Ummuhani.com » Ekspresi
Nak Kahwin Tak Nak?!
Alhamdulillah, kami dah kahwin. Anda bila lagi?:))
Seorang mahasiswa menyapa saya di Facebook. “Puan, saya mahukan nasihat puan. Adik saya dah nak kahwin, tapi saya sendiri keluarga tak izinkan, saya sedih,” katanya yang ketika itu menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Saya lalu tersenyum sendirian, sebelum menjawab keluhannya. “Tak apa, habiskan pelajaran dulu. Sebagai mahasiswa, tak mudah galas tanggungjawab yang banyak ketika belajar. Adalah hikmahnya tu. Redho Allah terletak pada redho ibubapa. Ikut cakap mereka!”
Saya teringat peristiwa beberapa minggu lalu. Saya mengikut ibu ke majlis kenduri arwah seorang jiran di Kedah. Ketika duduk menghidang untuk tetamu, saya menyapa seorang keluarga jauh yang dipanggil Long. “Apa khabar Long? Siapa tinggal dengan Long sekarang di rumah?” Dia senyum, tangannya menyambut Abu Darda’ yang semakin aktif. “Siti tinggal dengan Long,” katanya. Siti adalah anak perempuannya yang sebelum ini menuntut di Universiti al-Azhar, Mesir.
Long nampak mahu bercerita lanjut tentang Siti. Wajahnya sedikit redup. “Tak tahulah Long. Masa dia belajar nak minta kahwin, sekarang ni pampers anak pun Long kena bagi. Dia pergi Mesir, abangnya yang bagi duit setiap bulan, harapnya dia balik nanti boleh tolong keluarga. Tapi dia minta kahwin, Long bagi. Cuma bila dia dan suami tak lulus di Mesir, susah hati jugalah. Sekarang ni suami dia sambung belajar  di Insaniah, nak pergi Mesir banyak belanja lagi. Dia pula duduk dengan Long, anak dia Long jaga. Baru ni dia dapat kerja pembantu kedai, cari duit sikit-sikit, dah suami belajar lagi.
“Long bukan apa, kita ni kalau belajar elok bagi habis. Bila jadi macam ni, menyusahkan balik ibubapa. Nak tak nak, kenalah juga tolong beli susu, pampers dan jaga  cucu,” cerita Long.  Saya diam, mengambil pesanan dari nada hiba Long. Pulang ke rumah nanti, saya ingin titipkan luahan ini buat adik-adik yang sedang merangkan perkahwinan ketika belajar.
Tak Salah
Perkahwinan suatu yang dituntut dalam Islam. Ia adalah sunnah rasul junjungan kita, Rasulullah SAW.  Perkahwinan yang mengikut sunnah adalah perkahwinan yang mendapat redho Allah dan rasul melalui redho ibubapa.
Di kalangan anak-anak muda terutama yang berlatar-belakangkan pengajian Islam, menganggap bahawa perkahwinan dapat menjadi solusi cinta yang terbit kepada pasangan berlainan jenis. Sebagai benteng menjauhkan diri daripada maksiat dan kelalaian, ramai berpendapat kahwin muda adalah penyelesaian yang tepat. Namun, bagi orang yang berfikir, ia akan menemukan hikmah Islam daripada pelbagai sudut pandang.
Berkahwin itu perlu, tetapi menetapkan tempoh untuk berkahwin adalah pilihan. Mustahil seorang anak muda dan dara dapat merasai pengalaman berkeluarga tanpa proses kahwin. Justeru, pertimbangan mereka sering didasarkan kepada soal perasaan dan emosi berbanding tanggungjawab dan amanah. Bagaimana Islam menetapkan  hukum Feqah  berdasarkan keadaan, tempat dan masa, begitu juga kahwin. Setiap individu tidak sama. Ada orang yang dengan perkahwinan menyebabkan dia makin dekat pada Allah dan berjaya di kalangan manusia, ada juga yang dengan perkahwinan menyebabkan dia makin jauh dengan Allah lantaran sibuk meraih rezeki untuk keluarga. Hal ini perlu diselami dengan muhasabah mengenal diri sebelum menetapkan kata putus Kahwin atau tidak?
Perkahwinan bukan seperti meletakkan  tajuk buku dan drama “Ku Pinang Kau Dengan Hamdalah”, jauh lebih dalam ialah membina keluarga dengan persediaan iman, ilmu dan juga ekonomi. Seorang lelaki, apabila dia berkahwin, maka seluruh diri isteri menjadi tanggungjawabnya untuk dijaga, baik ibadah, pergaulan, kebajikan diri, ilmu dan segalanya tentang isteri. Jika Isteri tempang pada sudut-sudut tertentu, suamilah yang akan dipertanggungjawabkan depan Allah SWT.
Seorang wanita pula, bila sahaja menjadi isteri, akan diresetkan kepada titik-titik tanggungjawab ibu rumahtangga. Bukan sekadar memasak, membasuh, mengemas rumah, tetapi juga mendidik anak-anak dengan akhlak Islam. Tanpa ilmu dan penghayatan, mustahil dapat membentur peribadi-peribadi soleh yang menjadi aset Islam.
Buatlah Keputusan Yang Tepat
Jika anda sudah mempunyai pilihan hati, bukan hanya berkahwin dapat menjauhkan hati dari maksiat dan kelalaian. Tetapi ibadah. Jagalah dirimu dengan mendekatkan diri pada Allah, berdoalah padaNYA disamping menyelesaikan perkara yang utama di depan mata iaitu MENUNTUT ILMU. Sibukkan diri dengan aktiviti dakwah, berfikir masalah masyarakat yang lebih serius dan duduk dalam persekitaran jemaah. Insya Allah, hati anda dapat disabarkan sebelum waktunya anda AKAD NIKAH!
Gayat
Saya seorang yang penggayat, bukan pengayat. Pernah sekali dulu naik roller coaster di Taman Tema Genting Highland kerana mengikut rombongan kelas Kewartawanan Foto, Universiti Malaya. Pensyarah kami, Encik Mior (sekarang sudah bergelar Datuk Mior) mewajibkan kami ke sana bersama dengan budak2 Akademi Fantasia 2 dan seorang wartawan hiburan, Zubir. Tema kelas hari itu ialah, ramah mesra pelajar dengan artis (untuk dimasukkan dalam akhbar Mingguan Malaysia slot Pancaindera). Saya yang mengambil subjek minor di Jabatan Media turut serta dalam acara ini. Kami mendapat tiket percuma untuk bermain semua yang ada di sana.
Saya kalah melihat kanak-kanak. Terpandang sahaja kanak-kanak kecil ketawa girang atas roller coaster maka saya malu untuk takut. “Jika mereka boleh, takkan aku takut?” Begitulah yang saya cakapkan pada diri. Lalu, setelah merasai sendiri, saya memang penakut dan berjanji tidak mahu naik lagi. Saya hampir hilang kepala, tengkuk, jantung dan nyawa ketika roda RC bergerak. Itu cerita 8 tahun dulu.
Baru-baru ini saya dan Nik Nur Madihah mengitari Bandaraya Shah Alam. Di satu tapak ekspo, terhidang permainan fun fair yang layak untuk kanak-kanak dan remaja. Bagi seorang ibu seperti saya, tidak ada hati nak main semua itu. Tiba-tiba Madihah berkata, “Kak Ummu, saya teringin nak naik permainan tu (seperti roller coaster). Akak tak mahu teman saya? Jomlah kak, saya tak tenang sekarang, selalunya permainan macam ni boleh tenangkan sikit otak saya .”katanya beriya mengajak. Saya telan liur. “Tak mahulah dik, akak ni memang takut. Takut sangat tinggi2 dan laju2″.Jawapan saya hanya disambut ketawa. Dia beriya mengajak lagi. “Jomlah kak..jomlah..”
Saya beli juga token. Tetapi hati berat mahu melangkah. Madihah tarik saya. “Kalau akak tak mahu main, bagi token tu. Saya main dua kalilah, ” katanya. Saya mengangguk. Namun keputusan berubah apabila terpandang seorang anak kecil (agakan saya dia tadika) bersama ibunya turun dari mini roller coaster. Budak kecik ni main, takkan aku takut? Itulah yang ditanyakan pada diri sendiri. Dan akhirnya, terbitlah jawapan, “Madihah, jom, akak join awak..”
Di atas roller coaster yang mulai bergerak, saya menjerit sekuat hati “Ya Allllllah!!! tolong..” Saya tidak lagi ingat bagaimana saya pegang tangan Madihah hingga dia menjerit, “Kak Ummu, tangan saya sakit..” Saya menjerit dan rasanya hampir hilang suara.
“Madihah, ini kali terakhir akak naik..cukuplah. Alhamdulillah masih hidup..”
Saya terbayang sahaja ..saya sudah takut. Oh roller coaster.
Isteri2 Tok Wan
Tokwan sudah tiada, cucu-cucu pewarisnya makin dewasa. Jangan lupakan Tokwan, sedekah al-Fatehah padanya. Moga Tokwan di kalangan orang2 soleh di alam kekal abadi. amin
Tok Wan Morad adalah datuk saya sebelah abah. Tok wan tidak banyak bercakap. Saya suka melihat tok wan yang jarang menampakkan gigi apabila tersenyum atau ketawa. Namun, yang paling saya gemari ialah mengacau ayam-ayam peliharaan tok wan.
Cerita tentang tok wan tidak banyak dari mulutnya berbanding orang lain. Mak su dan mak anjang suka bercerita tentang ayah mereka. Perkara ini menarik hati saya pulang ke kampung abah di Felda Guar Napai, 5 km dari Kampung Gajah Puteh. Abah anak sulung daripada lapan beradik. Sewaktu saya enam tahun, adik-adik abah sedang membesar. Yang sudah berkahwin cuma Pak Ngah dan pak lang. Mak anjang bertugas sebagai guru tadika KEMAS, mak andak masih menuntut di Universiti Sains Malaysia, Mak Teh, Pak Cik dan mak su bersekolah menengah atas. Lalu, saya menjadi anak saudara yang disayangi oleh mereka semua.
“Malam ni cerita apa pula, mak anjang?” tanya saya yang baru lepas mandi dan menyapu seluruh muka dengan bedak ‘Carry’. Waktu sebelum tidur adalah masa paling seronok mendengar cerita. “Malam ini takda cerita, malam ini kita tengok TV filem Kasim Selamat. Nak tengok orang jolok biji mata, dak?” tanya mak anjang menyebabkan cerita tentang ‘keluarga Tok Wan Morad’ tertangguh dek mahu melihat ‘orang menjolok biji matanya’. Saya menonton filem Kasim Selamat, babak yang ditunggu ialah Kasim Selamat (P.Ramlee) mencungkil matanya dengan garpu. Malangnya, hampir dua jam menonton, belum lagi keluar babak itu. Akhirnya, saya tertidur.
“Takda pun Kasim Selamat tu cungkil biji matanya, mak anjang,” adu saya keesokan hari.
“Nak tengok macam mana, Kak Ummu dah tidur dulu,” ketawa mak anjang.
Saya kerut dahi sambil menginginkan perkara lain. “Malam ni mak anjang janji cerita pasal keluarga tok wan, tau.”
Saya suka hati apabila mak anjang mengangguk.
“Tok wan dulu kahwin ramai.”
“Berapa, mak anjang?”
“Dengar cerita ni dan cuba bilang,”mak anjang memulakan cerita sambil ditokok tambah oleh saudara-saudara yang ada di situ.
“Dengan isteri pertama tok wan ….”
“Isteri pertama tok wan, bukankah Tok Nah?” saya menyampuk cerita mak anjang.
Mak anjang menunjukkan angka dua. Fahamlah saya, Allahyarham Tok Nah, emak kepada abah dan adik-adiknya merupakan isteri kedua.
“Kenapa tok wan berpisah dengan isteri pertama?” tanya saya lagi.
“Ish, dengarlah cerita mak anjang dulu, jangan banyak tanya!” marah mak anjang.
Saya tutup mulut.
“Tok wan ada empat orang anak dengan isteri pertamanya.”
“Maksudnya, campur dengan adik-beradik abah jadi 12 oranglah, ya,” saya membilang, kemudian berusaha tidak mahu ganggu cerita mak anjang lagi apabila mendapat ‘amaran’.
“Isteri pertama tok wan dapat penyakit meroyan.”
“Apa tu?” tanya saya pelik mendengar istilah meroyan.
“Orang yang dapat sakit ni kerap menangis terutama lepas bersalin,” terang mak anjang.
Saya angguk kepala tetapi masih hairan, menangis pun boleh jadi penyakitkah? Tiba-tiba datang ilham di kepala saya tentang pontianak yang selalu ada dalam buku misteri koleksi pak cik. Pontianak apabila menangis, bunyinya sayu dan sayup. Kemudian ketawa nyaring secara tiba-tiba dan menerkam mangsanya untuk menghirup darah. Mungkin orang meroyan ini melihat perkara-perkara begitu menyebabkan dia sedih dan menangis? Entahlah, saya suka berfikir yang bukan-bukan akibat pengaruh pembacaan cerita mistik dan hantu.
“Kemudian, tok wan berkahwin pula dengan Tok Nah dan pindah ke Felda Guar Napai. Dengan Tok Nah, tok wan dapat lapan orang anak. Masa mak su darjah satu, Tok Nah meninggal dunia akibat penyakit kanser.”
“Kesiannya ….” saya kesedihan. Tok Nah pergi ketika abah masih bersekolah menengah. Allahyarhamah tidak sempat melihat wajah menantu-menantunya dan cucu-cucunya termasuk saya.
“Inilah gambar Tok Nah,” mak anjang menunjukkan potret keluarga yang sudah lusuh. Dalam potret itu, Tok Nah dan Tok Wan Morad duduk dengan diapit abah dan adik-adiknya yang ketika itu semuanya masih remaja dan kanak-kanak. Saya lihat, wajah Tok Nah mirip mak anjang dan adik-adik perempuannya yang lain.
“Tok Nah orangnya baik dan rajin. Malam-malam, mak andak selalu tolong Tok Nah buat cucur untuk dijual,” kisah mak andak pula.
“Tok Wan Morad pula garang dengan anak-anak. Mak anjang pernah kena kejar dengan tok wan. Abah pula pernah ditambat pada pokok kerana tak dengar cakap tok wan,” cerita mak anjang.
Saya tidak dapat bayangkan kegarangan tok wan. Dengan kami cucu-cucunya, tok wan tidak garang malah selalu senyum senang.
“Ketika tok wan sampai di Felda Guar Napai, keadaan tidak macam sekarang. Masa itu, nama pun belum ada cuma digelar tanah ‘pelet sekim’ (pilot scheme). Tok wan dan Tok Nah antara peneroka awal yang bugar hutan ni jadi petempatan. Mereka keluar awal pagi dan balik petang. Jika Tok Nah dan tok wan tak ada di rumah, mak anjang sebagai anak perempuan sulunglah yang kena jaga adik-adik dan memasak.”
“Masa tingkatan tiga, mak anjang terpaksa berhenti sekolah jaga rumah. Tok Nah sakit teruk dan tak lama lepas tu meninggal dunia,” sambung mak anjang disambut kesedihan saudara-saudara yang lain.
“Lepas tu tok wan kahwin dengan siapa?” Saya tidak sabar mahu tahu tentang isteri-isteri tok wan. Berapa orangkah semuanya?
“Tok wan kahwin dengan seorang wanita berketurunan Pattani, tapi jodoh mereka tak lama. Kemudian, tok wan kahwin pula dengan dua wanita lain, juga tak panjang jodoh mereka. Dengan isteri-isteri selepas Tok Nah, tok wan tidak dikurniakan anak.”
“Termasuklah dengan Tok Bedah?” Saya teringatkan Tok Bedah, nenek yang menemani tok wan kini.
Mak anjang angguk.
“Alhamdulillah, jodoh tok wan dengan Tok Bedah lama hingga sekarang. Walaupun tidak ada anak dengan tok wan, Tok Bedah ada dua anak dengan suaminya sebelum ini. Tok Bedah banyak jasanya pada tok wan, sanggup tinggalkan keluarga kerana menemani tok wan duduk di hutan.”
Saya terpana mendengar cerita isteri-isteri tok wan. Tentu tok wan orangnya penyabar, jika tidak masakan dia mampu berkahwin ramai.
Ketika saya masuk ke sekolah menengah, tok wan berkahwin seorang lagi. Nenek baru itu kami panggil Tok Ton. Walaupun begitu, tok wan dan Tok Bedah tetap bersama hingga akhir hayat. ‘Jumlah isteri tok wan semuanya tujuh orang!’ jerit saya dalam hati.
Saya menghormati tok wan dan isteri-isterinya yang baik dengan kami, para cucu. Kini, kenang-kenangan itu terus hidup dalam kerinduan generasi pewarisnya. Al-Fatihah buat Tok Wan Morad.
Sisi Lain Seorang Penulis
“Kak..” tegurnya.
“Ni Faizahkan?” tanya saya.
“Bukanlah kak, saya Dayah,” balasnya. Saya memeluknya. “Oh Dayah..ya ya..maaflah, dalam ramai2 ni Kak Ummu tak perasan..” kata saya menutup rasa malu. Ini kali kedua saya berjumpa Hidayah. kali pertama di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 lalu. Namun, smsnya kerap menjengah ke telefon bimbit saya. Saban bulan dia bertanyakan khabar saya sekeluarga.
“Kak Ummu, Dayah dah beli semua buku akak. Yang terbaru Buku Noorah pun saya beli,” ceritanya. Malam itu saya akan berforum bersama rakan2 panel, Husna Hassan dari Majalah Solusi dan Cikgu Azmi dari langitilahi.com bertempat di UIA Gombak. Saya mengiklankan forum ini di laman FB.
“Dayah baca FB kak Ummu, tu yang datang dari Klang ni..”
“Dengan siapa?”
“Dengan adik (ting. 3) dan mak,” katanya. Ya Allah, terharunya saya atas prihatinnya itu. Sehingga larut malam, Hidayah mengikuti forum ini bersama adiknya. Namun, selepas tamat program, bayangnya sudah tiada.
“Maaf Kak Ummu, mak dan adik ajak balik, tak sempat tunggu hingga tamat program,” smsnya.
Di atas adalah dialog2 yang sering menerjah penulis. Ada pembaca yang mengikuti perkembangan penulis tanpa disedari penulis itu sendiri. Kata lainnya ialah ‘peminat fanatik.’ Bagaimana di pihak penulis sendiri melayani mereka ini?
Ukhwah bukan sahaja strategi pemasaran karya anda. Jauh lebih penting ialah strategi dakwah. Seorang pendakwah menurut ilmuan Islam ialah orang yang kaya dengan kasih sayang. Melimpah ruah kasih dan cintanya kepada masyarakat. Sebab itu matlamat hatinya untuk membawa masyarakat (melalui karyanya) kepada kebenaran (fitrah ISLAM). Penulis, sebaik sahaja meluncurkan karyanya, dia sebenarnya menghulurkan tangan untuk berukhwah dengan ramai orang khususnya para pembacanya.
Jangan anda jemu melayani mereka walau sekadar membalas ‘sms’. Selagi dalam daerah syariat, penuhilah hati mereka dengan kebahagiaan apabila anda mengucapkan terima kasih dan bertanyakan khabar. Malah, mereka pasti gembira jika anda mengingati nama mereka walau sekali dua bertemu. Saya membayangkan, alangkah seronoknya apabila Pak Samad Said mengingati nama saya di celah nama2 penulis besar lain, begitukah perasaan pembaca saya apabila saya mengingati nama mereka walau saya bukanlah penulis hebat.
Inilah hakikat yang perlu dipelajari para penulis. Pratiskan ilmu komunikasi sebaik mungkin. Jangan lagi tersorot dalam kesibukan tanpa mahu mengambil kira hati pembaca. Merekalah yang menyambut huluran ukhwah yang kita berikan dalam karya..mereka mencari dan mendapat sesuatu dari karya kita, nah! jangan kita menarik balik apa yang kita berikan.
WATAK PENULIS
Jangan biarkan pembaca tertipu; di mana karya yang kita tulis tidak melambangkan diri penulis. Dalam buku, novel atau blog misalnya, kita menyerukan pembaca berkasih-sayang, tawadhuk, menghormati orang tua dan meramaikan kenalan untuk dakwah Islam,namun dalam kehidupan harian, penulis berlaku sebaliknya. Malah menuturkan perkataan yang tidak elok kepada orang lain. Ia merugikan penulis dan niat dakwahnya jika pembaca lari. Malahan, tidak mustahil pembaca akan menghasul teman yang lain agar ‘menjauhi’ karya kita. “Eleh, penulis itu cakap dan menulis perkara baik, namun dirinya sendiri tak sebegitu..”
TIDAK SEMPURNA
Ya penulis tidak sempurna. Mustahil sesempurna watak dalam karya2nya. Kerana ketidak sempurnaan itulah, mereka menulis karya untuk melepaskan impian menjadi sempurna itu. Walau bagaimanapun, menghiburkan orang lain adalah kemahiran yang boleh diasah. Kata Saidina Ali, malang bagi mereka yang tidak mengekalkan ukhwah yang baik. Justeru, berusahalah memberi huluran dan membalas huluran pembaca anda.
Dalam surah an-Nisa, ada ayat yang bermaksud: balaslah sesuatu yang lebih baik selepas anda mendapat sesuatu kebaikan. Itu menunjukkan Allah memberikan kita peluang untuk berbuat baik kepada manusia dengan karya dan ukhwah kita.
akhirnya, saya memohon ampun dan maaf kepada para pembaca kerana masih belajar tentang ukhwah. Saya berazam untuk memperbaiki cara muamalah dengan para pembaca seperti mana seruan Islam bahawa pendakwah membawa kasih sayang yang melimpah ruah buat umatnya.
Salam cinta buat semua!
Hati Ibu Dalam Anakku Brain Tumor
Antara yang menarik hati saya untuk ke PBAKL 11 April lalu adalah untuk memiliki buku ini. Malangnya, ketika berkesempatan ke sana pada Ahad pertama PBAKL 11, buku ini belum diluncurkan oleh pihak penerbit, GISB Sdn. Bhd. walaupun suami penulisnya, Che Amran (RAIHAN) dan anak-anak sempat saya sapa. Waima, Tuhan memakbulkan hasrat saya memiliki buku ini selepas berkunjung ke Galeri Ilmu beberapa minggu lalu, malah, direzekikan juga bertemu Che Amran dan anak-anak termasuk Ahmad Mahir Baihaqi (tokoh utama ABT). Che Amran telah mewakili isterinya, Puan Isyah Radiah selaku penulis menandatangani buku tersebut (bonus jauh datang dari Melaka, hee).
Saya mengambil masa dua hari menghadam Anakku Brain Tumor (ABT). Sebagai pembaca yang tak mudah mengalirkan air mata, buku ini telah mencabar ego saya. Saya menangis walaupun kisahnya belum tamat. Malah, saya mengenepikan kerja-kerja lain untuk mengulit emosi, kesakitan, cabaran, ketaqwaan, tawakal dan ilmu dalam ABT.
Apakah saya boleh mengucapkan tahniah kepada penulisnya? Tidak wajar kerana buku ini bukan novel sastera atau autobiografi orang ternama. Buku ini adalah nukilan nurani seorang ibu menghadapi saat perit anaknya berhadapan kanser otak. Malah, penulis sendiri tidak sanggup menutur kata ‘kanser’ dan menukar kepada tumor atau ketumbuhan walaupun sinonim ngerinya. Isyah selaku ibu tentulah tidak mahu ucap tahniah. Kesakitan anaknya bukan sesuatu yang digimikkan untuk membuat pembaca sedih sebaliknya, dia mahu berkongsi pengalaman agar menjadi pengajaran kepada seluruh ibubapa.
Ibu lapan orang anak ini mengolah kisah penyakit anaknya dengan baik sekali, bermula dengan titik perkahwinannya dengan suami, detik menjadi seorang ibu (Ahmad Mahir Baihaqi @ Aqi adalah anak ketiga) dan pengalaman khusus ketika mengandung dan melahirkan Aqi. Sebagai pembaca, kita dapat mengagak ada kaitan di setiap takah kehidupan penulis dan keluarganya. Menarik lagi, Isyah turut mengaitkan konsep Ingat 5 Sebelum 5 yang menjadi hikmah kepada tragedi ini.
Buku ini wajar diteladani oleh setiap ibubapa Muslim. Sebagaimana Isyah, tidak pernah membayangkan anak yang cerdas sihat kemudian disahkan mempunyai ketumbuhan otak, tentu kita juga tidak mahu memikirkannya. Namun, ABT akan menarik jiwa kita untuk sentiasa berwaspada dengan segala kemungkinan terutama mempersiapkan diri dengan 5 perkara: 1. Sihat sebelum sakit 2. Lapang sebelum sibuk 3. Kaya sebelum miskin 4. Muda sebelum tua 5. Hidup sebelum mati.
Buku ini juga mendedahkan bahawa pembedahan bukan satu-satunya penyelesaian bagi para pesakit kanser, ada rawatan altenatif yang dapat memberi saran solusi. Pengalaman Isyah boleh dimanfaati golongan ibu yang bertanggungjawab menjaga pemakanan ahli keluarga. Paling penting menurut Isyah ialah tidak berpisah dengan al-Quran. Al-Quran adalah terapi terbaik buat pesakit, juga buat ibubapa agar terus kuat menghadapi dugaan hidup.
Tanpa ucapan tahniah, saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Yang Esa kerana memberi kekuatan kepada penulisnya untuk menulis, kepada penerbitnya yang sudi menerbitkan ABT, kepada Adik Aqi yang kembali bergerak cergas dan Terima Kasih ALLAH membuka pintu minda saya menghadam buku ini. Ia terbaik dari hati ikhlas seorang ibu untuk anaknya.
Cuma satu ucapan tahniah saya, bukan untuk isi kandungan dan pengalaman perit ini tetapi sesuatu yang membuatkan saya kagum, Puan Isyah berjaya mendisplinkan dirinya menghasilkan buku setebal  372MS dalam keadaan lapan anak yang masih kecil (semua bawah 13 tahun) dan sedang bergelut dengan tesis Phd. Ujian anak sakit tidak pula menghadkan dirinya menulis. Itulah penangan cinta seorang ibu kepada anak-anaknya. Itulah juga yang menjadi pengajaran buat penulis seperti saya agar tidak menjadikan tanggungjawab yang melingkar sebagai halangan menulis.
Dan kepada Allah jualah dikembalikan segala keajaiban yang berlaku (dikehendakiNYA) kepada hambaNYA (yang bertaqwa).
Ummu Hani,
UITM, Alor Gajah.
Ingin Ku Sapa Angin Itu
Alhamdulillah, 3 minggu saya pendamkan hasrat untuk berkongsi sesuatu di laman tua ini. Ia tidak memungkinkan apabila hati dan pemikiran ketika itu sedang menumpukan satu amanah yang berat. Mudahan, amanah yang telah dilaksanakan itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat nanti, insya Allah.
Pagi Isnin yang damai ini, kuingin lapangkan jiwaku, hatiku, kotak fikirku ke satu daerah murni. Aku tanpaMu Ya Allah, bagaikan teroleng tanpa tujuan di awanan kehidupan. Kau selalu ada, menjadi Pemegang tali layang hidupku. Aku ingin terus Kau yang memudikiku hingga ke noktah ajalku.
Pagi Isnin ni, sujud syukurku padaMu, kerana telah memberiku kekuatan, kesihatan dan kedamaian. Ia sesungguhnya nikmat yang sangat berharga.
Ya Allah, aku belajar mencintaiMu
Aku ingin bercinta denganMu
Aku cintakanMu.
Golongan Yang Sedikit..
Dalam sebuah hutan, tinggal dua ekor kucing bersama binatang-binatang lain. Hanya dua ekor kucing! Dua ekor itu amat bangga dengan diri mereka, kerana berbanding gajah, harimau, musang, semut, monyet, burung, kala jengking, ular dan lain-lain, spesis mereka paling banyak tinggal dalam rumah bangsa manusia. Ya, walaupun mereka dua ekor sahaja tinggal dalam hutan.
Mereka berdua saling mempercayai. Si kucing A suatu hari mendapat musibah. Baginya, musibah itu tidak boleh dihebahkan, dan satu-satu ekor yang menjadi kepercayaannya adalah kucing B.
“Aku ingin pergi dari hutan ini selama sebulan. Aku ingin menenangkan fikiran. Kau jangan ceritakan kepada sesiapa musibahku itu. Janji ya!” pesan kucing A kepala kucing B.
Kucing A keluar dari hutan itu sambil diiringi kucing B. Air mata melelehi pipi kucing A. Musibah kehilangan dua jari kakinya ketika latihan ‘naik pangkat’ di hutannya amat menyedihkan. Dia berharap, sebulan di luar hutan, Tuhan akan mengirimkan ketenangan hati. Dia hanya memohon cuti dari ketua singanya dengan alasan mahu berehat.
Seminggu ketiadaan kucing A, kucing B mula gelisah. Dia pergi berjumpa ketua singanya, bersembang. Hubungan baik dengan ketua adalah politik hutan yang penting untuk cepat ‘naik pangkat’.
“Kawan kamu, si kucing A katanya cuti rehat. Tak pula diberitahu kenapa lama sangat di luar hutan tu..”
“Eh, kucing A tak bagitau dia kehilangan dua jari kakinya..” maka, kucing B pun berceritalah akan hal yang mahu dirahsiakan oleh ‘rakan baiknya’ kucing A.
Sebaik keluar dari taman ketuanya, kucing B bertemu pula dengan burung murai yang terkenal becoknya. Perkara sama turut dihebahkan.
“Kamu jangan bagitau orang lain. Kucing A minta saya rahsiakan,” pesannya pada si burung murai.
Si burung murai terbang, dan setiap ekor binatang yang dijumpainya, disapa dengan senyuman. Namun, sifat semulajadi ramahnya memang tidak tertahan lagi. Semua yang dikhabarkan si kucing B dimaklumkan pada semua binatang. Dan tak lupa menyampaikan pesan yang sama, “Kamu jangan cerita pada orang lain ya, kucing B kata kucing A minta rahsiakan,” katanya.
Sudah tahulah semua, apabila si kucing A pulang ke hutan nanti, apakah lagi perkara mahu disorokkan?
MORAL
1. Jangan terlalu percaya pada orang walaupun dia bertudung atau berkopiah putih sama macam kita.
2. Orang yang menghebahkan hal orang lain kadang dia rasa ‘bertanggungjawab’ kerana baginya apa nak dirahsiakan?’- orang begini memang tak bertanggungjawab.
3. Perangai binatang banyak meniru perangai sesetengah manusia.
4. Apa terbaik buatlah iktibar.
Membina Masjid
Seluruh hamparan bumi Allah SWT adalah masjid untuk kita tunduk sujud padaNYA (Gambar, suami sedang menunaikan solat di Hyde Park, London)
Saya dihubungi seorang ustaz yang ingin mengadakan forum bertajuk ‘Kahwin Muda’ untuk para pelajar baru universitinya. Program akan diadakan di masjid universiti dengan dua ahli panel iaitu Imam Muda Ustaz Hizbur dan saya sendiri, insya Allah. Tarikh jangkaan ialah 21 Jan 2011 (Malam) bertempat di Masjid Hikmah, UITM Melaka.
Masjid Maknawi
Bila menyebut tentang ‘bina masjid’, rata-rata membayangkan dua mempelai bahagia selepas diijabkabulkan. Saya sendiri sekarang, amat bahagia sekali mendengar khabar seorang demi seorang sahabat dan sepupu yang akan membina masjid (berumahtangga) dalam masa terdekat. Dalam doa selalu dititipkan sahabat2 dan adikku2 mendapat pasangan hidup yang diredhoi Allah bagi membina masjid ini. Kerja membina masjid yang maknawi ini lebih sukar dari membina masjid hakiki. Masjid maknawi asas dan tiangnya adalah taqwa kepada Allah bukan wang ringgit atau sumbangan orang ramai. Malah, taqwa perlu diiringi ilmu dan persediaan jiwa yang kuat. Inilah yang perlu dikumpul sebelum membina masjid maknawi dan selepas pembinaannya.
Masjid Hakiki
Saya memetik pengalaman Ustaz Erfino Johari, Pegawai Atase Pendidikan (Agama) di UK yang saya temui ketika kunjungan ke London baru ini. Menurut Ustaz, penduduk UK berjumlah 42 juta orang ,manakala orang Islam berjumlah 2 juta orang. Majoriti yang lain beragama Kristian. Kerajaan telah membina gereja hampir 47 ribu seluruh UK dan masjid (semestinya dibiayai NGO Islam) berjumlah 2 ribu seluruh UK. Apa yang menariknya ialah, pembinaan masjid pertama di UK pada tahun 1960-an, kemudian pada tahun 1990-an, masjid bertambah 300 buah, dan kini pada tahun 2010, sudah ada 2000 buah masjid dan dijangka bertambah lagi.
Terdapat masjid yang didirikan atas tapak gereja lama. Oleh kerana banyak gereja tidak didatangi penganutnya, menyebabkan ia tinggal usang dan terpinggir dan akhirnya, ada pihak membelinya untuk dijadikan masjid bagi orang-orang Islam. Fenomena ini sedikit sebanyak mengganggu golongan paderi Kristian yang menyedari, pengaruh Islam sudah kuat di Eropah.
Namun, menurut al-fadhil ustaz lagi, pembinaan masjid yang pesat di UK adalah membanggakan tetapi wujud kekurangan tersendiri. Masjid-masjid dibina dengan pelbagai aliran mazhab berbeza. Terjadi satu peristiwa, ketika umat Islam merayakan Aidilfitri di London, terdapat masjid yang berdekatan berbalah berkenaan tarikh hari raya yang akhirnya, masing-masing menunaikan solat sunat Hari Raya pada hari yang berbeza. Keadaan ini boleh memberi gambaran yang tidak baik tentang Islam kepada non-Muslim.
Justeru, cadangan beliau adalah, walaupun pembinaan masjid giat dilaksanakan, usaha penyatuan umat Islam mesti diutamakan terlebih dahulu
Sejuta Masjid Satu Aqidah Islam.
Pentingnya Hijrah!
Tahun 2010 bakal ditinggalkan. Sungguh tidak ternilai detik-detik yang berlalu tahun ini bermula tarikh 2 Jan 2010, tarikh majlis perkahwinan saya dan adik dengan suami masing2. Tahun ini juga, Allah SWT memilih saya untuk bergelar seorang pendidik, belajar sabar dengan karenah manusia. Dan dalam meniti usia setahun menjadi seorang isteri, gelaran ibu mendatangi dalam keadaan diri yang sudah bersedia, insya Allah. Nikmat Allah terus berlanjutan apabila membawa saya, suami dan si comel (dalam ni) ke Kota London, satu destinasi yang tidak menjadi ‘impian utama’ saya sampai ke sana. Alhamdulillah, di London, bukanlah maksiat dan hiburan yang saya jumpa sebaliknya adalah ‘permata-permata’ syurga iaitu saudara2 baru Eropah yang jauh lebih menghayati Islam daripada orang Melayu Islam kita. Saya insaf dengan kebaikan dan pengorbanan mereka. Sister Noorah misalnya, sanggup meredah lebih lima buah negara memandu Toyota Estimanya ke bumi Gaza ditemani seorang teman semata untuk menghadiahkan kenderaannya itu kepada sekolah anak2 yatim di sana. Kisah hidupnya akan saya bukukan untuk pengajaran masyarakat Islam di Malaysia, insya Allah.
Hijrah. Kuasa Hijrah memang sakti dan ajaib. Punca kemenangan Islam yang membawa kepada penubuhan negara Islam pertama di Madinah adalah hijrah. Saya terfikirkan perkara ini sekarang. Mengapa yang saya temui hampir 10 negara yang saya lewati sepanjang usia remaja (22- 27 tahun) ini saya berjumpa orang yang luarbiasa dek penangan hijrah.
Di Mekah, dalam rombongan umrah Tarbawi yang saya ikuti sekitar pertengahan Julai 2008, saya mengenali bumi Bangladesh. Masyarakat Bangladesh yang saya temui di negara asal mereka amat berbeza daripada yang saya jumpa di Malaysia mahupun di Arab Saudi. Di Dhaka misalnya, orang2 Bangladesh kelihatan meminta sedekah di lapangan terbang, kaum lelakinya ramai yang masih bersembang di kedai kopi, manakala kanak2 bermain tanpa baju di bandar kemudian tidak kekok meminta wang dari orang lain. Begitu juga kaum wanita, kesengsaraan menyebabkan mereka tidak ada masa untuk bersolek bahkan menjaga kebersihan. Saya bercakap dari sudut tinjauan di Dhaka, tidak tahu pula di bandar2 lain. Semua itu amat menyedihkan kerana mereka adalah orang yang dilahirkan Islam.
Berbeza pula apa yang saya dapati di Malaysia dan di Mekah. Orang-orang Bangladesh adalah kaum pekerja yang rajin walaupun di sektor paling bawahan (tukang cuci dan sapu serta buruh binaan). Hampir setiap tempat, saya tidak nampak orang Bangladesh yang duduk sahaja atau waktu tengah hari, mereka melepak hisap rokok seperti pekerja2 awam kita. Sekurangnya mereka ada di kedai makan tetapi sebagai tukang cuci pinggan atau pelayan restoran. Mereka bekerja setiap masa.Satu kisah yang ingin saya kongsikan di sini, ketika hari-hari terakhir di Mekah, saya didatangi bulan dan tidak dapat menatap Kaabah dari dekat buat kali terakhir. Saya tidak bercadang duduk dalam bilik hotel. Selama di Mekah dan Madinah, bilik hotel adalah tempat menukar pakaian, makan sekadarnya dan tidur juga sekadarnya. Ramai orang ke Mekah dan Madinahbegitu kerana hati telah jatuh cinta pada Baitullah dan Masjid Nabi.  Saya mengambil keputusan berjalan seorang diri mengitari bangunan kedai yang terdapat di sekeliling Baitullah.
Nah! Di situ saya berkenalan dengan seorang tauke kedai aksesori wanita. Dia membuka kedainya berhampiran Zam-Zam Tower yang disewanya hampir 15 ribu riyal sebulan. Apa menariknya pemuda ini? Dia baru berusia sekitar 26-27 tahun, berasal dari India dan bukan dari golongan bangsawan. Menurutnya, sejak usia 15 tahun, dia berhijrah ke Arab Saudi mencari pekerjaan sebagai buruh dan pembantu kedai. Kini, setelah mempunyai modal dan pengalaman yang cukup, dia mengambil risiko menyewa kedai di lokasi yang begitu mahal (setaraf KLCC jika di Kuala Lumpur). Barangan kedainya hanyalah alat2 perhiasan wanita dan cenderamata yang dibawa dari India.
“Saya tidak bimbang kerana, Mekah adalah destinasi yang setiap masa dikunjungi manusia. Di musim haji, saya dapat mengumpul keuntungan yang boleh menyara setahun sewa kedai saya, Alhamdulillah. Begitu juga pada musim umrah, rezeki sentiasa murah di sini,” kata anak muda yang gigih ini.  Kisah kegigihannya telah saya adaptasi menjadi cerpen bertajuk Teman, Cukuplah Kami sebaik pulang ke Malaysia.
Baru-baru ini, dalam perjalanan pulang dari London, saya menaiki pesawat dengan seorang pemudi Malaysia yang dikenali lewat Facebook. Dia adalah lulusan Kusza dalam bidang pengajian Islam tetapi memilih bekerja sebagai ‘nani’ atau pengasuh budak di London. Selama tiga tahun merantau di negara orang, saudari itu tekad pulang ke Malaysia bersama agenda ‘hebatnya.’
“Insya Allah, saya nak rehat sekejap kemudian buka taska sendiri di Malaysia,” katanya yang telah mengumpul modal dan pengalaman selama bekerja di London.
Kini, saya kerap terbayang wajah2 penangan ‘hijrah’. Saya telah diberi waktu dan ruang untuk berhijrah, mengapakah saya masih di takuk ini, Ya Allah..bimbinglag hambaMU.
Bila Kulihat Purnama Di Matamu
Aku jadi cemburu
Kerana kau lebih maju
menyayangiNYA
Berbanding aku
Yang hanya manis
berkata-kata..
Rindu Sister Noorah dan famili di Lawrence Avenue.