Salam perjuangan,
Saya dan keluarga sedang mengusahakan penubuhan sebuah mini kampung buku di desa kediaman saya sebagai suatu usaha kerdil bagi memasarkan buku-buku tempatan di utara tanah air dengan harapan ia dapat meningkatkan kesedaran membaca di kalangan masyarakat tempatan.
Namun usaha ini bukanlah mudah dan saya memerlukan bantuan saudara-saudara pejuang-pejuang tulin dalam industri buku.
Saya berusaha menyediakan ruang dan tapak bagi membolehkan saudara/ri mempamerkan buku-buku di kedai di kawasan Puteh Book Garden.
InsyaAllah, tolong sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan pejuang industri buku yang dirahmati Allah SWT.
yang berharap
abu hassan morad
cikguahm@yahoo.com
program Category
Kampung Buku
PPMN 2009
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 (PPMN 2009) bertemakan
“Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran” dijadualkan pada 17 hingga 19 April 2009
PPMN 2009 ini adalah untuk mengintrospeksi perjuangan penulis muda hari ini setelah negara melalui cabaran 50 tahun mengekalkan kemerdekaan negara. Selain daripada pembentangan kertas kerja, PPMN 2009 ini membuka ruang diskusi penulis muda mapan dan baru.
Maklumat lanjut di sini
Jemput Datang Beramai-ramai
Majlis Diskusi Karya Mantan MPR 2009
Dengan sukacita memaklumkan, Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) akan mengadakan satu majlis Diskusi Karya Mantan MPR, 2009. Anda dipelawa menghadiri majlis tersebut untuk memeriahkan lagi satu majlis wacana ilmiah dan sastera Melayu.
Butirannya seperti yang berikut:
17 Januari 2009 (Sabtu)
8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka
Penganjur Bersama:
Alumni Minggu Penulis Remaja &
Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Sesi 1
- Karya eceran puisi: dibicarakan oleh Professor Rahman Shaari
- Karya eceran cerpen: dibicarakan oleh Dr Mawar Shafie
- Antologi cerpen KACAK JELITA: dibicarakan oleh Encik S.M.Zakir Continue reading Majlis Diskusi Karya Mantan MPR 2009
Kembara Adalah Karya
(Catatan ini saya bacakan di hadapan para pelajar Akhir Fakulti Pendidikan UPM pada 6 Ogos 2008 lalu sempena Bicara Penulis Muda: Pengalaman dan Pengkaryaan)
PENDAHULUAN
Manusia adalah makhluk terpilih untuk menjadi penghuni bumi Allah SWT dengan jawatan paling tinggi iaitu khalifah. Penciptaan Nabi Adam AS dan pasangannya Hawa bukanlah sekadar menambahkan penghuni syurgaNya tetapi jauh lebih bermaksud dan tersirat. Berikut adalah perjalanan siri pengembaraan Nabi Adam AS selaku khalifah sulung yang terakam di dalam al-Quran.
1. Allah ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi seperti firmanNya:
“Dan ketika Tuhan mengatakan kepada malaikat: Aku menempatkan khalifah di muka bumi.. (al-Baqarah:30)
2. Kemudian Allah mengajarkan Adam dengan ilmu pengetahuan seperti firmanNya:
“Dan Tuhan mengajarkan kepada Adam nama-nama segalanya kemudian diperlihatkan kepada semua malaikat..” (al-Baqarah: 31)
3. Allah SWT juga memberi latihan dan ujian kepada Adam dan isterinya setelah diberikan ilmu pengetahuan seperti firmanNya:
“Dan Kami mengatakan: Hai Adam! Tinggallah engkau di dalam syurga dan makanlah makanan di dalamnya dengan sepuas hati seperti yang disukai dan janganlah dekati pohon ini nanti kalian berdua menjadi orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 35)
4. Adam AS gagal dalam ujian tersebut menyebabkan dia dan pasangannya dicampakkan ke bumi. Firman Allah SWT bermaksud:
“Lalu keduanya ditipu oleh syaitan dan dapat dikeluarkan dari syurga dan Kami katakan: Pergilah, dan sebahagian kamu menjadi musuh yang lain, di bumi ada tempat tinggal dan kesenangan hidup untukmu sampai waktu yang ditentukan.” (al-Baqarah: 36)
Pengeluaran Nabi Adam AS dan Hawa dari syurga merupakan titik-tolak perjalanan manusia di muka bumi. Kekuatan (ilmu pengetahuan) dan kelemahan Adam melanggar perintah Allah SWT menggambarkan tabiat umum manusia. Walau bagaimanapun, secara psikologinya, Allah SWT tidak membiarkan manusia karam dengan penyesalannya (akibat melakukan dosa). Maka, Dia memberi ruang untuk manusia bertaubat dan kembali berperanan khalifah. FirmanNya:
“Kemudian Adam menerima beberapa perkataan daripada Tuhannya, lalu dia diterima kembali oleh Tuhan, sesungguhnya Tuhan itu suka menerima taubat dan Maha Penyayang.” (al-Baqarah: 37)
Allah SWT telah menetapkan bumi sebagai kediaman manusia iaitu waktu hidupnya, waktu kematiannya dan juga kala dibangkitkan kembali. FirmanNya:
“Tuhan mengatakan: di bumi itu kamu hidup, dan di bumi itu kamu mati dan dari bumi itu pula kamu nanti dibangkitkan.” (al-A’raaf: 25)
Maka amat jelaslah bahawa perjalanan hidup setiap manusia mengalami takah-takahnya bermula peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, dan tua. Penutup bagi kehidupan manusia adalah kematian. Tempoh pengembaraan hidup manusia ini bahkannya akan disiasat oleh Allah SWT di akhirat. Continue reading Kembara Adalah Karya
Program Menarik!
Persatuan Pelajar Indonesia Universiti Malaya akan menganjurkan Seminar Sehari Bersama Penulis Indonesia. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Hari: Sabtu
Tarikh : 22 Mac 2008
Pembentang/ penulis : Helvi Tiana Rosa (penulis/ Ketua Forum Lingkar Pena) dan Alwi Alatas (penulis)
Tema: Mengorbit Penulis Bangsa dan Menggali Potensi Insan Cita
Masa: 2 petang – 5 petang
Tempat: Tingkat 1, Blok B, Auditorium Institut Pasca Siswazah, Universiti MalayaJEMPUT DATANG RAMAI2 ..SIAPA YANG NAK BELAJAR MENULIS KREATIF SANGAT BAIK UNTUK ANDA!
Rancangan Ke Solo
Dalam setahun, perlu ada satu tekad untuk keluar dari bumi sendiri setidak pun dari persekitaran biasa buat melapangkan fikiran, meneguhkan iman (dengan melihat ciptaan Allah Yang Maha Luas) dan untuk menambahkan pengalaman dan kematangan.
Alhamdulillah, selepas Syria pada tahun 2006, saya berkesempatan ke Singapura tahun 2007 dan kali ini, lawatan saya ke Solo dan Jogyakarta, Indonesia pada 3 April 2008. Di bawa ini antara rangka lawatan saya dan rombongan. Continue reading Rancangan Ke Solo






