertajuk Taman Firdausi (2001) yang bertemakan sirah Rasulullah SAW untuk kanak-kanak. “Asal drama itu adalah Sirah. Tapi pihak RTM pada masa itu minta saya tukar, katanya kalimah Sirah tak komersial. Saya dengan rasa sedih (akibat mereka memperlekehkan kata sirah yang akrab dengan Rasul) terpaksa menurut, jadilah namanya Taman Firdausi.” Jika RTM (sebagai penyalur maklumat dan inspirasi kerajaan) bersikap ‘komersial’, apatah lagi stesen kapitalis swasta. Keuntungan adalah matlamat.

“Saya merujuk rakan-rakan dari bidang Pengajian Islam serta laman web agamawan seperti Dr Yusuf Qardhawi dan lain-lain ketika menulis NK,” kata Kak Mai yang berpengalaman sebagai wartawan Majalah Milennia Muslim. Jelasnya, seseorang telah menghantar emel kepadanya dengan berbunyi, ‘Kalau manusia mempertikai di dunia tak apa lagi, bagaimana bila ditanya oleh Allah SWT nanti di akhirat?’ Teguran itu menyentapnya untuk lebih berhati-hati melontar pandangan agama dalam NK. Continue reading Belajar Dari Penulis Skrip Nur Kasih

Wednesday, November 4th, 2009

Drama Dakwah Mementingkan Kesan

rimg0293.JPG

Shahnon Ahmad (1987)  menggariskan teknik dan corak penulisan cereka Islam yang memberikan kesan positif dalam karya iaitu:
a)    Pendedahan perlakuan untuk sifat, aksi atau peristiwa baik dan mulia.
b)    Sekadar penceritaan atau hanya ‘memberitahu’ sahaja sifat, aksi dan peristiwa yang buruk, hina atau yang boleh merangsangkan kebatilan.
c)    Yang hak menang
d)    Yang batil kalah.

rimg0317.JPG

Hal berikut merujuk kepada teknik yang terdapat dalam surah-surah al-Quran yang berunsurkan penceritaan. Firman Allah Taala dalam Surah Yusuf ayat 23, 24 dan 25 bermaksud:
Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu lalu berkata, “Marilah mendekat kepadaku.” Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan beruntung.

Dan sungguh, perempuan itu telah berkehendak kepadanya (Yusuf). Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda dari Tuhannya. Demikianlah Kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sungguh, dia (Yusuf) termasuk hamba Kami yang terpilih.

Dan keduanya berlumba menuju pintu dan perempuan itu menarik baju gamisnya (Yusuf) dari belakang hingga koyak dan keduanya mendapati suami perempuan itu di depan pintu. Perempuan itu berkata “Apakah balasan terhadap orang yang bermaksud buruk terhadap isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum) dengan siksa yang pedih?”

Ayat berikut memperlihatkan peristiwa Zulaikha menggoda Nabi Yusuf AS. Struktur penceritaan itu jelas bahawa yang didramakan secara terperinci ialah reaksi penegasan Nabi Yusof AS menolak kemaksiatan, sedangkan watak Zulaikha sebagai wanita penggoda tidak dijelaskan secara terperinci. Penonjolan kemuliaan yang terdapat pada Nabi Yusof AS memberikan kemenangan pada yang hak serta kekalahan kepada yang batil.

rimg0476.JPG

Sebaliknya, jika penulis memberikan penjelasan babak kemaksiatan secara terang dan terperinci, ia akan menyumbang kesan negatif di pihak penonton atau pembaca.

Tuesday, October 13th, 2009

Antara Menulis Novel dan Menulis Skrip,bezanya?

 rimg0482.JPG

Mendengar teguran dari ayahanda pengarah, Hj Nurhalim

ALHAMDULILLAH

Seminggu ini saya kelihatan menyibukkan diri di lokasi pengambaran drama Nurul  Iman terbitan Anugerah Media Network,anak syarikat Galeri Ilmu Sdn.Bhd yang diadakan sekitar Negeri Perlis dan Kedah. Drama 13 episod ini telah mendapat permit siarannya oleh RTM1. Justeru, rakamannya bermula 9 Oktober  hingga hujung November ini di Perlis, Kedah, Kuala Lumpur dan Damsyik.  Nurul Iman diarahkan oleh pengarah senior yang pakar, Hj Nurhalim dan diterbitkan oleh Hj Abu Hassan Morad dan rakan-rakan niaganya yang lain.

PENTING

Sebelum ini saya telah menulis dua naskhah drama televisyen bersiri iaitu Cinta Madinah 2  (RTM2, 2005) dan Lara Rindu Mahsuri (TV3, 2008).Pengalaman itu sedikit sebanyak membantu saya menghasilkan drama Nurul Iman. Namun, terdapat sedikit keseronokan ketika menghasilkan Nurul Iman yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca web ini.

SATU- DIHUBUNGI PENERBIT

Karya Nurul Iman merupakan buah fikiran Tuan Haji Abu Hassan Morad yang bertitik daripada kisah Nabi Yusuf AS didengki oleh abang-abangnya. Tajuk asal yang dirujukkan kepada RTM1 adalah Ismi Hijaz (kemudian bertukar kepada Bertugu Cinta dan terakhir Nurul Iman). Tuan Haji Abu Hassan Morad atau dikenali sebagai Cikgu telah menghubungi penulis skrip drama  prolifik iaitu Puan Sharifah Abu Saleem atau Kak Pah untuk mengembangkan lagi plot dan naratif cerita ini. Sebagai penulis skrip senior, Kak Pah berupaya menghasilkan skrip dengan pantas. Untuk 13 episod drama ini, beliau menulis dalam jangka masa seminggu.

rimg0946.JPG

Berbincang sesama krew sebelum babak lakonan dimulakan

DUA- PENGEMBANGAN DAN PERTUKARAN IDEA Continue reading Antara Menulis Novel dan Menulis Skrip,bezanya?

Wednesday, August 5th, 2009

Masalah Penulisan Skrip di Malaysia

Ada beberapa masalah penulisan skrip drama televisyen yang boleh kita fikirkan bersama. Berikut yang saya ‘jumpa’ ketika membaca majalah, akhbar dan tesis tentangnya.

Di Malaysia, bidang perfileman ataupun drama berhadapan dengan masalah besar ekoran tidak mempunyai jatidiri kerana lebih meluaskan pengaruh budaya luar terutama dari barat. Bahkan, sebahagian besar para penerbit tempatan gemar mengangkat imej filem atau drama yang negatif serta tidak menguntungkan agama, bangsa dan negara.   Kebanyakan drama atau filem Malaysia dihasilkan mengikut kemahuan penerbit bukan Melayu yang lebih mementingkan keuntungan.  Kesannya, karya-karya ini tidak menaikkan imej Melayu, menyebarkan nilai Islam, menguatkan iman serta merapatkan perpaduan Melayu dan ummah. Continue reading Masalah Penulisan Skrip di Malaysia

Wednesday, August 5th, 2009

Penulis Pemula

Penulisan skrip drama televisyen (sdt) merupakan antara genre sastera yang agak kurang diceburi oleh para penulis sastera dakwah. Berbanding novel, cerpen atau puisi, sdt lebih rumit sekiranya penulis tidak mempunyai pengalaman dalam penerbitan televisyen. Menulis sdt bermaksud penulis juga perlu tahu sedikit sebanyak tentang kehendak penerbit (terutama bajet), pengarahan (dialog dan aksi) dan SYARIAT!

Menulis novel misalnya, penulis lebih ‘bebas’ untuk menggambarkan realiti watak, hakikat anak, ibu, bapa, isteri, suami, jiran dan lain-lain. Anak dan ibu yang saling berpelukan apabila berpisah, bapa yang selalu mencium dahi anak-anak sebelum mereka keluar dari rumah, suami-isteri yang mesra dalam bilik tidur, serta pelbagai gambaran lain yang dialami masyarakat sehari-harian. Dalam cerpen atau puisi juga begitu.

Namun, dalam penulisan skrip drama televisyen, hal ini menjadi satu ‘proses kreatif’ yang baharu kepada penulis kerana, selain mengatur aliran dialog dan aksi, penulis sebenarnya sedang menyusun ‘kumpulan manusia’ dalam otaknya untuk divisualisasikan kepada penonton. Penulislah yang akan menggerakkan pengarah dan pelakon untuk menyelesaikan sesebuah cerita. Sekiranya, penulis tersebut menggariskan cerita yang buruk, klise, emosi, maka pusat cerita akan terbentuk begitu. Drama-drama Islamik di tangan penulis yang berjiwa Islam hasilnya berbeza daripada drama Islamik di tangan penulis yang hanya tahu tentang Islam.

Penulis yang hanya tahu tentang Islam (tanpa menjiwai) tidak merasa ‘apa-apa’ jika dia mengajak penonton untuk bertaubat (melalui lakonan pelakon) tetapi pada masa yang sama turut mempertontonkan adegan dalam bilik tidur, menari dalam kelab malam, berpelukan lelaki wanita, berzina dan lain-lain. Sebenarnya, para penulis mempunyai pilihan untuk memurnikan ceritanya ‘agar tidak berlebih-lebihan’ menggambarkan realiti masyarakat yang rosak. 

Kerjasama antara penulis, penerbit, pengarah dan pelakon memang perlu. Tetapi, sebagai penggerak cerita, penulislah yang perlu menasihati dirinya sendiri untuk berhati-hati mengalurkan dialog dan aksi yang kemudiannya dikembangkan pula oleh pengarah dan pelakon.  Siapakah harus dipersalahkan jika masyarakat mengidentitikan drama Melayu sebagai drama sarat emosi? (misalnya, hal yang remeh temeh seperti cemburu buta, dengki dan bomoh sering diangkat menjadi isu utama) walhal, jika kita membaca novel sastera atau novel sejarah Melayu, sikap orang Melayu ‘sangat jauh berbeza’ daripada yang dipertontonkan di televisyen. Masih banyak nilai dan elemen kesenian, kehalusan budi, ketinggian falsafah Melayu yang dipegangi sebilangan kita di Malaysia ini.

Barangkali kerana ia begitu ‘renyah’ (kerana untuk menghasilkan skrip drama yang baik penulis mesti berilmu) dan terikat dengan autoriti hukum, tidak ramai penulis yang berjiwa Islam dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang Islam menceburkan diri dalam bidang ini.

Ayuhlah kawan, kita sama-sama belajar menghasilkan skrip drama televisyen dakwah.

        

Thursday, May 28th, 2009

Filem Dakwah Yang Bagaimana?

 dsc_2805.JPG

Dua penulis dan penerbit drama/filem dakwah yang berhasrat bergandingan, mudahan dimakbulkan.Amin!

Telah wujud di kalangan segelintir para penerbit drama dan filem yang mendakwa karya mereka adalah dakwah. David Teo melalui Ahmad Idham misalnya mempertaruhkan Filem Syurga Cinta sebagai drama dakwah selepas syarikat mereka menghasilkan filem Syukur 21 pada tahun 2000. Terbaharu,  pengarah kontroversi Raja Azmi merancang menghasilkan filem bertajuk Anu Dalam Botol yang menurut beliau turut menyorot nilai dakwah.

Dakwah mengandungi maksud umum dan khusus. Secara umum, masyarakat mengetahui bahawa dakwah adalah penyeruan kepada kebaikan. Menyuruh orang berbuat baik seperti berkasih-sayang, menghormati jiran, menghargai tetamu dan jiran, menggembirakan orang, mencintai perkara indah, membantu binatang hatta melemparkan senyuman adalah dakwah. Kebanyakan filem-filem Melayu termasuk yang disebutkan di atas padat dengan mesej kebaikan. Dalam filem Remp-it dan Bohsia misalnya, walaupun adegan keburukannya banyak, namun terdapat segolongan watak yang tidak menyukai perlakuan buruk tersebut. Perbuatan tidak suka kepada kejahatan termasuk juga dalam cabang dakwah. Begitu, kita tidak boleh menolak apa sahaja filem realisme yang hadir kerana tentunya bagi pasaran terbuka, penerbit sedaya mungkin akan menerapkan nilai moral (walau hanya dengan membantu pelacur) kerana itu adalah dasar kerajaan Malaysia. Bagi filem-filem yang 100 persen adalah jahat, Malaysia bukanlah negara yang sesuai bagi penayangannya melainkan ianya beredar di pasaran gelap.

Persoalannya, apakah filem-filem ‘dakwah’ para penerbit ini berperanan seperti yang didakwakan? Tidak. Malahan filem-filem Melayu masih jauh dengan dasar dakwah yang khusus iaitu penyeruan kepada kebaikan dan MELARANG KEMUNGKARAN. Continue reading Filem Dakwah Yang Bagaimana?

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com