Di tengah kebuncahan tamadun-tamadun besar dunia.
Tamadun Yahudi – Arab mulai muncul sejak kelahiran Nabi Ibrahim AS, pengasas monotheisme dan bapa bangsa Yahudi-Arab (Seyyed Hossein Nasr (2001), Muhammad, Insan Kamil, DBP). Manakala tamadun Islam adalah penutup kepada ketamadunan langit yakni agama samawi dan satu-satunya diwariskan kepada Nabi Muhammad SAW, nabi dari bangsa Arab paling mulia; Quraisy. Kemunculan agama terakhir ini agak asing, terpinggir jauh dari ketamadunan sebelumnya; Penubuhan Empayar Parsi dan Empayar Rom , kelahiran dan pengangkatan Nabi Isa AS, kemusnahan tamadun Mesir Lama, kehancuran Baitul Maqdis, kemunculan rejim Byzantine dan peperangannya dengan Empayar Parsi di Timur. Manakala di Kota Suci Mekah, ajaran Hanif yang mengesakan Allah SWT semakin dilupai oleh masyarakat Arab. Sekelompok pengikut yang terdiri daripada ahl Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta masyarakat Arab tempatan masih berpegang teguh dengan ajaran Nabi Ibrahim AS. Manakala sebahagian besar masyarakat Arab (jahiliah) menjadikan berhala sebagai perantaraan ibadah dan pusatnya adalah Kaabah. Di situlah, Allah SWT memulihkan kembali keinsanan manusia dengan perutusan nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW. Pemuda dari keturunan Ibrahim AS yang bergenerasi menerima warisan pengurus Kaabah, penjaga dan pembahagi air Zam-Zam. Dialah pembawa agama Islam yang menggulung serta melengkapi seluruh tamadun sebelumnya.
Tidaklah mudah bagi bangsa yang sebelumnya gemilang serta disebut bangsa yang kuat, dihormati dan paling penting, menerima pengiktirafan Tuhan melalui wahyu Injil (Masihi) dan Taurat (Yahudi) secara tiba-tiba seperti dipaksakan untuk menerima nabi baru dari kalangan bangsa yang tidak dikenali. Berbanding Arab, Yahudi dan Masihi telah membariskan para rasul yang ramai antaranya Nabi Yahya AS, Zakaria AS, Sulaiman AS, Ya’kub AS, Yusuf AS, Ibrahim AS, Ishak AS, Musa AS dan Isa AS. Walaupun mempunyai sejarah hitam dan ternoda iaitu bangsa yang diklasifikasikan Allah SWT sebagai bangsa yang sombong dan degil serta membunuh para nabi, mereka berbangga akan kelebihan akal fikiran dan fizikal yang baik berbanding manusia lain di dunia. Mereka malu untuk menerima kenyataan bahawa nabi selepas Isa AS adalah dari bangsa yang berbeza. Justeru, penyelewengan terhadap kitab-kitabNya dilakukan dengan misinya; penafian Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman. Continue reading KELAHIRAN NABI AKHIR ZAMAN YANG UNIK