Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

PALESTIN Category

Wednesday, June 9th, 2010

Remajaku Jangan Lupakan al-Quds!

Remaja muslimah Gaza

Hari ini, jika ada di kalangan kita yang terlebih makanannya, usahakan jangan membazir atau dibuang begitu sahaja. Berfikirlah untuk menyumbang RM1 setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan untuk sahabat-sahabat kita di Palestin. Tanamkan kesedaran kepada saudara dan teman-teman kita yang lain untuk membaca sejarah dan mengambil iktibar daripadanya. Kurangkanlah rasa berseronok dan membuang masa di depan televisyen. Lebihkan masa dengan menelaah buku dan memahami tafsir al-Quran. Hanya ilmulah yang boleh mengangkat kembali martabat kita yang dulunya adalah umat yang paling gagah dan kuat menguasai zaman. Tolehlah sebentar pada kenangan Islam menguasai 2/3 bumi Sepanyol. Insafilah kegemilangan tentera Salahudin al-Ayubi kala dahi-dahi mereka mengucup lantai Masjidil Aqsa tanpa gangguan musuh.

Selagi umur dan nyawa mengalir, kita tidak seharusnya berputus asa untuk mengubah akhlak diri. Resam remaja Gaza harus diktibari remaja di Malaysia. Jika dahulu, mereka (remaja Palestin) pernah bersengketa sesama-sendiri, menjadi umat yang malas dan meninggalkan syariat Islam, wajah mereka kini mulai berbasuh titik taubat. Para remaja Palestin rata-rata menyarung pakaian jihad dan kembali menghayati Islam. Di rempuhan mortar rejim Zionis, mereka terus melangkah ke daerah ilmu. Lihatlah, walaupun Palestin bumi yang tidak kering darah perjuangan, banyak sekolah dan universiti didirikan. Kanak-kanak tadika sekalipun, masih membaca buku walaupun jet pejuang Israel sedang melintasi bumbung rumah mereka. Begitulah kuatnya jiwa generasi muda Palestin kini.

Wahai remajaku, mulakanlah perubahan dirimu berdikit-dikit. Jika tidur selepas Subuh itu memakan waktu luangmu, hentikanlah. Jika merokok itu merosakkan kesihatanmu, hentikanlah. Jika berhibur itu melalaikanmu dari mengingati Allah, maka kurangkanlah. Kita perlu mengubah silap yang kecil-kecil itu dahulu sebelum kita berazam untuk pergi berjihad syahid di bumi Palestin.

Thursday, June 3rd, 2010

Apa Tindakan Kita Sebagai Muslim?

Alhamdulillah, Allah SWT memberi peluang kepada kami mendengar kuliah tentang kezaliman Yahudi/ Israel oleh Al-Fadhil Ustaz Zainul Asri Hj Ramli dan Cikgu Abu Hassan Morad di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah baru-baru ini. Di sini saya nukilkan beberapa tindakan yang digariskan al-fadhil ustaz untuk umat Islam terhadap Yahudi laknatullah.

1. Bangun pagi dengan azam untuk tidak menyumbang apa-apa kepada Yahudi serta menyekat kemaraan mereka. (Misalnya rokok, barang2 keluaran Yahudi serta stesen minyak yang ada kaitan dengan mereka).

2. Solat hajat dan doa moga dihancurkan segala tipudaya dan serangan Yahudi/ Israel.

3. Solat Subuh berjemaah di masjid. (Yahudi amat takutkan apabila umat Islam menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid seperti solat Jumaat)

4.Setiap hari membaca, mempelajari dan memahami al-Quran.

5. Memastikan sunnah Rasulullah SAW diutamakan dan diamalkan.

6.Tanamkan dan sebarkan kesedaran indahnya hidup beragama melalui SMS, email, CD, risalah, blog dan lain-lain.

7. Hadiri majlis ilmu atau membaca bahan bacaan yang mengukuhkan kefahaman kita tentang kejahatan dan tipudaya Yahudi kepada orang Islam.

8.Ziarah dan bertanya khabar (sms atau email) sesama Muslim.

9. Memperuntukkan sumbangan kepada tabung kebajikan dan dakwah setiap hari.

10. Sedaya mungkin memboikot barangan yang ada kaitan dengan ekonomi Yahudi.

11.Menyokong dan menyertai mana-mana aktiviti bantahan kepada Yahudi.

12. Memboikot semua rancangan media yang berbentuk hiburan maksiat serta merosakkan akhlak remaja Islam.

13. Menjalankan program yang membina iman ahli keluarga.

14. Membantu menjayakan program di masjid bagi menyemarakkan roh Islam.

15. Memperbanyakkan bacaan doa Qunut Nazilah

16. Bermuhasabah tindakan setiap hari, apakah menguntungkan Yahudi? Kemudian beristigfar dengan dosa serta berazam tidak akan memberi apa2 sumbangan kepada Yahudi.

PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLI KELUARGAMU DARI API NERAKA.

Monday, February 2nd, 2009

Remaja Malaysia vs Remaja Palestina?

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan
sam_0265.JPG

Alangkah dahsyatnya kebencian ini! Hari-hari yang berlalu di tahun 2009 melembarkan catatan luka rakyat Palestin di Wilayah Gaza akibat legasi kezaliman rejim Israel lebih enampuluh tahun yang lalu. Terbaharu, peperangan yang dilancarkan Israel ke Tebing Gaza bermula 27 Disember 2008 hingga kini meragut lebih 1200 nyawa, 400 daripadanya adalah bayi dan kanak-kanak. Manakala, 5000 orang cedera dengan 1.5 juta yang lain terperangkap kelaparan dek sekatan ekonomi AS dan proksi Zionis lain ke atas Palestin.

Yang dilampirkan di media massa adalah rentungan mayat akibat bedilan roket dan mortar, sesetengahnya tertimbus balik runtuhan rumah, bangunan sekolah, masjid dan hospital. Wajah ibu meratapi kehilangan anak dan suami, wajah sunyi seorang sahabat di sebelah mayat sahabatnya yang berlubang di dada, jantung, kepala atau bahagian tubuh lain. Paling menyayatkan, pucat sang syahid ‘comel’ yang belum mengerti tentang kehidupan, terpaksa menanggung kematian ngeri di tangan syaitan zionis. Bilakah kesengsaraan penduduk Palestin itu akan berakhir?
sam_0041.JPG
Bagi para remaja di Malaysia, ramaikah di antara kalian merasai keperitan yang ditanggung umat Palestin? Sekurangnya mempunyai iris simpati dan doa jihad buat mereka. Yang membezakan kita dan mereka adalah ruang geografi yang aman. Yang menyamakan kita adalah aqidah dan iman. Justeru, tidak seharusnya musibah kezaliman Israel hanya ditempiaskan pada lafaz kasihan semata tanpa menghulurkan sedikit bantuan, kerana antara kita dan mereka, kita jauh lebih selesa dan mewah. Continue reading Remaja Malaysia vs Remaja Palestina?

Wednesday, January 28th, 2009

Ibrah Buat Penakluk al-Quds

BAHAGIAN DUA
Ilmu dan ilmu dan ilmu!

masjidil-aqsa-yerusalem.jpg

Pada zaman Bani Umayyah, orang Islam terkenal sebagai pedagang. Merekalah yang mempelopori industri usahawan ke seluruh blok Timur dan Barat. Al-Andalus menjadi kota elit akibat kepesatan ekonomi eksport dan importnya dari pelbagai sektor termasuk pertanian dan perkapalan. Wujudnya industri perkapalan telah merancakkan lagi aktiviti perdagangan merentasi benua Afrika dan Asia. Barangan eksport tempatan berupa hasil pertanian, tenunan, pakaian bulu, periuk tembikar, tanah liat, logam, kraftangan dan lain-lain. H. Heaton dalam buku Economic History of Europe menyimpulkan bahawa, “Jika orang utara ingin mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang sains, perubatan, pertanian, perindustrian atau kehidupan bertamadun, dia mesti belajar dari orang Islam di Sepanyol.”

Dalam komuniti penduduk Sepanyol, majoritinya adalah Kristian. Manakala para pendatang Arab merupakan minoriti pemerintah dan dihormati. Ini bertitik daripada budaya keintelektualan serta peradaban orang-orang Islam yang lebih maju berbanding Eropah. Orang-orang Islam abad ke 8 dan 9 melalui pasca zaman yang masih hampir dengan zaman para sahabat Rasulullah SAW. Nuansa tarbiyah rasul dirasai dan terus dipraktiskan terutama selepas penjilidan al-Quran dan Hadith dalam bentuk bertulis. Orang Islam sangat akrab dengan lima konsep ini; ilmu, keadilan, ibadah, khalifah dan waqaf.

Menjadi orang Islam automatik anda menjadi orang berilmu. Ilmu yang pertama adalah apabila individu itu mengetahui bahawa hanya Allah SWT Tuhan dan Pentadbir alam ini lalu meyakininya. Menurut Ziauddin Sardar (1995), konsep ilmu bukanlah suatu gagasan yang bersifat elitis. Ia tidak dimonopoli individu mengikut hieraki tertentu atau jenis kelamin tertentu. Ilmu Islam adalah untuk dipelajari semua manusia mencakup segala dimensi ilmu pengetahuan kemudian menyebarkannya. Walaubagaimanapun, Islam tidak memisahkan ilmu dengan keadilan. Menuntut ilmu pengetahuan sama pentingnya dengan menuntut keadilan. Saidina Uthman Affan R.A, meyakini bahawa umat Islam di zamannya memiliki keupayaan menghafaz al-Quran serta memahaminya, namun atas rasa keadilan, baginda mengarahkan supaya al-Quran dan Hadis dijilidkan. Alasannya supaya bahasa al-Quran dan Hadith tidak dirasuki bahasa dialek masyarakat Islam yang mulai berkembang ke serata dunia. Langkah berikutnya, para cendiakawan Islam dalam bidang Hadith diminta untuk mencipta teori khusus mengklasifikasikan Hadith Rasulullah SAW agar tidak tercalar kesuciannya. Continue reading Ibrah Buat Penakluk al-Quds

Tuesday, January 20th, 2009

Tahniah dari Puzi Hadi

Nota buat rakyat Amerika

bush-king-abdullah.jpg

(Tahniah le Malik Abdul Aziz sanggup pegang tangan Bush yang dah bunuh berjuta-juta orang Islam)

TAHNIAH! Anda memilih George W. Bush Jr. semacam George Bush Sr. memimpin Amerika Syarikat. Mereka berdua (bapa borek anak rintik) membeli atau menjual saham Perang Teluk II (2003) dan Perang Teluk I (1991).

TAHNIAH! Anda mempunyai presiden berahli silap mata, plagiarisme, pemutar belit dokumentasi sehingga ucap katanya memukau PBB dan sekutu Britain, Australia dan Sepanyol. Lakaran gambar satelit bumi Iraq begitu hidup dan berkaca ke mata Arab Saudi dan Kuwait. Tayangan dan suara rakaman Osama Bin Laden menggerunkan buat Pakistan.
king-abdullah-jordan.jpg

(Tahniah buat King Abdullah yang sanggup bersahabat dengan malaun Ehud Olmert)

TAHNIAH! Anda berbekal stesen CNN yang licik menayang gambar memanipulasikan berita yang palsu adalah ‘kisah benar.’ Berulang tayang gambar dan berulang tayang newsbar menanam kepercayaan ‘kisah benar’ yang benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.
olmert-erdogan.jpg

(Tahniah..tahniah..Recep Erdogan, mampu senyum mesra dengan bapak presiden Zionis terlaknat)

TAHNIAH! Anda hidup dalam dunia CIA dan FBI menyuap hidangan data dan maklumat ke mulut presiden. Ejen-ejen perisik sibuk memantau dan memancing musuh dalam selimut dengan upah US Dollar dan wanita seksi ala aktor khayalan Ian Fleming. CIA menyelinap ke seantero dunia via kedutaan via multinasional via konglomerat via peace corp via atase kebudayaan via rombongan perdagangan – siapa sangka?

TAHNIAH! Anda dibebani kos biaya peperangan dan kos nyawa tentera di bumi Afghanistan memerangi al-Qaeda dan Taliban. Kini menanggung kos biaya menghidupkan keamanan, demokrasi dan kebebasan rakyat Iraq pada telahan presiden anda. Kos biaya keluar dari poket pembayar cukai Amerika iaitulah anda.

TAHNIAH! Presiden anda sentiasa menang andaian perang di atas kertas. Orang Amerika sentiasa hero sejagat tanpa mati ala aktor Rambo paparan filem. Tapi buku sejarah tidak pernah menipu atau ditipu ‘kisah benar’ Cuba, Vietnam dan Somalia.
mahmoud-abbas1.jpg

(Tahniah Hosni Mubarak, tutup pintu Rafah kemudian berjoli dengan sang syaitan Ehud Olmert..tahniahhhhh)

TAHNIAH! Anda mempunyai seseorang bernama Presiden George W. Bush yang menang ‘perang’ pilihan raya di Florida. Peti undi berulang dibuka dan kertas undi dikira semula atas nama demokrasi Amerika. Jangan diragui GWB pilihan anda yang disahkan mahkamah… demi untuk negara Amerika.

(Penulisnya Pakcik Puzi Hadi, adalah sasterawan Negeri Kedah yang lantang prolifik. Tahniah Pakcik Puzi, ajar kami orang muda jadi kurang ajar dengan syaitan Zionis itu! Bukan macam pemimpin2 dalam gambar, tak berani nak ‘marah’ pun pada dajal-dajal manusia)

Monday, January 19th, 2009

Tarikh Andalusia, Ibrah Buat al-Quds

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

Pemuda-pemuda kita yang beragama Kristian, mereka tampan, kemas, beretika dan mempunyai kenderaan yang baik. Mereka fasih berbahasa Arab serta tinggi kecenderungan untuk menggeluti buku-buku Islam. Mereka amat kagum dengan bahasa Arab yang indah, teruja dengan galur sastera dan pemikiran ilmu Islam sehingga karya-karya ilmuan Islam lebih dikenali berbanding sastera gereja (Kristian). Malahan, di kalangan mereka ramai yang memandang rendah terhadap budaya dan sastera Kristian. Sayang, orang-orang Kristian jahil tentang undang-undang mereka sendiri. Orang-orang Latin tidak mengendahkan bahasa mereka sendiri.” *

    Kata-kata ini diucapkan oleh Paderi Alwaro di Cordova pada tahun 854M terhadap bangsa Sepanyol yang beragama Kristian. Beliau kesal hegemoni Islam telah membuatkan budaya Kristian diabaikan, malahan rata-rata penganutnya lebih berbangga untuk bertutur dan bertingkah-laku seperti orang-orang Islam khususnya Arab.Golongan Mozarab (orang Kristian tempatan yang bernaung di bawah pemerintahan Islam Sepanyol) baik di kalangan awam dan aristokrat terpesona dengan undang-undang dan kebudayaan Islam apabila Islam bertapak di Sepanyol pada tahun 710M. Kedatangan Islam dilihat sebagai wira ‘yang menyelamatkan’ bangsa Sepanyol yang dimomoki pemerintahan kejam Clasas Elevadas (kaum atasan Rum dan Visigoth)  yang diketuai golongan paderi, raja-raja dan bangsawan. Bagi golongan Hispano-Rumawi di kalangan kaum tani dan hamba, penindasan yang dialami menyebabkan mereka mudah menerima pengaruh Islam. Ini termasuklah orang Yahudi, yang hidup bergelandangan beberapa abad, Islam dianggap membawa pembelaan dan sinar baru buat Sepanyol.
cordova91.jpgPembukaan Sepanyol sebagai wilayah Islam di Eropah secara besar-besaran diterokai Tariq bin Ziyad bersama 12000 orang tentera (711M). Kemenangan tentera Islam mengalahkan pasukan Witiza Roderick juga berfaktorkan sokongan penduduk tempatan. Tentera Islam mara ke Cordova, Toledo, Seville, Merida,, Saragossa, Narbonne, Asturias Pamplona, Gerona, Malaga dan Elvira. Selama 5 tahun (711-715M), lengkaplah wilayah-wilayah al-Andalus yang keluasannya adalah 2/3 bumi Sepanyol jatuh ke tangan tentera-tentera Islam.
X Faktor Kemenangan Islam    Continue reading Tarikh Andalusia, Ibrah Buat al-Quds

Wednesday, January 14th, 2009

Fakta Yang Menakutkan

boikot-berstartegi.jpg

kempen-boikot-kti.png

Membelek akhbar sejak memasuki tahun 2009 seperti membelek ‘catatan dosa’ ummah yang tidak berkesudahan musibahnya. Terutama isu kezaliman Yahudi ke atas umat Islam di Palestin. Hari ini masuk hari ke 18 perang sengit zionis Israel- HAMAS dengan jumlah kematian seperti yang dipertontonkan oleh sumber barat Associated Press (AP), lebih 900 orang terkorban dan 4200 orang cedera parah. Keseluruhan penduduk Gaza 1.5 juta terkurung dalam penjara terbesar dunia; penjara Gaza.

Saya ingin berkongsi maklumat yang dipetik dari tulisan Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan tentang fakta-fakta yang menakutkan berkaitan ‘Siapa Yahudi, Siapa Orang Islam’ di masa kini. Saya kira ia bukan bertujuan provokasi tetapi lebih untuk kita menginsafi dan bermuhasabah kembali, mengapakah Allah SWT mencabut darjah kebesaran iaitu ‘KHAIR UMMAH’ daripada diri umat Islam di abad ini.

Menurut Zaini, jawapannya mudah kerana Umat Islam kekurangan ilmu, pendidikan dan pelajaran. Saya ingin menambah kita juga kurang keimanan dan kurang beramal dengan ilmu. 

Antara fakta yang ditulis berbunyi begini: Continue reading Fakta Yang Menakutkan

Wednesday, January 14th, 2009

Dr Jemilah Mercy di Gaza

Boleh tonton di sini

Wednesday, January 14th, 2009

Siapa Yahudi, Siapa Orang Islam?

Boleh tambah maklumat di sini

Monday, January 12th, 2009

Ibuu..saya ke syurga dahulu.


“Bilakah Tuhan akan mendengar suara dhaif kita ini Ustaz Mohsen?” kata ibu dengan suara paling sedih di pendengaranku.

2009_01_05t102107_450x318_us_palestinians_israel.jpg


Aku maklum, ibu sudah lama menderita. Dia anak yatim piatu yang diselamatkan ayah ketika Peristiwa Sabra dan Shatila pada tahun 1982. Ketika itu ibu berusia 15 tahun. Ahli keluaganya semua mati disembelih tentera Zionis pimpinan Ariel Sharon waktu itu. “Mereka menyembelih datuk kamu seperti seekor kambing sayang,” cerita ibu ketika mahu melarang aku keluar dari rumah. Aku membayangkan seekor kambing yang disembelih; darah memercik dari lehernya dan kambing pun meliuk-lentuk kesakitan sebelum mati. Aku ngeri.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com