Aku telah hadir ke mimpimu
Pada saat kau gelisah
Di peraduanmu
Kau dipijar kesakitan
Kerana menunggu cintaNYA untukmu
Sahabatku, bersabarlah.
Ini bukan sekadar mimpi
(Puisi untuk teman-teman istimewa, Mas Alina, Kak Wani dan Bonda Maryam)
Selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatholikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mengherotkan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirobah erti dan isinya.Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat peribumi Melayu.Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini Stamford Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan peribumi Melayu itu dilakukan atas nama “…cultivating the waste and barren soil of the native mind”.
baca lanjut di sini
Mafhum dari hadis Rasulullah SAW menyatakan; Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.
Hebat kebesaran Allah SWT, walaupun baginda SAW telah lama meninggalkan umat akhir zaman ini, namun wasiat dan pesan-pesan baginda rasul terus menemani kita yang beriman. Menjadi kekuatan dan motivasi untuk kita mendepani zaman yang dicengkam pelbagai fitnah dan maksiat. Setiap hadis Rasulullah SAW mengandungi imej dan makna. Bagi orang yang berfikir tentu akan menemui natijah hikmah dan berasa selamat di dalamnya.
Ukhwah
“Alhamdulillah, urusan kenduri selesai dengan baik, ramai yang datang membantu, ramai pula yang hadir memeriahkan dan tak kurang yang datang menolong pasca kenduri,” kata saya kepada bonda cintaku, Puan Hajah Hamidah. “Kak Ummu rasa, yang hadir tu ramai anak murid tokwan dan kenalan abah, jadi mereka mungkin tak sampai hati tak datang menolong,” tambah saya lagi.
Bonda menarik nafas. “Yang sebenarnya bukanlah kerana kita. Faktor utama adalah kerana Allah yang menggerakkan hati orang-orang datang menolong.” kata-kata bonda menyebabkan saya tersentak dan beristigfar. Ya, ini semua campur tangan Allah memudahkan urusan hamba-hambaNYA.
Saudara jauh dekat, ada yang jarang bertandang, hari ini menjenguk muka. Soalan pertama yang terbit, “Apa kerja yang boleh kami tolong?”. Sesetengah yang sudah maklum, tanpa soalan terus berkejar ke tempat memasak, membasuh dan khemah, memberi khidmat percuma. Budaya kerjasama begini menjadi tradisi desa di seluruh negara terutama di Negeri Kedah yang masih utuh akar Melayu Islamnya. Continue reading Ukhwah Dalam Hidup
Tidak bermakna menyambut Aidiladha sekiranya pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS dengan Siti Hajar tidak kita hayati.
Jika bapa ingin menyembelih kita kerana suruhan Allah SWT, sanggupkah kita menadahkan leher, redho dengan suruhan Allah?
Bukan hanya leher, bapa suruh kita belajar rajin-rajin pun belum tentu kita bersungguh.
Salam Iduladha
Moga sirah para nabi dihayati.
Ummu Hani Abu Hassan, Padang Sera, Kodiang.
“Mak, macam mana mak boleh terima kekurangan abah sepanjang mak jadi isteri abah?” tanya saya ketika duduk berdua dengan mak.
“Sebelum mak kahwin dengan abah, dia sudah ada nama sebagai pemimpin pelajar. Mak tahu dari cerita orang yang abah orangnya baik, aktif, lantang dan alim. Kelebihan itu menyebabkan mak sudah ada rasa hormat pada abah. Jadi, lepas kahwin, rasa hormat bertambah bila dia seorang yang seperti kita fikirkan. Memanglah ada kekurangannya, namun kerana kelebihan dan kebaikannya, kelemahan dan kekurangan tu nampak kecil. Yang penting, terimalah seadanya pasangan hidup kita,” kata mak yang telah hidup dengan abah hampir 28 tahun.
Saya tunduk dan berazam, mesti bersangka baik dan hormat dengan pasangan hidup nanti. Teringat kata Maksu, adik abah kepada saya, “Suami adalah jiran isteri yang paling dekat. Mesti ada hormat, malu dan mencintai jiran.”
Untuk Mak, saya nukilkan sebuah puisi;
Mak,
wajahmu indah dari pelangi,
Kasihmu hangat dan terang
Berbanding mentari
Jiwamu adalah bulan
Kolam hatimu adalah bintang-bintang
Kami hidup
Dalam syurga bersamamu
Di bawah tapak kakimu.
Saya dan Kak Khadijah yang mengajar diri ini memahami cinta.
‘Masa menguzurkan manusia tetapi mematangkan cinta.’ Begitulah yang saya tulis untuk diri saya sendiri dalam buku yang saya beli, juga untuk diri saya sendiri: Disebabkan Oleh Cinta, Kupercayakan Rumahku Padamu oleh Mohammad Fauzil Adhim.
Melewati denai akhir 26 tahun, saya semakin berhati-hati mengurus cinta. Kalau dahulu, saya memberontak jika cinta tidak atau lambat dibalas, namun kini saya mulai belajar bahawa cinta adalah untuk diberikan dengan penuh ketaqwaan. Seperti kata Ustaz Zul Ramli, ‘Jika anda mahu Allah bercakap denganmu, maka bacalah al-Quran, dan jika kamu mahu bercakap-cakap dengan Allah, maka tunaikanlah sembahyang.’
Cinta bukan hanya selembar tulisan I Love U dalam kad ucapan Hari Ibu atau Hari Bapa untuk mak dan abah, tetapi cinta adalah memberikan tanggungjawab selayaknya kepada insan yang kita cintai. Melafaz cinta amatlah mudah, namun mengorbankan diri demi cinta jarang istiqamah terutama buat pasangan suami-isteri yang berpuluh tahun tinggal sebumbung. Cinta belum dibuktikan selagi madunya belum dihirup dan pahitnya belum ditelan dengan senyuman. Cinta adalah pengorbanan bukan permainan. Cinta adalah makhluk Tuhan yang perlu diberi hak di kedudukan yang sesuai. Kerana ia adalah sifat Allah iaitu Ar-Rahim.
Apakah ini difahami oleh rata-rata remaja sekarang termasuk diri saya sendiri? Continue reading Perkahwinan Dan Ketaqwaan
TAHNIAH BUAT AYAHANDA GURU, DATUK DR ANWAR RIDHWAN YANG TELAH MENERIMA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SASTERAWAN NEGARA KE 10 20 OKTOBER LALU.
Susun SN KE 10:
ismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah Khalikulalam,
Berkat Muhammad Sayid Alanam,
Memberi rahmat siang dan malam.
Awal bismillah fakir menyusun,
Di pangkal jalan memohon ampun,
Maklum bahasa tidak tersusun,
Banyak perkara hendak dihimpun.
Majlis permai fakir mengisi,
Kata dan fikir dengan puisi,
Kerana fakir bertugas di institusi,
Yang “melangkah ke hadapan bersama tradisi.” Continue reading Ucapan Sasterawan Negara ke -10
Setiap hari, berita tentang kematian berlegar dan berpuing di telingaku. Ada yang meninggal dunia di usia beberapa bulan hidup di muka bumi (AL-FATEHAH BUAT NUR FATIMAH MUHD RAMADAN FITRI) dan ada yang pergi ketika melewati denai usia tua (AL-FATEHAH BUAT AYAHANDA EDITOR MAJ ANIS, PUAN JALILAH ABDULLAH DAN ALLAHYARHAMAH HAJAH CHE HALIMAH). Dan di paparan akhbar setiap hari, sungguh kematian tidak mengenal usia, tempat dan asbab.
Aku yang tidak berpenyakit fizikal, tetapi menderita sakit mazmumah. Akan terkorbankah aku dengan penyakit dosa-dosa ini?
Ya Allah.
Pengalaman yang paling menarik ketika bertugas di Majalah Anis sebagai wartawan ialah menerima dua pucuk surat daripada seseorang. Dua pucuk surat itu dialamatkan ke Majalah Anis, Kota Damansara, satu perkara yang tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini (kerana semua surat dialamatkan ke rumah sewa atau rumah ibubapa di Kedah).
Yang mengejutkan bukanlah surat tersebut tetapi isinya dan juga si pengirimnya. Dia ialah seorang remaja wanita berusia awal 20-an dan menamakan dirinya Ida. Dalam surat tersebut, Ida mengucapkan terima kasihnya kepada saya kerana telah menulis satu artikel yang telah membantunya membuat keputusan penting. Dia amat bersyukur kerana membaca artikel berkaitan Rumah Perlindungan Raudhatus Sakinah dalam majalah Anis Jan 2009.
Kisah hidup Ida amat meruntunkan nurani saya sebagai penulis dan hamba Allah di muka bumi ini. Dia adalah seorang gadis mangsa rogol si pemandu teksi dan mengalami trauma akibat tidak mendapat sokongan keluarganya. Oleh itu, Ida berusaha mencari penyelesaian yang kemudian dilorongkan membaca artikel tersebut seterusnya menghubungi pihak Raudhatus Sakinah (melalui Ummi Roses).
Saya berasa insaf dengan tanggungjawab sebagai seorang penulis. Barangkali, ketika menulis saya ‘main tibai’ atau ‘sambil lewa’ sahaja. Namun di sebalik itu, orang lain rupanya mengambil ibrah atau mendapat manfaat daripada tulisan tersebut. Jika saya ikhlas, insya Allah akan mendapat pahala dariNya, sebaliknya, jika masih ada perasaan ‘tidak bersungguh’ dalam diri ini, apakah Dia menilai amalan-amalan manusia penulis? Continue reading Tulisan Kita!
Alhamdulillah, Ramadan kali ini terasa padat. Allah SWT memberikan saya peluang mencicip pengalaman-pengalaman luar biasa dan berbeza. Selain kembara ke Aceh, hadiah dariNYA buat saya adalah MASUK PENJARA. Continue reading Penjara Bentong dan Isinya