Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Karya Kreatif Category

Monday, May 16th, 2011

BUATMU GURU

Pena dan buku berkata padaku..
Sudahkah kamu berterima kasih
kepada mereka?

Tika itu, kau tidak mengenal apapun erti dunia
tetapi mereka memahamkanmu
bahawa pena itu tujuannya ilmu
dan buku itu isinya ilmu.
Hiduplah dirimu dengan ilmu
kerana Tuhan menjadikan manusia
adalah untuk ilmu.
Tuhan menyebutkan lagi
Adakah sama orang berilmu dengan tidak berilmu?

Pena dan buku mengulangi..
sudahkah kau berterima kasih kepada mereka?

ya, hari ini dan selamanya.
WAHAI SELURUH GURU..MOGA JASA KALIAN MEMBERI ILMU AKAN DIBALAS SYURGANYA. SELAMAT HARI GURU 2011.

Wednesday, November 10th, 2010

Cinta Tuhan Terpancar..

Di raut wajahmu
kuimpikan mesra
tapi kau melahirkan cinta
BBukanlah dunia
yang kita bina
untuk hati yang kecil
TtETAPI JAUH LEBIH BESAR
sEBUAH DUNIA
YANG LAUTAN, LANGIT DAN TANAHNYA
ADALAH ABADI
kAU MENGAJAR AKU MENCARI CINTANYA
dAN KAU JUGA
MENGAJAR AKU
MERAIH REDHANYA.
kAU ADALAH CINTA tUHAN YANG TERPNCAR
BAK MATAHARI.
sUAMI.

Thursday, October 14th, 2010

I Want To Be a Writer

Aku Hanya Mahu Jadi Penulis

Kerana ingin mengenal hidup

Aku tidak dapat menakul hikmah

Jika tidak merenung diri

Sedalamnya

Dalam sebuah tulisanku

Pasti kutemukan diriku

Dari situ

Ku belajar menderap

Pada rel kehidupan yang panjang

Aku tidak mahu berhenti menulis

Kerana rel itu belum tamat.

Ummu Hani Abu Hassan

2010.

Saturday, July 24th, 2010

Syukur!

Minggu ini adalah minggu ‘melayan perasaan’. Masuk ke kelas dengan selebar senyuman namun pasti ada anak-anak murid yang perasan akan gurunya ini ‘bukan seperti biasa.’ Alhamdulillah, suami sangat sabar melayan isterinya ini. Tidak putus meniupkan doa di ubun-ubunku agar diriku selalu tenang. Namun, Ustazah Ummu Hani kena kuat bergantung pada Allah!

REZEKI

Aku bukan lagi makhluk yang bersyukur. Selalu sahaja berasa diri tidak cukup dan kurang serba-serbi. Lebih suka melihat yang tiada daripada ada, Dan ujian yang sedikit selalu dirasakan paling berat dan paling menyiksakan!

Namun ALLAH selalu memberiku hadiah dan nikmat. Walau hambaNYA ini setiap hari merungut dan mengikut hati yang tidak terpimpin. Ya Allah, aku bersyukur dengan kemudahan yang kau beri untuk penerbitan buku baruku ini, LUKA SMAJO.

LUKA SMAJO adalah gelodak penulis yang sering sakit+ sihat selama dirinya bergelar penulis. Ku khususkan buku ini untuk cinta2 dalam hatiku, suami, ibubapa, ibu mentua, adik2, adik2 ipar, anak saudara dan seluruh umat Islam.

Tiada ucapan lagi. ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH.

Monday, June 21st, 2010

Siapa Haram?

Bukan dia yang haram

(Cerpen ini telah tersiar di Mingguan Malaysia, 20 Jun 2010)

“Wahai semut, kasihanilah hamba. Hamba ini tidak meminta tinggal di perkampungan kalian. Jika diberi peluang, bukan sahaja menetap di sini, menghirup udara di sini pun, hamba tidak mahu,” hanya kalbuku yang mampu menjerit.

Sejak 10 jam aku menjadi warga dunia, aku belum menatap keindahan. Aku keluar dari perut wanita ibu dengan sentapan kuat seorang lelaki. Tempat mereka memilih untuk melahirkanku adalah tandas kotor di sebuah ladang kelapa sawit. Aku kemudian dibalut dengan sehelai kain batik yang bertengik darah lalu dimasukkan dalam sebuah beg. Beg itu dizipkan.

“Kau tunggu di sini sayang. Aku akan buang ‘cinta’ kita ini di lokasi paling strategik,” kata lelaki yang ‘menyimpan’ aku di dalam beg yang kini teroleng-oleng di tangannya. Lelaki itukah pasangan ibu? Aku menjerit kerana lemas. Lelaki itu membuka zip beg lalu menyumbat mulutku dengan kain yang sama. Beg itu dizipkan semula. Aku menderita.

“Wahai semut, berikan hamba sedikit cinta. Hingga saat ini, tiada siapa yang menyenangi kelahiran hamba hatta matahari pun belum menyambutku dengan cahayanya. Dan kau semut, kau juga mahu menggigit diri hamba?” Aku berbisik kepada sang semut yang ingin masuk ke mataku pula. Semut-semut itu terus melata ke segenap wajahku. Rasa kegelian menyirap dan kesakitan tidak tertanggung. Oh ibu, mengapa kau mahu membunuh anakmu?

Aku ingin menyerah diri. Jika jodohku dengan kehidupan, aku berjanji pada Tuhan, aku tidak mahu menjadi manusia yang kejam. Aku tidak mahu membunuh manusia sesuka hati seperti yang ibu lakukan padaku. Aku juga tidak akan menggigit orang lain dan menceroboh wilayah-wilayah yang bukan kepunyaanku seperti semut- semut kecil ini. Malah, aku tidak pernah terfikir bahawa manusia yang dikurniakan akal fikiran dan perasaan sanggup melakukan kezaliman terhadap manusia lain. Aku tentu dapat memaafkan semut, tetapi ibu? Continue reading Siapa Haram?

Monday, April 26th, 2010

Angin Rindu Sarajevo

dsc_7055.jpg

Puisi ini kutujukan buat abah yang sekarang berada di Langit Sarajevo. Salam rindu dari anakandamu..

Nun cinta telah datang

Membisik pada pohonan

Jangan berhenti berbuah

Kerna kan muncul

Pelangi damai

Di langit Sarajevo

Dakwat telah menitiskan

Saudara dan ukhwah

Bukan lagi darah

Pergilah kepada cintaNYA

Sarajevo

Kau di hatiku

Tidak pernah pudar pesonamu

Nian Islam

Syahadah dan cintaNYA

Tuhan

Kami rindu AgamaMU..

Terus kekal

Di langit Sarajevo

Wednesday, April 14th, 2010

Anak Mileu



Bukankah kau yang kunampak

Sedang menghirup kopi US

Di hotel ternama

Pada waktu Magrib ketika azannya?

 

Kaulah yang aku nampak

Sedang bercumbu asmara

Di tasik kota dengan gadis genit

Pada terik zohor Jumaat

 

Aku nampak kau sedang berbaring

Saat Subuh memanggil

Dan gebarmu makin menutup

seluruh tubuh

 

Pagi tadi, kau di sebelahku

Kita sama-sama menjerit

‘Jangan hina agama kami’

Pada orang-orang yang mengacau itu.

 

20 Jan 2010 / Di bilik Rasa

 

 

Monday, March 22nd, 2010

Buah Hati Ketujuh..

 22032010632.jpg

Ada beberapa perkara yang menguatkan saya untuk menulis novel ini..

1. Apabila melihat adik-adik remaja ghairah mahu terjebak ‘dunia hitam’ tanpa mahu berfikir panjang.

2.Saya juga selalu berfikir,

A. Kenapa ibubapa ada yang ‘berjaya’ membimbing semula anak-anak ke pangkal jalan, dan sebahagian ibubapa, ‘tidak berjaya’? Apakah formula kejayaan itu, dan asbab kegagalan itu?

B. Apakah perasaan seorang wanita tua yang akan menjalani hukuman tali gantung, barangkali ingin menceritakan kepada remaja di luar agar tidak mengulangi kesalahannya? Mungkin.

Dan ada satu kekuatan untuk saya menyelesaikan manuskrip ini iaitu:

“Saya teruja sekali mendedikasikan buku ini untuk suami tercinta, kerana permulaan tulisan ini,  saya masih ‘anak dara’ dan pengakhirannya, saya telah menjadi seorang isteri kepada Ahmad Dhiak bin Abdul Hashim. Jadi saya telah berjanji pada suami untuk menghadiahkannya sesuatu iaitu Surat Ibu Dari Penjara:) Alhamdulillah. ”

Anda semua tidak rugi memilikinya jika niat anda ingin menambah ilmu dan pengalaman orang lain:)

Boleh dapatkannya sekarang di Gerai Galeri Ilmu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hingga 28 Mac ini, atau hubungi saya di senyum_sokmo2@yahoo.com (013-7172084)

Saturday, March 6th, 2010

Menulis Puisi Cinta

 dsc_8257.JPG

Bersama tok, Hajah Piah Ismail

Saya jarang menulis puisi cinta sebelum ini, tidak tahu berikan pada siapa dan kadang takut memberi kepada orang yang silap. Selepas berkahwin, suami menjadi sasaran ‘tembakan’ puisi rindu, cinta, sayang saya padanya. Ini salah satu nikmat pernikahan dan saya mohon, moga-moga ianya dinilai sebagai ibadah kerana mencintai suami dan semakin bertambah cinta kepadanya setiap hari. amin

20122009354.jpg

Bersama datuk, Lebai Husen

SUAMIKU,
Cintamu padaku ibarat
sang mentari yang menerikkan cahayanya
agar makhluk tetap hidup

Abang,
Cintamu padaku
Ibarat waktu yang tak pernah berhenti
walaupun sedetik

Abang,
Dirimu dan cintamu
Izinkan kupeluk di hati
yang sentiasa bahagia
menjadi isterimu.

17 Feb 2010

21122009359.jpg

Abang dan mak, Ustazah Fatimah

ANGIN RINDU BUAT SUAMI

Di kala panas menggigit bumi
Ia mendidihkan hangat rinduku padamu
Tidak padam
Hanya apabila basah kata-katamu
lewat telinga dan mataku
Rinduku kemudiannya mencair
Namun ia tak berhenti berulang
sampai bilakah akan kutanggung rindu ini?
Sehingga aku hangus oleh api rindu
Atau aku lemas dalam lautan rindu

Kepadamu suamiku.

17122009352.jpg

PUISI SETIAP HARI UNTUK SUAMI ;0

Abang..I LOVE YOU

Monday, March 1st, 2010

KAPSYEN

Selalu sangat rindu hadir pada Damsyik. Dan ini bukti rindu

Kapsyen
Oleh: Ummu Hani Abu Hassan

syria-bumi-peliharaan-allah-yang-kaya-dengan-tamadun-manusia.jpg

Bumi Damsyik yang padat

Jalan di Medan Mahyudin setiap hari dipadati ragam makhluk yang hidup dalam dunia masing-masing.

Seorang lelaki tua, keluar dari Jamik Hanabilah, di tangannya adalah tongkat dan tasbih. Dalam pakaian musim sejuk, terhinggut-hinggut membawa kakinya mendaki lereng Suq Jumaat. Rumahnya terletak di jadat yang agak tinggi. Tetapi dia percaya, setiap gerakan kaki, sepicing sedutan nafas, dan patah-patah zikir di bibirnya akan dikira ibadah. Ketuaan dan keuzuran akan memberi bonus kepadanya. Pandangan Pencipta kepadanya adalah rasa belas dan cinta. Dia tidak menghiraukan apapun di sekelilingnya melainkan dia mencintai Penciptanya dan PenciptaNya membalas cintanya.

Seorang lelaki, berusia 50 tahun, pagi-pagi sudah tercegat di hadapan kedai kasutnya. Sewaktu berjalan menuju ke kedainya yang berada di pusat Suq Jumaat, dia sempat menjeritkan, “Pergilah kau hutang!!” Masalah hutang telah membelengu dirinya selama dia berkahwin. Dia berkahwin pada umur 35 tahun, bermakna dia telah menanggung hutang selama 15 tahun. Dia berhutang kerana mahu berkahwin. Harga hantaran isterinya 80 ribu lirah, tidak termasuk rumah, perabot, kenderaan dan hadiah-hadiah sampingan lain yang ke semuanya berjumlah hampir 200 ribu lirah.

dscn1200.jpg

Buah epal dijual sekilo RM1.70 (25 Lirah)

Dia terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menamatkan hutangnya itu; pagi hingga ke tengah hari mencuci kasut, petang hingga ke malam membawa teksi dan pada hari minggu menjadi pemandu pelancong. Rasanya, jika isterinya seorang yang rajin dan berilmu, tidaklah dia berkeluh-kesah dengan pekerjaan yang banyak tetapi masih tidak mengurangkan hutangnya. Isterinya adalah seorang yang bertuhankan kecantikan, kedekut dan penambah hutangnya.

dscn1542.jpg

 Kanak-Kanak antara makhluk tercomel di Syria

Seorang kanak-kanak berlari laju hampir-hampir melanggar si tua yang sedang berzikir, terkedek mendaki bukit. “Ya Allah..cintaku..cintaku..” kata si tua tergigil bila tongkatnya terlepas dari tangan. Kanak-kanak itu mengetap bibir. Apabila pandangannya bersatu dengan pandangan lelaki di depan kedai kasut, kanak-kanak itu segera menghampiri si tua. “Datuk, maafkan saya. Hari ini saya akan mendapat keputusan peperiksaan, hati saya telah sampai dulu di sekolah, saya mengejarnya,” kata kanak-kanak membetulkan tangan si tua agar menggenggam tongkat dengan betul. “Pasangkan mata di kakimu!” jerit lelaki si pencuci kasut kepada kanak-kanak tersebut.  Lelaki tua mengangkat tangan, menyabarkan. “Kanak-kanak begitulah. Allah…Allah..” Si tua kembali berjalan dan berzikir. Si lelaki pencuci kasut masuk semula ke dalam fikirannya; hutang dan isterinya yang malas di rumah. Dia sempat mengerling kanak-kanak yang kini berlari laju tanpa menghiraukan khoruf (kambing biri-biri) yang baru tiba dari ladang.

dscn1203.jpg

Mata Khoruf

Mata seekor daripada 50 ekor khoruf kelihatan sayu. Ia berasa sedih kerana telah dipisahkan daripada kampung halamannya di Utara Syria. Rumput-rumput segar di sana tidak sepadan dengan udara kering Damsyik. Memanglah dirinya diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Rasanya, ia antara makhluk yang tidak dapat ditandingi manusia dari sudut berbuat baik kepada makhluk lain. Selama ini ia tidak pernah menggariskan apa khidmatnya yang telah diberikan kepada manusia. Hari ini, kalbu biri-birinya terdesak berfikir. Apabila ia disembelih sebentar nanti, pertama, manusia akan melapah kulit daripada isinya. Kulitnya akan dibuat pakaian atau tilam. Isinya akan dimakan dengan pelbagai menu; sup, kari, sate, dan kebab. Bahagian kaki dan tulangnya akan dipanggang. Tinggal apa lagi? Ada juga kepercayaan dari kalangan manusia lelaki bahawa ekornya boleh meningkatkan nafsu batin mereka, maka ekornya turut direbuti. Gigi dan matanya? Ia turut dimasukkan dalam kawah sup. Ia tidak mensia-siakan satu incipun daripada badannya untuk dikuburkan. Terbukti maruah dan nilai dirinya adalah tinggi untuk manusia. Tetapi berbaloikah jika ketika menyantapi tubuhnya nanti, manusia tidak bersyukur dengan membaca bismillah? Si khoruf berasa mahu menangis. Continue reading KAPSYEN

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com