Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Kembara Ke Solo Category

Saturday, May 30th, 2009

SEKATEN, Cantuman Budaya Islam dan Jawa

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan
Kesempatan menghadiri upacara Maulidur Rasul 1430 Hijrah di Keraton Surakata (Solo), Indonesia memberikan pengalaman unik kepada penulis. Walaupun di kebanyakan negara Islam, kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut penuh kesyukuran dan meriah, namun, masyarakat Jawa khususnya di Solo dan Yogjakarta menyambutnya dengan pencatuman adat tradisi yang kuat.

Nama SEKATEN

Sekaten berasal daripada kalimat Syahadatain yang bermaksud dua kalimah syahadat.
Menurut catatan sejarah, para wali songo mengadakan perayaan Maulidur Rasul selama tujuh hari bermula 5 hingga 12 Rabiul Awwal setiap tahun bagi menarik masyarakat Jawa kepada Islam. Pelbagai acara menarik disusun termasuklah persembahan muzik gamelan ciptaan Sunan Giri dan Sunan Kalijaga. Bagi masyarakat yang ingin menyaksikan persembahan tersebut, mereka dikehendaki mengucapkan dua kalimah syahadah. Setelah berabad lama, kalimah Syahadah bertukar kepada istilah yang lebih serasi dengan masyarakat tempatan iaitu Sekaten.

g3.JPG Continue reading SEKATEN, Cantuman Budaya Islam dan Jawa

Sunday, April 12th, 2009

Hanya Sebelah Kaki

dsc_0504.JPG

Pagi di Jakarta Selatan

Tidak puas! Itulah yang kurasakan sedang bertarung dalam hatiku kala tubuh mengharungi lekuk kesibukan Jakarta Selatan menuju ke pusat Bandar seterusnya ke Bandara Sukarno-Hatta. Awal 9 pagi, motosikal bertalu-talu masuk ke jantung Jakarta, tidak kurang bis (bas) dan kenderaan mewah. “Apa yang Ummu dapat sependek satu malam di sini?” tanya Pakcik Saifullah aka Drs Saifullah Skamali di bahagian depan tubuh Rusanya. Aku menjeling Makcik Munifah aka Dr Munifah di sebelah, juga tersenyum padaku. Apa ya?
dsc_0519.JPG

Aura PEMILU kian hangat

“Pertama, pengalaman memijak hanya sebelah kaki di Jakarta telah menemukan ummu dengan perkara-perkara baik di sini, mungkin kerana niat pun baik. Berbanding apa yang Ummu baca dan dengar tentang kota antara terpadat di dunia ni. Alhamdulillah, masa masuk ke bandara, tak berjumpa pula Ummu dengan pegawai kastam yang minta ‘tip’nya seperti pengalaman kawan Ummu (terpaksa bagi ‘tip’ untuk keluarkan barang-barang dari kargo). Makanan yang dicicip tanpa rasa waswas dan enak bangat (walaupun dalam hati terbayangkan sup ‘tikus’ yang diwajahkan ayam), pembangunan Jakarta yang tidak seimbang menjarakkan yang kaya dan yang miskin, wajah demokrasi yang warna-warni semeriah parti-parti yang bertanding (38 parti)  juga ramah-tamah Indonisey bila tau kita orang Malaysiee.” Continue reading Hanya Sebelah Kaki

Saturday, March 21st, 2009

Poket Kembara 3


Kita Belajar dan Dipelajari

Buat apa terlalu membaca sejarah negara lain sedangkan sejarah Malaysia sendiri pun masih berbirat tidak di ingatan? Itu pertanyaan pada diri sendiri ketika mahu menulis entri kali ini. Di sapa angin petang (dari kipas di atas kepala dan lorong tingkap di belakang saya), menggemburkan rasa kerinduan kepada pengalaman-pengalaman hidup. Sewaktu hidup merantau di Damsyik selama tiga bulan (Dis 2006- Mac 2007), saya bertuah menjadi seorang ‘Maliziyeh’ (orang Malaysia). Kata ramai muslimat
Suriyeh’(Syria), “Anti Maliziyeh? Masya Allah, Maliziyeh Jamilah wa akhlaqukum jayyidah. Malizia biladil Islam wa biladil agniya’” maksudnya- Kamu orang Malaysia? Masya Allah, Orang Malaysia cantik dan akhlak mereka juga baik. Malaysia negara Islam dan negara orang-orang kaya.”

Kata-kata itu mungkin terlalu bombastik di pendengaran orang seperti saya yang selalu ‘tidak puas hati’ dengan pemerintah negara sekarang, terutama pada ayat ‘Malaysia negara Islam’. Tetapi, kerana rasa ‘muru’ah’ dan watoniah (cintakan negara), saya mengucap tahmid Alhamdulillah. Di pandangan masyarakat luar terutama negara blok Timur dan Asia, Malaysia dianggap ‘big personallity’ terutama pada dekad 90-an. Negara kita yang keluasaannya adalah seperti sebuah pulau ‘Jawa’ di Indonesia (Indonesia memiliki kira-kira 17000 buah pulau) dengan kapasiti penduduk yang kecil, sudah mampu ‘memcengangkan’ dunia. Saya bangga sekali berkata kepada guru al-Quran saya di Syria, “Hazihi sayyarah sona’at min Malaysia,” maksudnya lebih kurang- Kereta ini buatan Malaysia’ ketika kereta Proton Waja, Proton Wira dan juga Kelisa banyak menjalar di jalanraya Damsyik. Sedang Syria, sebuah negara Republik Sosialis yang berkembar dengan Jordan, Turki, Iraq dan Palestin, belum mampu mengeluarkan produk automobilnya sendiri. Di tika kegawatan ekonomi dunia seperti sekarang ini, Arab Saudi turut mengajak Malaysia berganding bahu mengatasinya. Banyak negara mahu belajar dari Malaysia (termasuk Indonesia) pengalamannya berhadapan kemelut ekonomi pada tahun 1998 lepas.

dsc_0731.JPG

Murah. Buku bagus dengan harga RM3- diambil pada 8 Mac 2009
Indonesia kini telah menanggalkan pakaian ‘keabangannya’ (yang dulunya berjenama big brother di kalangan negara ASEAN) lalu diberikan kepada adik ‘kecilnya’ Malaysia. Ia satu hakikat walaupun amat memalukan namun terpaksa diakui oleh rakyat Indonesia. Continue reading Poket Kembara 3

Monday, March 16th, 2009

Tujuan Kembara

 dsc_0670.JPG

Inilah Rombongan kami yang ramai. (lima dan enam dari kiri adalah Pak Imam Mujahid dan Ustaz Sugeng yang sangat berusaha dengan kedatangan kami). Shh..aku seorang yang ‘bujang’ dalam gambar, mudahan mendapat keberkatan mereka yang lain, amin.

Ada yang menerka tujuan aku ke Republik Indonesia tempoh hari ada kaitan dengan menjejak ‘syarikah hayati’..masya Allah, anda silap sama sekali!

Aku telah memulai sebuah persahabatan yang luhur. Dengan banyak persahabatan yang dimulai sebelum ini, ada juga yang gugur di tengah jalan. Saidina Ali Karomallahu wajhah mengatakan amat malanglah bagi mereka yang tidak mempertahankan persaudaraan terutama sesama Muslim. Kerana keterbatasan waktu dan keluar-biasaan tanggungjawab, menyebabkan kaki sudah termasuk di kalangan golongan malang. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi insan-insan yang pernah muncul dalam hidupku walau hanya saling membalas senyum, amin.

Sebelum masuknya tahun 2009, satu matlamat telah muncul iaitu menziarahi Pakcik Saifullah sekeluarga dan menjejak semula Kota Solo-Mantingan. Ada target untuk menulis suatu kisah (yang harapnya menjadi sebuah novel) dengan latar tempat-tempat ini (terutama Pesantren Modern Assalam Gontor Putri). Sebetulnya aku telah jatuh cinta pada kehidupan santriwati yang mana ia mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak dulu (ketika bersekolah al-Arqam di Kg. Sg Pencala dan Seremban serta menekuni ilmu ala pesantren di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena). Aku ingin kembali ke dunia ilmu yang tidak dibatasi ‘peperiksaan’ dan matlamat ‘makan gaji’. Aku ingin menuntut ilmu yang menjadikan aku manusia yang mengenal Tuhan. Di sana, walaupun hanya dua hari, cita-citaku nampaknya semakin dekat. Continue reading Tujuan Kembara

Saturday, March 14th, 2009

Masjid Agung Al-Azhar

 dsc_0342.JPG

Masjid Agung Al-Azhar Indonesia

“Kita akan bersolat di sini kemudian bolehlah lihat-lihat Universiti tempat saya bekerja, Universiti al-Azhar Indonesia,” kata Pakcik Saifullah. Kami baru sahaja makan di Rumah Makan Cahaya Bringin Jaya yang berhadapan dengan Masjid Istiqlal, kemudian bergambar di depan Monumen Negara aka MONAS. “Apa yang ummu inginkan dari Jakarta sependek satu hari?” “Buku..,” jawabku.  Makcik Munifah mengatakan tujuan itu bertepatan dengan hadirnya acara Pesta Buku Islam di Gelora Sukarno yang sedang berlangsung sekarang.

Rusa Pakcik memasuki perkarangan masjid. Kelihatan para pelajar sekolah rendah dan menengah sedang berkecamuk menunggu waris datang menjemput mereka. Masjid Agung al-Azhar tersergam indah nan putih. Menurut pakcik lagi, para pelajar di Sekolah al-Azhar yang bersebelahan dengan masjid tersebut merupakan anak golongan atasan di Indonesia. Sekolah itu termasuk sekolah swasta Islam yang paling terkenal dan unggul. “Anak Krisdayanti pun bersekolah di sini,” kata beliau. Aku sempat melirik wajah anak-anak yang berpakaian putih dan berskirt labuh warna kelabu biru (bagi wanita) dan berseluar kelabu biru (bagi lelaki). Wajah pan-asian kebanyakan.

dsc_0353.JPG

Susunan begini mengingatkanku pada al-Haramain.

Penubuhan Masjid Agung al-Azhar adalah usaha para pendukung Parti Islam Masyumi (Majlis Syura Muslimin Indonesia) termasuk Allahyarham Buya Hamka. Yang memberikan nama al-Azhar ini adalah Prof Dr Mahmud Shaltut, rektor Universiti Al-Azhar, Cairo. Ruang sembahyang lelaki dan wanita di tingkat atas hanya dipisahkan dinding kayu separas pinggang. Bermakna, ia terbuka. Al-Quran disusun dalam almari yang membulati setiap tiang bangunan mirip suasana Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Manakala tingkat bawah dikhususkan untuk ruang pejabat pentadbiran, dewan seminar, kedai dan pusat aktiviti.

dsc_0347.JPG

Ruang solat lelaki dan wanita

“Ya Allah, kubersujud kepadaMu di sini, berkatilah para pembina masjid dan tetamuMu di sini, mereka yang menyemarakkan dengung Islam di kota elit Jakarta. Ya Allah, teruslah membimbing hambaMu ini dengan rotan kelembutan dan payung cintaMu. Permudahkanlah setiap yang aku lakukan, dalam urusan agamaku, ilmuku, jodohku dan keluarga serta keturunanku. Putikkan rasa cintaku kepada kekasihmu Muhammad SAW. Semoga aku meninggal dunia dalam nafas terakhir husnul Khotimah. amin..”

dsc_0354.JPG

Jenis Khat memenuhi dinding masjid.

Makcik Munifah dan Huda menunggu aku menyegarkan muka yang kerap berminyak. Dapat menunaikan solat bermakna badanku dapat segar sediakala. Makcik mendahului aku dan Huda turun ke bawah masjid.  Dari atas tangga yang tinggi dapat kuperhatikan blok bangunan Universiti al-Azhar Indonesia. Ia berada dalam kawasan komplek yang sama dengan Masjid Agung al-Azhar. Di situlah pakcik Saifullah mengabdikan diri sebagai pensyarah Bahasa Arab.

dsc_0361.JPG

dsc_0358.JPG

Kami tidak menghabiskan masa yang lama di sini kerana buku-buku telah memanggil di Islamic Book Fair Jakarta di Istora Gelora Bung Karno. Buku apakah yang telah berjaya kuhabiskan setelah membelanjakan hampir separuh bekalan kewanganku  di Indonesia? Nanti kusambung resensinya, insya Allah.

Saturday, March 14th, 2009

Poket Kembara 2

Dakwah Dalam Pesawat

Barang yang dibawa tidaklah banyak tetapi yang memberatkanya ialah buah tangan untuk teman-teman di Jakarta dan Solo iaitu Majalah Anis dan buku-buku saya sendiri. Terima kasih kepada Cik Juwairiah Hasan aka Kak Ju kerana meminjamkan beg galas belakang (yang pernah dibawanya ke Sepanyol dan Turki dalam rangka kerjanya sebagai wartawan rancangan Dokumentari Syahadah RTM1) kepadaku. Barang-barang lain adalah kamera DSLR  (Digital Single Lense Reflect) jenama NIKON milik abah (yang dipesan berkali-kali: jaga elok2), buku catatan, passport, duit sejuta rupiah lebih (wah! Jutawan) dan dua buku proses kreatif karya Hizairi Othman (konon nak baca untuk tesis tapi..ambil berkat sahajalah)

Pesawat Air Asia Kl-Jakarta no QZ701. Duduk sebelah gadis Indonesia kelahiran Semarang bernama Alfiatun Rahmah dan temannya. Sebaik terenap di kerusi 10C, sudah bercadang membaca Majalah Anis (majalah syarikat tempat aku bekerja). Aku perasan, gadis sebelahku tersenyum dan memerhatikan diriku lama. Aku tidak lokek membalas senyumannya dan kami terpana dengan senyuman masing-masing. “Mbak orang Malaysie?” tanyanya. Saya mengangguk. Hampir separuh penumpang pesawat adalah rakyat RI (Republik Indonesia) termasuk pilot dan anak2 buahnya (pramugari/gara). Mungkin gadis ini maklum setelah seorang petugas kapal menyerahkan borang untuk diisi oleh pelancong luar yang masuk ke Indonesia.

Perbualan makin diransang apabila si gadis bertindak sebagai ‘wartawan’ ke atasku. “Mbak mahu ke mana di Jakarta? Tujuan apa? Seorang diri sahajakah? Siapa yang jemput di bandara nanti? Di Malaysia tinggal di mana?” dan soalan akhirnya, “Cantik ya pakai tudung..saya punya keinginan tetapi..” setelah itu menyusul perkongsian cerita di antara kami hingga tidak sedar pesawat sudah tiba di destinasi.

Ceritanya..
Namaku Alfiatun Rahmah. Bisa dipanggil Alfi. Umurku baru 19 tahun dan bekerja sebagai pembantu rumah bagi pasangan Kristen Hindu di Damansara tahun lalu. Sekarang, aku mau pulang ke rumah di Semarang. Mbak, aku punya persoalan, bagaimana Tuhan memandang manusia itu  sama ada dia Islam atau bukan Islam? Kerana aku seorang Muslim, tetapi dipautkan kepada kesusahan, apakala tuan tempat aku bekerja, mereka hidup dalam limpahan kasih sayang dan kemewahan. Mereka juga orang-orang yang melakukan kebaikan pada orang lain, apakah Tuhan menilai kebaikan mereka sedang mereka musyrik? Continue reading Poket Kembara 2

Wednesday, March 11th, 2009

Hatiku Disihir Jakarta

Poket kembara Satu
dsc_0296.JPG

Patung ‘Selamat Datang’ ke Jakarta.

Tabiat berjalan dan mengembara ini sedikit demi sedikit menguasai diriku. Sejak bulan Disember 08, telahku tempah pesawat Air Asia KL-Jakarta, Solo-KL dengan harga ketika itu agak murah RM280 dua hala. Ini adalah niat yang lama kupendam setelah tidak berkesempatan mengunjungi Pesantren Darun Najah, Jakarta Selatan lewat ziarah aku dan emak ke Solo April lepas. Drs Saifullah dan isterinya Dr Munifah (kupanggil mereka pakcik dan makcik), dua insan yang kuanggap seperti ibubapa menebarkan senyuman gembira melihatkan aku telah terpacak di hadapan mereka kala tiba di Bandara Soekarno-Hatta pada 4 Mac 2009.
dsc_0292.JPG

Majalah Anis yang dibelek dulu oleh Makcik dan Huda sebaik menyambutku di bandara.

dsc_0297.JPG

Kemodenan ‘kayangan’ Indonesia.

“Hari ini, anakanda Ummu akan kami bawa pusing-pusing Jakarta hingga capek (penat)” kata mereka diiringi puteri bongsu, Si Huda yang pemalu. Jakarta dalam suhu 30-33 celcius memberikan kemesraan matahari yang terik. Pakcik menyediakan kenderaan gratis (percuma) buatku iatu kereta Rusanya dan seorang pemandu. Termasuk diriku, kami lima orang semuanya siap meredah ke jantung Jakarta. Bandara (terminal atau airport) masih terletak di pinggiran utara Ibu Negara Indonesia letaknya di luar bandar Jakarta. Ianya termasuk provinsi Banten, di Tangerang. Ruas kesibukan tidak begitu terasa. Namun, terminal utama Indonesia ini mengekalkan ciri tempatan yang sempurna dengan bumbung cengal asli dan menawan. Yang paling peramah menyapaku adalah bendera warna-warni sepanjang jalan. Ini adalah fenomena sebelum ketibaan Pilihan Umum Indonesia (PEMILU) atau di Malaysia di sebut Pilihanraya Umum tanggal April nanti. Sempat mataku menangkap parti-parti popular yang sekarang bergengsi di tampuk Republik Indonesia; Parti Demokrat dengan tema bintang tiga merah putih (apakah celupan parti Demokrat AS aka Bush?) digenggam gagah sang presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), diikuti bendera Merah berkepala lembu tajaan Parti PDI Perjuangan gagasan anak Allahyarham Sukarno, Megawati Sukarnoputri dan Parti Golkar pimpinan wakil presiden sekarang, Yusuf Kalla. Menurut makcik, lebih kurang 30 parti akan bertanding merebut jawatan baik diperingkat negeri (provinsi) dan negara seterusnya presiden. Indonesia selepas kejatuhan Suharto pada tahun 1998 telah memunculkan empat presiden iaitu Bj Habibi, Gus Dur, Megawati dan SBY.
dsc_0303.JPG

Uniknya MPR (Majlis Permesyuaratan Rakyat) mengiktiraf banyak parti di Parlimen Indonesia. Bendera parti-parti berkibar tanpa pesimis satu sama lain.

Tertanya-tanya, apakah buah tangan mantan presiden dan SBY sekarang  yang dibawa ke jagat Indonesia? Apa boleh dilihat dari kerlipan fizikal Jakarta? Hanya Jakarta?

dsc_0319.JPG

Masjid Istiqlal yang paling besar di Asia Tenggara. Di sini juga terdapatnya pejabat Majlis Agama Islam Indonesia.

Continue reading Hatiku Disihir Jakarta

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com