Ummuhani.com » Pernikahan
Love..Pasca Nikah!
Nikmat yang besar Tuhan berikan kepada kami adalah cinta. Ya, cinta setelah kahwin. Setelah melaluinya genap dua tahun, manis cinta itu tidak saya temui di mana-mana kecuali di wajahnya. Wajah suami tercinta.
Saya merenung diri, asbab apakah Tuhan menganugerahkan mahkota cinta ini kepada saya? Dalam jemala, hanya senarai dosa dan kekurangan diri yang saya temukan. Namun, nun di hujung muhasabah, saya yakin itulah doa. Mak pernah bercerita pada saya yang ketika itu masih bersekolah, “Sebelum kahwin mak hanya berdoa semoga Tuhan mengurniakan seorang suami sebaik wan (datuk saya). Dan Allah memberikan lelaki sebaik abah untuk mak walaupun kami tidak saling kenal.”
Mendengar cerita mak, saya terus meniatkan di hati, “Ya Allah kurniakan daku yang hina ini seorang suami sebaik wan dan abah nanti..”
Pasca Nikah
Dua cinta hati, abi dan Ahmad Abu Darda’
Jika sebelum nikah tidak sangat mengenali, selepas nikah jadi indah serba-serbi, walaupun saling memiliki kekurangan itu dan ini. Cintanya saya pada suami kerana agamanya. Dia bukanlah lelaki yang ‘syadid’ atau cepat melenting jika saya lalai dalam ibadah. Dia bukanlah peleter yang akan menghujatkan saya hukum2 agama jika saya tersalah langkah. Atau akan melemparkan sindiran jika saya ego menidakkan pendapatnya. Suami saya dengan senyuman, kata-kata lembutnya dan sabarnya, itulah yang membuatkan saya ingin memperbaiki diri, menjadi terbaik kepadanya sebagai isteri, sahabat dan ibu anaknya.
Semua itu takkan terserlah sebelum perkahwinan.Langka dua tahun mungkin terlalu awal menilai diri dan pasangan tetapi, ia membibitkan persefahaman dan toleransi jika matlamat kami sama; redho Allah. Suami bersabar dengan saya keranaNya, saya pun menerima dia seadanya keranaNya.
Saya menemukan ketenangan yang saya damba dan impikan sebelum berkahwin. Rumah hati suami membentangkan kasih sayang yang mewah. Ia bukan sekadar lafaz ‘i love you’, ‘miss you’, ‘cinta’ dan ‘rindu’, namun penerimaannya terhadap segala kekurangan diri saya, dan toleransinya menggalas apa sahaja tugas dalam rumahtangga (seperti mengemas, memasak, menjaga anak dll yang selalu ditumpukkan pada kaum ibu), itulah mewahnya seorang saya memiliki suami sepertinya.
Bertuahnya saya. Di sisinya saya menjadi manusia yang yakin diri kerana saya seorang yang sangat rendah diri. Suami orang pertama yang akan berkata,”Sayang boleh lakukan!” sebelum saya sendiri menghukum diri. Dia menyedarkan saya bahawa jika segala matlamat kerana Allah, maka tidak ada apa yang perlu digusarkan. LA TAKHOF WA LA TAHZAN INNALLAHA MA’ANA. (Jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita).
Saya tidak mahu membezakan siapa lebih baik, tokwan, abah atau suami saya. Kerana mereka semua manusia baik dan mempunyai kelebihan, kekurangan masing-masing. Tetapi mereka semua adalah orang baik.
Ternyata cinta pasca nikah ini keberkatannya luar biasa. Nenek, mak dan saya sendiri mengalaminya. Alhamdulillah.
Buat sahabat2 yang belum bertemu jodoh, anda teruslah berdoa. Jangan risau tidak bercinta (sebelum kahwin) kerana itulah jalannya mendapat keindahan cinta sebenar dalam rumahtangga.
Lelaki Itu
Suatu ketika, dalam awal tahun 2001, usai mengambil SPM, saya ‘merehatkan diri’ di rumah ibu saudara di Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA). Maksu (ibu saudara) menemani suaminya, Ustaz Nik Hazani (Paksu) yang bertugas sebagai Imam Besar Pusat Islam di sana. Sekali-sekala, dapat turun ke Kota Kuala Lumpur dan Shah Alam adalah satu ‘anugerah’ bagi ‘budak kampung’ seperti saya yang baru mengenal ‘alam luar’. Saya sangat beruntung kerana Paksu dan Maksu ‘lain’ dari ibu bapa saudara yang lain. Mereka (keduanya waktu itu baru balik dari Jordan) sangat rapat dengan saya. Sepanjang tinggal di rumah mereka, jarang sekali saya tidak menunaikan solat secara berjemaah. Bahkan, maksu mendidik saya untuk bangun malam bertahajud sambil memupuk kefahaman Islam dalam diri ini. Salah satu yang sering dipesan mereka ialah ‘Jangan bercinta waktu remaja, haram!’
Saya, dengan jiwa remaja memang tidak lepas dari ‘anasir-anasir’ itu. Jika saya tidak meminati orang lain, ada juga yang cuba-cuba mendekat. Dek kerana selalu ‘dipagari’ kuliah hati Paksu dan Maksu, saya pinggirkan segala ‘rasa suka’ di hati. Saya menjadi orang yang selalu merenung ke dalam diri, melihat dosa-dosa dan gerun mengenang neraka. Alhamdulillah, tarbiah ini berlarutan selama tinggal di rumah Maksu.
Ada waktu, Maksu yang baru ‘belajar’ pegang stereng kereta masih takut membawa kenderaan keluar dari kawasan Politeknik Shah Alam. Maka, dipanggilnya dua pelajar lelaki memandu kami berdua (saya dan maksu) pergi ke tempat kerja Maksu. Ada hari tertentu, Paksu membawa pulang para pelajar lelaki (yang amat rapat dengannya) menjamah masakan Maksu di rumah. Saya turut menolong Maksu di dapur.
Paksu menganjurkan satu lawatan untuk para palajarnya ke Muzium Kesenian Islam, Masjid Wilayah dan UIA Gombak. Saya beriya mahu mengikut dan berasa bangga dapat menyertai ‘kakak2 dan abang2′ Poli tersebut. Rasa diri sudah ‘berjaya’ masuk ke IPT walaupun keputusan UPU belum diumumkan lagi. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Muzium Kesenian Islam, Masjid Wilayah dan UIA Gombak. Apabila saya mata menjamah panorama UIA Gombak, hati saya terus berdoa, “Ya Allah, aku nak balajar di sini..”. Mungkin kerana niat saya ‘kurang baik’ (kerana jatuh cinta pada pemandangan dan bangunan UIA), saya direzekikan masuk ke UM bukan UIA (heee).
LELAKI ITU
Faktor yang menjentik jemari ini untuk menukilkan kenangan di atas adalah disebabkan satu perkara: Lelaki itu.
Lelaki itu telah berbisik pada saya, saat kami sama-sama melerengi Bukit Bandar Sri Hartamas ke Jalan Kuching. “Sayang ingat tak tempat ni? (sambil menunding ke Masjid Wilayah), tempat pertama kita bertautan tapi tidak saling mengenal..” Lelaki itu kemudian menceritakan pada saya, bahawa dia turut bersama dalam rombongan yang dianjurkan oleh Paksu ketika itu. Dia juga memaklumkan, dialah salah-seorang lelaki yang menjadi pemandu Maksu, membawa kami ke Rawang dan turut menjamah makanan di rumah Maksu, saat saya ‘bernafas’ di dapur kala itu.
Subhanallah!
Kini, lelaki yang menjadi ‘anak murid kesayangan’ paksu telah menjadi suami ‘anak saudara kesayangan maksu’.
Saya berkata kepada lelaki itu.
“Abang, tak sangkakan, Tuhan telah mempertemukan kita awal lagi tapi menyimpan cinta sesama kita 9 tahun kemudiannya iaitu lepas kita berkahwin. Sayang dan abang tidak saling mengenal waktu itu, tapi apabila sudah ‘bercinta’ sekarang, seolah, lahir saja ke dunia, sayang sudah mengenali abang. Sayang bersyukur kerana menjadi isteri dan kekasih abang sekarang dan selamanya. Memang jodoh adalah kerja Tuhan.”
Lelaki itu namanya Ahmad Dhiak bin Abdul Hashim. Saya amat menyintainya.
Musafir
“Lagu apa yang umi paling suka, cuba nasyid, abi nak kompang,” kata suami sambil tangannya mengetuk-ngetuk stereng kereta yang ketika itu turut menjalar di jalanraya. Saya mengerling tingkap kemudian bibir terus mengalunkan sebuah nasyid yang intim di hati.
‘Berjalan bermusafirlah, melihat keagungan Allah
meninjau menitiplah rahsia ciptaan Allah..’
‘Ziarahilah makam kekasih Allah
kenangilah Rasulullah
bangunkan jiwa jihad Islami
semangat syuhada Ilahi..’
Suami kemudiannya menyambung dan makin ligat mengetuk stereng sambil sebelah tangan mengawal pemanduan. Rupanya, dia juga suka lagu yang sama..
‘Marilah bermusafir, laksanakan tuntutan jiwa
bermusafir, berkelana
kenallah Tuhan Maha Pencipta..’
Kami pun bernasyid bersama-sama
‘Allahu rabbi..Allahu rabbi..Allahu rabbi..”
Alhamdulillah, petang ini kami berdua akan bermusafir ke Kota Singapura.
Manis Di Taman Manis
Terima kasih kepada pihak Galeri Ilmu Sdn Bhd yang memberi peluang kepada kami mempromosikan ‘anak’ yang istimewa ini.
“Abi tau, umi pernah tulis cerita ni dalam Novel Baromkeh, Matamu di Mataku. Watak Iman dan Husam, kedua mereka berkahwin masa belajar dan tinggal bersederhana di Damsyik, Syria. Umi tulis tu berdasarkan pengalaman tengok kawan-kawan yang kahwin di sana. Walaupun masih belajar tapi ada kekuatan jiwa untuk berumahtangga. Dan tentunya hidup mereka bahagia walaupun mencabar!,” kata saya seperti tidak percaya; saya telah mengalami pengalaman yang serupa!
Suami mengangkut kotak-kotak dan kepingan kayu rak buku (yang dibawa dari Petaling Jaya). Malam 28 Mac 2010 bakal beredar di langit Taman Manis, Parit Raja, Johor. Walaupun sama-sama keletihan (3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur), terpancar wajah nan ceria. Di mata saya dan senyuman suami. Rumah no 11, teres dua tingkat (sewanya RM200 sebulan) kami masuki dengan perasaan berbunga. Masya Allah! Yang pertama saya pandang ialah bingkai gambar Kaabah dan Masjid Nabi SAW.
“Tuan rumah pesan pada abi, jangan buang bingkai gambar ni. Sebelum sewakan rumah ni pada kita, dia buat Istikharah dulu. Abi dah bacakan zikir masa tengok rumah ni dengan dia,” kata suami gembira dengan kegembiraan saya. Entah mengapa, saya merasakan seperti pulang ke rumah ‘lama’. Seolah sebelum ini, saya memang tinggal di sini. Pandangan pertama; saya dan suami telah jatuh cinta pada rumah no 11 ini. “Abi yang cat rumah ni, ingat tak?” “Dan kitalah yang tampal gambar-gambar ni (termasuk gambar Allahyarham Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar) di dinding tukan,” Kami berhalunisasi dan ketawa. Rumah dua bilik ini walaupun sederhana (jika di PJ sewanya mungkin RM600-700), terasa luas dan comel. Saya ‘cium’ bau keberkatan di dalamnya. “Gambar-gambar ni dan cerita abang tentang tuan rumah (Encik Musa) membayangkan pada umi dia seorang yang beramal ibadah. Mudahan kita dapat menjaga rumahnya dengan baik ,” kata saya.
“Abi, impian, harapan dan angan-angan selalu menjadi doa. Umi kerap lalui apa yang umi tulis dalam novel. Perkara yang belum lagi berlaku, ada yang terjadi di kemudian hari. Salah satunya, umi pada hari ini. Berhijrah kerana menemani abi belajar di sini, jauh dari keluarga dan  belajar mengatur kehidupan dari huruf ‘A’,” kata saya bersyukur padaNYA. “Betullah kata umi tu, impian dan harapan adalah doa. Tuhan Amat Tahu hati hambaNYA.” Suami bersetuju.
Untuk hari-hari awal ini, saya memohon padaNYA agar DIA ‘tidak meninggalkan’ saya atau suami walaupun kami masing-masing telah bersatu dengan orang yang dicintai. Saya bermohon agar cinta saya kepada suami tidak meminggirkan Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Maha Cinta. Dan suami, walaupun hati dan dirinya berdekatan dengan cinta isteri, dia juga menyintai Tuhan lebih daripada mencintai saya sebagai isterinya. Saya sangat rindukan tahajud yang menjadi wadah melepaskan rindu kala berjauhan dengan suami dulu, dan saya cintakan al-Quran yang telah menghambat resah kala berjauhan dengan suami. Semua itu, moga-moga dapat dikekalkan walaupun kini nyawa dan tubuh insan yang dicintai berdesir dan tersenyum di mata diri.
Terima kasih Allah. Bersyukur di atas kesyukuran yang Kau limpahkan pada hamba si pendosa ini.
Pergi Ke manapun KepadaNYA
“Ummu, ada zikir atau doa tak yang boleh lembutkan hati orang?” tanya Kak Wani, teman serumah saya. Magrib semalam, kami berkumpul agak ramai; Faiz, Rena, saya, Kak Wani dan Hana. Suatu aktiviti yang jarang-jarang kami dapat lakukan bersama tahun ini. Masing-masing dengan urusan yang lebih penting dan peribadi. Dari perkongsian malam itu, cerita yang terbit adalah sekitar isu rumahtangga yang tidak ‘bahagia’. Teman-teman saya berkongsi masalah sahabat-sahabat mereka di tempat kerja dan jemaah.
“Teman saya 13 tahun berkahwin, dapat 6 orang anak. Kemudian suaminya kahwin lain diam-diam dan dia rasa kecewa. Dia berkata, sebenarnya selama perkahwinan itu, dia dan suaminya tidak sekufu pemikiran. Dia minta cerai tapi suaminya tak mahu lepaskannya..” cerita salah-seorang teman.
“Kawan saya pula baru sebulan berkahwin, bila tinggal serumah baharulah dia tahu ragam suaminya yang agak cerewet. Paling menyedihkan suaminya merungut dari sekecil perkara hingga yang besar-besar. Ini membuatkan dia rasa rendah diri dan kecewa. Setiap hari menangis dan minta tolong saya kuatkan jiwanya..” sampuk teman yang lain.
“Kami pula alami nasib yang lain. Ada orang yang dengki telah hantar sihir pada keluarga kami termasuk kakak saya. Dulu dia mahu jodohkan kakak dengan anaknya tapi bila gagal dan kakak berkahwin dengan orang lain, dia hantar sihir kacau kakak dan keluarga kami..” tambah seorang lagi teman.
Cerita-cerita itu cukup menyeramkan saya yang masih ‘berinai’ dan juga teman-teman yang ‘masih anak dara’. Zaman ini umpama zaman ‘kegelapan’ umat Islam apabila kebanyakan kita pudar ‘pesona akidah’ dirinya. Akidah adalah benteng diri sebagai Mukmin dan Muslim. Apabila kuat akidah seseorang, tidak akan sanggup dirinya melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT . Salah-satunya menzalimi orang lain dan tidak berlaku adil dalam rumahtangga. Punca kepincangan rumahtangga adalah apabila tiada taqwa dan cinta kepada Allah SWT.
Saya menyorot diri. Setiap yang terbit dari mulut teman-teman itu adalah peringatan buat saya. Sejak melangkah ke alam rumahtangga selama 2 bulan ini, terasa ada perubahan diri dalam tindakan dan cara berfikir. Kini, suami adalah autoriti dalam keputusan hidup. Saya teringat pesanan al-Quran bahawa isteri adalah pakaian suami, begitu juga suami adalah pakaian isteri. Justeru, apabila hendak berkata-kata atau menulis sesuatu, hendaklah dipastikan bahawa ianya tidak mendatangkan keburukan pada pasangan atau mengecilkan hatinya. Melangkah sahaja dari rumah, mesti dalam pengetahuan suami walaupun berjauhan. Setiap perkara yang mahu dilakukan, dipastikan mendapat redho dan doa suami. Saya amat bersyukur kerana matlamat untuk mendapatkan cinta dan taqwa kepadaNYA melalui perkahwinan ini sedikit demi sedikit menguatkan jiwa kami menghadapi ujian yang datang.
Ya Allah, saya sebenarnya berasa insaf. Betapa pun DIA memberi saya teman hidup, DIA masih tidak melepaskan saya sepenuhnya kepada suami. DIA mahu saya terus bergantung padaNYA dan memohon ampun. Itulah pengalaman apabila berjauhan dengan suami dan begitu juga suami terhadap saya. Kepercayaan dan amanah antara satu sama lain mengikat diri. Kuncinya adalah taqwa. Saya melepaskan suami kepada Allah untuk Menjaga dan Merahmatinya, dan bersyukur, suami juga begitu terhadap saya. Jika ada yang mahu mencucuk dengan niat baik atau tidak baik, semoga Allah SWT menetapkan hati ini untuk terus menjadi orang yang bertawakal dan bersangka-baik.
Saya kemudian berkongsi  dengan teman-teman. “Ada satu perkara yang telah dilakukan suami kepada saya sebaik menjadi isterinya. Lepas solat dan sewaktu mahu keluar rumah, suami akan membacakan ke ubun-ubun saya YA LATIF 7X, ALLAHU LATIFUN BI’IBADIHI YARZUQUMAN YASYA’ WAHUWAL QOWIYYUL A’ZIZ7X DAN SURAH AL-INSYIRAH 1X,  kemudian tiup dan kucup dahi. Insya Allah, hati kita sentiasa lembut dengan pasangan, begitu juga dia terhadap kita.”
Semoga pengalaman-pengalaman ‘tidak menarik’ orang lain menjadi iktibar kepada kita semua untuk lebih dekat kepadaNYA. Hanya DIA yang memegang hati setiap manusia untuk berubah menjadi baik atau sebaliknya. Jagalah Allah, pasti Allah juga menjagamu!
Menuju ke sana..
16 Dis 2009-16 Jan 2010
Genap sebulan menjadi seorang isteri. Bersyukur kepadaNYA atas gelaran yang pernah disandang oleh ‘ibu-ibu syurga’ (kecuali Maryam) antaranya Khadijah binti Khuwailid, Fatimah az-Zahra, Aisyah R.ha, Asiah isteri Firaun, Masitah si tukang sikat dan Sumayyah, syahidah muslimah di zaman awal Islam. Saya tidak layak dengan mereka, namun dapat menggalas peranan yang pernah dimainkan oleh mereka, sudah satu penghormatan. Suami saya tidak sehebat dan seagung suami Khadijah dan Aisyah (selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW), dan suami saya pula tidak sejahat dan seteruk suami Asiah, Firaun laknatullah. Moga Allah SWT memberkati perkahwinan kami untuk sampai kepada idola kami, Muhammad SAW. amin.
Isteri@Sebulan
Saya sudah bersedia. Pengorbanan dan kesederhanaan di putik-putik perkahwinan. Itu yang kami langka dalam minggu taaruf sekitar tengah Oktober 2009.
“Ana mencari suami 2, 3 tahun ini. Seorang suami bukan kekasih untuk menemani diri ini berjuang,” tulis saya dalam emel.
“Insya Allah, berkat Istikharah, ana memilih nti sebagai pasangan hidup. Untuk mendapatkan cinta Allah, ana sanggup gadaikan apa sahaja termasuk nyawa ana sekalipun,” balas suami dalam emelnya.
“Jika begitu kehendak kita, marilah kita yakinkan keluarga kita masing-masing untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2009 juga. Moga Allah SWT memudahkan niat baik kita,” berani-berani saya dalam emel dan disambut suami ketika itu.
Maka, kami memulakan ‘gerak-kerja’ tersebut dengan sistematik. Saya memberitahu ibubapa tentang ‘calon’ suami (anak murid bapa saudara) dan suami juga begitu. Waktu itu, kami tidak pernah bersua muka dan bercakap dalam telefon. Sekadar emel dan Facebook. Saya berpesan pada diri : Jika ini jodohku Tuhan, maka Kau mudahkanlah.
Pertemuan pertama di pejabat abah, suami datang bersama abang iparnya. Saya pula ditemani mak dan abah serta adik dan adik ipar. Ketika mak dan abah bersembang dengannya, saya tidak berada di situ. Abah awal2 sudah mengarahkan saya ‘pergi jauh’ dari perbincangan.
Usai pertemuan itu, saya risik rasa hati mak, “Macam mana mak Dhiak tu?” “Alhamdulillah, mak tenang tengok muka dia..” jawab mak. Saya tahmid dalam hati. Abah seperti biasa, reaksinya tidak menunjukkan dia setuju atau tidak. Tapi, saya tanyakan juga walaupun ‘malu kucing’. “Sesuailah, Dhiak cakap banyak macam Kak Ummu.” Agak lucu jawapan abah tapi cukup menenangkan jiwa saya. Yang sama saya pesan : Ya Allah, jika dia jodohku maka Kau mudahkanlah.
Selepas itu, suami pula memperkenalkan saya pada keluarganya, bermula Kak Long, Kak Aida dan mak di rumah Kak Long di Kelana Jaya. Semuanya seperti disusun kerana, mak yang tidak pernah berhari raya Haji selain di Temerloh,kali ini tergerak datang beraya di Kuala Lumpur. Datang pula sehari sebelum saya pulang ke Kedah. Memang telah disuratkan kami bertemu dan emak berkata pada suami; Mak ikut apa yang terbaik untuk Abang Di (suami).
Bulan November menjengah. Saya tergerak mengambil kursus perkahwinan, membuat HIV Test dan mengambil borang pada Tok Imam. Suami pula menyelesaikan peperiksaan akhirnya di UTHM dengan tenang.
Usai peperiksaan, suami pergi berjumpa waris-waris arwah ayah (bapa dan ibu saudaranya) menyatakan hasrat menamatkan zaman bujang. Dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu, betapa gusarnya jika hasrat dibangkang, maklum, masih bergelar pelajar. Namun, bicara disusun dari hati dan sebaik mungkin dan tidak menyangka, keputusan ahli keluarga lebih dari yang kami rancang. “Eloklah jika pergi meminang itu, langsungkan sekali akad nikah. Kedah dan Pahang tu jauh nak ulang-alik dua kali dalam bulan yang sama. Tarikh yang dicadangkan 16 Dis 2009.”
Saya terpinga menerima mesej suami. Abah di Haramain. Bulan Dis sedang bergerak, sempatkah? Sedang suami belum lagi mengambil kursus perkahwinan.
“Nti, kursus perkahwinan di Negeri Pahang dah penuh. Ana dah tanya tadi..” adu suami dalam smsnya.
“Takpa nta, ana cuba tengok di Selangor pula..” balas saya dan terus pecut ke Masjid Negeri, Shah Alam. Entah dari mana ingatan datang pada sepupu yang bekerja di JAIS.  Saya mohon Abang Sharif, sepupu ipar saya memasukkan nama kami dalam kursus perkahwinan yang berlangsung besoknya. “Awat hang habaq lewat sangat, mujurlah ada rezeki. Esok jangan lupa mai awal,” kata Abang Sharif.
Khabar gembira itu saya nyatakan pada suami. Dengan penuh semangat waja, malam itu suami bertolak dari Temerloh ke Shah Alam. Saya masuk kursus kahwin kali kedua:) Kali ini terasa lebih bersemangat pula.
Ketika itu juga, saya titipkan emel pada abah. Saya nyatakan tarikh pilihan pihak lelaki dan tentunya abah terkejut kerana ‘terlalu awal’ dan sebelumnya ‘tidak dirancang.’
“Abah, Kak Ummu ingin berkahwin kerana Allah dan mohon keizinan abah majlis diadakan pada 16 Dis” Saya tidak malu-malu lagi. Malah, setiap hari itulah zikir saya : Jika Ahmad Dhiak adalah jodohku, maka Kau mudahkanlah ya Allah.
Berhadapan
Selesai kursus kahwin petang itu, saya mencadangkan kami berbincang sebentar tentang majlis akad yang dirancangkan. Saya mencari posisi berdekatan pegawai keselamatan (wanita), kami berdua ‘berliqa’ ditemani pegawai itu.
Suami membuka majlis dengan bacaan al-Fatehah, disusuli taaruf ringkas tentang dirinya, kemudian saya bercerita tentang diri pula. Sejam berbicara, suami menutup pertemuan itu dengan doa panjang, moga niat kami dimudahkanNYA. Saya dan dia sama2 menitis air mata.
“Sebelum kita ada ikatan,ana ingin berpesan pada diri ana dan nti, moga kita tak melakukan perkara yang melanggar syariat,” kata suami ketika itu. Saya terus-terusan berdoa: Jika dia jodohku ya Allah, maka mudahkanlah.
Alhamdulillah, segalanya selepas itu dimudahkanNYA walaupun urusan pernikahan hanya selesai dua hari sebelum akad nikah. Tempoh berkenalan dan proses pernikahan kurang lebih dua bulan, Alhamdulillah.
Saat suami melafazkan ‘AKU TERIMA NIKAHNYA’ saya bercakap pada diri, “Betulkah diri ini sudah bergelar isteri hanya sekali lafaznya?”
Bukan saat itu sahaja, bahkan ketika saya menulis entry ini juga, saya masih kagum dengan keajaiban ALLAH. Jika kehendakNYA, maka itulah akan terjadi walau di pandangan logik, ramai yang mempertikaikan.
SELEPAS INI
Ya Allah, bimbinglah diri ini menjadi isteri yang amanah dan solehah. Selepas ini, cita-cita kami adalah mengecap cintaNYA dan rasa taqwa kepadaNYA sehingga kami kembali padaNYA dengan DIA MENERIMA CINTA KAMI.
AMIN
JUMAAT/ 15 JAN 2010/AZ-ZAHRA/RINDUKANNYA
Cinta keranaNYA
Suatu hari, saya dan emak berjalan pulang dari surau. Saat itu, langit berselimut kesejukan Subuh. Ramai manusia tidak bangun untuk berjemaah di surau. Gebar syaitan lebih baldu daripada mengucup sejadah cintaNYA.
Saya, sejak bangun tidur terus-terusan berfikir perkara itu. Saya kira, bulan Oktober 2009 adalah bulan ‘merenung jodoh’. waktu jaga, sebelum tidur, bangun tidur dan ke manapun saya membawa diri, saya berfikir, Ya Allah siapalah jodoh saya? dan Ya Allah, siapa pun jodoh saya, maka Kau mudahkanlah ya Allah. Ya Allah, saya ingin berkahwin keranaMU.’
Oleh kerana persoalan itu menguasai manca aktiviti, saya hanya tenang ketika dapat melepaskan gejolak jiwa kepadaNYA saat berdoa dalam solat. Kerana masalah, diri diberi kekuatan menujuNYA dengan berjalan kaki di Subuh hening bersama bonda tercinta. Lalu, saya bertanya kepada emak lagi;
“Emak, ketika berkahwin dengan abah dulu, apakah kalian saling mengenali? dan berapakah mahar emak?”
Emak menjawab dengan suara yang sederhana, “Mahar yang tidak mahal tetapi berkat. Juga perkahwinan yang matlamatnya adalah keluarga Islam. Bercinta selepas kahwin, sebelum tu hanya taaruf.”
“Bolehkah anakanda mengikut lorong yang sama?” kata saya.
“Sudah ada calonkah?” tanya emak. Saya mengangkat bahu. Tiada siapa-siapa yang bersungguh untuk mengisi kekosongan  jodoh saya lagi. Tapi..
“Emak, anakanda akan terus berdoa dan yakin, pilihan Allah pasti dimudahkanNYA.”
Jodoh saya sedang bermain dengan Auni, anak saudara.
Dua bulan selepas itu..saya hadir ke surau yang sama. Waktu Subuh, dengan bibir langit hitam kesejukan. Emak telah pergi lebih awal ke surau, dan saya..Ya Allah, hampir tidak percaya, sebelah saya adalah seorang lelaki suami yang saya ‘cari-cari’ beberapa bulan sebelum ini. Suami memandu tenang siap memakai baju melayu, kain pelikat dan serban putih (waktu solat, biasa suami berserban). Saya merenung ke dalam diri; sepantas ini Allah berikan saya teman hidup yang sebelum ini saya rasakan satu masalah berat.
Lebih terharu; Saya mohon sikit dari Allah tetapi DIA beri banyak dan lebih dari apa yang saya minta. Subhanallah.
Saya telah mengikut lorong pernikahan yang sama dilalui oleh emak dan abah, Alhamdulillah.