Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Resensi Category

Tuesday, November 18th, 2008

Komunikasi Cinta Habibur Rahman dalam Novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB)

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Bengkel Bedah Buku Ketika Cinta Bertasbih Bersama Habiburrahman el-Shirazy pada 15 November 2008, IPS UM.

novel-2.jpg

novel1.jpg
Oleh: Ummu Hani Abu Hassan

Cinta adalah pawana fitrah yang menggiurkan. Tidak terungkap pada kesakitan dan tidak terlahir pada kebahagiaan. Cinta membiarkan manusia untuk berani meneruskan kehidupan sehingga bertemunya kematian. Sesiapapun yang memiliki nyawa pasti dirinya memiliki cinta. Dan sesiapapun memiliki cinta tidak akan hilang cintanya meski tidak lagi memiliki nyawa.

Cinta sesuci itu selayaknya dinobatkan kepada Allah SWT dan RasulNya. Dua cinta yang tidak mati dan akan terus hidup; di dunia mahupun akhirat. Dua cinta yang tidak layak disaingi oleh sebarang makhluk termasuklah ibubapa, isteri dan anak-anak.

Maka, ke mana-manapun jika mengendong dua cinta ini, kebahagian menjadi pakaiannya.
PENDAHULUAN

Pengarang oksidentalis ini melalui novel fenomena Ayat-Ayat Cinta (2003) telah mengocak danau kesusasteraan Indonesia-Malaysia sehingga menggasak rasa malu kepada yang tidak membaca novel tersebut. Justeru, adalah tidak rumit kepada pengarang untuk mengetahui sasaran pembaca bagi novel susulannya termasuk Ketika Cinta Bertasbih (1 dan 2). Pengarang telah menggunakan peluru cinta untuk menembak para pencandu sastera.

KCB setebal 883 muka (477+406) , ditulis dalam tempoh setahun (Feb-Nov 2007)  mencerminkan kesungguhan penulis, Habibur Rahman el-Shirazy menyebarkan dakwahnya lewat penulisan. Falsafahnya masih cinta.  Apakah cinta merupakan subjek yang relevan buat umat di abad post moden kini?

Ya. Cinta adalah perjuangan yang tepat dalam nuansa masyarakat Muslim sudah kehilangan jiwa dan agama. Harus diketahui, keadaan umat Islam selepas Perang Salib (Crusades) pada abad ke 11 hingga 13, dibayangi gejolak prasangka musuh; Yahudi dan Kristian. Setelah kegemilangan Islam menenggelamkan tamadun Rom, Parsi dan Eropah pada tempoh yang lama , kuasa barat menaruh dendam dan kebencian yang meluap-luap terhadap Islam. Musuh Islam mahu mengelakkan kemunculan semula kuasa baru Islam di abad 18, 19, 20 dan 21 dengan strategi dan tindakan yang agresif.
Cara yang paling gratis ialah mencabut rasa cinta umat Islam terhadap agama mereka. Maksud yang lain ialah memisahkan ruang kehidupan daripada agama atau sekularisasi. Continue reading Komunikasi Cinta Habibur Rahman dalam Novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB)

Thursday, October 30th, 2008

Manikam Kalbu Menikam Kalbu

images.jpg

-Gambar dari hariryarifin.blogspot.com-

images1.jpg
Pemerintahan Islam yang diasaskan Nabi Muhammad SAW mengalami siri perkembangan yang amat takjub. Sudah dalam jadual Allah SWT bahawa umat baginda SAW sebagai khair ummah yang dipinjamkan mukjizat berupa pemikiran dan falsafah seluruhnya di dalam al-Quran dan sunnah. Bertepatan itu, hidup manusia dikiblatkan hanya kepada Allah SWT sebagai Tuhan dan Sang Pencipta. Segala yang diniatkan, digerak-lakukan, difikirkan malah apa sekalipun mengandungi maksud tunggal; mengesakan Allah SWT alias tauhid.

Umat Islam di zaman Rasulullah SAW lebih maknawi memahami wahyu al-Quran yang dipraktis melalui sunnah baginda SAW. Lalu tumbuhlah jatidiri Muslim yang jelas membezakan khair ummah dengan tamadun musyrik yang sememangnya telah wujud sebelum kedatangan Islam. Golongan pertama Islam ini terdiri daripada pelbagai anarki baik dari kasta tertinggi sehinggalah hamba sehaya. Yang semuanya apabila menjadi Muslim menanggalkan pakaian kemegahan bangsa dan kasta diganti busana aqidah dan akhlak. Sehingga Islam berkembang lebih 1400 tahun, khair ummah adalah mereka yang masih tidak berganti pakaian kemusliman ini.

Dek kecemburuan musuh Islam yang dinyatakan Allah SWT bahawa tidak sesekali mereka (Yahudi dan Nasrani) bersenang hati dengan umat Islam selagi tidak menuruti agama mereka, lalu dicacamerbakanlah akal dan jiwa kita. Menerusi kolonialisme senjata dan peperangan disusul pula penjajahan budaya dan pemikiran, golongan kuffar hampir melumpuhkan khair ummah. Paling ampuh apabila peluru sekularisasi meranapkan hampir ke seluruhan negara Islam dan membunuh sebahagian besar akal, jiwa, ruh dan akhlak umat Islam. Di zaman ini, tidak peliklah kita berjumpa dengan orang Islam yang Islam mereka hanya terpatri pada kad pengenalan diri sahaja. Ke manakah mereka membuang pakaian khair ummah anugerah tertinggi yang diiktiraf oleh Allah SWT?

Manikam Kalbu Muncul Untuk Menegur

Di sinilah hikmah kemunculan oksidentalis seperti Faisal Tehrani terasa amat penting. Menerusi novelnya, Manikam Kalbu (DBP, 2007) pengarang sebagai oposisi musuh Islam telah cuba mempersembahkan kembali falsafah pakaian Islam dengan begitu menyentuh dan mengetuk. Dua versa zaman iaitu Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Zaman Melayu Kini dihubungkan oleh watak-watak yang bersatu cinta kepada busana dan jahitan. Pengarang bercerita beserta maklumat fakta bagaimana pakaian Melayu itu muncul dan berkembang sehinggalah mengalami kepelbagaian tempoh untuk segera ‘ditajdidkan.’ Pakaian Melayu adalah sinonim dengan agama Islam. Ini adalah hakikat. Continue reading Manikam Kalbu Menikam Kalbu

Wednesday, April 2nd, 2008

Pesanan Untuk Pakatan Rakyat

 abulaala.jpg

Al-Maududi Telah Mendahului Tahu.. 

paklah_nikaziz.jpg

(Buat Pakatan Rakyat. Jadikan Islam sebagai teras pemerintahan!)

Al-Maududi dalam bukunya Teori Politik Islam-1939 menegaskan bahawa Islam bersifat mandiri dan tidak bergantung kepada sistem luar termasuk dalam bidang politik. Menurutnya lagi, adalah malang bagi umat Islam mempercayai bahawa Islam bergantung kepada sistem barat dan komunis dalam melegalisasikan bentuk pemerintahannya.  Bagi al-Maududi, pewacanaan sistem barat seperti demokrasi dan teokrasi sebenarnya telah wujud dalam Islam. Jika di barat, ia dianggap sebagai isme atau fahaman, tetapi Islam hanya mengiktiraf sistem-sistem tersebut sekadar amalan organisasi yang semulajadi berlangsung dalam syariat.

Continue reading Pesanan Untuk Pakatan Rakyat

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com